Support My Blog

Tuesday, December 25, 2018

CILI IMPORT - CILI BERACUN?

CILI IMPORT ADALAH CILI BERACUN?.... Itu merupakan tajuk berita banyak media perdana pada Disember 2018 yang amat menarik untuk dibincangkan. Keratan akahbar diatas pada muka hadapan Utusan Malaysia 23 Dec 2018 amat mengejutkan pengguna yang rata-rata kurang faham yang mana satu cili import dan cili tempatan. Cili Merah  (Capsicum annum) merupakan bahan masakan penting harian yang digunkan masyarakat Malaysia untuk tujuan menambahkan rasa keenakan makanan. Penggunaan cili merupakan satu perkara penting untuk memberi rasa pedas kepada makanan sama ada ia diguna segar, diproses atau dijerukkan. Boleh dikatakan penggunaan cili merah dinegara kita adalah tinggi kerana rata-rata kita suka makan makanan yang ada rasa pedas. Cili ada ditanam di negara kita oleh pekebun-pekebun sepanjang tahun tetapi pada musim hujan seperti bulan November - Disember selalu bekalaan cili besar adalah menurun akibat banyak kawasan penanaman cili terjejas banjir atau cuaca hujan menyebabkan produktiviti atau penghasilan kurang dan berlaku serangan banyak jenis penyakit. Kerajaan telah memajukan tanaman cili dalam pelbagai program melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada projek TKPM, Projek Kelompok, Projek Bumi Hijau dan sebagainya untuk menanam sayuran serta buah-buahan termasuk cili merah. Bagaimana pun cili erah tempatan yang dihasilkan sendiri kos pengeluarannya agak tinggi dijual dipasaran berbanding dengan harga lantai cili import. Terdapat desakan daripada kalangan petani yang mahukan agar ada jaminan harga minima untuk harga cili tempatan (paling kurang harga sekitar RM4.00 sekilogram). Harga cili merah import hanya sekitar RM2.50 - RM3.00 sekilogram. Akibatnya kerajaan melalui MoA telah usaha mengawal kemasukkan cili import terutama dari Vietnam dan beberapa negara lain yang didapati beracun (MRL Tinggi) untuk keselamatan pengguna tempatan. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology" mengenai isu cili beracun dan cili import yang luas dibincangka ole akhbar perdana tempatan.


Sebenarnya sudah lama juga Malaysia gantung import cili merah Vietnam tetapi ia semakin ketara dalam masa 3 bulan lalu apabia ada komplen cili import telah mejadikan isu lambakkan dan cili yang beracun yang dibawa masuk. Dalam pada itu Menteri Pertanian iaitu YB  Salahuddin Ayub berkata dimana ketika ini kerajaan mempertingkatkan kawalan kemasukan dan lambakan cili import di pasaran tempatan kerana hasil tani itu dikesan diseludup masuk untuk dijual dalam pasaran umum Malaysia. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperketatkan kawalan kemasukan cili import yang tidak menepati tahap piawaian kualiti, keselamatan dan peraturan lain berkaitan racun perosak di pintu masuk utama negara. Kerajaan menggantung permit import cili merah Vietnam sejak 14 September 2018 lalu, selepas didapati mempunyai sisa racun perosak melebihi tahap dibenarkan namun hasil tani itu dikesan diseludup masuk untuk dijual dalam pasaran negara. Dakwa beliau sejak penggantungan itu, kementeriannya menerusi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (Maqis) bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Kementerian Kesihatan bagi mempertingkatkan kawalan kemasukan serta lambakan cili import di pasaran. Terkini ada terdapat satu kes baru, iaitu pada 17 Disember 2018 lepas dimana pihak berkuasa MAQIS telah berjaya menahan 3 kontena di Pelabuhan Klang yang mengandungi cili dari Vietnam, yang dibawa bersama buah naga tanpa dokumen sah dan permit import.


Dalam akhbar My Metro dengan tajuk ''Cili beracun'' dilaporkan dimana pihak Kementerian Pertanian telah berjaya mengesan cili yang dijual di pasaran mempunyai kadar tinggi racun perosak. Selain itu pihak Kementerian Kesihatan juga ada mengesahkan dimana ada cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan. “Hasil daripada pemantauan kementerian daripada Januari lalu hingga kini, 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam dianalisis. Mereka juga mendapati daripada 21 sampel cili atau 4.2 peratus daripadanya tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Tindakan penguatkuasaan sudah dijalankan. Dalam pada itu pihak Kementerian Kesihatan sentiasa akan juga meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dalam laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini ada yang mengatakan cili merah import dari Vietnam masih ada di pasaran tempatan walaupun kerajaan menggantung permit import hasil pertanian itu sejak 14 September lalu. Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terbabit seperti pengimport, ejen dan penjual memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Jika ada kegagalan mematuhi peraturan itu adalah satu kesalahan, sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. KKM juga akan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.


Laporan BERNAMA pula yang bertajuk ''MOA perketatkan kawalan kemasukan cili import - Salahuddin'' pada 23 Dec 2018 juga amat menarik dibincangkan. Akhbar tersebut juga menyentuh dimana pihak kerajaan telah menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept 2018 lepas. MOA Juga telah pun memperketatkan tahap kawalan kemasukan cili import yang tidak menepati tahap piawaian kualiti, tujuan keselamatan dan peraturan lain yang berkaitan racun perosak di pintu masuk negara, kata Menterinya Datuk Salahuddin Ayub. Beliau berkata dimana kerajaan telah lebih 3 bulan menggantung import permit cili merah Vietnam sejak 14 Sept 2018 lepas setelah didapati mempunyai sisa racun perosak melebihi tahap yang dibenarkan namun hasil tani itu dikesan diseludup masuk untuk dijual dalam pasaran negara. Katanya sejak penggantungan tersebut, MOA menerusi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (Maqis) juga bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan mempertingkatkan kawalan kemasukan serta lambakan cili import di pasaran. Kini hanta terdapat satu kes baharu iaitu pada 17 Disember lepas. Maqis telah menahan tiga buah kontena di Pelabuhan Klang yang mengandungi cili dari Vietnam, yang dibawa bersama buah naga tanpa dokumen sah dan permit import. ''Berdasarkan pemeriksaan pada kontena terbabit, kuantiti cili yang ditahan adalah sebanyak 14,250 kilogram pada setiap kontena," katanya kepada pemberita selepas program beliau ''Back to School'' Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, anjuran Agro Bank di sini pada Ahad. Dalam pada itu terdahulu pada program tersebut, seramai 500 penerima terdiri anak-anak asnaf menerima bantuan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut, stokin dan beg sekolah daripada Agro Bank.Salahuddin berkata Maqis berperanan memastikan produk import pertanian yang dibawa di pintu masuk Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar supaya tidak teruk menjejaskan sektor pertanian negara. Beliau berkata bagi produk pertanian yang telah berada di pasaran yang didapati tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, ia di bawah tindakan dan seliaan KKM melalui Akta Keselamatan Makanan 1983. Semalam, KKM mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Keselamatan Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. BERNAMA.


Akhbar Harakah Daily juga ada mereka menyentuh isu cili import ini dengan tajuk ''21 sampel cili import tidak patuhi akta''.  Berita dari Kuala Lumpur itu menyatakan dimana sebanyak 21 sampel cili diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, hari ini berhubung isu cili yang diimport dari negara Vietnam yang didakwa dikesan mengandungi residu racun perosak. Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan bertajuk “Import Secara Haram” yang disiarkan pada 21 Disember 2018 dalam akhbar Utusan Malaysia. Laporan tersebut menyatakan cili merah import dari Vietnam masih terdapat di pasaran tempatan walaupun kerajaan telah menggantung import permit (IP) hasil pertanian tersebut sejak 14 September 2018 yang lalu. Tambahnya, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan. Menurutnya, hasil pemantauan KKM dari Januari 2018 sehingga kini, sebanyak 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati sebanyak 21 sampel cili (4.2%) tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan penguatkuasaan telah pun dijalankan.  KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Beliau seterusnya menjelaskan, semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," ujarnya lagi. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang kemeterian atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).  Semuga artikel ini memberi info berguna untuk bahan rujukkan. Wasallam!!!...
ISU CILI MERAH... PANAS SEMULA...
CILI IMPORT... RACUN DIDALAMNYA...
KALAU DIMAKAN... IA MERBAHAYA...
SUDAH DISEKAT... ADA LEPAS JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...