Perkara asas yang perlu dilakukan adalah semasa kerja-kerja penyediaan kawasan dijalankan perlu difahami. Pastikan semua rumpai dan anak kayu perlu dibersihkan sama ada dijalankan secara mekanikal atau manual iaitu diantara lorong untuk tanaman nanas. Parit ladang perlu dibina di kawasan rendah dan selalu dinaiki air disebabkan nanas memang tidak tahan dengan takungan air. Bilangan parit ladang digali bergantung pada kekerapan dan kedalaman kenaikan air iaitu di antara dua hingga tiga baris kembar nanas. Pembinaan parit ini penting untuk pertumbuhan dan kesuburan pokok nanas yang akan ditanam. Pembajakan dilakukan sebanyak tiga kali iaitu dua kali bajak piring dan sekali bajak putar pada kedalaman 20-30 cm. Jarak masa di antara pembajakan yang sesuai ialah 10 hari. Bahan tanaman nanas kelazimannya nanas ditanam menggunakan sulur (Sila lihat rajah 3). Tiga jenis sulur yang boleh digunakan ialah sulur tanah, sulur udara dan sulur tangkai atau pun jambul jika bilangannya mencukupi. Sulur ini digredkan kepada tiga kumpulan berdasarkan saiz sulur iaitu kecil iaitu lebih kurang 30 cm panjang, sederhana (45 cm panjang) dan besar (melebihi 60 cm panjang). Bagi tujuan menjamin pertumbuhan yang seragam maka pekebun sebaiknya ikuti syor agar mereka menggunakan sulur yang sama gred dalam setiap lorong tanaman adalah penting. Sebelum menanam sulur perlu dirawat dengan campuran racun perosak (malathion) dan racun kulat (benomyl). Cara menanam dan sistem tanaman sila lihat rajah 2 dibawah.
Kaedah penanaman sulur nanas yang telah dipilih hendaklah ditanam ke dalam lubang 10-15 cm dalamdimana sulur nanas yang baik adalah untuk ditanam di ladang. Sistem tanaman nanas Sarawak dalam sistem tanaman sawit dua baris (136 pk/ha). Sulur ditanam secara menegak dan tanah di pangkal sulur dipadatkan supaya akar cepat berkembang dan pokok tidak mudah tumbang. Antara faktor penentu kejayaan adalah menanam pada musim hujan yang sederhana. Tanaman sawit ditanam dalam sistem dua baris dengan jarak 6.1 m x 9.1 m x 15.2 m. Sistem tanaman ini memberikan kepadatan 136 pokok sawit sehektar. Di antara dua baris sawit maka tanaman nanas dapat ditanam sebanyak sembilan baris kembar pada jarak 0.9 m x 0.6 m x 0.3 m. Susunan tanaman ditunjukkan dalam Rajah 2. Kepadatan tanaman nanas sehektar ialah 26,100 pokok (Sila anda lihat rajah 4). Pembajaan Program pembajaan yang disyorkan adalah seperti di Jadual 1. Penjagaan tanaman nanas penting dilakukan dari peringkat awal seperti kawalan rumpai dan juga penyakit. Pengurusan tanaman nanas dengan aktiviti menghormon Ethrel boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran bunga nanas yang sekata ketika pokok nanas berumur 8 - 10 bulan. Kadar penggunaan hormon ethrel adalah 10 ml larutan Ethrel dicampur dengan 180 g urea dalam bancuhan 16 liter air. Bancuhan ini disembur ke pokok nanas pada kadar 30 ml/pk pada awal pagi atau lewat petang. Hormon Fruiton digunakan untuk pembesaran dan memadatkan buah ketika sebulan selepas pokok berbunga atau 90 -110 hari selepas semburan Ethrel. Kadar penggunaan dengan mencampurkan sebanyak 16 - 18 ml dicampur dengan 16 liter air. Bancuhan disembur ke bunga pokok pada kadar 50 ml sepokok.
Penyakit marbled fruit yang disebabkan oleh kulat Erwinia ananas biasa menyerang pokok nanas pada musim hujan yang berpanjangan. Tanda serangan ialah bahagian dalam buah akan bertukar warna dari kuning kepada coklat gelap dan seterusnya menjadi busuk. Perkara ini dapat diatasi dengan meningkatkan kadar penggunaan baja kalium semasa program pembajaan atau merapatkan jarak tanaman supaya saiz buah yang dihasilkan lebih kecil dan tahap keasidan buah nanas meningkat.
Penuaian Nanas Sarawak akan mula mengeluarkan bunga apabila pokok mencapai umur 9-10 bulan. Penuaian boleh dijalankan pada umur 15-16 bulan dan ditentukan melalui perubahan warna hijau cerah bahagian bawah bertukar kepada kekuningan (Sila lihat foto dibawah sekalai). Buah yang matang boleh mencapai berat di antara 1 - 3 kg dengan berat purata 1.5 kg sebiji. Hasil dan Pendapatan siatem tanaman ini adalah berdasarkan hanya 80% sahaja hasil yang boleh dipasarkan dimana anggaran purata hasil sehektar nanas semusim di kawasan sawit sistem dua baris ialah 31,000 kg (Sila rujuk Jadual 2 diatas). Anggaran harga pasaran adalah RM 1.20/kg. Jumlah pendapatan kasar adalah sebanyak RM 37,200/ha semusim. Anggaran jumlah pendapatan bersih adalah sebanyak RM 13 080/ha semusim setelah ditolak kos pengeluaran, RM 24,120. Sebagai penutup Sistem Tanaman Integrasi Nanas Sarawak bersama Kelapa Sawit di dalam sistem tanaman dua baris adalah berdaya maju, memaksimumkan penggunaan tanah, meningkatkan produktiviti tanah dan didakwa memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun sawit. Selain itu sistem tanaman integrasi nanas ini juga dapat membantu meningkatkan kesuburan tanah melalui sisa buangan tanaman seperti daun, batang dan sulur nanas yang ditabur di dalam ladang selepas penuaian. Akhirnya pekebun kelapa sawit akan mendapat pendapatan tambahan yang signifikan semasa harga komoditi sawit ini jatuh teruk. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!..
NANAS SARAWAK... SAWIT BERSAMA....
SISTEM INTERGRASI...TELAH DICUBA...
PAKAR DI MPOB... MEMBUKTIKANNYA...
INGIN BUAT...SELEPAS ANDA MEMBACA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(15 RabiulAkhir 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.