Support My Blog

Tuesday, December 18, 2018

TIP PENJAGAAN KUDA

KUDA (Horse) ialah sejenis mamalia bersaiz besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden haiwan daripada keluarga Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau pun   Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan belaan manusia yang jinak dan ia amat penting daripada segi ekonomi, serta memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Aktiviti menternak kuda agak terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu dimana ada bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh pada sekitar 2000 sebelum Masehi. Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggangkan dan biasanya dengan guna pelana. Haiwan ini juga boleh digunakan untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau alat membajak tanah. Dalam pada itu haiwan kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan juga produk tenusu sementara ia dilarang oleh kumplan manusia lain. Kini kuda merupakan haiwan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan terutama di negara maju. Bergantung pada baka penulis blog dimaklumkan dimana kuda jinak moden boleh hidup dan mampu menjangkau 25 ke 30 tahun. Saiz kuda berbeza-beza mengikut baka malahan ia  juga dipengaruhi oleh cara pemakanan. Kuda tunggangan ringan lazimnya mencapai tinggi  1.42 - 1.63 meter dan berat badan sekitar 380 -  550 kilogram. Kuda tunggangan yang lebih besar pula berukuran sekurang-kurangnya 1.73 meter dengan berat  badan sekitar 500 - 600 kilogram seekor. Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah berjaya dalam  menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus seperti kegunaan kuda untuk kelajuan, kekuatan dan peperangan. Artikel siang Selasa ini sempena Maulidulrasul 1440 Hijrah dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai kuda dan tip penjagaan haiwan kuda sekadar dijadikan bahan rujukkan.


Pada masa dahulu dimaklumkan dimana di dunia Islam di bawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian iaitu perkara yang mana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda. Dalam pada itu Haiwan Kuda atau Equus caballus ialah spesies daripada famili Equidae dan berada dalam kelas mamalia. Manusia mula menjinakkan kuda dan mereka menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan, pertandingan dan sebagainya. Perkembangan sukan berkuda di Malaysia semakin meningkat dalam banyak disiplin antaranya dressage, showjumping dan endurance. Menunggang kuda juga boleh dijadikan sebagai terapi kepada penyakit artritis, sindrom down, autisme, sakit tulang belakang dan membantu mencerahkan penglihatan mata melalui rangsangan asas terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan 'galloping' kuda serta bermacam lagi. Terdapat beberapa baka kuda seperti Arab, Thoroughbred, Quarter Horse, Appaloosa dan Hunter. Sistem pengurusan kuda yang baik boleh menentukan status kesihatan kuda, keselesaan dan keupayaan kuda melakukan kerja. Dalam memelihara kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberi perhatian seperti stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Tidak ramai orang Malaysia yang menternak kuda sebagai hobi kecuali ternakan kuda lumba secara intensif.


Dalam istilah ternakan kuda ada 'Stable' iaitu merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik. Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda poni, 3.6 m x 3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk kuda besar dan stabel dibersihkan setiap hari (Sila lihat foto disebelah). sementara itu adal istilah "Sarap (bedding)" dimana sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam tahap ketebalan enam inci untuk keselesaan, tujuan menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan, digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap. Aktiviti "Merapi Kuda (grooming)" juga merupakan satu proses perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda dan perlu dilakukan sekurang - kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran darah serta pergerakan otot. Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan antara manusia dengan kuda dan akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang berkilat apabila didandan setiap hari. Memandikan kuda adalah satu kemestian kerana kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas dan jika keadaan kuda yang kotor.


Bagi ternakan kuda, ia memerlukan satu proses penjagaan kaki dan kukuKaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan. Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapu minyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiap kali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.  Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu aspek latihan kuda amat dititikberatkan kerana kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang - kurang enam hari dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan bersedia bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit. Teknik latihan kuda adalah berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas seperti untuk menunggang, show jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya. Peralatan kuda seperti saddle, bridle, stirrups, girths, numnah, topi dan peralatan menunggang yang lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering juga dibersihkan setiap kali selepas digunakan dan seminggu sekali di sapu leather oil bagi mengelakkan kekeringan.


Memang penting untuk menyediakan makanan kuda yang sesuai dengan kuda tersebut. Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE (palm kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanan tambahan terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral. Rumput segar yang sesuai ialah rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan sebanyak 2.5 peratus daripada berat badan kuda sehari. Sementara itu kuda selalunya menjalani proses pembiakan yang unik.  Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh bunting adalah antara 300 hingga 365 hari. Lazimnya pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan semulajadi atau pemanian beradas. memang penting menjaga keselamatan pengendalian kuda. Ini kerana kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan merasai dan akan memberi respons terhadap perasaan takut penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan tidak baik. Sehubungan itu, penunggang perlu tenang. Dalam hal ini, penunggang bukan semata-mata mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian dan saling mempercayai. 


Diantara beberapa tip atau perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa anda mendekati, menangkap dan menambat kuda seperti anda perlu ada keyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut). Kuda adalah sejenis haiwan yang perlu ada keserasian dengan manusia dan juga para penunggangnya. Sebaiknya semasa mendekati kuda dilakukan secara perlahan-lahan dan beransur-ansur bermula dari bahagian hadapan kuda dimana muka dan kemudian sisi kiri di bahagian bahu kuda (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya pengendali mampu berinteraksi dengan kuda dengan memanggil namanya atau sama ada boy (jantan) atau girl (betina). Kemudian ia di usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengannya. Dengan menggunakan kolar kepala (headcollar) adalah untuk menangkap kuda dan pengendali harus berada sebelah kiri kuda semasa pemasangan dilakukan. Bagi tujuan penjagaan kesihatan dan penyakit ianya perlu difahami pemiliknya. Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkan kerugian berpuluh ribu ringgit. Diantara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan kematian. Antara simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless. Bagi melakukan rawatan dimana pada peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan ini akan menggalakkan kuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja. Jika tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquid parafin dan Fluids ke dalam badan kuda. Masaalah Kuda Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda dimana pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi Butalone granules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. Penyakit Kurap boleh dikesan apabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel. Bagi tujuan perawatan adalah disyorkan memandikan kuda dengan menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine dan kemudian disapukan krim topikal seperti beavate dan beri rawatan dengan bahan antihistamine. Tip penjagaan kuda bukan mudah kepada kebanyakan orang  yang tidak memahami tentang kud. Semuga tulisan aartikel ini memberi info berguna kepasa pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENJAGA HAIWAN... NAMANYA KUDA...
DISEDIAKAN RUMAH... DILATIH SENTIASA...
DITAPAK KAKI... LADAM DI PASANGKANNYA...
PENYAKIT DIRAWAT... PELBAGAI UBAT DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Hotel Mega 68,
Jalan Tasik 1, Taman Perniagaan Tasik,
86000, Kluang, Johor,
Malaysia.
(30 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...