Support My Blog

Monday, December 10, 2018

SILAJ - CARA MEMBUATNYA

SILAJ (Silage) adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan-bahan rufaj yang berkelembapan tinggi diantara 35 - 75% kandungan air yang diperolehi melalui proses fermentasi dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobik. Silaj sebagai salah satu daripada bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa. proses pengeluarannya tidak bergantung kepada cuaca dan dapat  disediakan daripada banyak bahan fufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan sebagainya. Beberapa bentuk SILO (bekas simpanan silaj) boleh digunakan seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain bagi menyediakan silaj. Silo yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan apa yang paling penting ianya boleh ditutup dalam keadaan kedap udara (tiada oksijan) dan sebagainya didalam tong. Penulis blog membuat silaj kal pertama semasa belajar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang kini sudah menjadi Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979. KAmi diajar bagaimana prinsip utama dalam pembuatan silaj adalah memastikan bahan mentah disimpan dalam keadaan kedap udara dan mengandungi karbohiderat larut air yang mencukupi. Bahan mentah hendaklah dipadatkan dengan segera bagi tujuan menghalang udara masuk untuk melakukan proses penting iaitu pereputan dan menghasilkan bahan silaj dalam keadaan kedap udara. Artikel subuh ini yang ke 4,997 dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai silaj sebagai bahan makanan ternakan ruminan untuk rujukkan anda.


Penulis blog mendapati masa ini kos makanan ternakan seperti ruminan yang semakin meningkat merupakan salah satu perencat industri ternakan ruminan di Malaysia. Justeru itu terkini setiap pengusaha ternakan ruminan wajib tahu apakah itu silaj dan cara pemprosesan silaj. Silaj merupakan makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi diantara 35% - 75% kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara atau pun anaerobik. Silaj adalah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti utama untuk ternakan ruminan. Silaj dapat dihasilkan dan boleh diproses daripada pelbagai bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan lain-lain bahan. Silaj juga mempunyai kelebihan nutrisi pemakanan berbanding dengan rumput segar dan hay. Faktor yang utama di dalam penghasilan silaj adalah bekas simpanan silaj atau silo yang digunakan. Bekas silaj yang praktikal harus dinilai daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara. Antara bekas silaj yang sesuai adalah berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain­lain. Perkara pokok dalam membuat silaj ialah mempastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara. Foder yang baru selalu mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65­75% (25­35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

Kaedah membuat silaj dengan gunakan bahan membuat silaj atau Foder seperti jagung, rumput napier dan lain-lain hendaklah dipotong pendek 3­15 cm supaya mudah dipadatkan (Sila lihat foto disebelah). Foder disusun dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini dapat mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan­bahan tersebut mahal adalah mahal. Bahan asid organan atau bukan organan boleh diganti dengan jenis­jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin. Ini dapat mengurangkan kos untuk pembuatan silaj. Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau atau segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid­asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Selalunya dengan itu maka bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.


Rumusan Pemeraman silaj didapati menepati keperluan makanan ternakan jika dibuat dengan baik. Biasanya proses pemeraman merupakan penentu kualiti silaj yang dihasilkan. Kehadiran udara di dalam silo merupakan faktor utama kerosakan silaj. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Apabila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak serta mendatangkan mudarat kepada ternakan. Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter iaitu warna, baud an nilai pH. Silaj berwarna kehitaman serta berbau tengik adalah silaj yang telah rosak. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik. Manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak. Cara pemampatan dan sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik sekaligus merosak silaj. Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan pada biasanya udara yang terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
MEMBUAT SILAJ... MAKANAN TERNAKAN...
BAHAN DIPOTONG... TONG DIMASUKKAN...
KEDAP UDARA... LAMA DALAM SIMPANAN....
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT FAHAMKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Joor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...