Support My Blog

Thursday, November 9, 2017

APA ITU NAFTHALENE?

NAFTHALENE merupakan sejenis bahan kompaun organik yang lazim kita dengar ketika belajar dulu. Bahan ini juga memang sering kita gunakan dirumah sebagai bahan bagi penghalau serangga didalam almari baju iaitu UBAT GEGAT sebagai salah satu daripada kegunaannya (Lihat foto diatas). Ubat gegat atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Mothball' ini mampu menghapuskan serangga ini diperingkat larva. Umum mengetahui serangga ini dari ianya mungkin merosakkan pakaian (textiles) yang kita simpan terutama didalam almari kayu. Harga ubat gegat ini sangat murah dan mudah didapati dikedai-kedai runcit dan didapati sangat berkesan menjamin pakaian kita tidak rosak. Tetapi ramai diantara kita mungkin tidak tahu akan kandungan bahan kimia yang terkandung didalam ubat gegat tersebut. Hasil dari pembacaan saya dari beberapa buku dan laman web mendapati menyatakan bahan utama dalam ubat gegat adalah Nafthalene. Bahan ini mempunyai formula C10H8 yang ujud didalam bentuk gas dan juga bentuk pejal. Ia didapati mempunyai bau atau aroma yang kuat sehingga boleh diukur dengan kekuatan sebanyak 0.08 ppm mass. Bagaimana pun bahan ini mudah didapati daripada kedai runcit dan pasaraya serta kini ada menggunakannya sebagai ubat pewangi yang bagus didalam bilik air. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bahan selalu ada dirumah iaitu nafthalene untuk dikongsi maklumat dengan pembaca blog ini.


Nafthalene merupakan satu produk berasaskan petrol iaitu dalam bentu 'Cincin Benzin' seperti foto disebelah. Dari segi kimia, gabungan dua atau lebih cincin benzenoids ini dikenali dengan nama 'polycyclic aromatic hydrocarbon' atau ringkasnya PAH yang tidak berapa kompleks bentuknya. Lazimnya bahan pejal nafthalene berwarna putih sementara jika didalam bentuk gas ia mempunyai bau amat kuat. Rujukkan daripada sumber wikipedia mendapati, kebanyakan produk nafthalene adalah dihasilkan daripada bahan 'coal tar' walau pun ada juga dihasilkan daripada proses penapisan minyak petrol dan ia semakin berkurangan dibuat. Beberapa sifat atau ciri nafthalene diman warna asalnya daripada putih, jernih sehingga kepada warna coklat. Ia akan menjadi gas pada tekananan 0.087 mmHg dan mempunyai berat molikular padda kadar128.18 g/mol. Bahan ini juga mempunyai kadar larut dalam air pada 3 miligram/1 liter air pada keadaan suhu bilik. 


Dalam sektor industri pembuatan, nafthalene digunakan didalam pembuatan pewarna (dye), pemprosesan bahan plastik, resin. lubricant dan juga bahan bakar (fuels). Semua produk yang mengandungi bahan nafthalene mesti memakai label 'Awas' sehingga kepada label 'Merbahaya' yang mana ia memberi amaran tahap kepada penggunaan oleh pengguna. Amaran ini adalah penting untuk syarikat  memberitahu kesan kandungan toksik bahan aktif atau juga kombinasi kandungan tersebut dalam bahan yang berasaskan nafthalene. Beberapa rujukkan yang penulis rujuk dan dari hasil bacaan mendapati tahap toksik nafthalene atau LD50 bagi tikus adalah pada julat dari 2,200 mg/kg hingga 2,600 mg/kg. Kesan toksik kepada manusia menunjukkan simptom asas seperti pening-pening kepala, muntah-muntah atau nausea jika menerima dos berlebihan. Bahan ini merupakan bahan kimia yang perlu dikawal penggunaanya terutama yang digunakan didala kilang tetapi ubat gegat yang ada dipasaran didakwa selamat digunakan. Bagaimana pun sebaiknya pendedahan mengenai kadar toksik ubat gegat ini perlu diketahui umum.


Dalam pertanian dan kegunaan dirumah, bahan nafthalene paling luas digunakan untuk setor simpanan bagi mengawal serangga perosak atau cloth moths (Tineolla biselliela) yang merosakan pakaian (Lihat foto sebelah). Penggunaan ubat gegat mengandungi bahan nafthelene dapat menghindarkan serangan perosak ini didalam tempat simpanan seperti dalam almari. Bau kuat yang dikeluarkan daripada bebola ubat gegat menghalang kehidupan perosak ini. Nafthalene juga merupakan bahan penting bagi mengawal perosak tupai (squirel), Kelawar (Bats) dan juga haiwan perosak lain didalam dusun buah-buahan jika diamalkan teknologi atau cata penggunaannya. Penulis juga mendapati ada dakwaan dimana gas nafthalene iniada dihasilkan semasa kita membakar sampah organik seperti daun kering, kayu, ranting, rumput kering dibawah pokok buah-buahan. Asap biru (bukan asap hitam api) yang dihasilkan lazimnya mengandungi gas nafthalene. Gas ini akan mempengaruhi pokok yang matang untuk berbunga (induce flowering). Selain itu asap dari aktiviti membakar ini menyebabkan serangga perosak akan lari jauh dan pokok selamat dari serangan serangga perosak. Hasil membakar daun dan bahan organik ini juga menghasilkan abu yang kaya dengan unsur Posforan dan Kalium yang diperlukan tumbuhan untuk berbunga dan berbuah. Semuga tulisan ringkas ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. WaSALLAM!!!...


BAHAN NAFTHALENE ...UNIK BUNYINYA...
UBAT GEGAT ... ANTARA PRODUK UTAMA....
DALAM PERTANIAN...BANYAK GUNANYA...
MEMBAKAR SAMPAH...GAS DIHASILNYA...

By,
M Anem,

Senior Agronomiat,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(14 Muharam 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...