Support My Blog

Tuesday, November 14, 2017

PROJEK MEMBUAT JEM NANAS BARIO

JEM NANAS DARI BARIO adalah unik dan amat enak. Jem nanas ini yang dihasilkan daripada nanas Bario yang mana ia ditanam secara organik amat menarik dari segi cara memproses, pembungkusan dan labelling (Sila lihat foto diatas). Penulis blog yang berpeluang memantau dan bersama dengan Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat Negeri Sarawak Encik Sulaiman meninjau kejayaan projek NBOS di Kg Pa Umor, Bario yang kedudukannya jauh didataran tinggi pendalaman Sarawak ini. Beras Bario adalah merupakan satu jenama yang amat popular hasil dari bumin tanah tinggi ini dan kini dikomersilkan oleh Syarika Ceria Sdn Bhd yang beropersi dengan pendekatan pertanian modern. Tanaman padi Bario dari kawasan ini menggunakan varieti pada Adan Bario yang ditanam selama hampir 6 buan dengan air sejuk daripada kawasan pergunungan disekeliling untuk menjadikan kualiti beras bario adalah premium. Bagi tanaman kedua terluas ditanam dikawasan ini adalah nanas yang mencecah melebihi 50 ekar dan keluasannya terus bertambah setiap tahun. Nanas Bario ini kebanyakannya dari jenis Nanas Sarak atau Nanas Sawit atau Nanas Pada yang telah ditanam semenjak lebih 15 tahun dahulu. Kini nanas Bario amat terkenal kerana ia ditanam secara organik dan mendapat permintaan baik di Miri dan Brunei. Bagaimana pun masaalah pengangkutan dengan jalan darat amat sukar dan jalan melalui udara dengan perkhidmatan kapalterbang Mas Wing sangat terhad. LPNM dengan JTK Sarawak telah bekerjasama membina sebuah Mini Kilang memproses Jem Nanas dengan kelengkapan peralatan menghasilkan jem nanas. Dimasa akan datang kilang ini dijangka mampu untuk menghasilkan produk lain seperti Jus Nanas, Tart Nanas, Pes Nanas dan sebagainya. Artikel petang Khamis sempena cuti am Negeri Johor saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai projek menghasilkan jem nanas Bario untuk dikongsi bersama anda semua.


Kehadiran penulis kekilang jem nanas ini disambut oleh 12 orang peserta wanita kaum Kelabit yang diketuai oleh Puan Dayang (Sila lihat foto disebelah). Pn Dayang juga merupakan salah seorang penanam nanas dengan keluasan sekiar 8 ekar dikawasan lereng bukit yang berhampiran dengan pust memproses ini. Nanas di kawasan ini dalah jenis nanas Sarawak yang tidak responsif terhadap bahan penggalak bunga dan berbuah mengikut kematangan pokok nanas. Ini menjadikan kadangkala buah banyak tetapi ada masa buah nanas amat sedikit dihasilkan. Semasa buah banyak ini maka ia amat sesuai untuk diproses bersama dengan buah nanas yang sub-grade seperti buah yang kecil tetapi amat manis dan sesuai untuk dijadikan jem nanas. Projek seperti jem nanas tahan lama disimpan sehingga lebih 1 tahun berdasarkan daripada kajian makmal yang dijalankan oleh LPNM di Johor Bahru dari hasi produk mereka. Jem Nanas ini dproses dengan teknologi dan eralatan moden yang menggabungkan teknologi membuat jem nanas ditempat lain yang komersil.


Buah nanas yang dituai daripada kebun berhampiran dibersihkan dengan membuang kulit, membasuh seterusnya akan dimasukkan dalam mesin 'peeler' yang moden (Sila anda melihat foto disebelah). Alat moden ini mampu memproses banyak buah nanas dengan mana ia mudah disesuaikan mengikut saiz buah dengan tepat dan membuang empulurnya. Kilang yang ada bekalan eletrik 24 jam ini tiada masaalah untuk menjalankan kilang diwaktu pagi, tengahari, petang malahan jika perlu pada waktu malam. Buah yang dibuang kulit ini akan dipotong dan kemudian dikisar dengan beberapa peralatan lain. Kemudian nanas kisar ini dikumpulkan dan dimasukkan kedalam kuali besar. Pegawai daripada LPNM sentiasa memantau resepi bahan campuran yang diguna untuk menghasilkan jem nanas terbaik. Kuali yang dilengkapi dengan pengacau automatik ini akan membolehkan bahan jem nanas ini dimasak rata untuk 2-3 jam. Semua peserta disini faham bagaimana untuk menghasilkan jem nanas terbaik setelah menghadiri beberapa siri kurusu yang dianjukan oleh LPNM dan juga beberapa kali oleh Jabatan Pertanian Sarawak.


Jem yang telah siap dimasak ini akan disejukkan dahulu sebelum dibotolkan menggunakan mesin pembotolan yang canggih dibekalkan. Warna kekuningan dari nanas yang digunakan dengan aromanya yang harum menjadikan jem dari kilang ini mendapat permintaan baik dikalangan penduduk kampung malahan telah dihantar ke Miri dan sehingga ke Kuching. JTK telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM82,000 dibawah program Azam Kerja untuk membina premis mini kilang, pembelian peralatan dan jentera kilang dan juga kos pengangkutan. LPNM menguruskan pembelian dan penghantaran semua mesin ini dan aktiviti ujicuba (Commisionning) sehingga beropersi. Jem yang dihasilkan dari nanas tempatan ini juga disukai oleh pelncong dari dalam dan luar negara dimakan dengan roti dan biskut. Di kampong ini juga terdapat 2 buah perusahaan membuat Roti yang mana roti ini diedarkan disekitar 14 buah kampong di seluruh kawasan Bario ini. Jem Bario boleh dijadikan ikon kawasan pendalaman ini dan boleh dijadikan 'buah tangan' yang berkhasiat dan enak. Tahniah kepada LPNM dan JTK serta peserta projek membuat jem nanas di Bario ini. Semuga pembaca blog anim agro tehnology mendapat info terbaik kali ini. Wasallam!!!.



JEM NANAS... DIPROSES BUAHNYA...
NANAS ORGANIK... DIKUPAS ISINYA....
DIMASAK LAMA... DIBUNGKUS JEMNYA...
ENAK DIMAKAN... MANIS AROMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Pa Umor, Perkampogan Bario,
Pendalman Miri, Saraak,
Malaysia.
(12 Oktober 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...