Support My Blog

Saturday, November 18, 2017

KULTUR TISU NANAS - APA STATUS?

KULTUR TISU NANAS (Ananas comosus) masih menjadi perdebatan hangat dikalangan penanam nanas, pengeluar benih kultur tisu dan pihak berkuasa. Penghasilan anakbenih kultur tisu nanas adalah satu proses pembiakan benih nanas dalam makmal khas sama seperti proses pengeluaran benih kultur tisu lain seperti untuk tanaman pisang, orkid dan sebagainya. Benih nanas terutamanya daripada beberapa varieti khusus seperti benih nanas varieti hibrid seperti MD2 boleh dibiakkan secara in-vitro untuk menghasilkan benih nanas kultur tisu dengan kuantiti yang banyak dan cepat. Syarikat pengeluar benih Kutur Tisu (TC) ini lazimnya akan menggunakan teknik serupa bagaimana untuk menghasilkan benih kultur tisu lain dimakmal dan juga dalam dinurseri. Mereka mempunyai kelengkapan makmal dan pekerja yang mahir menjalankan proses pembiakan kultur tisu nanas. Pernah satu ketika dulu satu pasukan ditubuhkan di SIRIM untuk menyedikan Standard Benih Kultur Tisu (termasuk benih TC Nanas) tetapi akhirnya pasukan ini dibubarkan kerana ujud beberapa isu didalam benih kultur tisu nanas iaitu SOMACLONAL VARIATION. Bagaimana pun pada tahun 2017 pasukan lain telah menyediakan SOP standard benih kulutr tisu nanas tetapi mendapat bantahan daripada banyak pihak semasa 'Public Comment' dan ianya akan disemak semula sebelum diterima menjadi standard. Perkara ini jelas dinyatakan dalam banyak kajian dijalankan saintis sejak berpuloh tahun dahulu. Nanas merupakan tumbuhan  dari keluarga Bromeliaceae merupakan merupakan jenis tanaman buah tropika yang menjadi sumber ekonomi penting dibeberapa negara seperti Filipina, Indonesia, Costa Rica dan sebagainya. Dari dulu kaedah pembiakan nanas adalah dilakukan secara tradisional dengan kaedah vegetatif seperti dari sulur, jambul, daun, batang, slips dan sebagainya  (Rangan 1984). Bagaimana pun kajian Aghion dan Beauchesne (1960) yang merupakan saintis pertama dalam membuat kajian pembiakan ''in vitro'' tumbuhan nanas (micropropagation) telah dilakukan.  Banyak kertas kajian dan jurnal dibuat selepas itu. Terkini di Malaysia pengeluaran benih nanas TC masih aktif dan diniagakan oleh beberapa syarikat yang mendakwa ianya adalah praktikal. Bagaimana pun pihak berkuasa masih tidak mengesyorkan penggunaan benih TC nanas terutama untuk varieti nanas hibrid seperti MD2, Josapine dan beberapa varieti lagi. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai status dan penjelasan mengenai benih TC nanas sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Didalam makmal lazimnya benih nanas dihasilkan melalui proses in-vitro daripada bahagian apex, auxillaay bud bahagian jambul nanas (Fitchet 1985), slips (Sita; et all. 1974), lateral buds (Zepeda dan Sagawa 1981), Syncarp (Wakasa 1979), Leaf bud (Seow ; Wee 1970) dan juga bahagian Callus (Rao ;et all. 1981). Sebahagian kajian juga menggunakan kaedah 'induced variations' (DeWald 1988; Wakasa 1979). Keujudan benih yang berlainan (off-types) ini adalah disebabkan oleh Somaclonal Variation (Larkin ; Scowcroft 1981). Perkara ini menyebabkan berlaku perubahan pada ciri-ciri fizikal penting nanas seperti Bentuk daun dan Bentuk Buah berbeza, Warna daun dan juga Kehadiran duri (Kiss ;et all. 1992). Bagi mengekalkan identiti Genotypic dan Phenotypic ini benih nanas TC perlu diteliti melalui proses yang rumit dan panjang. Pada masa ini benih TC mampu untuk dikeluarkan benih dengan kuantiti yang banyak dan cepat. Bagaimana pun identiti dan ciri benih TC sukar dikawal didalam pengeluaran yang banyak. Oleh itu parameter dalam penghasilan benih nanas TC perlu diperketatkan kerana ia memberikan kesan kepada kualiti benih TC. Keadaan dan cara kultur terutama penggunaan Sukros sebagai 'growth regulator' memberi kesan kepada proses fotosintesis dalam pertumbuhuan in-vitro dimakmal. Penilaian terhadap kesan ciri-ciri fotosentitik perlu dikawal untuk penghasilan benih TC yang berkualiti. Kandungan bahan klorofill dalam tumbuhan nanas di kira dengan anga 74 (Kohpaii, F.N. : et all.). Kes berlakunya Somaclonal variation dalam proses in vitro dengan menilai kapasiti fosintetik ini dikira dengan kesukaran untuk sistem cara pengukurannya (Ibaraki, 2006). Dilaporkan dimana aktiviti fotosintetk ini berkaitan dengan kandungan Pigment Fotosintetik dan kandungan bahan klorofil (MacIntyre ;et all. 2002). Molekul Klorofil yang menyerap cahaya akan terus mengalirkan tenaga yang diperlukan dalam proses aktiviti fotosintetik dalam makmal. Pada masa ini kes kajadian somaklonal nanas TC ini dikaji dengan teknologi  iaitu menggunakan Marker Molikul  (Aversano ;et  all. 2009). Dilaporkan kes ini kurang berlaku pada benih invitor pada Tomato (Smulders ;et all. 1995), Kelapa Sawit (Rival ; al. 1998), Bunga Begonia (Bouman; De Klerk 2001), Almond (Martins; al. 2004), Kentang (Sharma ; al. 2007), Pisang (Sheidai ; al. 2009) dan Kapas (Sheidai ; al. 2012) dengan kaedah aplikasi Random Amplified Polymorphic DNA (RAPD). Saintis telah berjaya membuktikan dimana kadar tinggi duplicate berlaku pada tanaman nanas. Penggunaan beberapa marker molikul seperti jenin AFLP, SSR, ESTSSR, SNP, RFLP dan ISSR dibuktikan pada TC nanas. Didakwa dimana bagi tanaman nanas (Ananas comosus L. ) ia juga telah memberikan kesan daripada somaklonal yang Nyata (Significant) terhadap banyak kultivar nanas (Paz ;et all. 2012; Zhou;et all. 2015; Duval ; et all. 2001; Vanijajiva 2012; Feng ;et al. 2013). Temuan saintis ini umumnya tidak menyokong penggunaan benih kultur tisu nanas terutama nanas hobrid untuk digunakan sebagai bahan tanaman.


Nanas MD2 dan Nanas Pada dikatakan diantara dua varieti nanas yang paling tidak stabil jika dibiakkan dengan teknik kultur tisu berbanding dengan varieti nanas lain seperti Nanas Moris, Nanas Josapine dan beberapa lagi (Jabatan Pertanian Sarawak, 2016). Kejadian varian Somaclonal dan kestabilan anakbenih kultur tisu benih MD2 didakwa paling kurang stabil dimana ia menyebabkan kes-kes somaklonal mencecah sehingga melebihi 30%. Walau pun Standard of Procedure dan teknik yang digunakan dimakmal untuk menyediakan 'plantlet' benih nanas MD2 sudah ditambahbaik namun ianya masih tidak menjamin kualiti benih yang dihasilkan. Merujuk kepada temubual penulis dengan seorang pakar Kultur Tisu Didik dari Jabatan Pertanian Sarawak yang menghasilkan benih kultur tisu nanas MD2 di ARC Semonggok ada menyatakan peratus kejayaan membuat benih cara ini dimakmal memang amat berjaya. Bagaimana beliau tidak dapat kaitkan kejayaan membuat benih kultur tisu ini dengan kestabilan ketulinan (True-to-type) benih yang dihasilkan ini berkaitan dengan isu varian Somaklonal. Benih TC bukan sahaja lambat untuk dibesarkan untuk mencapai stndard SIRIM menentukan ia berukuran 30 cm untuk ditanam diladang. Penelitian penulis ia mengambil masa semala 7-8 bulan untuk capai piawaian ini berbanding dengan benih sulur hanya 2-3 bulan sahaja. Daripada pemerhatian penulis di Pahang, Johor, NS dan Sarawak mendapati dilaporkan ia mengambil masa diantara 7 - 8 bulan untuk proses nurseri sebelum bersedia ditanam diladang. Ini menjadikan kos benih TC sebenarnya adalah lebih mahal daripada kos benih sulur dan jambul serta tiada jaminan ketulinan varieti. Jika banyak pokok yang berubah ciri hasil tanaman dari benih TC Nanas seperti daun pokok yang berduri, buah berbentuk tirus, warna isi nanas yang putih kekuningan dan tahap kandungan kemanisan buah akan menjejaskan masa akan datang industri nanas MD2 secara keseluruhannya. 

Dalam lawatan penulis ke ladang Tanaman Nanas di Kampong Padang Pan, Bau, Sarawak memeriksa satu plot pemerhatian oleh Jabatan Pertanian Sarawak (Sila lihat foto disebelah). Plot ini ditanam lebih 3,000 benih kultur tisu nanas MD2 dengan kos sebanyak RM1 juta diberikan kepada DoA Sarawak. Jangkamasa ia ditanam dimana semenjak 9 bulan lepas sepatutnya sudah bersedia untuk proses dihormon. Benih TC ini dilasilkan oleh makmal tempatan di ARC, Jabatan Pertanian di Kuching dengan pemantauan oleh DOA Sarawak. Pada pandangan mata kasar penulis dapati ia menunjukan kadar pertumbuhan yang baik kerana kaedah pengurusan tanaman yang mengikut amalan agronomi yang di syorkan oleh Jabatan Pertanian. Kawasan kebun adalah tanah mineral berbukit dengan tiada masaalah kawasan tenggelah akibat water logging berlaku. Dalam satu barisan ditanam sekitar 100 - 120 pokok nanas MD2. Semasa pemeriksaan ada ciri-ciri fizikal yang ketara bahawa pokok nanas menepati ciri-ciri vegetatif MD2. Antara ciri yang dilihat seperti adaanya duri tajam dari pangkal hingga hujung daun (ia tiada pada ciri daun MD2 yang sebenar), warna daun yang ada anthocyanin, bentuk rumpun pokok yang menegak, saiz pokok yang besar, daun yang berpusing (twisted) dan sebagainya. Bagaimana pun kelak ciri buah yang akan dihasilkan perlu diteliti secara teliti sama ada ia buah MD2 yang dikehendakki atau buah nanas MD2 tetapi buah ciri dikehendakki dalam MD2. Sebagai contoh adalah bentuk buah tirus, saiz mata buah nanas, warna buah nanas dan yang penting buahnya tidak berbentuk selinder. Kajian buah yang dihasilkan kelak akan ditentukan sama ada kesan somaclonal variation berlaku dari benih TC ini. Pokok yang disahkan sebagai pokok MD2 sebenar boleh dituai buahnya dan diambil sulurnya sebagai anak benih nanas MD2. Bagaimana pun pokok-pokok ini perlu ditandakan dan diasingkan diladang untuk dikutip sulurnya bagi dijadikan anak benih MD2 sebenar yang boleh ditanam semula atau dijual kekawasan lain. Penelitian penulis pada Febuari 2018 mendapati hanya sekitar 25% sahaja tanaman benih nanas MD2 TC yang masih hidup dan yang lain mati akibat pertumbuhan yang perlahan. Laporan dari DoA Sarawak diperlukan mengenai insiden ini. Sehingga ini kerajaan Malaysia masih tidak membenarkan penanaman nanas TC varieti MD2 untuk mendapatkan bantuan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) atau Janatan Pertanian Negeri. Kepada usahawan yang ingin menanam nanas MD2 digalakan berhubung kepada LPNM untuk khidmat nasehat pembekal benih nanas yang telah berjaya mendapatkan sijil MyGAP dan Skim Pemeriksaan Benih Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian sahaja. Semuga tulisan ini mampu menjelaskan kepada semua pembaca mengenai status dan kesan penggunaan benih nanas kultur tisu dalam industri nanas negara. Penggunaan benih nanas MD2 Kultur Tisu (TC) sepatutnya tidak disyorkan untuk digunakan dalam membangunkan industri nanas negara.  Wasaallam!!!..


BENIH NANAS... BANYAK PERLUNYA...
BENIH SULUR... IA DISYORKAN GUNA...
ELAK BELI...TC WALAU RENDAH HARGA,..
SOMAKLONAL... JEJAS INDUSTRI NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 614, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(27 Safar 1439H)
Artikel dikemaskini pada 5 Jun 2018.
Hotel Dorsett, Putrajaya, WP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...