Support My Blog

Thursday, April 13, 2017

MISAI KUCING - KESAN PANEL SOLAR

HERBA MISAI KUCING (Orthosiphon stamineus Benth sinonim Orthosiphon aristatus Blume) merupakan sejenis herba yang kini semakin popular ditanam di Malaysia kerana ia adalah salah satu herba yang pernah digalakkan untuk penanamannya dibawah program NKEA iaitu program EPP1, Herba ini merupakan sejenis herba popular dimana dikenali dengan nama panggilan lain seperti Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris) iaitu tumbuhan daripada keluarga Lamiaceae. Saya ada menulis artikel mengenai misai kucing sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pembacaan dan rujukkan penulis mendapati misai kucing dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina termasuk kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bagaimana pun jika nama 'Misai Kucing' atau 'Kumis Kucing' adalah sama sahaja kerana bentuk bunga herba ini memang menyerupai misai kucing sebenar. Tanaman ini banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, misai kucing juga ditanam di kebun secara komersil dan juga dikawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana faktor bunganya yang menarik. Tanaman ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jenis tanaman herba yang amat berpotensi untuk ditanam secara komersial memandangkan ia mudah diusahakan. Tanaman ini juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan dalam merawat pelbagai jenis penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan ginjal. Artikel subuh Raya Cina ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis herba yang kini popular untuk ditanam secara komersil dan ditulis semula oleh saya yang dipetik dari dalam akhbar tempatan KOSMO untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Laporan Testimoni Akhbar:
Herba misai kucing tiga kali ganda besar

Dari kanan: 
Mohammad Effendy menerangkan tentang penanaman herba misai kucing 
di bawah panel solar kepada Pengerusi SSPSB, Datuk Chairil Nazri dan 
Pengarah Urusan, SSPSB, Razali Osman.


SERDANG - Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang menyusun anak pokok misai kucing untuk dipindahkan ke satu kawasan bagi melindunginya daripada pancaran terik matahari. Bila diamati anak-anak pokok tersebut merupakan herba misai kucing. Ia dipindahkan oleh Dr. Mohammad Effendy Yaacob di bawah panel sistem solar yang terletak di Ladang Agro-PV UPM yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Puchong, Selangor. “Pokok herba misai kucing yang diletakkan di bawah panel solar akan mencapai tempoh matang lebih cepat berbanding penanaman di bawah kondisi normal. “Kajian fisiologi peringkat awal mendapati, saiz pertumbuhan herba misai kucing di bawah panel solar terutamanya di bahagian daun, pucuk dan misai adalah tiga kali ganda besar berbanding biasa,” katanya yang juga merupakan penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Mohammad Effendy berkata, tumbuhan herba itu dipilih berikutan kehidupannya di habitat asal di hutan yang terlindung daripada pancaran terik matahari. “Herba Misai Kucing atau nama saintifiknya, Orthosipon Stamineus didapati sesuai untuk penanaman itu setelah menjalani uji kaji lapangan di tapak teknologi Solar Fotovoltaik (PV) berkapasiti 10kWp.


Hasil pemerhatian fizikal mendapati, tumbuhan ini tumbuh sihat dan aspek-aspek morfologi dipertingkatkan setanding keadaan biasa. Akar dan cabang tumbuhan adalah segar yang menunjukkan pertumbuhan agresif serta ia boleh dituai dalam masa ditetapkan iaitu sekitar tiga bulan,” jelasnya. Tambahnya, herba misai kucing yang ditanam di bawah panel solar itu selamat dan memang bebas daripada sebarang radiasi. “Sampel herba misai kucing yang ditanam di bawah panel solar ini telah dihantar ke makmal klinikal untuk pengujian asas menentukan adakah ia selamat dimakan. “Ujian dijalankan berdasarkan kepada syarat-syarat dari Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) sebagai garis tapak untuk makanan tambahan. Keputusan menunjukkan yang herba itu selamat dimakan dan mempunyai kandungan protein yang baik. Penjanaan tenaga elektrik daripada sinaran matahari bukanlah suatu perkara baharu malahan ia telah lama diperkenalkan.


Tenaga suria adalah antara tenaga yang boleh diperbaharui dan ia lebih selamat, mesra alam dan tidak akan habis seperti tenaga konvensional iaitu minyak dan gas. Kini kebanyakan negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman telah menggunakan tenaga suria sebagai satu alternatif untuk menjana tenaga elektrik. Namun jarang sekali kita melihat ada pihak yang mengambil inisiatif untuk menggunakan ruang terbiar di bawah panel solar untuk mengusahakan tanaman berasaskan pertanian. Namun Fakulti Kejuruteraan UPM melalui Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan dan Pusat Penyelidikan Kuasa dan Tenaga Maju telah menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama pihak Solar System Power Sdn. Bhd. (SSPSB) untuk memfokuskan kepada operasi Ladang Agro-PV. kini di Ladang Agro-PV itu pihak UPM menanam pokok herba misai kucing di bawah panel solar tersebut untuk tujuan dijadikan produk makanan kesihatan tambahan iaitu dikenali dengan jenama Java Tea-PV.

Madius Tangau (kanan) yang hadir dalam majlis ini telah menandatangani tanda plak perasmian ladang Agro-PV UPM yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Puchong, Selangor baru-baru ini. Tambahnya, Ladang Agro-PV itu menggunakan teknologi Solar Fotovoltaik (PV) yang juga merupakan teknologi paling pesat berkembang di dunia di bawah skop tenaga boleh diperbaharui. Teknologi ini mempunyai ciri-ciri unik yang boleh direka bentuk dan dipasang pada pelbagai skala sama ada untuk rumah kediaman sehingga kepada ladang solar berskala besar ke grid utiliti yang mampu membekalkan kuasa bagi pengguna domestik. Kerjasama tersebut akan menjadi suatu sistem atau mekanisme pemangkin untuk anjakan penyelidikan di UPM terutamanya dalam bidang integrasi agro-PV bagi memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga matahari yang bebas diperoleh secara percuma,” jelasnya. Tambahnya, antara skop penyelidikan yang akan diterajui melalui satu kerjasama itu adalah melakukan kajian tentang tahap keberkesanan penjanaan tenaga elektrik melalui ladang Solar PV berkapasiti besar di bawah kesan suhu tropika.


Selain itu pihak UPM juga akan mengkaji tentang penggunaan ruang bawah panel solar untuk penanaman herba lestari yang lain serta melihat kesesuaian pertumbuhan dan fisiologi pokok herba itu.  Mereka juga akan mengkaji di lapangan dimana tanaman herba sebagai mekanisme dalam menyejukkan suhu panel solar serta meningkatkan efisiensi janaan tenaga. Sementara itu dimaklumkan dimana Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau menyatakan dimana inovasi yang dihasilkan UPM tersebut merupakan satu teknologi yang bagus kerana menggunakan ruang terbiar di panel tenaga solar dengan menanam tanaman herba.  Memang tidak semua tanaman sesuai ditanam di bawah panel solar ini. Hasil kajian UPM dimana para saintis ini menemui tanaman yang sesuai dan hasilnya boleh dikomersialkan. Katanya bagi MOSTI ia merupakan satu inovasi yang penting untuk teknologi memperkenalkan produk-produk baharu di pasaran,” jelasnya pada media selepas merasmikan Ladang Agro-PV baru-baru ini. Tambah Madius Tangau, kementeriannya meminta penyelidik agar dapat menghasilkan produk yang boleh dikomersialkan dan sedia untuk dipasarkan kepada orang ramai. “Kita tidak mahu hasil kajian hanya di atas kertas. Mereka perlu yakin untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan orang ramai dan inilah dipanggil sains perniagaan. Kerajaan amat menggalakkan penyelidikan dalam program teknologi hijau dan sebab itu kita beri galakan dan insentif. Dalam pada itu, Madius Tangau berkata iaitu usaha seterusnya bertujuan untuk membangunkan teknologi solar juga seiring dengan galakan kerajaan untuk memajukan teknologi hijau seperti halatuju dimasa akan datang. Semuga laporan ini memberi ingo berguna bagaimana tebaga solar mampu digunakan dalam industri herba. Wasallam!!!.

MISAI KUCING....SEJENIS HERBA....
IANYA DI TANAM.... DIBAWAH HABA....
TEKNOLOGI SOLAR ..SUDAH DICUBA...
POKOKNYA BESAR... 3 KALI GANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Fakulti Pertanian, UPM,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(30 Rabiulakhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...