NENAS MD2 merupakan sejenis varieti nenas yang sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia masa kini. Nenas (Ananas comosus) merupakan sejenis tumbuhan tropikal yang diklassifikasikan sebagai tumbuhan daripada famili Bromeliaceae. Ramai yang bertanya penulis apakan dia 'MD' dalam nama varieti nenas popular ini dan ianya sebenarnya adalah 'Millie Dilarch' sempena hasil kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan (PR) di Hawai sekitar tahun 1980'an. Penyelidikkan ini melibatkan PR dengan beberapa syarikat nenas terkemuka dunia seperti Del Monte, Dole dan Maule Land & Pineapple Company dimana akhirnya berjaya memperkenalkan varieti nenas MD2 yang kini diterima oleh masyarakat antarabangsa. Akhirnya pada tahun 1981 maka hasil kajian yang dibuat berjaya menamakan nenas varieti MD2 yang mempunyai ciri yang kompleks dan ianya adalah melibatkan 5 varieti nenas yang berbeza telah dikacukkan termasuk daripada jenis nenas Smooth Cayene. Di Malaysia memasukkan varieti nenas ini hanya berlaku sekitar kurang dari 10 tahun lalu dimana benih tanaman nenas MD2 dibawa masuk dan dibuat percubaan penanaman di Johor. Kini tanaman nenas MD2 di negara kita menjadi impian ramai penanam nenas sama ada dikawasan tanah gambut atau tanah mineral disekuruh negara. Antara beberapa negeri yang kini luas menanam nenas MD2 adalah seperti di Johor, Pahang, Kedah, Selangor, Sarawak dan beberapa lagi. Kini penulis pasti nenas varieti MD2 yang telah didaftarkan dengan kod varieti AC9 merupakan nenas yang sangat popular sehinggakan digelar sebagai 'Nenas Madu' dalam promosi jualan nenas ini oleh peniaga nenas. Apabila ditanya apakah makna 'MD' pada varieti nenas ini maknanya adalah nenas 'Millie Dilarch' dan bukan 'Mat Dogol' atau 'Manja Dimana' atau 'Makan DiSana' atau 'Madu 2 Dicari' lain-lain gelaran. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengenalan ciri-ciri nenas MD2 sekadar untuk dijadikan rujukkan anda semua. Penulis juga merujuk kepada majallah Suara Nenas terbitan LPNM untuk tulisan kali ini.
Nenas MD2 memang varieti nenas yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri sehinggakan ia menjadi varieti nenas yang diterima oleh penduduk dunia dana peringkat antarabangsa. Paling hebat cirinya adalah dimana varieti nenas MD2 mempunyai ciri lebih kemanisan dimana kulitnya akan berwarna kuning keemasan apabila masak. Nenas ini juga mempunyai pembentukkan saiz fizikal yang berbentuk selinder (cylindrical shape) dengan saiz sederhana kepada bentuk selinder besar dengan mata yang besar dan rata. Saiz garispusat (diameter) bagi skala nenas MD2 adalah berukuran 5 - 10 cm dengan kadar berat buahnya adalah boleh mencapai diantara 1.3 - 2.5 kg sebiji. Pada penulis berat ini sangat penting didalam penggredan buah nenas MD2 dan daripada pemerhatian yang dijalankan biasanya buah yang lebih besar kurang tahap kemanisannya berbanding dengan buah yang bersaiz kecil dalam kebun yang sama pengurusannya.
Marfologi daun nenas MD2 kerap kali saya bincangkan dalam artikel sebelum ini (Sila klik disini). Daun nenas MD2 tiada urat utama, berkilat dan permukaan bawah mempunyai trichomes (debu putih) yang ketara dan lebih kehijauan berbanding dengan kebanyakan varieti nenas yang ada. Pulpanya adalah lebih manis dan lebih kompleks serta mempunyai kurang serat dan mengandungi 4 (empat) kali ganda lebih banyak kandungan vitamin C daripada varieti biasa dan kurang kandungan keasidan (accidity). Pertumbuhan sulur varieti ini adalah separa menegak dengan warna dominan permukaan atasnya adalah hijau (adaxial). Varieti ini tiada kehadiran anthocyanin pada daunnya.Varieti MD2 ada duri terutama pada bahagian apeks sahaja (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun sebaran duri pada daun adalah tidak teratur dengan susunan mengikut arah. Arah duri lazimnya adalah mengarah keatas pucuk hujung daun. Warna duri pada daun adalah hijau dengan saiz duri yang kecil sahaja. Bagaimana pun ada beberapa nenas MD2 yang 'mutant' dimana durinya banyak atau tiada duri langsung.
Dari segi kualiti buah, nenas MD2 mempunyai keunikannya tersendiri dimana isi buahnya berwarna kuning keemasan (Golden yellow) dan amat menarik jika dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Kajian yang dilakukan dimakmal mendapati lazimnya kandungan gula nenas MD2 diantara 13 - 18 darjah Brixs iaitu pada kadar tahap kemanisan amat tinggi ubtuk buah tropika seperti buah nenas. Nenas varieti lain lazimnya pempunyai tahap kandungan gula diantara 8 - 12 darjah Brix sahaja. Nenas MD2 mempunyai keunikannya tersendiri dimana ia menyebabkan mudah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam nenas dan pengguna domestik dan antarabangsa. Ciri-ciri nenas MD2 yang manis rasanya dengan warna kulit dan isinya yang berwarna kuning-kuning keemasan serta bentuk yang menarik menjadikan faktor penting menyebabkan varieti nenas MD2 mendapat sambutan di Eropah dan Timur Tengah. Ramai yang masih kurang jelas mengenai nenas MD2 ini walau pun penulis blog anim agro technology mempunyai lebih dari 20 artikel mengenai nenas untuk dirujuk. Anda boleh layari maklumat lanjut mengenai nenas MD2 dalam pautan (Sila klik disini). Kedua kawasan negara ini merupakan sasaran eksport nenas MD2 dari negara kita masa kini dan dimasa akan datang. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
NENAS MD2...JENIS BAIK KUALITINYA...
MILLIE DILARCH... MAKNA ASALNYA...
LUAS DITANAM... SELURUH NEGARA...
BACA ARTIKEL... RASA TERUJA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nanas Komersil,
Sungai Miang, Pekan,
Pahang, Malaysia.
(9 Jamadilakhir 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.