Support My Blog

Monday, April 24, 2017

STATUS PENYAKIT KARAT NANGKA DI MALAYSIA

KARAT NANGKA kini merupakan satu jenis penyakit yang menyerang buah nangka (Artocarpus heterophyllus) terutama pada varieti Nangka Tekam Yellow (J33). Pada masa dahulu penyakit karat nangka kurang dibincangkan kerana penanaman nangka tidak dijadikan sebegai tanaman monokrop secara meluas seperti di beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang mana ia dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia terutama di Negeri Pahang. Penulis blog yang dahulu pernah terlibat dengan Kumpulan Technical Working Group (TWG) Buah-buahan bersama Jabatan Pertanian dan MARDI mendapati terdapat beberapa temuan awal berkaitan penyakit ini yang berbeza-beza. Pihak pakar di Jabatan Pertanian menyatakan dimana hasil kajian makmal mendapati Penyakit Karat Nangka ini adalah kompleks dimana ia berpunca dari kulat Rhizopus spp. dan juga Kulat Lasiodiplodia theobromae (Jabatan Pertanian, 2012). Ini berdasarkan kepada kehadiran patogen ini pada semua sampel yang dibuat ujian makmal di makmal Kuala Lumpur. Bagaimana pun saintis di MARDI ada menyatakan dimana masaalah karat nangka ini berpunca dari masaalah fisiologi dan masaalah kekurangan unsur Ferum (Fe), Manganese (Mn) dan Kuprum (Cu) yang dikaji oleh pakar mereka (Zainuddin, 2013). Beberapa orang pakar daripada FELDA Sg Tekam pula ada menyatakan masaalah ini adalah berpunca daripada 'fisilological stress' yang berlaku. Penulis telah membuat rujukkan dengan buku statistik Jabatan Pertanian dimana kini terdapat keluasan tanaman nangka meningkat daripada 4,334.2 ha pada tahun 2013 kepada seluas 6,245 ha (2015) dengan kebanyakannya tertumpu di Negeri Pahang dengan varieti seperti Tekam Yellow dan varieti lain seperti Subang Chap Boy dan beberapa lagi. Penulis mendapati dimana jumlah hasil yang direkodkan adalah sebanyak 29,578 mt pada tahun 2015. Negeri pengeluar utama buah nangka kini adalah Pahang diikuti dengan Negeri Sembilan dan Johor. Pada masa sama direkodkan dimana jumlah eksport buah nangka Malaysia berjumlah RM12.3 juta pada tahun 2015 dengan sasaran seperti di Hong Kong dan United Kingdom. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status penyakit karat nangka di Malaysia hasil penelitian penulis dan kertas oleh H.Y Gan yang dibentang semasa Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017 di DITC, Kemaman, Terengganu dan penelitian penulis blog sendiri untuk rujukkan anda.


Penyakit Karat Nangka ini disebabkan oleh patogen yang dikenali sebagai Pantoea stewartii (Smith 1898) mengikut kajian. Karat nangka adalah masalah utama bagi buah nangka yang semakin popular di Malaysia sejak 2008 lagi. Punca yang menjadi penyebab karat bagaimana pun belum dikenalpasti secara saintifik sehingga penulisan ini. Penyakit Karat Nangka apa yang penulis lihat menyebabkan isi, jerami, serabut biji dan juga empulur berbintik warna karat atau berjalur warna oren emas (bronzing) walaupun permukaan luar nangka adalah normal (Sila lihat foto disebelah). Kesan karat nangka akan menjejas kosmetik dan juga kualiti rasa seterusnya tidak sesuai dijual apa lagi untuk pasaran eksport. Penulis dapati buah yang diserang karat tidak manis, ada rasa pahit dan tidak selera untuk memakannya. Patogen ini dikenalpasti oleh Mergaert et al. 1993 daripada kingdom - Bacteria, Kumpulan Phylum Proteobacteria, Class - Gamma Proteobacteria,  Order -Enterobacteriales, Family - Enterobacteriaceace, Genus - Pantoea dan Species - stewartii. Daripada rujukkan patogen ini juga menyebabkan Penyakit Hawar Daun Jagung atau pun Bacteria wilt dilaporkan di Amerika Utara. Penyakit ini juga disebar oleh vektor oaotu Kumbang Jagung yang disebabkan oleh agen Chaetocnema pulicaria. Penyakit ini juga telah digazet sebagai perosak kuarantin kategori A2 yang dijumpai masa lalu tapi tidak wujud di Semenanjung Malaysia (OEPP/EPPO, 2006). Ia berkait dengan jenis seed-borne disease dan bersifat 'invisible in maize seed' (Petter et al ; Haliatu et al 2014)


Dalam kajian yang dijalankan oleh pakar dari Jabatan Pertanian, mereka melakukan bancian penyakit secara sampling rawak unuk karat nangka. Antara  perkara yang dikaji melibatkan aspek pengurusan ladang dan penyakit serta pengurusan perosak kawasan tanaman nangka di negeri terpilih yang menanam nangka dengan luas. Kajian melibatkan jumlah responde atau populasi seramai 50 buah ladang atau peserta melibatkan 5 negeri iaitu di Pahang, Selangor, Johor, Perak dan di Negeri Sembilan. Antara beberapa objektid kajian adalah untuk mengkaji kejadian karat nangka melalui bancian ladang dan juga mengenalpasti penyebab biotik karat nangka daripada sampling di Malaysia melalui ujian patogenesiti dan kerja-kerja molekul. Maklumay dikumpul dan dianalisa menggunakan beberapa kaedah. Berikut adalah beberapa temuan yang didapati hasil kajian ini. Hasil kajian mendapati seramai 92% respoden dikaji telah mengalami masaalah karat nangka. Kajian juga mendapati dimana simptom penyakit adaah signifikan iaitu sekitar 90%menyerang bahagian isi, 68% menyerang bahagian jerami dan juga 64%  didapati menyerang bahagian serabut biji. Seterusnya didapati karat nangka amat sukar dikesani daripada bahagian permukaan sekitar 78%. Kajian mendapati dimana jumlah buah yang sihat dan buah yang karat pada pokok sama dengan kadar 86%. Keputusan kajian mendapati varieti Tekam Yellow sering karat buah dengan kadar kejadian sebanyak 68% berbanding dengan varieti lain (Kadar amat signifikan). Bagaimana pun hasil kajian mendapati bulan (months) berlaku kejadian karat nangka adalah tiada kepastian (34%). Responden didapati menyatakan anggaran kerugian akibat karat nangka dengan kadar kerugian antara 0-10% seramai 54% (separuh) dan kerugian akibat karat nangka lepas tuai dengan kadar  0-10% sebanyak 60% dari responden ditemuduga. Bagaimana pun kadar kerugian karat buah dengan kadar 0 -10% dikira sebanyak 66%.

Pada masa ini penulis sudah faham dimana Penyakit Karat nangka adalah disebabkan oleh Pantoea stewartii dan juga patigen ini menyebabkan masaalah Penyakit Hawar daun jagung di Amerika Utara. Masaalah ini jug atelah digazet sebagai perosak kuarantin A2 dimana ia pernah ditemui sebelum ini tapi tidak mewujud di Malaysia. Antara implikasi ini lebih besar daripada laporan dahulu dimana peringkat awal temuan ia semata-mata mengenai jenis penyakit baru nangka di negara kita yang perlukan pemerhatian. Kini telah ada kemungkinan wujud System Approach dan Operational Work Plan supaya memenuhi permintaan syarat-syarat untuk tujuan persijilan  phytosanitasi oleh negara pengimport. Dalam beberapa perjumpaan dengan ramai penanam buah nangka di TKPM dan luar TKPM penulis ada menerima pelbagai jenis cerita mengenai penyakit karat nangka ini. Bagaimana pun umumnya penyakit ini lebih cenderung menyerang pada tanaman nangka dimana pokok induknya masih muda dibawah umur 3 tahun unrtuk menghasilksn buah nangka. Apabila pokok nangka telah dewasa dan amalan agronomi diikuti dengan baik maka kejadian masaalah penyakit karat nangka amat berkurangan. Semuga arikrel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technologi kali ini. Waasallam!!!.
PERLU DIKETAHUI...KES KARAT NANGKA...
BUAH MASAK... KARAT APA SIMPTOMNYA...
KAJIAN LANJUT... AMAT PERLU DICUBA...
BUAH SIHAT... POTENSI EKSPORT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(28 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...