Support My Blog

Monday, April 10, 2017

KEROPOK KULIT PISANG

KEROPOK KULIT PISANG adalah satu produk berasaskan buah pisang yang jarang kita di Malaysia jumpa. Siapa yang sangka kulit pisang boleh dijadikan makanan sebagai Keropok?. Buah pisang (Musa spp) dihasilkan daripada tanaman pisang yang berbagai jenis dan varieti serta ia juga banyak kegunaannya.  Kajian makmal mendapati bahagian kulit pisang didapati mengandung nutrisi atau khasiat yang boleh dimakan oleh manusia setelah melalui proses mudah. Kalau dulu mungkin biasanya orang akan membuang terus kulit pisang yang diakan tetapi kini telah ada teknologi bagaimana untuk jadikan kulit pisang menjadi makanan ringan enak seperti KEROPOK (Sila lihat foto diatas). Penulis yang baru berkunjung ke Indonesia terutama di Kabupaten Lumajang mendapati usaha ini  kini dilakukan oleh penduduk tempatan disana. Kawasan ini juga adalah salah satu lokasi penanaman dan juga pengeluar utama hasil buah pisang terbesar di Indonesia. Oleh itu Kabupaten Lumajang di beri gelaran sebagai 'KOTA PISANG' atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Banana City) oleh penduduk tempatan. Saya ada juga menulis teknologi membuat kerepik kulit pisang dalam rencana berlainan sebelum ini (Sila klik Disini). Pada penulis mendapati dimana Buah Pisang (Musa paradisiaca) mempunyai banyak jenis khasiat dan manfaat bagi tubuh badan kita dimana ia sudah tentu telah diketahui ramai. Pisang segar sebenarnya makanan yang bertenaga dan dimakan oleh ramai ahli sukan seperti pemain bola tenis, athlit dan sebagainya kerana kandungan tenaga dan serat serta mineralnya. Kini ramai orang di banyak negara yang makan pisang segar atau buah pisang yang telah siap diproses. Ada didalam bentuk pepejal, bentuk cecair (Minuman berasaskan buah pisang) malahan dalam bentuk siap proses. Bagaimana pun dalam blog "Anim Agro Technology' kali saya bentangkan teknologi membuat keropok buah kulit pisang sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua. Amat sayang jika selama ini ada mungkin belum banyak yang tahu sehingga mana selama ini kulit pisang banyak dibuang begitu saja. 


Berdasarkan hasil kajian di makmal memang didapati kulit pisang mengandungi bahan seperti serat yang cukup tinggi, vitamin C, Vitamin B, kalsium, protein dan karbohidrat. Menurut laporan, daripada beberapa laporan termasuk dari Pusat di Taichung Chung Shan, Taiwan menyatakan dimana bahan ekstrak daripada kulit pisang didakwa berpotensi bagi mengurangi gejala tekanan atau depression (ini disebabkan kulit pisang didakwa mengandungi bahan iaitu Serotonin yang cukup tinggi) dan menjaga kesihatan retina mata. Kajian juga mendapati dimana kulit pisang juga merupakan bahan makanan yang ada bahan anti oksidan semulajad diana ini akan megurangkan risiko terkena penyakit mata seperti Penyakit Katarak, meredakan masaalah gatal pada kulit serta dapat mengubati masaalah 'kutil' pada kulit. Banyak juga laporan yag dikaitkan dengan khasiat daripada kulit pisang yang selama ini kurang dibincangkan. Itu baru kes penggunaan dan pengambilan kulis pisang segar yang kurang dimakan oleh kebanyakan manusia. Bagaimana cara mendapatkan manfaat khasiat tersebut bagi tubuh kita?. Pada penuis blog antara kaedah kita memanfaatkan kulit pisang ini dimana yang paling mudah dan selalu diamalkan adalah dengan cara diproses menjadi jus minuman yang dicampur dengan buah-buahan lainnya. Cara untuk kita membuat jus itu cukup mudah iaitu dimulakan dengan mencuci bersih kulit pisang kemudian ia dicincang kecil-kecil. Seterusnya adalah dengan memasukkan ke dalam blender yang mna ia disyorkan dicampur dengan buah-buahan lain yang disukai. Setelah diblender beberapa minit dan ia menjadi jus maka ia sudah sedia untuk diminum. Mungkin pada mereka yang kali pertama menucbanya agak sukar menerimanya tetapi anda akan suka setelah beberapa kali mencubanya.


Makan kulit pisang segar agak pelik bagi kebanyakan kita. Oleh itu selain diambil minum dalam bentuk Jus Minuman Kulit Pisang adalah disyorkan agar ia diproses dalam bentuk lain yang sesuai. Misalnya kulit pisang tertentu boleh dibuat salai kulit pisang, yogurt kulit pisang, tepung kulit pisang, Ice Cream kulit pisang, brownies kulit pisang, nugget kulit pisang, keripik kulit pisang dan keropok kulit pisang. Benda ini nampak agak pelik kalau belum ada usahawan di negara kita yang mencuba dengan serius. Di Pejabat Pertanian Kabupaten Lumajang kini telah ujud sekolah latihan yang memproses kulit pisang untuk dijadikan pelbagai produk makanan proses. Antaranya adalah membuat Keropok Kulit Pisang yang penulis sendiri dapat teknologinya. Membuat Keropok Kulit Pisang ini mudah dilakukan jika mempunyai bahan mentah sesuai, peralatan, kemahiran dan penting teknologi serta lokasi pemasarannya. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti Kulit pisang terpilih (Sebaiknya pisang makan segar berkulit tebal yang telah masak), Air kapur sirih, Tepung Ubi (atau tepung sagu), Bawang putih, Garam serta bahan perisa lain yang sesuai. Peralatan bagi memproses kelopok kulit pisang adalah seperti Pengisar (Blender), Periok Masak (iaitu 'Panci'), Pengukus, Kuali Menggoreng dan sebagainya. Sebaiknya bahan mentah dan peralatan ini disediakan untuk tujuan ini sahaja.


Penyediaan keropok kulit pisang ini dimulakan dengan memilih kulit pisang yang sesuai, segar dan berkualiti baik yang perlu dibasuh bersih. Ia perlu dicuci bersih dan kemudian perlu direndam dalam air kapur sirih bertujuan untuk menghilangkan titik-titik hitam dan juga getahnya. Kemudian kulit ini dikisar dalam blender selama beberapa mini sehingga halus. Ramuan dikisar juga sehingga halus iaitu campuran bawang putih dan garam dan kemudian dicampurkan bersma dengan hasil kisaran kulit pisang. Kemudian perlu ditambah bahan tepung ubi untuk menjadi adunan keropok. Pemerhatian penulis dapati dalam latihan amali dilakukan didapati hasil kisaran 5 kulit buah pisang dicampurkan dengan 1/4 kg tepung ubi dan garam serta bawang putih secukupnya. Kemudian adunan ini diuli sehingga sebati dan rata. Kemudian ia perlu dimasukkan kedalam plastik berbentuk selinder dan kemudian perlu dikukus hingga masak. Angkat keluar apabila keras dan masak dan kemudian batang selinder adunan ini dihiris nipis seperti memotong keropok ikan sahaja. Susun dalam bekas khas untuk dijemur kepingan keropok ini sehingga kering secara semulajadi dibawah sinaran matahari atau secara menggunakan oven pengering. Keropk ini yang telah kering boleh digoreng dalam minyak panas dan terus dimakan atau dibungkus dengan plastik yang sesuai jenis Polyphylene. Pastikan plastin ini mempunyai ketebalan yang cukup untuk produk tetap rangup. Kemasan harus menggunakan alatan sealer dan tidak menggunakan kemasan lilin. Tampal label yang sesuai untuk menarik minat pembeli dan mengikuti peraturan perlabelan sedia ada. Semuga akan ada nanti usahawan di negara kita yang akan menghasilkan keropok kulit pisang yang enak dan memberikan pulangan baik. Wasallam!!..

KULIT PISANG... KEROPOK JADINYA...
MUDAH DIBUAT... KENA MENCUBANYA...
TEKNOLOGI DITULIS...PENULIS LIHATNYA...
SATU CABARAN... ADA YANG BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 209, Hotel Marvella,
Jalan Sinangsih, Bandung,
Indonesia.
(17 Jamadilakhir 1438H)
Lawatan keluarga ke Indonesia 2017)
Published on 11 April 2017
From room 117, Hotel M Design,
Kuala Lumpur at 4.45 am.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...