Support My Blog

Wednesday, April 26, 2017

BURUNG HANTU DAN WALIT - TEKNOLOGI KAWALAN (Part 2)

BURUNG HANTU atau Pungguk Jelapang PADI (Tyto alba) dan BURUNG WALET (Collocalia fuciphaga) kini merupakan dua jenis burung yang menjadi bualan umum dikalangan orang Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kedua-dua jenis burung ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang pertanian. Burung BJP pada masa ini merupakan sejenis burung pemangsa yang dibuatkan sarang tiruan di tengah-tengah sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk memburu tikus yang menjadi musuh kepada tanaman ini. Burung BJP ini aktif pada malam hari dengan memburu dan memakan tikus dan merupakan haiwan dalam pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Sementara itu burung walit juga merupakan burung liar yang kini mendiami rumah-rumah burung walet yang diperbuat daripada bangunan konkrit dan bumbung kayu yang sesuai untuk dijadikan sarang walet yang kemudian diambil dan berharga tinggi. Kini industri burung walet mencecah jutaan ringgit setahun untuk menghasilkan produk saang burung walet yang berkhasiat dan dijual diseluruh dunia. Malaysia adalah salah satu negara yang kini menghasilkan produk sarang burung walit berkualiti untuk pasaran dunia. Bagaimana pun kini telah berlaku pertembungan dalam industri tanaman padii dan industri penternakan burung walit dinegara kita. Burung BJP yang merupakan pemangsa mampu menyerang burung waley dan mengakibatkan kesan terus sehingga banyak kematian dan akhirnya buurung walet berpindah keluar ketempat lain. Ini menjadikan pemilik burung walet akan menembak atau membunuh burung BJP yang terbang lalu dikawasannya. Pada pesawah pula kekurangan burung BJP menyebabkan populasi tikus bertambah dan mengurangkan hasil tanaman padi. Beras adalah makanan utama rakyat Malaysia dan bukannya produk sarang burung walet. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai situasi yang genting ini. 


Keluhan tentang gangguan burung BJP atau Burung hantu yang masuk ke dalam rumah walet memang satu isu sehingga hari ini selalu menjadi perhatian umum. Perkara ini memang menjadi masaalah serius dalam industri ternakan burung walet iaitu dibeberapa lokasi di negara kita. Keujudan burung hantu BJP bagi petani memang sangat membantu mengurangkan masaalah tikus dalam sawah padi yang merosakkan hasil tanaman padi. Bagi tujuan tersebut lazimnya Jabatan Pertanian dan pesawah menaikan rumah burung BJP ditengah-tengah sawah dan tiang 'T' untuk burung hantu ini bertenggek. Pada masa ini Jabatan Pertanian amat berjaya mengawal tikus dalam sawah dengan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (Intergrated Pest Managemeng - IPM) yang mesra alam. Burung hantu akan datang secara semula jadi dan dipantau kehadirannya serta diperiksa najisnya yang membuktikan bahawa ia pemangsa kepada tikus sawah. Peranan burung hantu juga digunakan diladang sawit untuk mengawal tikus diladang sawit. Ular senduk juga adalah satu haiwan yang diletakkan diladang sawit untuk kawal tikus. Apa pun bagi peternak burung walet burung hantu BJP ini didakwa sangat mengancam industri burung walit. Ini disebabkan burung hantu berkemungkinan akan tinggal dan membiak di dalam rumah walet terutama rumah  burung walet yang berada di sekitar sawah padi. Burung pemangsa daging ini mencari makan pada malam hari dan tidur pada waktu siang di rumah burung walet. Bagaimana pun jika burung hantu ada di dalam rumah walet maka sudah pasti ia akan sangat menakutkan bagi populasi walet dalam rumah etersebut. Apabila ada burung hantu maka populasi burung walet dalam rumah tersebut akan berkurang dan akhirnya keseluruhan koloni akan berpindah kesarang lain. Peternak walet akan menangis dan amat marah apabila usahanya di ganggu burung hantu kerana mengeluarkan kos yang tinggi dalam membina rumah walet sehingga lebih RM200,000 untuk rumah yang bersaiz standard.


Dalam beberapa tinjauan, penulis juga ada menerima keluhan daripada dua-dua pihak iaitu kelompok pesawah padi dan kelompok penternak burung walet. Bagi penternak burung walet ini lazimnya mereka akan membunuh burung hantu BJP dengan pelbagai kaedah dan cara. Kaedah paling popular adalah dengan menembakk burung hantu dengan gunakan senapang diwaktu tertentu. Ada juga penulis dengar dibeberapa lokasi dimana pemilik sarang burung walet 'mengupah orang' untuk memusnahkan sarang burung hantu BJP yang berada ditengah-tengah sawah (Sila lihat foto disebelah). Rekod daripada Jabatan Peranian menyatakan hampir 15 - 30% rumah burung walit yang  dipasang ditengah sawah 'hilang' atau 'musnah' akibat diganggu manusia. Berkemungkinan dahulu rumah ini menggunakan tiang besi dan ianya dicuri oleh penagih. Kini sarang burung hantu BJP diubah dengan gunakan struktur plastik dan tiang kayu sahaja. Kehadiran burung hantu yang mana ia bersifat pemangsa dalam kawasan sawah dan ladang kelapa sawit menyebabkan penternak walet marah dan terancam. Memang kedua-dua industri ini dilihat bersaing. Bagaimana pun penulis yang membuat rujukkan kepada Jabatan Verterinar ada mendapati bahawa penghasilan dari burung walet semakin menurun semanjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Adakah ia berpunca daripada serangan burung hantu?, Adakah kerana jumlah rumah dan populasi walet yang tinggi menyebabkan makanan walet tidak mencukupi?. Adakah harga yang tidak menentu menyebabkan ramai pemilik burung walet kurang komited?.


Kaedah kedua mengelakan serangan burung hantu dengan memasang Lampu terang di LMBPemasangan lampu terang di atas LMB dengan jarak sekitar 60 cm didakwa membantu menakutkan burung hantu untuk berada di pintu masuk pada malam hari (Sila lihat foto disebelah). Tujuan pemasangan lampu ini disebebkan burung hantu BJP ini merupakan burung yang hidup malam hari. Ia biasa dengan keadaan persekitaran yang gelap. Di tempat gelap ia akan merasa selesa dan nampak jelas. Tempat yang dipilih untuk berada adalah tempat di mana ia boleh bersembunyi dan bebas mengintai mangsa. Lazimnya ia bersembunyi atau berada pada tempat yang gelap. Jika di sekitar pintu LMB dipasang lampu terang maka LMB itu bukan tempat yang sesuai bagi burung hantu untuk mengintai atau bersembunyi. Bagimana pun kajian penulis dengan beberapa pemilik rumah walet yang memang lapu terang benderang ia masih gagal mengawal kehadiran burung hantu. Perkara ini boleh berlaku kerana burung hantu tersebut sudah biasa dengan persekitaran yang terang dan bukan menjadi kelainan pada burung hantu tersebut. Pemasangan lampu ini bagaimana pun lebih 'selamat' berbanding dengan rumah walet yang tidak dipasang lampu langsung dari segi teknikalnya.


Kaedah seterusnya boleh digunakan bagi mengelakkan kehadiran burung hantu adalah dengan memasang jarum tajam dilantai puntu masuk pada rumah burung walet. Pasangkan jarum tajam dengan mana bahagian tajam diatasnya (Sila lihat rajah disebelah). Teknologi ini mudah dilakukan dengan kaedah meletakkan jarum tajam (yang tajam menghala keatas) pada papan lapis dan diletakkan dipintu masuk. Apabila burung hantu datang untuk bertenggek dipintu masuk masa kakinya akan tercucuk dengan jarum tajam ia ianya menyakitkan. Burung tersebut akan terkejut dengan jarum ini dan akhirnya ia akan terbang ketempat lain dan tidak mengulanginya untuk menyerang rumah walet tersebut. Bagaimana pun ada pengusaha yang bertanya penulis blog adakah pemasangan jarum tajam itu tidak membahayakan bagi lalu lintas burung walet?. Sebenarnya ia bergantung kepada saiz atau pun besarnya pintu LMB. Jika LMB itu kecil dan sempit iaitu sekitar ukuran 12 cm X 80 cm maka ada kemungkian mempunyai risiko tertentu dimana jarum ini akan mungkin membahayakan tubuh bahagian bawah burung walet semasa ia terbang melintas. Apalagi jika populasi walet itu jumlahnya sudah beribu-ribu dan memasukki rumah dengan banyak jumlahnya. Semasa waktu pagi dan petang hari dimana waktu kritikal burung walet terakhir masuk ke dalam rumah maka teknik pemasangan jarum tajam di bibir LMB sangat berisiko. Jika ukuran LMB yang terlalu sempit ia akan mencederakannya. Sebaiknya jika mau pasang jarum tajam maka puntu LMB paling minima berukuran tinggi 40 cm. Ini dikira sesuai kerana walet masuk akan memilih terbang di jalur tengah LMB tersebut. Pertanyaan selanjutnya adalah berapa tinggi hujung jarum di dasar bibir LMB itu dan perlu berapa banyak jarum tajam yg dipasang?. Disyorkan agar hujung jarum tajam itu berdiri maksima hanya 1 cm saja. Ini sudah efektif untuk menancap di kaki burung hantu semasa ia cuba bertenggek. Adapun jumlah jarum bergantung lebar dan panjang bibir LMB tersebut. Aturkan semasa anda yang memasang jarum itu yang agak renggang dengan posisi yang tidak teratur. Tinggi jarum juga jangan sama rata dan juga paras ketinggian tidak sama dimana ada yang rendah ada yang tinggi pada ketinggian maksima 1 cm sahaja.


Kaedah terakhir untuk menghindari burung hantu menghampiri rumah walet adalah dengan memasang gam pelekat dan memasang jaring (netting). Ada teknik meletakkan gam pelekat pada pintu masuk kedalam rumah burung walet. Apabila burung hantu datang menghampiri dan bertenggek pada lantai yang bergetah ini maka kakinya akan melekat. Perkara ini amat menakutkan burung hantu walau pun akhirnya ia akan terlepas dan terbang kelokasi lain. Bagaimana pun gam yang masih melekat pada burung hantu menyukarkan pergerakannya malahan ia mungkin tidak akan datang lagi. Bagaimana pun kehadiran gam ini juga mengangggu burung waliet yang terkena dengan gam pelekat ini. Teknik ini kurang pupular berbanding dengan cara lain diatas. Ada juga pengusaha burung walet yang memasng jaring ditempat burung hantu suka bertenggek. Lihat dalam rumah dan periksa dibahagian lantai dimana jika ada najis burung hantu maka pasangkan jaring dilokasi tersebut. Ada yang letakkan kain pada tempat burung hantu bertenggek dan dilumurkan dengan gam perekat. Kain ini diikat dengan tali pada paku pada kayu.Bila burung hantu melekat maka gam ini akan membolehkan burung tidak dapt terbang dan boleh ditangkap hidup-hidup. Ada juga teknik menjerat dengan jaring. Caranya jaring akan dipasang seperti sama seperti memasang kain tadi. Bezanya pada jaring ini tidak perlu dibubuh gam pelekat. Jaring ini adalah bertujuan untuk menjerat jari jari kaki burung hantu. Aturkan cara pemasangan jaring tidak rata, tidak beraturan, maksudnya agak melekuk atau agak melembung dan sebaiknya agak longgar. Kaedah ini membolehkan agar jari jari burung hantu tersebut langsung boleh masuk dan akan terjerat pada jaring. Bahkan semasa burung datang dan bertenggek maka jari jari kakinya akan masuk dalam perangkap jaring. Selalunya semakin kakinya bergerak berusaha melepaskan dari jeratan jaring maka semakin terjerat mengikat kuat. Semuga artikel Part 1 dan Part 2 dalam anim agro technology kali ini memberi info yang berguna kepada semua. Wasllam!!!
BURUNG HANTU... DISAWAH BERGUNA...
BURUNG WALET... SARANGNYA BERHARGA...
JADI MASAALAH.. PESAWAH PENGUSAHA...
TULIS ARTIKEL... ILMU PENULIS DI JANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017,
DITC, Telok Kalong, Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
(25 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...