KUMBANG JALUR MERAH atau Red Palm Weevil (RPW) adalah sejenis serangga yang merbahaya kerana ia melakukan serangan terhadap pokok daripada keluarga Arecaceae termasuk pokok Kelapa (Cosos nucifera). Dua spesis yang relah dikenalpasti menyerang pokok kelapa dinegara kita adalah Rhynchoporus vulneratus (Jenis Tempatan) dan Rhynchoporus ferungineus (Jenis Import) yang dijumpai daripada perangkap-perangkap yang dipasang oleh Jabatan Pertanian. Serangan ini telah dikenalpasti bermula di Terengganu dan Kelantan dimana kini telah terdapat dibanyak negari lain. Ia diatakan amat suka dengan tanaman pokok kurma hiasan yang ditanam sebagai pokok hiasan oleh individu, kerajaan tempatan atau premis-premis perniagaan. Apa yang menghairankan adalah dimana terdapat ramai juga usahawan yang mempercayai tanaman kurma adalah komoditi baru boleh menguntungkan. Terdpat beberapa syarikat swasta yang menjual benih kurma dan pakej amalan agronomi penanaman kurma dalam lamanweb dan membuat kempen promosi dibeberapa hotel. Pada penulis benih yang dijual kurang kepastian ketulinannya kerana kebanyakkan pokok keluarga Arecaceae termasuk pokok kurma adalah jenis dieocious. Anda boleh membaca artikel mengenai penyediaan beni tanaman kurma dalam tulisan saya sebelum ini untuk dijadikan panduan (Sila klik disini). Benih yang terbaik adalah daripada 'offshoot' anak yang keluar daripada pokok induk. Artikel malam Ahad ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanda serangan RPW untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.
Pokok kelapa yang mula diserang RPW tidak menunjukkan apa-apa tanda pada peringkat awal. Ini kerana sama ada serangan RPW bermula dari bahagian pucuk atau dari perdu batang kelapa tidak dapat dilihat dengan jelas. Bagaimana pun pokok kelapa dewasa yang tinggi akan kelihatan tinggal batang sahaja seperti ditujukkan dalam foto paling atas. Pokok yang telah diserang serius jika ditebang akan dapat dilihat telah ujud lubang besar dibahagian tengahnya. Lubang ini kosong dari pangkal pokok sehingga keatasnya (Sila lihat foto diatas). Walau pun begitu pokok kelapa masih mampu menghantar makanan dan air keseluruh bahagian pokok melalui sel ddibahagian batang kerasnya. Ada pokok kelapa yang banyak buahnya tetapi ia sebenarnya telah berlubang ditengahnya akibat empulurnya dimakan oleh larva RPW.
Tanda lain serangan RPW semasa membuat pemeriksaan adalah jika dilihat terdapat lubang jelas dibahagian bawah batang kelapa (Sila lihat foto disebelah). Lubang berukuran sekitar 1.0-1.5 cm ini adalah bulat dengan tanda ada korekan masuk kedalam bahagian batang. Lubang ini dipercayai merupakan punca kumbang RPW masuk dalam menyerang pokok kelapa. Jika perangkap feromon dikawasan kebun kelapa ada tangkapan RPW maka pemeriksaan batang pokok untuk mencari lubang ini perlu segera dilakukan.
Batang kelapa dewasa yang diserang RPW apabila dibelah dua akan jelas menunjukkan lubang dibahagian tengah adalah daripada bawah sehingga kepucuknya. Larva RPW oleh kumbang ini akan memakan bahagian tisu lembut dibahagian tengah batang kelapa sebagai bahan makanan dengan lahapnya. Larva ini sebesar ibujari berwarna putih akan makan berterusan sepanjang hari dan meninggalkan tahi yang berwarna hitam. Bayangkan jika banyak ekor yang terdapat dalam batang kelapa pastinya kadar serangan akan berlaku dengan lebih cepat lagi.
Pada pokok kelapa yang belum berapa tinggi perlu dilihat bahagian pucuknya. Jika semasa pemeriksaan dilihat warna daun kuning dan layu maka ia salah satu tanda serangan RPW. Terdapat juga tanda dimana pelepah kelapa patah dan terjatuh kebawah (Sila lihat foto disebelah). Walau pun pokok kepala tersebut masih ada buahnya tetapi sebenarnya ia telah diserang. Kepada pokok kelapa yang telah tinggi, berumur dan diserang teruk lazimnya ia hanya meninggalkan tunggul sahaja dan pucuknya tidak ada. Oleh itu memang perlu membuat pemeriksaan kepada semua pokok jika ada tangkapan RPW dikawasan berhampiran.
Tanda mudah mengenai serangan RPW adalah dimana daun yang diserang seperti mempunyai bentuk angka 'No 7'. Ia jelas dilihat pada daun dewasa yang seakan dipotong oleh kumbang (Sila anda lihat foto disebelah). Tanda seperti ini akak berbeza dengan tanda serangan oleh Kumbang Badak (Rhinocerous beetle) yang mana selalunya tanda serangan apabila daun dipotong berbentuk 'Kipas'. Petani perlu membuat pemeriksaan pelepah daun dimana jika tanda dilihat maka kerja kawalan perlu dilakukan.
Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada anda semua yang ingin mengenali tanda serangan RPW. Wasallam!....
SERANGAN RPW ... ADA TANDA...
PADA BATANG...BERLUBANG DIA...
PADA DAUN... '7' DILIHAT NYATA...
JADI TUNGGUL... ITU AKHIRNYA...
By,
M Anem,
SENIOR aGRONOMIST,
Ladang Kelapa Komersil,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(2 Rejab 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.