Support My Blog

Friday, April 8, 2016

MUSIM KEMARAU - JEJAS PERTANIAN

KESAN KEMARAU pada masa artikel ini ditulis iaitu April 2016 merupakan satu musim kemarau yang agak serius. Kemarau ini secara amnya ditakrifkan berlaku apabila purata hujan bulanan kurang daripada 50 milimeter. Hujan telah tidak turun dikebanyakan lokasi pertanian sehingga didakwa mencecah lebih 100 hari dengan suhu panas yang telah mencecah 38 celcius. Beberapa kawasan pengeluaran makanan negara seperti kawasan sawah padi, kawasan sayur-sayuran dan buah-buahan terjejas akibat kejadian kemarau yang agak luar biasa kali ini. Sektor tanaman dan perikanan dilaporkan agak terjejas dengan fenomena ini. Beberapa kawasan sawah padi terpaksa menanggug kerugian apabila taliair tidak ada air untuk tanaman padi, kawasan sayuran juga terjejas apabila kolam bekalan air kering. Lebih nyata sekali adalah projek perikanan ikan sangkar seperti di sepanjang Sungai Pahang yang mana dilaporkan kerugian sebanyak RM4.3 juga akibat sangkar ikan yang tidak ada air kerana kemarau (Lihat foto paling bawah). Dalam sektor perikanan laut juga agak terjejas kerana hasil tangkapan ikan dilaporkan agak berkurangan musim kemarau ini. Kejadian kemarau yang agak serius ini bermula dari tahu 2014 dan juga tahun 2015 tetapi lebih dirasai pada 2016. Adalah ini juga salah satu daripada kesan fenomina El-Nino dan juga kesan 'Global Warming'?. Beberapa lokasi strategik bagi pengeluaran makanan negara perlu disediakan perancangan strategik mangatasi masaalah ini dimasa akan datang. Kini bagi membantu perancangan pertanian negara, Kementerian Pertanian melalui beberapa jabatan seperti Jabatan Pertanian sedang membangunkan dan kemaskini Peta Indeks Hujan Pertanian (Agriculture Rainfall Index - ARI) untuk menunjukkan kawasan yang kritikan dan akan mengalami masaalah dimusim kemarau. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan kemarau terhadap industri makanan dan pertanian negara untuk bacaan dan rujukkan.


Semasa artikel ini ditulis, di negeri Perlis dan sebahagian besar di utara Kedah dan Pulau Langkawi ada dilaporkan iaitu musim keringnya bermula daripada Disember hingga April manakala di Kelantan dan pesisiran pantai Terengganu pula musim keringnya bermula sekitar Januari hingga April. Kemarau ini telah memberi kesan lebih awal di kawasan pengeluaran sayur-sayuran kerana keperluan air untuk tanaman adalah tinggi kecuali ia terletak di kawasan yang mempunyai bekalan sumber air yang berterusan. Diikuti dengan tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti Mangga (Harumanis) betik, pisang, nanas, jambu batu, belimbing dan nangka. Laporan juga menunjukkan tanaman buah-buahan bermusim seperti durian, mangga, rambutan dan duku akan terkesan jika musim kemarau berpanjangan. Perlis yang merupakan kawasan utama pengeluaran mangga Harummanis kini dilaporkan mengalami masaalah kemarau dan suhu tinggi yang merencatkan proses pembesaran putik mangga dan keguguran bunga mangga harumanis. Bagaimana pun penelitian mendapati kawasan tanaman mangga harumanis yang mempunyai sistem pengairan daripada sumber air seperti telaga, kolam, takungan air dan telaga tiub didapati berpotensi untuk dapat mengeluarkan hasil tanaman dapat dikekalkan seperti biasa. Kesan kemarau dijangka akan bertambah buruk sekiranya sayur-sayuran atau buah-buahan itu ditanam di atas tanah berpasir, tanah gambut yang mudah mengering, tanah-tanah aluvium laut yang ada lapisan masam asid sulfat serta tanah-tanah bukit yang terlalu gembur atau tanah laterit.


Dalam menganalisa kesan kemarau tahun 2016 ini, perlu diketahui dimana kawasan pengeluar utama sayuran seperti di Cameroon Highlands, Johor, Selangor dan beberapa lokasi lain sama ada ia amat terjejas akibat kemarau dan suhu panas. Kejadian pengeluaran sayur-sayuran di negara ini hampir mencukupi keperluan untuk penggunaan tempatan baik di tanah pamah dan tanah tinggi dilihat amat kritikal dalam dua keadaan yang ekstrem iaitu Bencana Banjir dan Kemarau Panjang. Laporan Jabatan Pertanian dimana pengeluaran sayur-sayuran kini adalah dianggarkan sebanyak 3,500 tan metrik sehari dari kawasan pengeluaran utama. Pafa tahun 2015 dilaporkan seluas 76,363 hektar tanah telah diusahakan untuk tujuan mengeluarkan 1,593,744 tan metrik setahun daripada pelbagai jenis sayur-sayuran. Johor, Pahang, Kelantan, Perak dan Selangor merupakan kawasan pengeluaran sayur-sayuran utama di Semenanjung Malaysia. Di Sabah pula kawsan tanah tinggi Kundasang dilaporkan luas menanam sayur untuk kegunaan domestik dan eksport. Kawasan tanah tinggi Cameroon Highland walau pun terjejas dengan kemarau dan suhu tinggi tetapi masih belim kritikal berbanding dengan kawasan tanah rendah diatas tanah gambut dan tanah bris terhadap kesan kemarau. Petani telah membuat aktiviti penyelenggaraan sistem bekalan air secara graviti di Cameroon Highland. Bagi kawasan tanah rendah pula dilakukan penyelenggaraan dengan mendalamkan parit dan kolam untuk dapatkan air. Kaedah ini adalah penting dalam meningkatkan kapasiti takungan air untuk digunakan.


Di kawasan Cameron Highlands, Pahang dan Lojing, Kelantan merupakan satu-satunya kawasan pengeluaran jenis tanaman sayur-sayuran tanah tinggi manakala sayur-sayuran jenis tanah pamah banyak ditanam di kawasan bekas lombong, tanah gambut, tanah berpasir dan tanah aluvium sungai. Penulis dapati beberapa kawasan pengeluaran sayuran dan tanaman makanan lain yang terletak di daerah Hulu Selangor, Bentong, (Pahang), Kinta dan Batang Padang (Perak) serta Ledang dan Kluang di Johor. Kebelakangan ini dilaporkan taburan hujan didapati tidak menentu dan di luar jangkaan dimana ada kawasan dipendalaman Pahang yang tidak menerima hujan melebihi 100 hari. Menurut analisa Jabatan Meteorologi, musim kemarau pada tahun ini dijangka berlaku dari Disember 2015 sehingga April 2016 dan beberapa kawasan seperti Perlis , Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sabah menerima kesan kemarau paling lama berbanding negeri lain. Kini walaupun kesan kemarau tidak seteruk berbanding tahun 2014, sekiranya musim kering berlanjutan, bimbang ia akan menjejaskan serba sedikit pengeluaran tanaman sayur-sayuran. Pengeluaran bahan makanan seperti sayuran walau agak tertejas tetapi hanya terhadap beberapa jenis sayuran tertentu sahaja. Mengikut maklumat daripada Persatuan Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia dan Pegawai Pertanian Kawasan, majoriti kawasan sayur-sayuran masih mampu mengekalkan pengeluaran sayur-sayuran dengan menggunakan sumber air sedia ada seperti lombong, sungai, kolam dan telaga tiub. Bagaimanapun penulis meramalkan sekiranya cuaca kemarau berlanjutan sehingga Mei dan lebih lagi dan sumber air berkurangan maka pasti hasil dijangka menurun sehingga 15 hingga 20 peratus.


Bagi kes tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti betik, pisang, nanas, jambu batu, belimbing dan nangka walaupun sensitif kepada kesan kemarau berpanjangan dan pengeluaran sepanjang tahun dapat diteruskan. Dalam kes pemantauan penulis membuat pemantauan di TKPM Lanchang, pahang iaitu satu TKPM paling luas di Malaysia pada April 2016 mendapati kesan kemarau terhadap pokok nangka sudah mula dirasa. Kawasan pengeluaran utama terletak di negeri-negeri yang ada terjejas dengan kemarau seperti Pahang, Selangor dan Johor juga perlu dipantau kesannya. bagi tanaman buah-buahan bermusim seperti durian, mangga, rambutan dan duku akan terkesan sekiranya tempoh musim kering berpanjangan. Dalam kes tanaman seperti mangga pula walau pun dilaporkan memerlukan musim kemarau untuk membantu pengaruhan bunga seperti mangga harum manis di Perlis tetapi jika ia terlalu panjang akan menjejaskan prestasi. Tanaman buah-buahan bergetah seperti duku, nangka, manggis dan cempedak walau pun tahan dengan keadaan cuaca kering tetapi jika berbuah akan menjadi rendah kualitinya. Pokok durian ketika artikel ini dalam peringkat berbunga di Perak, Johor dan Pahang agak kurang pengeluaran bunga dan banyak juga telah gugur akibat kurang air dan suhu tinggi.



Penulis telah membuat beberapa rujukkan dengan beberapa organisasi termasuk Jabatan Meteorologi mengenai definisi kemarau. Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan sektor pertanian di kawasan yang terbabit. Di Malaysia kesan kemarau amat ketara semenjak tahun 2014 dan terus berlaku pada 2015 tetapi amat meruncing pada 2016. Dalam pada itu ada beberapa jenis-jenis kemarau yang perlu penulis jelaskan. Kemarau boleh diketegorikan kepada tiga jenis iaitu sebagai KEMARAU METEORLOGI, KEMARAU HIDROLOGI  dan KEMARAU PERTANIAN. Bagi jenis pertama iaitu Kemarau Meteorologi ianya adalah berkaitan dengan hujan jumlah yang turun disesuatu lokasi yang menyebabkan kejadian kemarau berlaku. Jika hujan tiada langsung bermakna ia adalah jenis kemarau yang teruk. 
Kemarau meteorologi didefinisikan dengan membandingkan hujan di tempat tertentu danpada masa tertentu dengan purata hujan untuk tempat itu. Oleh itu, kemarau ini adalah khusus untuk lokasi tertentu.  Kemarau meteorologi membawa kepada pengurangan kelembapan tanah dan ini selalunya mempunyai kesan ke atas pengeluaran hasil tanaman. Apabila kita takrifkan kemarau cara ini, kita hanya mempertimbangkan pengurangan dalam jumlah hujan dan tidak mengambil kira kesan-kesan kekurangan air pada takungan air sepertiempangan, keperluan manusia atau pada pertanian.


Kedua adalah Kemarau Hidrologi yang ditentukan oleh tahap air di dalam takungan seperti empangan. Jika paras air didalam empangan sangat berkurangan sehingga hampir kering menunjukkan ia sedah serius terutama untuk keperluan domestik. Kemarau hidrologi dikaitkan dengan kesan kadar hujan yang rendah pada paras air di sungai,kolam, tasik dan akuifer. Kemarau hidrologi biasanya dikenalpasti selepas kemarau meteorologi. Pertama selalu akan berlaku proses pemendakan dan selepas itu maka pengurangan pada paras air di sungai dan tasik titisan. Kemarau hidrologi menjejaskan sistem yang bergantung pada paras air seperti bekalan air domestik dan stesyen hidroeletrik. Perubahan dalam paras air mempengaruhi ekosistem, kuasa untuk pengeluaran hidroelektrik untuk kegunaan industri dan juga keperluan air di bandar. Jenis ketiga adalah Kemarau Pertanian yang mana ia berkaitan dengan adanya air untuk keperluan dan kegunaan tanaman. Tanaman penting seperti padi merupakan jenis tanaman yang menggunakan banyak air. Jika kemarau panjang maka sawah akan kering dan padi akan mati atau rendah hasilnya. Kemarau ini boleh diatasi dengan beberapa kaedah lain seperti mendapatkan air dari dalam tanah (tube well), memasang kemudahan pam air, menyelenggara kolam dan sebagainya. Kemarau perlu diatasi dengan apa juga cara agar pengeluaran bahan makanan tidaj terjejas teruk untuk keparluan rakyat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
Ladang Jagung Bijirin di Faisalabad, Pakistan... Malaysia kena tanam.

KEMARAU PANJANG...BERLAKU LAGI...
SUHU DAH PANAS...KERING DI PERIGI..
HASIL KURANG... PETANI PUN RUGI...
BACA ARTIKEL... PANAS HARI PAGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, Hotel Seri Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(29 JamadilAkhir 1437H)
Mengikuti lawatan menteri Pertanian ke Projek Ikan Sangkar 
yang terjejas kemarau di Kg Bangau Parit, Temerloh pada 7/4/2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...