Lama saya tidak mendengar peribahasa MENGAIRI SAWAH ORANG yang mana ia membawa maksud khas sebagai "Melakukan pekerjaan yang menguntungkan orang lain". Pada saya peribahasa berkaitan dengan pertanian ini memang amat signifikan dengan menggunakan pembayang 'sawah' dan 'air'. Ini kerana bijak pandai Melayu telah berjaya membuat penelitian dahulu terhadap sistem pengairan iaitu disawah padi semasa mencipta peribahasa ini. Sawah padi memerlukan air untuk proses pertumbuhan padi daripada peringkat menyemai sehingga padi hendak masak sebelum ianya perlu dikeringkan. Sistem pengairan utama di sawah padi dinegara kita lazimnya dikawal selia oleh pihak JPS pada era moden ini. Bagaimana pun zaman dahulu ada tali air yang mana ia dibina atau disediakan secara gotong royong dikalangan pesawah sehingga ujud Terusan Mat Saman di Alor Setar, Kedah. Air akan mengalir secara graviti dari kawasan tanah tinggi kepada yang rendah melalui sistem parit air masuk dan keluar melalui parit air keluar. Lazimnya akan ada juga dikalangan pesawah yang terpaksa mengairkan sawah orang dahulu dari punca taliair untuk airnya sampai kepetak atau lot di sawahnya kerana tanah berlapis-lapis. Ini akan disamakan dengan mengairi sawah orang dimana ianya akan menguntungkan orang tersebut. Kerja ini memang akan menguntungkan pesawah yang tidak perlu turun kesawah kerana ada orang ain yang membantu mengairi dan menutup pintu air apabila perlu. Maka ada yang kata beruntunglah pemilik sawah dipangkal laluan taliair kerana akan ada orang yang akan membantu menguruskan air disawahnya. Peribahasa ini memang sesuai digunakan dalam alam pekerjaan dimana memang akan ada kumpulan atau individu yang akan mendapat keuntungan walau pun kerja dilakukan oleh orang lain. Artikel ini dalam "Anim Agro Technology" bagaimana pun lebih menjurus kepada sistem pengairan dalam sawah dan industri tanaman padi di Malaysia untuk mengukuhkan ungkapan yang berbunyi 'mengairi sawah orang'.
PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman yang perlukan air. Tanaman padi menjadi penting di kebanyakan negara dimana ia dijadikan makanan utama (ruji). Penanaman padi di sawah memang memerlukan air yang berbeza-beza mengikut peringkat keperluan pertumbuhan pokok padi dan jenis padi. Di Malaysia terdapat seluas lebih 675,000 hektar kawasan penanaman padi setiap tahun dengan penanaman padi sawah (wet paddy) sebagai tanaman utama dan hanya sebahagian kecil sahaja penanaman padi bukit (Hill Paddy) seperti dilaporkan Jabatan Pertanian (Sumber: Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Bekalan air dalam sawah melalui sistem pengairan yang disediakan oleh pihak berkuasa dengan 8 kawasan Jelapang Padi sedia ada kini menjadi tumpuan penanaman. Kerajaan kini sedang membangunkan 4 kawasan jelapang padi baru di Pahang dan Sarawak. Keseimbangan keperluan air mengambilkira komponen bekalan air yang diperolehi daripada sistem pengairan atau dari air hujan dengan beberapa komponen kehilangan air yang berlaku. Kelihangan ini melalui beberapa proses seperti Transpirasi (Transpiration), Pemeluhwapan (Evapotranspiration), Resapan (Seepage), Perkolasi (Percolation) dan Pengaliran Air yang melempahi batas. Pengurusan air yang berkesan adalah menjadi peranan dan tanggungjawab pesawah dan petani demi mendapatkan kesan optima dalam pengurusan air dan pertumbuhan pokok padi. Tanaman padi adalah singifikan dengan pemberian bahan input terutamanya baja dan raacun. Pertama sekali dalam faktur pra-syarat untuk mendapatkan hasil padi yang tinggi adalah Faktur Keperluan Infrastruktur dan Rekabenuk sawah padi. Paling Asas adalah petak sawah padi mestilah mempunyai infra lengkap seperti infra sistem pengairan, jalanladang, sistem perparitan dan lain-lain kemudahan. Sistem pengairan perlu selalu ditingkatkan agar sawah dapat menerima air mengikut keperuan dari peringkat awal iaitu semaian sehingga hampir menuai. Bentuk petak sawah yang seragam, rata dan sederhana besar dalam bentuk empatsegi bujur sesuai untuk penanaman. Kesemua infra mestilah diselenggara dengan baik agar dapat berfungsi dengan sempurna untuk tujuan penanaman, amalan aronomi dan post harvest.
Pengurusan Air Sawah merupakan tajuk penting yang perlu diberikan kefahaman kepada pesawah untuk meningkatkan hasil optima dan juga menjimatkan air sawah. Pengalaman saya bertugas dikawasan sawah padi selama lebih 25 tahun membuat banyak pemerhatian dan juga mengenai pembaziran air berlaku tanpa diberikan kesedaran yang sewajarnya. Bekalan air yang seimbang dan tepat dapat membantu tumbesaran pokok padi selain dapat usaha untuk mengujudkan kelestarian Amalan Pertanian Baik (MyGAP) yang akan membantu meningkatkan hasil padi. Tanaman padi memang diketahui sangat SENSITIF dengan kes-kes kekurangan air dalam sawah iaitu pada 20 hari sebelum dan 10 hari selepas Tangkai Terbit (Panicle initiation - PI). Pada masa ini didakwa telah terdapat banyak teknologi dan amalan agronomi untuk penanaman padi yang telah diguna pakai bagi kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi setiap hektar. Pesawah di Sekinchan, Selangor mampu menghasilkan pengeluaran purata sebanyak 8-10 mt sehektar dengan teknologi baru. Di dalam meningkatkan hasil padi, keadaan fizikal permukaan tanah sawah memainkan peranan yang sangat penting. Tanah sawah yang baik adalah rata dan mempunyai lapisan tanah keras (hard pan) yang baik disamping ianya mempunyai satu sistem pengairan dan saliran yang sempurna. Aktiviti Merata Sawah (land levelling) dan membentuk pemukaan tanah rata adalah sangat penting. Ini kerana dibuktikan sistem permukaan sawah rata perlu untuk menyokong sistem pengairan sempurna merupakan keadaan terbaik untuk pertumbuhan pokok padi. Ia melibatkan proses dimana kedalaman air yang seragam di dalam lot sawah yang rata akan dapat membantu pengagihan air di dalam sawah lebih cekap dan seragam. Perataan tanah sawah perlu dilakukan hampir setiap beberapa musim menanam kerana aktiviti penanaman padi yang intensif dilakukan sepanjang musim dan penggunaan jentera berat semasa menuai hasil untuk mengubah permukaan tanah.

Saya dapati terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan dalam aktiviti merata sawah iaitu (1) membuat cerun yang menyokong bekalan air; dan (2) merata tanah supaya menepati keadaan terbaik dengan peralihan tanah yang minimum dan kemudian mengikut paras bekalan air di dalam petak sawah tersebut. Pendekatan kedua lebih baik kerana kaedah ini adalah didapati lebih ekonomik. Merata sawah dapat memperbaiki serta meningkatkan kecekapan air dan tenaga kerja. Ada pesawah yang sukar untuk memahami akan kepentingan aktiviti merata sawah. Jika dahulu aktiviti perataan tanah sawah secara berskala kecil dilakukan dengan bantuan haiwan ternakan, kini pesawah telah boleh menggunakan jentera seperti traktor kecil dan sederhana atau mengupah operator jentera bagi meratakan tanah sawah di dalam lot sawah mereka sendiri. Biasanya selepas musim menuai, pesawah akan membuat penyediaan tanah sawah secara kecil (minor land levelling) untuk musim menanam berikutnya kerana keadaan tanah sawah yang tinggi rendah selepas musim menuai. Ketika penyediaan tanah, pesawah atau operator jentera itu akan mengalihkan tanah dari kawasan yang tinggi kepada kawasan yang rendah bagi membentuk permukaan tanah yang rata. Setelah beberapa tahun, keadaan tanah di dalam sawah akan menjadi stabil dan keadaan ini akan membantu memperbaiki pengairan dalam lot sawah. Kaedah perataan sebegini menjadi amalan di dalam penyediaan tanah bagi setiap musim penanaman padi dan tidak memerlukan kos tambahan kerana tidak melibatkan kerja-kerja perataan yang lebih besar (major land levelling). tanah sawah yang rata menjamin penghasilan tinggi jka amalan agronomi dijalankan mengikut 'Rice Check' dan pengurusan yang sawah yang baik. Peribahasa menairi sawah orang amat signifikan dalam amalan pengurusan tanaman padi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
MENGAIRI SAWAH ORANG... APA..
AIR MASUK... IKUT LOT AWALNYA...
PADI SUBUR... BANYAK HASILNYA...
ITU TANDA... ADA KERJASAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP , Malaysia.
(12 Safar 1437H)
Kemaskini pada 3 April 2016
Kemaskini pada 3 April 2016
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.