Support My Blog

Friday, April 15, 2016

DURIAN BELANDA - SATU CATATAN

BUAH DURIAN BELANDA (Annona muricata Linn) kini merupakan sejenis buah tropika yang unik dimana komposisi buah adalah terdiri dari 67% daging buah yang dapat dimakan, 20% kulit, 8.5% biji dan 4% poros tengah buah (Sila lihat foto diatas). Kandungan gulanya sekitar 68% dari seluruh bahagian yang padat isinya dalam buah. Buah ini merupakan sumber vitamin B yang hebat dan banyak jumlahnya iaitu sekitar 0,07 mg/100 g dari isi buah. Kandungan vitamin C pula dilaporkan sebanyak 20 mg bagi setiap 100 g isi buah dan juga mengandungi bahan seperti Kalsium dan Fosforan. Sifat yang paling unggul pada buah durian belanda ini ini ialah aroma harumnya dimana ramai mendakwa baunya yang sangat menggiurkan. Isi buah ini mirip dengan buah nona atau ‘cherimoya’dimana warna putihnya yang kuat itu sangat stabil walaupun sedang diproses atau diolah. Buah durian belanda dihasilkan dari pokok matang dibahagian batang atau dahan kecil. Pokok dengan ketinggian 3-10 m mempunyai banyak cabang yang bermula dari bahagian bawah pokok. Daunnya berbentuk lonjong-bundar telur sungsang dengan berukuran (8-16) cm x (3-7) cm dan hujungnya tajam pendek. Bahagian  tangkai daun berukuran panjang 3-7 mm. Bunganya teratur dengan susunan 1-2 kuntum berada pada bunga yang pendek dan berwarna kuning kehijauan. Tangkai bunga panjangnya sekitar 2.5 cm dimana ada daun kelopak sebanyak 3 helai yang berbentuk segi tiga, tidak mudah gugur dan panjangnya sekitar 4 mm. Ia juga mempunyai daun mahkota sebanyak 6 helai dalam 2 barisan dimana hanya 3 helai daun mahkota terluar berbentuk bundar telur melebar. Buah yang matang adalah berbentuk bulat telur melebar atau tirus huung yang berukuran (10-20) cm x (15-35) cm dan berwarna hijau tua serta tertutup oleh duri-duri lembut.  Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri dan keunggulan dan kelebihan buah durian belanda.


Buah durian belanda sejak dahulu merupakan buah yang dimakan segar diatas keenakannya dengan rasa manis dan masam manis serta aromanya. Kini durian belanda amat popular dengan ia diproses menjadi jus buah-buahan yang mendapat permintaan amat baik (Sila lihat foto disebelah). Biasanya buah ini dimakan dalam keadaan segar sebagai pencuci mulut jika masak betul atau dicampur dengan ais krim atau susu untuk dijadikan minuman yang lazat. Bagaimana pun kini buah ini lebih sering dimakan dalam bentuk ‘puree’ setelah isi daging buahnya diperah dan di tapis. Juga dapat dijadikan pelbagai produk lain. Di Indonesia dodol durian belanda populat dimana ia dibuat dengan cara isi daging buahnya dipanaskan dalam air dan diberi gula sampai campuran itu mengental. Di negaraFilipina pula buah ini yang masih muda beserta bijinya yang masih lembut digunakan sebagai bahan untuk dibuat sayuran. Buah tua yang masih keras dapat dibuat kueh yang lazat rasa dan aromanya jika diolah dengan betul mengikut resepi popular. Ada yang suka minum teh dari daun durian beanda yang ditanam secara organik untuk mendapatkan khasiatnya.


Pokok durian belanda merupakan jenis yang paling tidak tahan tumbuhnya di antara jenis-jenis Annona lainnya dan memerlukan iklim tropika yang panas dan lembap. Tanaman ini sesuai tumbuh pada ketinggian sampai 1,000 meter dari paras laut. Pertumbuhan dan proses pembungaannya sangat terpengaruh dengan suhu yang turun sejuk atau berlaku hujan salji dinegara tertentu malahan ia dapat membunuh pokok ini. Begitu juga jika berlaku musim kering akan menyebabkan luruh daun dan menjejaskan pertumbuhan dan pembungaan. Walau pun lazimnya tuaian hasil mendapat lebih tinggi pada cuaca baik dengan tahap kelembapan yang tinggi semasa pembentukan buah. Apabila musim hujan berterusan maka paras ari dalam tanah akan menyebabkan akar tumbuhan terendam menyebabkan putih, bunga dan buah akan terjejas pertumbuhannya malahan ia akan gugur. Sebaiknya dibuat sistem saliran yang baik untuk mengelakkan air bertakung. Pokok durian belanda memang tidak tahan terhadap keadaan genangan air. Kawasan pangkal pokok sebaiknya bersih daripada rumpai tetapi perlu ada sungkupan sesuai agar kurang berlaku kekeringaan air (Dehydration). Walau pun pokok ini toleran terhadap keadaan tanah yang kering tetapi pokoknya akan meluruhkan terlalu banyak daun jika mengalami kekeringan yang berkepanjangan. Sebaiknya dipasang sistem pengairan untuk tanaman ini.


Pembajaan pokok durian belanda dengan baja organik dan baja sebatian NPK mengikut jadual. Pembajaan dilakukan mengikut kadar sekitar 1 kg sepokok setahun yang diberikan beberapa peringkat. Pada peringkat vegetatif berumur 1-2 tahun diberikan baja NPK 15:15:15 dan kemudian diberikan dengan baja NPK 12:12:17:2 untuk pembungaan dan berbuah. Pokok durian belanda perlu dilakukan cantasan pembentukkan dan juga cantasan penyelenggaraan. Pokok sebaiknya tidak terlalu tinggi untuk aktiviti memetik hasil dan kawalan musuh dan penyakit.  Buang semua tunas-tunas air dan jadikan pokok mempunyai dahan yang seimbang. Tunas air (water sprout) serta cabang-cabang yang tumpang-tindih dan berkumpul juga harus dibuang. Kelemahan pokok durian belanda secara umumnya adalah kadar selalunya proses pendebungaan yang rendah dalam keadaan semulajadi. Oleh itu aktiviti membuat kacukan bunga (artificial pollination) perlu dilakukan dengan menyembur debunga jantan kedalam bunga betina. Teknik lain adalah dengan memelihara Kukbang Tukang (Carpenter Bees) dikalwasan kebun untuk membolehkan kumbang ini membuka kelopak bunga dan seterusnya menjalankan pendebungaan. Kejayaan sebenar penanaman pokok durian belanda adalah tahap kejayaan proses pendebungaan dan bagaimana amalan agronomi dijalankan. Wasallam!...
POKOK DITANAM... DURIAN BELANDA...
BENIH DICARI... KUALITI BENIH DIJAGA..
BUAH BERKHASIAT... MAHAL HARGA..
BACA ARTIKEL... HATI RASA LEGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Baru, Triang,
Pahang, 
Malaysia.
(22 JamadilAkhir 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...