Support My Blog

Sunday, April 17, 2016

BAJA CHITOSAN - APA DIA

BAJA CHITOSAN (Chitosan Fertilizer) merupakan satu jenis baja yang jarang dibincangkan dikalangan saintis, pegawai pengembangan pertanian dan petani di Malaysia. Baja ini merupakan jenis baja yang mana ia berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman. Ia merangsang dan melindungi tanaman terutamanya jenis buah-buahan untuk menjadi lebih subur dan menghasilkan buah yang lebih berkualiti. Baja ini mempunyai dua bentuk iaitu bentuk pepejal dan paling popular adalah bentuk cecair (Sila lihat produk jenama Siam diatas). Dalam tinjauan teknologi ke kawasan tanaman buah-buahan di Chantaburi, Thailand penulis dapati kesan penggunaan baja ini terhadap pokok manggis, dokong, durian dan limau amat ternyata berkesan. Syarikat pengedar baja tersebut membuat petak pemerhatian teknologi dikampong tersebut dengan menggunakan cara pendekatan yang dipanggil sebagai 'Chitosan Base Fertilizer' untuk ladang buah-buahan. Wakil syarikat daripada Syarikat PP Fertilizer Co Ltd telah menerangkan kepada kami bagaimana keberkesanan penggunaan baja cecair ini dengan beberapa penerangan teknikal. Antara tanaman yang didapati mmberikan respon positif dengan baja ini adalah Dokong (Lansium domesticum), Durian (Durio zibethinus) and Manggis (Garcinia mangostana) yang sedang berbung dan berbuah. Baja Chitosan adalah sejenis baja polysaccharide yang diproses (extracted) daripada produk laut seperti ketam, udang dan tulang ikan. Ia didakwa sangat baik untuk alam sekitar kerana dikategorikan sebagai 'Biocompatible, Biodegradable dan Tidak Toksik (nontoxic). Dari segi sejarah kehebatan baja Chitosan telah dijumpai pada tahun 1992 oleh saintis. Ia didapati mempercepatkan proses percambahan biji benih, proses pertumbuhan akar dan resistan kepada serangan penyakit. Baja Chitosan kini didapati menggalakan pertumbuhan mikrob semulajadi  (natural antimicrobial) dan bersifat Antibacteria serta agen AntiKulat (antifungal agent). Baja ini yang telah mendapat kelulusan kajian di USA ini telah meluas digunakan diseluruh dunia sebagai salah satu 'enhancer' untuk tanaman. Artikel subuh Ahad ini saya berfikir mengupas dalam "Anim Agro Technology" satu produk yang meluas digunakan dinegara jiran tetapi agak kurang dikenali dan digunakan dalam negara kita. 

Oligosaccharides aadalah bahan hormon yang memberi kesan dalam pertumbuhan tanaman. Diantara kesan bahan ini adalah seperti berfungsi untuk pemanjangan batang (stem elongation), mengalakkan pengeluaran bahan Ethylene dan juga bahan Auxin. Kedua-dua bahan hormon ini sangat penting untuk tumbuhan. Apa pun bahan ini juga yang memberikan pertahanan kepada tumbuhan daripada diserang penyakit. Ia bertindak sebagai pelindung kepada tumbuhan (elicitation of various defensive action). Daripada penerangan dan pemerhatian penulis dapati ada perbezaan amat nyata diantara pokok dokong yang dirawat dengan baja chitosan dengan pokok yang tidak diberikan baja ini. Bagi pokok dokong yang dibaja dengan chitosan didapato batang pokoknya kukuh, kulit yang berwarna gelap, daun besar dan berkilat, buah yang banyak dan padat (Sila anda lihat foto disebelah). Apa yang jelas pokok tersebut tidak ada keruping pada batangnya berbanding dengan pokok kawalan. Apa yang unik dimana pokok kawalan berdekatan mempunyai daun bersaiz kecil, hijau pucat, buah yang sedikit, buah kecil dan jarang serta daunnya diserang Cercospora spp. Apabila melihat buahnya didapati buah dokong tersebut lebih besar, bilangan biji setiap tangkai 2-3 kali ganda dan rasa buah dokong yang amat manis (anggaran penulis sekitar 15 darjah Brix keatas). Buah yang diberi baja Chitosan mempunyai warna kulit lebih cerah dimana sebagai perbandingan terdapat purata sebanyak 15 biji satu tangkai dimana pokok plot kawalan hanya mempunyai purata buah hanya 8 biji sahaja.  Penulis enjoy makan buah dokong disediakan petani dan memetik senditi dibawah pokok. Buah dokong yang amat manis ini merupakan satu kesan positif penggunaan baja  dan pengurusan tanaman yang baik.


Baja Chitosan yang dibuat promosi oleh syarikat adalah dalam bentuk cecair dalam botol 1 liter (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya agen syarikat memberitahu bagaimana kadar serangan kulat pada pokok buah-buahan tropika dikawal dengan signifikan setelah baja ini digunakan. Ini kerana serangan kulat pada tanaman akan mengurangkan kuantiti dan kualiti hasil. Dakwanya terdapat sejenis bahan kompaun dikenali sebagai 'beta glucanase' yang akan bertindakbalas dengan bahagian dinding sel tumbuhan (bio synthesized). Bahan ini akan seterusnya menghancurkan sel kulat dengan memecahkan dinding sel kulat tersebu dengan fragmen hususs. Antara fragmen yang diuraikan adalah seperti bahan seperti Beta glucans aiaitu sejenis Oligosacchrin yang membantu menghasilkan bahan seeeperti Phytoalexins. Bahan ini seterusnya akan menghasilkan sintesis Lignine dan seterusnya menghasilkan bahan Ethylene.  Pengeluaran bahan Lignine akan dapat menguatkan dinding sel tanaman. Kesan ini menjadikan tanaman makanan seperti buah-buahan dan sayuran akan lebih tinggi dan berkualiti. Produk yang menggunakan baja chitosan didakwa mesra alam dan selamat dimakan. Apa yang unik juga kerana baja chitosan dikategorikan sebagai Baja Organik kerana menggunakan bahan aasan daripada Molusk laut seperti kulit ketam (termasuk ketam merah yang didapati merupakan sumber chitin terbaik), udang dan rumpailaut dan pelbagai bahan lain.


Baja Chitosan seperti dinyatakan diatas merupakan bahan regulator dalam tumbuhan yang diperlukan sebagai baja hebat. Walau pun baja ini harganya agak mahal berbanding dengan baja lain tetapi kesannya amat signifikan. Bahan seperti kulit ketam merah yang diproses menjadi asas baja ini diperolehi dari ketam merah (Sila lihat foto disebelah). Negara yang banyak produk ikan seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia mampu menghasilkan produk baja Chitin untuk digunakan dikalangan petani mereka. Bahan yang terkandung dalam baja ini iaitu Oligosaccharin mampu melindungi tanaman daripada serangan kulat dan penyakit. Penulis dalam membuat tinjauan di kedai-kedai penjual bahan baja dan racun mendapati baja chitosan ada dijual dalam berbagai jenama dan prmbungkusan. Ia dijual dengan harga tinggi berbanding dengan produk baja foliar lain kerana kebanyakannya adalah diimport. Anda boleh membaca artikel berkaitan dengan baja chitosan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Semuga tulisan mengenai Baja Chitosan ini akan menambah ilmu pengetahuan pembaca semua. Wasallam!!..
BAJA CHITOSAN... APA HEBATNYA...
BAJA BAIK INI...KURANG DIGUNA...
BACA ARTIKEL... HATI PUN SUKA...
DAPAT ILMU...KONGSI BERSAMA 

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Dewan Orangramai Precint 9,
Precint 9, Putrajaya,
WP, Malaysia
(2 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...