Pokok figs dari pelbagai varieti ditanam oleh 'Hasnor and the gangs' dikawasan sekitar Pejabat Pertanian Bera, Pahang untuk dijadikan petak pemerhatian. Terdapat sekitar 8 jenis varieti pokok figs yang ditanam dibawah struktur pelindung hujan semenjak lebih setahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini ditanam didalam bakul plastik yang besar disebabkan lokasi penanaman adalah mudah dinaiki air semasa musim banjir. Apabila berlaku musim hujan dan akan berlaku kejadian banjir maka bakul plastik besar tersebut boleh dipindahkan kelokasi lain yang lebih tinggi. Kedudukan lokasi tanaman bersebelahan dengan Sungai Pahang telah mengalami kejadian banjir besar pada tahun 2014/2015 yang menenggelamkan keseluruhan kawasan tanaman. Inovasi menanam pokok buah figs dalam bakul plastik membolehkan tanaman ini diselamatkan dari musnah akibat banjir. Pokok ditanam didalam bakul plastik yang diisikan dengan media tanaman campuran tanah dan cocopeat dan dipasang sistem fertigasi melalui sistem 'piping' secara titis. Ini membolehkan pokok figs hidup subur dengan baik dan menghasilkan bunga dan buah. Selain daripada plot ini dijadikan plot pemerhatian dilaporkan ia juga menjadi plot untuk menghasilkan bahan tanaman atau benih yang disediakan melalui pembiakan vegetatif. Beberapa dahan ditut dengan teknik betul untuk memberikan kualiti anakbenih pokok figs yang tulin dan 'true-to-type'.

Hasil daripada tanaman buah figs masa kini masih menjadi persoalan kerana belum banyak buah ini dijual dipasaran. Bagaimana pun penulis dapat merasa kesemua jenis varieti buah figs yang ditanam dan membezakan rasannya (Sila lihat foto disebelah). Buah Figs rupanya orang kita di Malaysia lebih kenal dengan panggilan 'Buah Tin' iaitu sejenis buah daripada keluarga Moraceae dan ia merupakan sejenis tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Timur Tengah dan Asia Barat yang kini banyak ditanam di kawasan temperate secara komersil. Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis. Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang meluas ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Tanaman ini di Malaysia merupakan tanaman yang baru diminati dan terus berkembang dengan cepat. Teknologi membungkus putik buah figs dengan karung jaring iaitu jenis pembungkus telur merupakan satu kaedah yang sangat praktikal, mudah dilakukan, murah dan yang paling utama adalah mampu melindungi buah daripada serangan serangga Lalat Buah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
TANAM FIGS... PERLULAH DIJAGA...
PUTIK BUAH... LALAT BUAH SUKA...
DIBALUT AWAL...PELBAGAI CARA...
KARUNG DIPASANG...MUDAH SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room A4, Hotel Sireh,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.
(23 JamadilAwal 1437H)
Ditulis semasa bercuti pada Mac 2016.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.