AEROPONIK (Aeroponic) adalah satu sistem tanaman dan proses membesarkan tumbuh-tumbuhan di udara atau pun dipersekitaran berkabus tanpa menggunakan tanah sebaliknya menggunakan konsep semburan pada akar. Perkataan "aeroponik" berasal dari perkataan Yunani yang bermakna aero (udara) dan ponos (usaha). Teknologi ini berbeza daripada sistem penanaman hidroponik, aquaponik, dan in-vitro (kultur tisu tumbuhan) konvensional. Daripada konsesp, ia tidak seperti 'Hidroponik' iaitu teknologi yang menggunakan larutan nutrien cecair sebagai medium pertumbuhan dan mineral penting untuk mengekalkan pertumbuhan tumbuhan. Ia berlainan juga dengan teknologi 'Aquaponik' yang menggunakan air dan sisa buangan ikan dalam sistem pusingan air. Apa yang lain dimana teknologi 'Aeroponik' dilakukan dengan tanpa medium pembesaran. Bagaimana pun ketiga-tiga sistem diatas masih tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman. Teknologi ini amat kurang diketaui atau pun diamalkan oleh petani dan peminat tanaman hidroponik disebabkan banyak faktor. Bagaimana pun saya berfikir teknologi Aeroponik masih dikategorikan sebagai sejenis hidroponik kerana ia masih menghantar nutrien penting baja pokok melalui air yang disembur kepada bahagian akar tanaman. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai hidroponik, aquaponik dan sebagainya sebelum ini. Artikel ke 3,729 malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu lagi teknologi penanaman dipanggil sebagai Aeroponik untuk dijadikan bahan rujukkan.
Dalam memahami teknologi aeroponik ini kita perlu faham akan prinsip asas penanaman aeroponik dimana tumbuh-tumbuhan perlu digantung di dalam persekitaran yang tertutup atau separa tertutup. Pembekalan nutrien dan air dilakukan melalui semburan pada akar tanaman yang tergantung dan bahagian bawah batang dengan percikan atau semburan larutan cecair yang kaya dengan nutrien (Sila lihat rajah disebelah). Perlu difahamkan iaitu bahagian daun dan pucuk yang dikenali sebagai kanopi tumbuh menegak keatas. Akar tumbuhan dipisahkan dengan satu struktur sokongan tumbuhan dalam sel tertutup. Tumbuhan yang dimasukkan dalam bekas tanam akan digantung atau diletakkan diatas dengan sokongan yang kukuh. Air baja akan disemburkan kepada bahagian akar dari bawah tumbuhan mengikut jadual ditetapkan. Sebaiknya kawasan untuk meletakkan sistem aeroponik bebas daripada haiwan perosak dan penyakit supaya tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih sihat dan lebih cepat berbanding tumbuhan yang ditanam dalam media tanaman lain. Apa pun akibat persekitaran sistem ini tidak ditutup dengan sempurna selalu juga ada haiwan perosak dan penyakit menjadi ancaman. Persekitaran terkawal memastikan pertumbuhan lebih cepat, tahap kesuburan terkawal, jaminan kualiti dan hasil yang selamat dimakan. Teknologi ini menitik beratkan pada sistem akar tumbuhan yang amat sensitif dimana teknologi ini sering digabungkan dengan hidroponik konvensional untuk menjadi "penyelamat tanaman" kecemasan apabila berlaku bekalan nutrien dan bekalan air sistem aeroponik gagal berfungsi. Apa yang berlaku dimana tekanan air tinggi aeroponik untuk menghantar nutrien pada akar melalui 20 -50 kepala mikrometer kabus menggunakan tekanan tinggi iaitu sekitar (80 paun setiap inci persegi atau 550 kPa) pam dari sistem pam yang dipasang.
Kelebihan Sistem Aeroponik memang banyak diperkatakan dimana diantaranya adalah tiada penggunaan tanah bagi percambahan benih. Sistem ini mempunyai persekitaraan pembesaran sayuran tanpa penyakit dan tiada pestisid diperlukan dan didalam kawasan terkawal yang mudah diselia. Ia juga mudah dijaga dimana ianya amalkan komsep 'Tanam dan Tuai. Ia mampu atau berkebolehan dalam menyimpan air dan nutrien. Teknologi ini akan memberi hasil yang banyak dengan cepat mengikut jadual pengeluaran yang disediakan. Terdapat pelbagai sayuran ditanam pada masa yang sama mengikut kehendak pasaran dan jadual pengeluaran. Ia didakwa lebih effisien berbanding Hidroponik biasa dan mempunyai persekitaraan yang terkawal bagi semua jenis sayuran. Aeroponik merupakan satu cara penanaman sayuran yang terbaik menggunakan udara serta ekosistem air dan nutrien tanpa penggunaan tanah. Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh sistem semburan kabus (misting). Tekanan tinggi pada sistem semburan akan menghasilkan partikel air berbentuk kabus. Permasalahan utama untuk teknik aeroponikdimana ada kejadian dimana tekanan yang dihasilkan sistem pam rendah menyebabkan butiran air yang terbentuk adalah kasar. Adalah lebih baik dimanan semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air membolehkan kemungkinan penambahan Oksijan (O2) oleh butiran air semakin meningkat yang baik untuk pertumbuhan. Teknologi Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran semburan air halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan menghantar O2 paling banyak kepada akar tanaman. Tanah padat dilaporkan hanya menyediakan 20-30% Oksijan untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan sehingga 50% Oksijan dan hidroponik 80% untuk akar. Sistem Aeroponik membolehkan akar mendapat sehingga 90% Oksijan. Atas dasar ini mengapa pertumbuhan tanaman sistem aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional lain.
Semburan kabus nutrien pada tumbuhan yang diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrien dengan lebih mudah. Sisa nutrien yang tidak melekat pada akar akan kembali lagi ke dalam takung simpanan larutan yang ada dibawahnya dan akan disemburkan lagi. Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 kali ganda lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan media tanah biasa. Tuaian hasil akibat dari kadar pertumbuhan yang pesat sebab akar secara intensif mendapat larutan baja dengan konsisten. Ia terus menyerap secara langsung tanpa media perantara. Berbeza dengan cara konvensional dimana nutrien diserap dimana ada kandungan bakteria dalam sistem perakaran. Kadar penyerapan nutrien melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu secepat 135 % lebih laju daripada kaedah hidroponik yang lain. Sistem tanaman aeroponik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabus yang disembur. Akar tanaman ini akan lebih mudah jadi kering sekiranya sistem semburan kabus terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed). Mengenai perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggi disebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala sistem hidroponik biasa hanya alatan asas rendah tanpa kos pam dan palong. Semuga anda mendapat info berguna menganai teknologi Aeroponik untuk dirujuk. Wasallam!.
SISTEM AEROPONIK... SUDAH LAMA...
NAMUN BEGITU...KURANG PENGGUNA...
DINEGARA MAJU..BANYAK DIGUNA...
BACA ARTIKEL... MINAT PUN ADA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Rabiulawal 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.