Peribahasa MENUNGGU KUCING BERTANDUK adalah satu peribahasa lama yang sering kita dengar semenjak dahulu terutama ketika zaman persekolahan. Ia juga disebut sebagai 'Bagai menantikan kucing bertanduk' yang mana ia bermaksud 'mengharapkan sesuatu yang tak mungkin'. Ia merupakan situasi bagi menggambarkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku pada masa akan datang walau apa jua usaha dilakukan. Implikasi dari peribahasa tersebut adalah keadaan yang dijangkakan (atau kemungkinan ianya akan terjadi) tidak akan berlaku. Ini kerana Kucing (Felis spp) merupakan haiwan yang rapat dan jinak dengan manusia dan memang belum ada rekod menunjukkan spesis haiwan ini bertanduk. Pakar bahasa Melayu begitu arif tentang perkara ini dan menjadikan haiwan kucing sebagai bahasa pembayang untuk peribahasa dengan nyatakan bahawa kucing sememangnya tidak akan bertanduk. Apa pun penulis berjaya paparkan foto menunjukkan bagaimana jika kucing bertanduk seperti di foto diatas. Nampak 'okey' juga kalau kucing ini bertanduk dimana ianya lebih mancho dan menarik cuma mungkin ada kemungkinan ia jadi ancaman bahaya jika tanduknya disalahgunakan. Banyak perkara didunia ini yang walau pun kita harapkan tetapi tidak mungkin berlaku dimana mungkin peribahasa ini hampir menyamai maksud bagi satu peribahasa lain iaitu 'Angan-angan Mat Jenin'. Apa pun saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan kucing secara ilmiah bagi dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua. Mungkin tulisan ini dapat kaitkan pengetahuan kita dengan peribahasa bagaikan menunggu kucing bertanduk.
Kucing (Felis silvestris catus) dikenali sebagai kucing peliharaan atau kucing bela yang jinak merupakan sejenis mamalia karnivor kecil. Terdapat juga jenis kucing liar lazimnya di Afrika (Felis silvestris lybica) yang masih terdapat dalam hutan. Sejarah menunjukkan kucing telah pun dijinakkan manusia semenjak 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba. Lazimnya kucing masa dahulu telah pun diletakkan dikawasan seperti setor simpanan bijirin daripada serangan tikus (Ratus ratus spp) dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan yang menjadi belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka (Breed cat), kucing baka tulen (Pure breed) atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing dan kucing yang mempunyai baka campuran mempunyai bulu panjang dan selalunya dibela jinak atau jenis bulu-pendek yang jinak. Pada masa ini terdapat pelbagai baka kucing domestik yang tidak berbulu atau dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna dibadannya. Kucing merupakan haiwan (Carnivore) yang jadi pemangsa dan ia mahir dimana ia diketahui mempunyai instinct untuk terus memburu. Kucing Liar mampu memburu dan makan lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanannya. Kucing juga merupakan sejenis haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia jika dilatih dengan baik. Kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil dalam situasi dan adaptasi disekitarnya. Bagaimana pun kucing peliharaan dirumah boleh berada dalam jumlah yang banyak jika diberi makan.
Kajian menunjukkan jangkamasa bagi kehamilan atau gestasi pada kucing sekitar 63 hari. Anak kucing baru lahir selalunya buta dan tuli. Mata mereka akan terbuka pada umur 8-10 hari dimana akan berpisah susu dengan ibunya pada usia 6-7 minggu. Kajian menunjukkan kebanyakan tahap kematangan seksual kucing dicapai pada umur 10-15 bulan. Kucing dapat mengandungkan sebanyak 4 janin sekaligus dimana rahimnya memiliki bentuk yang khusus dengan 4 bahagian yang berbeza. Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2.5 hingga 7.0 kilogram dan jarang melebihi 10 kg. Bagaimana pun jika ia diberi makan berlebihan maka kucing dapat mencapai berat badan 23 kg. Tetapi keadaan seperti ini amat tidak sihat bagi kucing dan harus dielakkan. Kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun dimana dilaporkan kucing tertua diketahui berusia 38 tahun 3 hari yang bernama Creme Puff. Kucing peliharaan yang tidak keluar rumah dan disterilkan didapati akan hidup lebih lama (mengurangi risiko perkelahian dan kecelakaan). Kucing liar yang hidup di kawasan urban atau bandar selalunya hanya hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu kerana kesihatan dan bertengkar serta kurang makanan. Kucing peliharaan yang tinggal di dalam rumah sebaiknya diberi kotak kotoran yang berisi pasir atau bahan khusus yang dijual di kedai peliharaan untuk kucing membuang najisnya. Sebaiknya juga perlu ada tempat khusus bagi kucing untuk mencakar. Perkara ini penting sebab kucing memang haiwan yang perlukan kegiatan mencakar ini untuk menanggalkan lapisan lama pada kukunya agar kukunya dapat tetap tajam dan terjaga kesihatannya. Jika tidak disediakan maka ia akan banyak mencakar benda lain dan merosakkan beberapa jenis perabut rumah. Kucing juga ada menunjukkan perilaku memilih makanan yang disukainya. Ini kerana kucing juga memiliki organ penciuman khusus di langit-langit mulutnya yang disebut sebagai organ vomeronasal atau organ Jacobson. Ketika organ ini terstimulasi oleh suatu jenis makanan tertentu maka kucing akan menolak makanan selain makanan itu.
Kucing termasuk haiwan yang bersih dimana mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah sejenis agen pembersih yang kuat akan tetapi ianya menyababkan alahan (allergy) pada manusia. Kadang kala kucing akan memuntahkan hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perut mereka. Kucing menyimpan energi dengan cara tidur lebih berbanding dengan jenis haiwan lain. Jangkamasa lama tidur kucing bervariasi antara 12-16 jam seari atau purata 13-14 jam sehari. Bagaimana pun saya dimaklumkan kucing jarang tidur selama 20 jam dalam satu hari. Kucing mendengkur ketika dia akan senang hati dan bahagia. Kucing merupakan satu-satunya haiwan yang dapat mengeluarkan suara dengkuran. Dengkuran kucing biasanya merupakan tanda kepuasan hati pada kucing walau pun ada beberapa penyebab lain jika kucing mendengkur. Penyebab lain kucing mendengkur ketika dia akan mati dan sakit dimana ini akan dapat membuatnya menjadi nyaman dan mengurangi stres. Selain itu juga kucing akan mendengkur ketika akan melahirkan dan anaknya akan mendengkur ketika sedang menyusui. Gelombang Hertz pada dengkuran kucing berkisar antara 25 hingga 150. Pada had yang lebih rendah selalunya dengkuran kucing memiliki kecepatan getaran yang sama dengan mesin diesel yang sedang menyala. Dengkuran kucing juga dipercayai dapat mengurangi rasa stres dan mengurangi depresion.
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang umum di Eropah dan Amerika Utara dimana populasi kucing di seluruh dunia melebihi 500 juta ekor. Menurut laporan oleh International Federation for Animal Health Europe (IFAH) pada masa ini jumlah populasi kucing domestik diseluruh dunia terdapat sekitar 220 juta ekor. Dilaporkan ada terdapat 280 juta ekor kucing liar yang tidak bertuan atau hidup tanpa penjaganya. Dalam syariat Islam lazimnya seorang muslim diperintahkan untuk tidak menyakiti atau bahkan membunuh kucing iaitu berdasarkan hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari kisah Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah. Hukum menjual dan membeli kucing pun dalam syariat Islam adalah haram hukumnya berdasarkan dalil hadis. Adalah haram memakan daging kucing dan memperjual-belikan kucing. Umat Islam tidak boleh untuk memperdagangkan kucing sebagaimana mereka diharamkan memakan daging kucing. Begitulah coretan mengenai kucing untuk menjelaskan peribahasa Bagai Menunggu Kucing Bertanduk. Semuga tilisan ke 3.669 ini memberi infiberguna kepada anda semua. Wasallam!.
HAIWAN KUCING... TANDUK TIADA...
DITUNGGU JUGA...BERTANDUK KAH IA...
KUCING JINAK... TEMAN MANUSIA...
PELBAGAI JENIS... CANTIK SEMUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1437H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.