PISANG BENGGALA (Musa spp) atau Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini tidak selalu menghasilkan buah yang memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan segar. Penggemar pisang ini biasanya menelan isi bersama bijinya tanpa menghiraukan risiko kesukaran untuk buang air besar. Di Malaysia dan negara Asean yang lain terdapat banyak jenis pisang dengan nama tempatan berbeza-beza. Bagaimana pun penulis blog ini menyenaraikan 25 jenis pisang yang boleh di dapati di Malaysia. Pisang tersebut adalah seperti (1) Pisang Abu (2) Pisang abu keling (3) Pisang awak (4) Pisang Berangan (5) Pisang Benggala (Galla) (6) Pisang Bunga (7) Pisang Embun (8) Pisang Kapas (9) Pisang Kari (10) Pisang Kelat Keling (11) Pisang Khaki (12) Pisang Lemak Manis (13) Pisang Lidi (14) Pisang Mas (15) Pisang Merah (16) Pisang Nangka (17) Pisang Nipah (18) Pisang Putar (19) Pisang Rastali (20) Pisang Serendah (21) Pisang Susu (22) Pisang Talang 23) Pisang Tanduk (24) Pisang Tanduk Raja (25) Pisang teratai. Mungkin ramai dikalangan pembaca yang kurang kenal nama-nama jenis pisang ini. Anda boleh baca tulisan saya mengenai jenis-jenis pisang sebelum ini dengan menaipo dalam google atau yahoo iaitu 'Anim Agro Pisang...' maka semua akan keluar. Kali ini sementara menonton TV3 perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kedah dengan Selangor saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info Pisang Benggala yang berguna untuk banyak tujuan terutama bahagian daunnya. Penulis mula kenal dengan jenis pisang in semasa bertugas di Mersing, Johor sekitar tahun 1997 - 2001 dimana pisang ini ditanam disekitar Endau untuk dijadika pembungkus bagi makanan tradisional iaitu Satar Ikan (isi ikan dan kelapa) yang menjadi kegemaran penulis.
Dalam Penggunaan pisang benggala atau pisang galla ini ianya lebih popular untuk membuat masakan acar pisang. Kali pertama penulis kenal makanan ini adalah dimana dimaklumkan iaitu buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan untuk dijadikan acar pisang galla (Sila lihat foto disebelah). Walaupun buah pisang galla yang tua atau masak tidak boleh dimakan, tapi buahnya yang masih muda sebeluam masak boleh digunakan untuk membuat makanan, iaitu acar. Acar pisang benggala. Pada waktu itu biji-bijinya yang banyak itu masih lagi lembut dan boleh dimakan. Pada penulis ia macam jenis sayuran yang mempunyai rasa acar masam-manis dan pedas. Ia boleh dimakan dengan nasi atau lain-lain yang sesuai dengannya. Membuat acar ini sangat mudah dimana perlukan bahan iaitu 4 biji pisang gala, 1 labu bawang besar dibelah 6 bahagian, 2 biji cili merah dibelah 4 bahagian, 2 sudu makan cuka, ½ sudu air 1 sudu kecil gula, 1 sudu makan cili yang telah digiling, 3 ulas bawang merah dan juga sedikit garam. Cara membuat dengan mengambil pisang galla dan dibersihkan dan dikelar-kelar tetapi jangan putus. Setelah itu perlu direndamkan dengan air garam selama 5 minit dan kemudian campurkan dengan cili giling dan tumiskan sehingga garing. Kemudian dimasukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa. Bila air tersebut dimana setelah mendidih dimasukkan pisang, bawang besar dan cili hidup. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan. Resepi ini boleh diubah suai dengan menambah bahan-bahan lain seperti udang kering, daging, ikan bilis dan sebagainya mengikut kesukaan.
Bagaimana pun pada tinjauan penulis dibeberapa negeri di Pantai Timur, pisang benggala ini paling diminati untuk kegunaan bahagian daunnya. Ini disebebkan kerana pisang jenis ini mempunyai daun yang lebar dan tidak rapuh. Kajian penulis mendapati ramai petani menjual daunnya kerana ia menjadi lebih berguna jika dibandingkan dengan buahnya. Daun pisang ini lazimnya akan digunakan senagai pembungkus kuih, pulut dan nasi. Ia biasanya dibungkus menggunakan daun pisang yang masih segar dan boleh didimpan dalam peti ais. Daunnya lembut dan baunya wangi bila dibuat pembungkus nasi panas. Setakat yang saya tahu melalui tinjauan, daun-daun pisang selain dari pisang benggala biasanya keras dimana ianya mudah carit atau koyak. Kerana itu kalau terpaksa digunakan juga perlu dilayur (dipanaskan) di atas api terlebih dulu supaya menjadi lembut dan tidak mudah koyak. Pada penulis pengusaha yang membuat makanan tradisional satar ikan memang menggunakan daun pisang benggala ini. Daun ini diguna untuk membalut ramuan satar (ikan, kelapa dan ramuan lain) dan boleh dibakar diatas bara (Sila lihat foto disebelah). Daun ini selain agak tebal berminyak dan tidak rapuh tetapi membolehkan ia diletakkan diatas bara api sehingga isi satar didalamnya masak. Satar adalah makanan tradisional yang dijual dengan harga berbeza-beza antara lokasi tetapi lazimnya sekitar RM1.00 untuk 3 ketul atau RM2.00 untuk 5 ketul. Ia enak dimakan suam panas dengan laksam, laksa penang dan keropok lekor. Kalau dahulu satar hanya dijual dibeberapa negeri dipantai timur sahaja, kini satar boleh didapati di pasar malam atau pasar tani diseluruh negara terutama dikawasan yang ada banyak ikan.
Dalam kes lain pokok pisang benggala ini sebenarnya mudah ditanam. Anakbenih sulur pisang benggala yang bebas penyakit dan saiz sesuai boleh ditanam dengan jarak sesuai. Lazimnya ia agak kurang diserang penyakit jika dijaga dengan baik. Pokok pisang ini boleh tumbuh subur sehingga 3 meter atau lebih tinggi dengan mempunyai daun yang lebar dan hijau (Sila lihat foto disebelah). Pelepah setiap daun juga panjang sehingga 2.5 - 3.0 meter dengan lebar sekitar 0.3 meter. Batangnya besar dimana ia boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti lembu. Batang pisang ini boleh dicincang halus dan diberikan makanan dengan beberapa bahan campuran lain. Pisang ini buahnya ada yang tidak suka makan disebabkan rasanya tidak sedap dan mengandungi terlalu banyak biji dalamnya. Dilaporkan bahawa buahnya sering menjadi makanan binatang seperti burung dan tupai. Walau pun hari ini tidak banyak lagi mereka yang menanam pokok pisang benggala kerana buahnya tidak dapat dimakan seperti pisang-pisang yang lain tetapi ia ada keperluan khusus (niche market). Akibatnya daun pisang benggala kini telah menjadi mahal di pasaran. Terdapat beberapa kes-kes testimoni mengaitkan kegunaan pisang benggala dengan perubatan tradisional. Buah pisang benggala yang masak dan kering di atas pokok boleh digunakan untuk dijadikan ubat menyurutkan bengkak pada badan. Caranya dengan mengambil buah pisang itu kemudian di bakar dengan api dan ambil arangnya diadunkan dengan minyak kelapa dan sapukan pada tempat yang bengkak. Pisang benggala juga boleh digunakan untuk meredakan penyakit darah tinggi dengan mengambil sulur atau empulur dalam batang pisang benggala kemudian direbus dengan air. Air rebusan itu diminum sedikit demi sedikit sambil mengawasi kesannya kerana ia ditakuti kalau terlalu banyak meminumnya ia boleh menyebabkan darah turun dengan mendadak dan ini agak membahayakan. Semuga tulisan ini memberi ifo berguna kepada anda semua. Wasallam!.
PISANG DITANAM... NAMA BENGGALA...
DAUNNYA BERNILAI... BANYAK DIGUNA...
DIBUAT ACAR... AMAT MUDAH DISEDIA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(30 Safar 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.