Dodol merupakan produk utama usahawan ini dan kini terdapat banyak produk lain yang dipasarkan seperti belacan, minyak kelapa dara (VCO), sagun, wajik sirat, cencalok dan sebagainya. Tinjauan penulis mendapati dodol asli yang mengandungi kacang-kacang akan dipasarkan diminati oleh pelanggan-pelanggan dari Timur Tengah. Selain itu dodol-dodol perisa lain pula dihantar ke Singapura, Brunei dan China. Beliau mengusahakan produk dodol di kilangnya yang mendapat persijilan MesTI dan HALAL. Semua syarat penyediaan dodol dilakukan dengan kawalan kualiti yang sempurna oleh beliau (Sila lihat foto sebelah). Kini boleh dikatakan penerimaan orang ramai terhadap dodol pelbagai perisa ini berada pada tahap 60 peratus dimana katanya semakin lama ia semakin meningkat. Tidak lama lagi syarikat ini akan mengeluarkan dodol perisa baharu iaitu dodol berperisa coklat, epal dan durian belanda. Teknik pembungkusan ada beberapa jenis tetapi pack yang paling kecil dibingkus dengan bentuk tigasegi atau piramid yang cantik dan menarik. Keghairahan mencipta dodol pelbagai perisa tidak bermaksud aspek-aspek lain dipandang ringan terutama teknik pembungkusan. Pembungkusan dodol menggunakan daun upih serta bakul tampin turut dilakukan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Dodol bakul tampin didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu 350 gram (g), 400 g dan 500g. Selalunya ia disediakan bagi majlis pertunangan dan perkahwinan. Ada juga cara pembungkusan untuk majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan memerlukan ketelitian serta kreativiti tinggi. Sebagai contoh hantaran perkahwinan, pelanggan akan datang dengan barangan perhiasan untuk hantaran tersebut dan cara dodol itu dibungkus akan dilakukan oleh kami di sini. Dekorasi dan persembahan dodol itu juga menjadi tanggungjawab kami agar hantaran tersebut tampak menarik. Bagi pembungkusan biasa, ia akan dibalut dengan plastik berbentuk segi tiga. Proses tersebut akan dilaksanakan oleh 40 orang suri rumah di kawasan kampung tersebut.
Dalam aktiviti membungkus, Hj Ideris meminta bantuan jiran-jiran disekeliling kampong. Ini dengan cara membekalkan setiap suri rumah dengan sebanyak 26 kilogram dodol dan pada kebiasaannya akan disiapkan dalam tempoh kurang daripada dua hari. Penulis dapati dodol juga dianggap sebagai makanan tradisi yang dari dulu kerap dihidangkan pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Permintaan kuih istimewa itu meningkat setiap kali menjelang perayaan tersebut kerana ia dianggap satu kemestian bagi masyarakat Melayu. Bagaimanapun ramai penggemar dodol tidak mahu membuatnya sendiri kerana ia melibatkan kerja yang rumit kerana terpaksa mengambil masa lama dan memenatkan. Justeru tidak ramai usahawan yang berminat untuk menceburi lebih jauh bidang perniagaan dodol, malah jumlah penyertaan mereka itu boleh dibilang dengan jari. Hj Ideris Zainuddin kini hasilkan dodol menjadi punca rezekinya. Makanan tersebut dihasilkan dengan 13 jenis perisa tetapi masih mengekalkan cita rasa tradisi yang diwarisi sejak dahulu. Biarpun memasak dodol melibatkan kerja yang mengambil masa agak lama dan cukup memenatkan tetapi bagi Ideris ia menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan. Dodol Ideris dihasilkan dengan perisa seperti strawberi, cappucino, kismis, wajik sirat, kurma, pandan, jagung, mangga, durian, coklat, asli, nanas dan nangka. Menurut Ideris, dodol keluarannya dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuatnya sendiri. Dia bermula dengan membuat dodol berperisa asli tetapi lama kelamaan timbul idea untuk meningkatkan pengeluaran dengan menambah perisa lain. Baginya tidak salah untuk mencuba dodol dengan perisa-perisa lain dan hasil R&D yang saya jalankan sendiri dengan bantuan beberapa pihak, akhirnya ia menjadi kenyataan. Kini dodol berperisa asli saya sudah mampu menambah pelbagai perisa dan kesemua perisa tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apa yang penulis tertarik apabila fomula usahawan ini menggunakan angka empat (4). Kata Hj Inseris dalam setahun, 4 bulan pertama beliau mengalami kerugian, empat bulan berikutnya adalah pulang modal dan empat bulan terakhir beliau akan mendapat keuntungan banyak.
Tinjauan penulis mendapati ada produk baru yang dulu 'mustahil' untuk dieksport iaitu Cencalok kerana ia ditakuti meletup dalam kapalterbang. Inovasi usahawan ini membolehkan cencalok udang dan cencalok sotong dijadikan produk yang dieksport kebeberapa negara seperti Arab Saudi dan Brunei serta negara-negara lain. Produk cencalok Sotong 'ready to eat' adalah antara produk baru yang popular dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Merujuk kepada asal penglibatan beliau dalam projek Industri Asas Tani (IAT), beliau nyatakan ia bermula dengan satu kuali dan kini kilang tersebut mempunyai tujuh buah mesin mengacau dodol dan setiap sebuah berharga RM6,500. Setakat ini beliau mempunyai 46 pekerja yang terdiri daripada suri rumah dan anak-anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kapasiti kilang ini mampu untuk menghasilkan 600 kilogram dodol 13 perisa setiap hari berbanding 420 kilogram sebelum ini. Bermula dengan bengkel di belakang rumah, jualan Perniagaan Hj Ideris yang mengusahakan dodol kini mencecah RM350,000 setahun dimana ia memulakan pengeluaran dodol yang sinonim dengan negeri ini sejak 1999 dimana beliau kini berupaya mengeluarkan 420kg dodol sehari. Syarikat menyasarkan untuk memperoleh jualan lebih RM400,000 pada tahun ini hasil peningkatan prasarana dan promosi yang berterusan. Harga setiap kilogram dodol dijual pada harga RM10. Masa ini 70 peratus dari jualan dodol Hj Ideris adalah untuk di pasaran dalam negara manakala 30 peratus lagi dieksport ke luar negara, termasuk ke Singapura dan Brunei. Eksport dodolnya berjaya menembusi pasaran Syria dan Arab Saudi di Timur Tengah walau pun dalam jumlah yang kecil. Bagi pasaran Timur Tengah, katanya dodol kurma, kismis, badam, gajus dan kacang paling mendapat sambutan. Selain itu untuk pasaran dalam negara, dodol perisa tradisional mendapat sambutan dan kami turut menghasilkan dodol berperisa mangga, strawberi dan cappucino. Lawatan penulis kekilang dodol Hj Ideris memberikan pendedahan baru dan membuat testimoni bahawa kuih tradisional boleh dikomersilkan untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Sekian. Wasallam!....
13 PERISA... PELBAGAI INOVASINYA...
SIJIL Mesti dan HALAL... ADA SEMUA...
PASARAN EKSPORT... AMAT BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment B-6-29,
6th Floor, Blok Tahiti,
Bayou Lagoon Park Resort,
Bukit Katil, Melaka,
Malaysia.
(16 Dec 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.