Support My Blog

Tuesday, December 15, 2015

KESAN PERUBAHAN CUACA


KESAN PERUBAHAN CUACA (climate change) merupakan subjek global yang semakin menjadi perbincangan hebat diseluruh dunia masa kini. Pada Disember 2015 telah pun diadakan perbincangan mengenai isu global 'climate change' di Paris, Perancis yang membincangkan mengenai isu ini dimana ia dihadiri oleh pemimpin besar dunia. Mereka telah membincangkan mengenai impak Perubahan Iklim atau 'climate change' yang akan menjadikan ekosistem kehidupan dunia berubah. Penulis juga telah menghadiri workshop mengenai 'climate change - resilience to Agriculture System' yang diadakan dari 29 Nov - 5 Disember 2015 di University Agriculture Faisalabad, Faisalabad, Pakistan. Pendedahan kepada isu ini semasa workshop membolehkan saya dapat idea menulis satu artikel lagi mengenai perubahan iklim dan cuaca dunia dan kesannya terhadap sistem pertanian, kecukupan makanan dan keselamatan makanan. Lebih daripada 100 orang cerdikiawan dan pakar kajicuaca serta pertanian hadir dalam workshop selama 5 hari ini. Pada kami, masyarakat dunia kini memang tidak lagi dapat untuk menafikan bahawa suhu Bumi semakin panas dan berlaku perubahan keseimbangan eko-sistem dibumi telah dan sedang terganggu. Krisis alam sekitar yang berlaku ini telah didapati menyumbang kepada perubahan iklim dalam masa yang singkat. Workshop sering menyatakan akan berlakunya perkara dimana Kepekatan Gas Rumah Hijau (greenhouse gases) seperti bahan Karbon dioksida ( CO2), Metena (methane/CH4), Nitrus Oksida ( N2O), Klorofluorokarbon (CFC) dan Karbon monoksida yang terhasil melalui aktiviti yang dijalankan oleh manusia sejak sekian lama merupakan punca utama dimana ua merubah alam kepada perubahan iklim. Perkara ini juga lebih dikenali sebagai pemanasan global (Global warming). Pada penulis setelah mendengar 24 kertas mengenai climate change dalam workshop ini dimana dinyatakan bahawa perubahan iklim membawa maksud iaitu keadaan iklim yang tidak stabil atau berubah-ubah. Walau bagaimanapun saya fikir pada masa kini perubahan iklim adalah didapati lebih sinonim dengan kesan daripada Pemanasan global, Kesan rumah hijau dan Gas rumah hijau yang memberi pengaruh besar kepada perubahan iklim semulajadi. Kesan peubahan iklim terhadap hidupan di bumi juga akan berlaku dengan pantas akibat daripada kenaikan suhu bumi. Artikel malam ini sambil berehat di bilik 268, di Hotel Serena Faisalabad, Pakistan, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan atau impak perubahan cuaca dalam bidang pertanian dan beberapa perkara berkaitan.

Ramai para para saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas perubahan iklim telah mengenalpasti kesan negatif perubahan iklim kepada alam sekitar dan masyarakat. Workshop climate change di UAF Pakistan ini mengumpulkan lebih dari 50 pakar akademik kajicuaca dan pertanian di Pakistan dan 14 negara Asia dibawah APO untuk mereka berbincang tentang perkara ini. Diantaranya adalah kesan langsung kepada kesihatan manusia, sektor pertanian, hutan, sumber air, kawasan persisir pantai, spesis, kawasan semulajadi dan sumber makanan ruji manusia sedunia (Sila lihat foto disebelah). Negara-negara di Asia merupakan kawasan yang padat penduduknya terubama negara seperti India (1.3 billion orang), China (1.2 billion), Indonesia (223 juta orang) dan Pakistan (189 juta orang) direkodkan pada tahun 2015 (WHO). Kebanyakan mereka makan bijirin seperti beras dan gandum serta menggunakan jagung sebagai sumber karbohiderat dan protin. Perubahan cuaca dunia pada masa ini akan dirasakan dimana ia menyebabkan bencana alam seperti banjir dan kemarau yang menjejaskan pengeluaran hasil pertanian utama. Beberapa negara yang ada dikawasan Asia ini terdedah dengan bencana alam yang semakin mengugat kestabilan dan kecukupan makanan selain daripada isu keselamatan makanan. Semua negara disunia perlu membincangkan kesan perubahan cuaca termasu isu atau istilah 'global warming' akibat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh penduduk bumi.

Terdapat banyak kesan negatif yang disebabkan oleh perubahan iklim (climate change) daripada kesan terhadap kesihatan manusia, kesan kepada pertanian, kesan kepada hutan, kesan kepada sumber air dan kesan terhadap persisiran pantai. Semua saintis sedang membuat kajian secara berterusan mengenai perkara ini dimana satu kerjasama global yang perlu dilakukan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya melambatkan kesan perubahan cuaca ini. Kesan kepada kesihatan manusia kemungkinan akibat daripada perubahan cuaca dimana ia menggalakkan pembiakkan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan manusia. Gelombang haba juga boleh memudaratkan bahkan menyebabkan kematian, khususnya kepada pesakit jantung, asma (respiratori). Dalam sektor pertanian ianya adalah semakin ketara seperti kejadian kemarau yang melampau bukan pada musimnya. Ini akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan para petani dan masyarakat akibat kemusnahan hasil tanaman. Ia meningkatkan jumlah haiwan perosak dan menjejaskan sumber bekalan dan keselamatan makanan. Kekurangan makanan ketika ini menyebabkan 3.5 juta kematian setiap tahun terutama di benua Afrika. Kajian WHO menunjukkan kadar kematian dikawasan tersebut diantara 70 - 120 orang setahun bagi setiap 1 juta penduduk.

Kesan perubahan iklim juga memberi kesan kepada kawasan hutan dimana hutan turut terjejas akibat daripada perubahan iklim. Ia menggangu ekosistem hutan dimana tahap keupayaan tumbuh-tumbuhan untuk pokok mengadaptasikan dalam keadaan iklim yang berubah. Keadaan iklim amat mempengaruhi keupayaan kehidupan dan biodiversiti hutan untuk bermandiri. Risiko kebakaran hutan akibat pemanasan global juga tinggi seperti apa yang berlaku dibeberapa negara seperti USA, Australia dimana kebakaran hutan akibat cuaca panas dan kering menyebabkan kehilangan nyawa dan hartabenda awam (Sila lihat foto disebelah). Kajian menunjukkan kesan perubahan iklim terhadap sumber air juga serius. Air adalah sumber utama untuk hidupan terus hidup dan ia juga terjejas akibat daripada cuaca yang ekstrem seperti kemarau dan sebagainya. Sesetengah kawasan menjadi kering kontang dan ada kawasan yang mengalami hujan yang berlebihan. Ia juga mengganggu proses perolehan air bersih untuk kegiatan harian manusia seperti membasuh pakaian, memasak, mandi, pertanian dan sebagainya. Selain itu perubahan cuaca ini akan memberi kesan terhadap Kawasan Persisir PantaiPeningkatan suhu bumi menyebabkan bongkah ais di kawasan kutub selatan dan utara cair dan ini akan meningkatkan paras air laut dunia. Kawasan persisir pantai mengalami kenaikan air laut dan hakisan ombak. Juga terdedah kepada tsunami dan ombak besar. Batu karang dan taman laut akan mengalami pelunturan akibat kenaikan suhu bumi. Sosio-ekonomi masyarakat pesisir pantai turut terjejas. Sememangnya perubahan cuaca memberikan kesan yang negatif terhadap kesejahteraan kehidupan. Perkara ini dibincangkan diperingkat nasional dan global begaimana mengendali isu seperti ini. Wasallam!.

CUACA BERUBAH... SATU FENOMENA...
SUHU MENINGKAT... SATU KESANNYA...
BANJIR KEMARAU... BERLAKU JUGA...
MEMBERI PERINGATAN...UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan DTC2, University Agriculture Faisalabad (UAF),
Faisalabad, Punjab,
Pakistan.
(4 Dec 2015)
(Present country paper on TKPM)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...