Support My Blog

Wednesday, December 30, 2015

NASI

NASI (Rice) adalah makanan utama bagi sebahagian besar penduduk dunia masa kini. Nasi adalah beras (atau kadang-kadang bijirin lain) yang telah direbus (atau disebut ditanak) sehingga menjadi lembut dan sesuai untuk dimakan oleh manusia. Lazimnya proses merebus atau memasak beras dengan cara memasukkan air bersih kedalam periuk yang mengandungi beras dengan kadar yang betul. Memasak nasi kini menggunakan periuk nasi eletrik automatik yang amat mudah dimana ia akan berhenti memasak apabila nasi itu sudah masak. Berbeza dengan cara tradisional dimana cara menanak nasi menggunakan kayu api dimana ia sentiasa perlu dijaga mengawal api agar tidak hangus dibahagian bawah nasi. Jika api kuat dan tidak dijaga selalunya akan menjadi 'Kerak' dibawah periuk menanak nasi dan ia berbau hangit dan rasa kerak adalah pahit. Menanak nasi diperlukan untuk membangkitkan aroma nasi dan membuatnya lebih lunak tetapi tetap terjaga kandungan zatnya. Pada masa ini dengan ada peralatan periuk nasi pelbagai model dan harga membolehkan semua orang tidak mengira umur dan kategori jantina mampu masak nasi. Nasi yang kurang air biasanya akan menghasilkan kualiti nasi agak keras dimana ia sesuai untuk dimakan dengan sup atau lauk berkuah. Bagaimana pun jika terlebih air akan menyebabkan nasi menjadi lembut dan enak dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Bergantung kepada kesukaan seseorang, keras atau lebik nasi menjadi pilihan mengikut lauk yang dipadankan. Jika menanak nasi dengan air berlebihan dalam proses perebusannya akan menghasilkan bubur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai nasi dan pelbagai jenis nasi untuk dijadikanbahan bacaan dan rujukkan.


Dalam pengalaman penulis memang ada mendapati warna nasi yang telah masak tanpa apa-apa bahan tambahan adalah putih. bagaimana pun bergantung kepada jenis beras aau pulut digunakan ia mungkin berbeza-beza warna nasinya. Masak Beras Merah (Beras Merah) atau beras hitam (Pulut Hitam) akan menghasilkan warna nasi yang serupa dengan warna asal berasnya. Jika anda masukkan pewarna seperti kunyit, pandan atau bahan lain maka nasi yang dihasilkan daripada putih akan bertukar warna. Pada masa ini NAsi Beriyani, Nasi Hujan Panas dan Nasi Kerabu adalah beberpa jenis nasi yang dimasak dengan menggunakan bahan tambahan sebagai penyedap rasa dan juga sebagai pewarna nasi (Sila anda lihat foto disebelah). Kandungan amilose yang rendah pada pati beras akan menghasilkan nasi yang cenderung lebih transparen (jernih) dan melekit. Beras Pulut juga merupakan jenis beas yang patinya hanya mengandung sedikit amilosa dan hampir semuanya berupa amilopektin dimana ia memiliki sifat melekit dan jernih. Beras Jepun (Oryza japonica) untuk dibuat sushi mengandung kadar amilose sekitar 12-15% sehingga nasinya lebih melekit daripada nasi yang selalu kita makan di Malaysia (Oryza sativa). Beras yang kita makan selalu mengandungi kadar amilose sekitar 20%. Pada kebiasaannya beras dengan kadar amilose lebih dari 24% akan menghasilkan nasi yang 'peroi' (tidak melekit, keras, dan mudah dipisahkan biji beras).


Kajian menunjukkan nasi dimakan oleh sebagian besar penduduk di Malaysia dan kawasan Asia lain sebagai sumber karbohidrat utama makanan setiap hari. Nasi sebagai makanan asas biasanya dihidangkan bersama lauk sebagai pelengkap rasa dan juga melengkapi keperluan zat setiap orang. Nasi dapat diubah daripada nasi putih kepada pelbagai jenama nasi mengikut menu atau cara masakkan yang disediakan. Di Malaysia terdapat banyak menus yang diasakan kepada nama NASI seperti Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Nasi Goreng, Nasi Dagang, Nasi Ayam, Nasi Kandar, Nasi Jagung dan banyak lagi yang penulis tidak dapat senaraikan. Semua jenis nasi ini menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia yang dimasak sendiri atau di sediakan di restoren, hotel-hotel, majlis kenduri dan juga dimana-mana jua ada orang ingin makan nasi. Beras yang kita makan menjadi nasi mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan untuk tubuh manusia dimana tenaga sebanyak 365 kcal dihasilkan setiap 100 gram beras. Bahan lain ialahKarbohiderat 80 g, Gula (0.12 g), Serat (1.3 g), Lemak (0.66 g), Potin (7.13 g), Air (11.32 g), Kalsium (28 mg), Zat Besi (0.80 mg), Mangesium (25 mg), Manganese (1.09 mg), kalium (115 mg) dan juga Zink (1.09 mg). Kajian makmal juga mendapati beras mengandungi Vitamin seperti Vitamin B1 (Thiamine - 0.0701 mg), Vitamin B2 (Riboflavin - 0.0149 mg), Vitamin B3 (1.62 mg) dan Vitamin B6 (0.164 mg).


Beras digunakan untuk di masak menjadi Nasi, Bubur dan sebagainya mengikut selera yang orang yang nak makan. Kaedah moden kini beras dimasak menggunakan 'Rice Cooker' eletrik yang sangat mudah dan mengambil masa 15 - 25 minit sahaja untuk mendapatkan kualiti nasi yang standard. Bagi tujuan masak beras untuk dijadikan bubur, beras perlu dimasak dengan air yang banyak sehingga bubur berperisa atau plain sedia untuk dimakan. Beras juga di hancurkan untuk dijadikan tepung beras bagi dibuat pelbagai jenis kuih, biskut dan pelbagai makanan lain. Antara tepung beras proses yang popular ialah Beras Vercimelli (Mee Hoon) iaitu sejenis bahan untuk dijadikan sarapan pagi yang sangat popular di Malaysia. Beras di Malaysia adalah dari pengeluaran tempatan dan sebahagian lagi di impot dari luar negara. Malaysia mensasarkan Kadar Kecukupan Beras (SSL) lingkungan 70% dan bakinya diimpot dari luar negara. Kawasan pengeluaran beras negara di Negeri2 Jelapang Padi seperti Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan kawasan bukan jelapang padi mesti terus dikekalkan dan dimajukan bagi menjamin bekalan beras negara sentiasa mencukupi sebagai "Food Securtiy" untuk negara kita. Peranan semua pihak termasuk kerajaan, usahawan, pesawah, pegawai pengembangan, pengilang, pekedai bahan kimia, pembekal jentera pertanian dan semua yang terlibat perlu peka dengan industri beras negara. Wasallam!.
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, MAlaysia.
(15 Safar 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...