Support My Blog

Tuesday, December 22, 2015

MUSANG - KENALI DIA?

MUSANG (Famili: Viverridae) atau Civet merupakan sejenis haiwan pemalu yang agak jarang dibincangkan dalam artikel berbahasa Malaysia. Dalam laman wikepedia pun cerita pasal musang hanya beberapa baris sahaja. Haiwan musang juga merupakan sejenis mamalia berdarah panas dan ianya adalah haiwan mamalia jenis karnivor yang hidup di darat atau khususnya dikawasan hutan atau belukar di tropika. Saya dapati haiwan liar ini sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Bagaimana pun haiwan jenis musang mempunyai sebanyak 11 Genus diseluruh dunia iaitu terdiri daripada spesis dari Genus Chrotogale, Cynogale, Diplogale, Hemigalus, Arctogaldia, Macrogalidia, Paradoxurus, Paguma, Civettictis, Viverra dan ke 11 adalah Genus Viverricula. Saya mengenali musang kerana semasa tinggal dikampong zaman remaja di Muar, Johor sering melihat bangkai musang yang ditembak oleh bapa kerana memasukki reban ayam untuk makan ayam ternakan. Lazimnya ayam akan berbunyi bising apabila ada musang, biawak atau ular sawa menghampiri reban dan sediakan senapang sahaja untuk menembaknya. Dengan gunakan lampu suluh maka mata musang akan bersinar dan terus picu senapang kearahnya dan 99% lazimnya akan mengena. Belum ada laporan dikalangan penduduk kampong yang makan daging musang sebagai haiwan eksotik tidak seperti biawak dan babi hutan ketika itu. Kadang kala terdapat juga bangkai haiwan musang yang mati dilanggar kereta diwaktu malam ketika menyeberang jalan raya. Musang kini semakin polular namanya di Indonesia dengan nama 'Luwak' iaitu sempena produk kopi luwak berasaskan tahi musang yang ekslusif dipasaran dunia. Artikel petang Jumaat ini sempena cuti rehat dan berkemas dirumah, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai haiwan musang sekadar dijadikan bahan rujukan anda.


Dalam filem Melayu terdapat beberapa filem lama yang popular seperti Filem Musang Berjanggut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1 Ogos 1959. Filem Musang Berjanggut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini keluarkan oleh Show Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions dibintangi oleh P.Ramlee, Saadiah, Ahmad Nesfu, Udo Umar, Malek Sutan Muda, Nyong Ismail, Mustarjo dan ramai lagi (Sila lihat foto disebelah). Pada akhir cerita musang berjanggut dibawa ke istana oleh Tun Nila Utama. Sultan dan menteri-menterinya terkejut apabila melihat Datok Nikah Kahwin berada di dalam peti. Masing-masing cuba untuk menyalahkan diantara satu sama lain. Tetapi mereka Cuma berdiam apabila masing-masing menyedari akan kejadian malam tadi. Menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan, maka baginda Sultan telah melepaskan diri daripada tugas pemerintahan negeri dan menyerahkannya kepada Tun Nila Utama. Baginda juga menitahkan agar semua menteri-menterinya juga berbuat demikian bagi menebus kesalahan mereka. Tidak kira lelaki mahupun wanita, mereka yang baik adalah mereka yang menjaga maruah. Membataskan diri dengan mengingati nilai maruah boleh membantu dalam menghasilkan masyarakat yang harmoni, aman dan sentosa. Filem ini ditonton oleh beberapa generasi hampir 60 tahun berlalu dan masih diulang tayang di TV. Dalam peribahasa pula terdapat satu peribahasa popular iaitu "Musang Berbulu Ayam" yang memberi makna 'Orang jahat yang berpura-pura baik untuk menutupi kejahatannya'. Foto bagaimana musang berbulu ayam dipaparkan paling bawah dalam artikel ini.


Dalam kita hendak mengenai spesis musang mungkin tidak ramai yang kenal akan spesis tersebut. Pada penulis yang paling saya kenal adalah spesis Musang Pulut (Common Palm Civet) yang sering dijumpai disekitar kawasan kebun kelapa sawit dan belukar atau dipinggir-pinggir kampung (Sila anda lihat foto disebelah). Musang ini yang aktif disebelah malam makan buah-buahan, haiwan kecil mempunyai bulu tebal berwarna kelabu coklat dengan dimuka ada bulu berwarna kehitaman. Spesis lain yang sering dijumpai adalah Musang Jebat (Viverra zibetha) dan juga spesis Musang Akar (Arctogalidia trivirgata). Musang akar sering dijumpai oleh penulis dikampong kerana ia sering memburu ayam dalam reban mempunyai kulit keseluruhannya berwarna hitam (Sila lihat foto dibawah). Saya ingat dikalangan penduduk kampung haiwan ini juga digelar sebagai 'Macan Akar' yang bermakna  Harimau Akar. Spesis musang lain adalah Musang Hitam Pudar (Hose's Palm Civet) dan juga Musang Rasa (Viverricula indica). Saya juga mendapati terdapat beberapa spesis lain iaitu  Musang Tenggalung (Viverricula malaccensis), Musang Luwak (Paradoxurus hermaphroditus)Musang Galing (Paguma larvata), Musang Linsang (Prionodon linsang)Musang Binturong (Arctictis binturong)Musang Belang (Hemigalus derbyanus) dan akhir sekali adalah Musang Lamri (Paguma larvata). Musang Lamri amat popular dahulu kerana ia telah dijadikan siri kartun yang ternenak pada tahun 1970'1n sehingga 1080'an melalui komik.


Musang sebenarnya adalah sejenis binatang yang liar tetapi boleh telah pun dikategorikan sebagai  tidak buas. Ia juga merupakan sejenis haiwan yang sangat licik dan walau pun dikatakan sebagai sejenis haiwan pengecut. Daripada ingatan semasa remaja dulu dikampong dan juga pemerhatian penulis semasa melawat Zoo Melaka, saya dapati rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit (berat diantara 1.4 - 4.5 kg seekor) dengan bulu yang mempunyai warna dan ketebalan berbeza-beza mengikut spesis. Lazimnya haiwan musang tidur sahaja pada siang hari (Pasif) tetapi ia akan bertindak aktif pada waktu malam. Matanya yang besar dengan membolehkan ia melihat pada waktu malam dengan terang untuk mencari makanan. Musang adalah haiwan berdarah panas dimana ia akan melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Beberapa spesis musang mempunyai bau amat busuk dan ada yang berbau wangi seperti Musang Pandan. Musang Pandan sering berkunjung di Pejabat Pertanian Segamat semasa saya bertugas disana sekitar tahun 2001-2004 dimana naik bulu roma ketika waktu pagi dan lewat senja. Bau wangi yang teramat sangat ini seakan ada 'benda' dalam pejabat yang menakutkan. Akhirnya setelah diberitahu itu adalah baudari musang pandan baru saya berasa selesa dipejabat tersebut. Kemudian setelah membaca artikel baru tahu bahawa 'The civet produces a musk (also called civet) highly valued as a fragrance and stabilizing agent for perfume. Both male and female civets produce the strong-smelling secretion, which is produced by the civet's perineal glands. It is harvested by either killing the animal and removing the glands, or by scraping the secretions from the glands of a live animal. The latter is the preferred method today'. Saya sengaja tidak alih kebahasa Malaysia agar anda dapat memahaminya.


Musang terdapat dibanyak kawasan didunia yang natif di Afrika dan dijumpai di Madagascar, Selatan China, Asia Tenggara dan kawasan tropika lain. Kini musang telah terancam habitatnya dan ada beberapa spesis musang yang hampir pupus akibat gangguan manusia terhadap habitatnya. Dikawasan Asia Tenggara juga dilaporkan paling terancam beberapa spesis musang yang bertmbung dengan amadun manusia. Ini kerana musang haiwan karnivor yang merosakkan tanaman dan ayam ternakan sebagai makanannya dan seperti saya katakan sering dibunuh manusia. Hanya di Malaysia sahaja didunia dikatakan ujud dikalangan Orang Asli yang dilaporkan menjadikan musang sebagai haiwan peliharaan (pets). Bagaimana pun pada masa ini spesis Musang Pulut telah menyesesuaikan untuk hidup dikawasan bandar dan pinggir bandar dengan mendiami bumbung rumah teres dan kawasan sesuai dengan habitat barunya, Ia membiak dengan baik dilokasi sesuai dimana ada makanan dan persekitaran yang selamat. 


Kini di Indonesia musang atau dipanggil sebagai luwak telah dijadikan haiwan amat berguna dalam industri kopi. Produk Khas khususnya 'KOPI LUWAK' atau pun dipanggil sebagai Caphe Cut Chon (Fox dung coffee) di Vietnam atau Kape Alamid (di Filipina) adalah biji kopi yang diproses dari tahi musang. Terdapat dua kaedah menghasilkan kopi luwak ini iaitu secara semulajadi dimana petani akan memungut hasil tahi kopi dalam kebun yang bertaburan atau cara menternak musang dalam sangkar. Cara kedua adalah cara mendapatkan kopi luwak komersil dimana beberapa ekor musang dikurung dalam sangkar dan diberikan makan biji kopi masak dan tahinya dikumpulkan dibawahnya. Apa yang berlaku dimana biji kopi dimakan musang dan bijinya tidak hadam tetapi asid dalam perut musang menambah aroma dan citarasa keenakan biji kopi tersebut  Tahi musang ini kemudian akan dikutip dan biji kopi dikumpulkan sebelum dibasuh, dikisar dan dipekkan. Harga kopi luwak adalah sangat mahal dipasaran antarabangsa. Harga kopi luwak sekitar USD600 untuk 500 gram dan harga secawan kopi luwak yang asli mencecah sehingga USD100 (RM420 secawan) dibeberapa lokasi khas. Anda boleh menbaca tulisan saya mengenai kopi lumat dalam beberapa artikel sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Bagaimana pun terkini amalan meletak musang dalam sangkar dan diberi makan kopi telah dikecam oleh masyarakat antarabangsa kerana 'kejam' terhadap haiwan dan mereka memboikot produk kopi tersebut. Semuga tulisan mengenai musang ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
ARTIKEL MUSANG...INI TULISAN SAYA...
SEMAKIN PUPUS... DIMUSNAH MANUSIA...
BEBERAPA SPESIS ... TAHUKAH ANDA...
KOPI LUWAK... HEBAT HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomistm
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(6 RabiulAwal 1437H)
Berkemas untuk berpindah rumah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...