TIMUN BERBENTUK 'LOVE' dan 'STAR'?. Peliknya dan amat menarik sekali. Bagaimana pun ia kini menjadi satu produk popular terutama di negara barat dan Jepun dengan menggunakan varieti Timun Jepun. Kali pertama melihat foto diatas tentunya amat menyeronokkan dan romantik sekali. Bagaimana pun proses membuat timun apabila dihiris menjadi bentuk seperti Bintang (Star) dan Hati (Love) ini memerlukan peralatan khas iaitu 'Mold' yang diperbuat daripada bahan plastik jernih dan tahan semasa proses pembentukkan. Mold ini ada dijual melalui internet dengan harga yang berpatutan. Adakah kita di Malaysia menghargai timun berbentuk Love dan Star ini?. Ini satu persoalan yang mungkin ditanya oleh ramai orang dan juga petani yang sanggup untuk menghasilkannya. Bagaimana cara untuk membuatnya dan berapa harga untuk menjual timun berbentuk unik dan cantik ini. Adakah rasa dan kesegaran timun ini sama dengan timun biasa yang tidak dimasukkan dalam olds. Adakah masaalah serangan penyakit dan serangga perosak dengan menggunakan molds di negara panas lembab tropika seperti di Malaysia?. Bila hendak masukkan molds kedalam buah timun?. Berapa lama kena tunggu sehingga timun boleh dipetik?. Berapa herga hendak jual dan kemana pasaran untuk timun berbentuk cantik ini. Adakah pengguna di Malaysia hendak membeli timun ini dan apa guna timun ini?. Bermacam-macam persoalan yang akan bermain dalam fikiran semua orang mengenai timun yang dibentuk ini. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini membentangkan teknologi pembentukkan buah timun untuk bentuk Love dan Star sekadar membuka pemikiran anda seketika bertapa ia merupakan satu potensi usahawan yang sesuai dibuat.
Sebenarnya teknik membuat timun yang berbentuk Bintang dan Hati ini mudah dibuat jika kita mempunyai alatan khas dipanggil sebagai Pembentuk (Molds). Mold yang diperbuat daripada plastik jernih ini boleh dibeli daripada kedai-kedai pertanian atau tempah sahaja di internet. Harganya berbeza-beza mengikut jenama dan kualiti serta jumlah dibeli. Satu set alat molds ini dijual dengan harga USD9.99 (sekitar RM30.00) dan merupakan alat yang mudah digunakan, disimpan dan diguna semula. Molds yang berbentuk Love ini mempunyai dua lubang dibahagian atas dan bawah dan ianya ada engsel serta pengunci yang boleh dibuka (Sila lihat foto disebelah). Mold berbentuk bintang juga mempunyai konsep yang sama dan material yang sama dengan mold hati. Produk ini adalah jernih atau kalis cahaya untuk membolehkan warna kulit limau kekal hijau gelap (bagi timun jepun). Lazimnya kalau menggunakan molds yang diperbuat daripada logam atau kayu akan menghasilkan kulit timun yang pucat dan kurang menarik. Alat ini boleh dipakai beberapa kali pusingan tanaman asalkan ianya tidak pecah.
Memasang alatan molds ini amat mudah. Pastikan tanaman timun ditanam dengan pakej amalan agronomi seperti biasa. Tanaman Timun (Cucumis sativus) ditanam dengan ada sistem para yang ketinggiannya sesuai untuk pemasangan mold ini. Apabila buah timun membesar sekitar 3-4 minggu maka mold dibawa kekebun dan masukkan putik buah timun tersebut didalamnya. Kunci kemas mold tersebut dan pastikan ia kukuh tidak terlepas atau terjatuh ketanah. Pemasangan alat mold ini memerlukan masa berbeza=beza mengikut kesesuaian saiz buah tikun. Pastikan tangkai timun dapat kekal menggantung molds yang dipasang. Lazimnya sistel 'locking' amat tahan dan tidak akan terbuka dengan sendiri. Jalankan aktiviti penyiraman, kawalan serangga, pembajaan dan lainnya seperti biasa sehingga buah timun membesar.
Apabila buah timun sudah cukup matang dan sesuai untuk dipetik maka ia akan kelihatan ia padat dalam molds. Ambil pisau tanam dan potong tangkai timun dengan cermat agar tidak merosakkan mold lain yang belum bersedia untuk dipetik. Kumpulkan molds yang telah dipetik dan kemudan buka molds melalui locking system (Sila lihat foto disebelah). Keluarkan buah timun berbentuk bintang dan hati dan kumpulkan kedalam bakul tuaian. Bersihkan daripada kekootoran (jika ada) dan kemudian digredkan mengikut kesesuaian. Ini kerana ada buah yang tidak membentuk seperti acuan yang dipasang akibat kecacatan mekanikal. Timun tersebut boleh di simpan atau dihantar untuk pemasaran. Berapa patut kita jual timun berbentuk unik yang menarik ini?. Kalau harga ladang timun jepun yang biasa tanpa molds ini antara RM150 - RM1.80 sekilogram, penulis fikir timun jenis ini boleh dijual sehingga RM2.50 sekilogram (Harga ladang adalah lebih rendah daripada harga borong dan harga runcit).
Adakah cara makan timun bintang dan timun hati ini sama dengan timun biasa?. Penulis dapati rasa timun yang dibentuk ini sama sahaja dengan timun yang tidak dibentuk. Cumanya apabila ia dihiris akan menghasilkan keratan berbentuk bintang dengan tengahnya berwarna krim kehijauan dan tepinya hijau gelap (Sila lihat foto disebelah). Setelah fipotong ia boleh dijadikan ulam untuk makan nasi atau mee goreng atau meehoon goreng atau bersama sate. Walau bagaimana pun di Barat dan Jepun hidangan paling popular dengan timun star dan love ini adalah SALADS bercampor dengan vege lain. Mereka juga meletakkan myonis dan timun ini diletakkan dibahagian atas sebagai hiasan yang cantik dan romantik. Ia juga digunakan dalam makanan burger sebagai satu daya tarikan terutama kanak-kanak. Semuga artikel ini memberikan informasi berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology yang ke 4,420 ini. Wasallam!.
TIMUN BINTANG ... CANTIK SEKALI...
TIMUN 'LOVE'... JUGA AMAT DISUKAI...
GUNAKAN 'MOLD'.... KENA DIBELI...
DISARUNG AWAM...TUNGGU JADI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Keukenhoff Garden,
Amsterdam, Netherlands.
(15 Ramadan 1436H)
Lawatan bersama keluarga di Keukenhoff 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.