JANTUNG PISANG (Edible Banana Flower) merupakan bunga pisang yang kemudian ia akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Di negara kita jantung pisang ada dijual dipasar basah, pasar malam, pasar tani malahan sering juga dilihat dijual di beberapa buah pasaraya besar (Supermarket atau Hypermarket). Jantung pisang selalu dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu dan masyarakat Asia Tenggara lain semenjak bekurun dahulu. Lazimnya cara paling biasa adalah dimana jantung pisang akan dicelur dahulu dalam air panas sebelum ianya dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan dan nasi putih. Jantung Pisang di Indonesia (Bahasa Jawa) sering disebut dengan 'tuntut gedang' atau 'ontong gedang' dimana ia sebahagian daripada makanan ulam yang popular. Bukan semua jantung pisang boleh dimakan atau sesuai dijadikan ulam-ulaman. Ada jenis jantung pisang yang memang tidak boleh dimakan tetapi jenis yang paling disukai adalah Jantung Pisang Nipah, Jantung Pisang Abu, Jantung Pisang Berangan, Jantung Pisang Mas dan beberapa lagi. Dalam masyarakat Asia Tenggara tidak ramai suri rumah yang akan menyediakan hidangan jantung pisang sebagai makanan istimewa. Ini kerana mungkin tidak mudah hendak membeli jantung pisang atau mereka kurang mengetahui akan khasiatnya. Ia juga sering digunakan sebagai salah bahan masakan jenis sayur jantung pisang yang cukup lazat dan enak dan dibuat rojak. Penulis sendiri sangat menyukai masakan dari jantung pisang ini. Jantung pisang juga banyak dijual dipasar tradisional dengan harga yang cukup murah dan segar. Jantung Pisang ini adalah jenis bunga majmuk yang mana pokok pisang matang selalunya menghasilkan jantung dan buah pisang. Kebanyakan jantung pisang warnanya merah gelap dan biasanya dipangkas oleh pemilik pisang supaya hasil buah pisangnya menjadi besar. Jika dibiarkan maka ia akan makan baja melebihi daripada baja untuk pembesaran buah pisang. Jantung Pisang pada penulis adalah jenis makanan eksotik dan organik kerana bukan semua orang akan suka dan bukan selalu dimakan. Artikel malam ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jantung pisang sebagai satu hasil daripada penanaman pisang.
Jantung pisang segar dipetik daripada pokok memberikan khasiat permakanan yang baik. Jantung pisang kalau tidak dimakan lazimnya akan dicantas oleh petani dan dibuang begitu sahaja. Monyet (Lihat foto disebelah) pun tidak suka makan jantung pisang kerana ia mempunyai rasa 'kelat' jika dimakan segar dan sesetengahnya rasa pahit sedikit. Lazimnya sebiji jantung pisang dijual dengan harga antara RM1.00 - RM3.00 bergantung kepada saiz. Dalam penulis mencari info mengenai khasiat jantung pisang pernah rupanya penulis menulis industri memproses jantung pisang secara komersil di Indonesia semasa membuat lawatan teknikal dahulu dibuat dendeng jantung pisang (Sila klik disini). Perusahaan ini masih belum dijalankan di negara kita kerana belum ramai yang tahu dan berminat akan teknologi ini. Pada saya dendeng jatung pisang memang enak dan edible untuk orang Jawa di Malaysia juga. Jantung pisang juga sesuai dijadikan masakkan seperti 'Gudeg" yang popular disekitar Jogjakarta. Gudeg adalah masakan berasaskan kepada buah nangka muda yang dibubuh beberapa ramuan khas. Enak juga makan nasi dengan gudeg.
Khasiat dan manfaat Jantung Pisang mungkin tidak banyak dibuat kajian atau dibincangkan. Bagaimana pun ada dakwaan bahawa jantung pisang mampu mencegah beberapa penyakit seperti mana pokok pisang itu sendiri. Kandungan nutrisi yang dimakan bagi jantung pisang didapati dalam setiap 25 gram jantung pisang yang dimanan mengandungi sebanyak 31 kilokalori tenaga, 1.2 gram, 0.3 gram lemak dan 7.1 gram karbohidrat. Jantung pisang juga mengandungi beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C serta beberapa bahan mineral penting seperti fosforan, kalsium dan kandungan zat besi. Walau punn pengambilan jantung pisang sebagai ulaman ini jarang diamalkan dalam menu harian, ianya adalah sumber serat yang sangat baik untuk pencernaan dan tubuh badan. Bagi mendapatkan tenaga lebih daripada pokok pisang adalah digalakkan kita makan sahaja buah pisang. Beberpa khasiat buah pisang yang sering diperkatakan adalah kerana ia baik untuk mereka yang ingin menjalankan melakukan diet makan. Ini kerana selain mengandungi rendah lemak dengan makan buah pisang maka ia juga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama jika dibandingkan dengan makan nasi. Kandungan soluble fiber yang tinggi berkhasiat untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam beberapa penulisan pengambilan jantung pisang dikaitkan dengan kemungkinan untuk menghalang kejadian dan masaalah serangan stroke atau pun cerebrovascular accident. Jantung pisang berkhasiat dalam melancarkan peredaran darah kerana dikatakan ia adalah bersifat anti-coagulant yang dapat mencegah terjadinya aktiviti penggumpalan di dalam darah. Walau pun belum ada kajian klinikal khusus tetapi perkara ini telah dibincangkan. Pengambilan jantung pisang juga baik untuk mereka yang terdiri dari penderita masaalah kencing manis atau diabetes. Kandungan indeks glemik (GI) yang ada pada jantung pisang memang rendah sehingga ia sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis. Jantung pisang juga baik untuk organ jantung, hati dan buah pinggang. Sentiasa amalkan makan jantung pisang sebagai makanan ulaman. Akhirnya dikatakan beberapa jenis pisang memiliki jantung pisang yang enak untuk dimakan sebagai ulam serta jenis yang berkhasiat bagi kesihatan terdiri dari jantung pisang kapok, pisang batu, pisang siam, pisang nipah dan beberapa lagi. Wasallam!.
JANTUNG PISANG...ADA GUNA...
JADI ULAM... DICELUR CARANYA...
PISANG KAPOK..PILIHAN KITA...
BERKHASIAT,,, KENA CUBA JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 245, Hotel Leverage,
Bandar Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(21 Syaaban 1436H)
POSTED ON 19 JULY 2015

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.