Support My Blog

Friday, July 31, 2015

10 TUMBUHAN PALING BERACUN (Part 2)


TUMBUHAN BERACUN (Deadliest Plants) memang ujud didunia dimana ia boleh mendatangkan maut atau pun kecederaan serius kepada sesiapa yang menyentuhnya, menggunakan apa lagi kalau memakannya. Tumbuhan jenis ini lazimnya mempunyai bahan toksin, bisa, racun, debu, cecair atau gas beracun yang merbahaya kepada haiwan termasuk manusia. Dalam membaca beberapa sumber mengenai tumbuhan beracun ini mungkin sebahagian yang telah disenaraikan ini telah ada dinegara kita dan lebih malang lagi kalau ia ada dikawasan kompaun rumah kita yang dijadikan tanaman hiasan. Mungkin tumbuhan tersebut ditanam atau tumbuh sendiri tetapi tidk diketahui oleh mereka yang berhampiran dengan tumbuhan tersebut. Penulis nyatakan sebagai contoh pokok Pong-pong (juga dikenali dengan pokok buta-buta, bentan dan sebagainya) memang sering ditanam oleh majlis daerah sebagai pokok landskap disekitar tepi jalan, kawasan taman riadah malahan dikawasan premis dimana ada orang ramai berhimpun. Pokok ini nampak cantik dan buahnya menarik serta menjadi pokok naungan yang berfungsi dengan baik. Tetapi ia mungkin beracun dan perlu dielakkan daripada orang ramai. Terdapat bebagai jenis racun dalam tumbuh-tumbuhan ini yang mana setiap jenis bahan aktif  racun tersebut berbeza tahap kebisaan dan mudharatnya kepada manusia. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 3,486 mengenai 10 jenis pokok beracun merbahaya didunia sekadar untuk dijadikan panduan bagi pembaca semua.


7) POKOK AGERATINA

Pokok Ageratina (Ageratina altissima) atau juga dikenali dengan nama lain sebagai White Snakeroot, White Snakeroot, Richweed, white sanicle atau Boneset adalah tumbuah beracun dari keluarga Asteraceae. Tumbuah herba ini berasal dari kawasan Tengah dan Utara America menyerupai Selaput Tunggul di Malaysia. Ia tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1.5 m tinggi dan sering tumbuh berkumpulan dengan batangnya yang berselirat. Ia akan berbunga pada musim panas dan munim luruh dengan mengeluarkan banyak bunga yang berwarna putih yang mengandungi biji dan boleh diterbangkan oleh angin (Sila lihat foto disebelah).  Tumbuhan liar ini mudah tumbuh dikawasan lapang dan tanah kurang subur. Rumpai ini jika dimakan oleh ternakan lembu dimana susu atau daging lembu tersebut dimakan atau diminum oleh manusia memang boleh menyebabkan kemudaratan malahan boleh menyebabkan kematian. Racun didalamnya adalah dari jenis Tremetol yang menyebabkan kesan muntah-muntah, pening kepala dan sakit perut amat teruk. Dari segi sejarah terdapat laporan diluar negara dimana ramai orang akan terkena "milk sickness" pada kurun ke 19 akibat minum susu lembu yang makan racun Tremetol ini.  Tumbuhan ini juga memberikan kesan keracunan signifikan kepada kuda, bebiri dan kambing serta haiwan ruminan lain. Tanda keracunan pada haiwan ini adalah dengan kesan kesukaran bernafas, hidung berair, keresahan haiwan, haiwan akan bertempiaran dari kumpulan dan akhirnya boleh mati.


6) POKOK BRUGMANSIA (BUNGA TROMPET)

Bunga Trompet (Brugmansia spp) juga merupakan sejenis bunga yang cantik dan sering ditanam dikawasan halaman ruman serta taman bunga. Bunga daripada keluarga Solanaceae ini juga dipanggil sebagai nama 'Angel's Trumpet'. Tumbuhan ini ditanam diseluruh dunia terutama diawasan bersuhu agak sejuk sedikit. Di Malaysia ia tumbuh dan berbunga denganbaik di Tanah Tinggi Cameroon Highland. Ia merupakan pokok renek (shrubs) dengan banyak cabang tumbuh menegak dengan ketinggian 3-11 meter. Mempunyai batang kayu separuh keras dengan daun lebar berwarna hijau berukuran 10-30 cm panjang dan 3-10 cm lebar dengan susunan bersilang. Dunnya mempunyai bulu halus dengan bahagian tepi daun bergelombang. Dipanggil Trumpet Angel kerana saiz bunga yang besar berbentuk trumpet dan tergantung berukuran sekitar 50 cm panjang dan 35 cm lebar dihujungnya (Sila lihat foto disebelah). Bunganya mempunyai warna yang kuar sama ada pink, kuning, hijauputih, oren dan merah.  Ia selalunya menghasilkan bau wangi terutama diwaktu petag dan malam (jika tidak gugur). Semua bahagian tumbuhan ini jika termakan boleh menyebabkan keracunan disebabkan oleh toksin iaitu Scopolamine dan Atropine. Kesan racun seperti muntah, cirit birit, sakit perut, hilang penglihatan dan akhirnya kematian. Penulis nasihatkan anda berhati-hati ketika ada konteks dengan tumbuhan ini.


5) POKOK DIEFFENBACHIA

Pokok Keladi ini (Dieffenbachia spp) merupakan tumbuhan beracun dari keluarga Araceae yang selalu ditanam disekeliling atau juga didalam rumah. Ia sesuai ditanam didalam kawasan kurang cahaya matahari seperti dalam rumah atau pejabat. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai 'Dumbcane' dan terdapat 56 spesis yang ada diseluruh dunia. Jika diperiksa dengan mikroskop ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari Kalsium oksalate yang jelas dengan pembesaran 600 kali. Apabila daunya dikunyah akan menyebabkan jarum-jarum kalsium oksalate ini menyucuk lidah, mulut yang menyebabkan membengkal dan alir liur meleleh. Dalam keadaan teruk menyebabkan bahagian mulut kaku dan tidak boleh digerakan, membengkak dan menghalang laluan pernafasan dan akhirnya adalah kematian. Tumbuhan ini MESTI dijauhkan daripada bayi dan kanak-kanak yang ditakuti akan makan daun bercaun ini. AWAS!. Diharap tulisan ini memberi ilmu kepada saya dan pembaca semua. Bersambung kepada Part 3... Wasallam.!



POKOKBERACUN... AMAT MERBAHAYA...
BANYAK DIGUNA...SEBAGAI SENJATA...
DULU TIDAK TAHU...KENA MEMBACA...
ANIM AGRO...NASIB BAIK BERCERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1706, Hotel Ipoh City,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(13 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...