Support My Blog

Monday, July 13, 2015

TERNAKAN BURUNG MERPATI (Part 2)

BURUNG MERPATI (Columba domestica) atau dalam basaha Inggeris dipanggil 'Domestic Pigeon' adalah sejenis . burung yang paling dikenali dari keluarga Columbidae. Kita di Malaysia sering melihat burung merpati dikawasan bandar atau yang berdekatan dengan kuil atau kawasan deretan kedai kaum India. Di kawasan kampong pula ada beberapa penduduk kampong yang memelihara burung merpati ini dalam sangkar dikawasan rumah. Selain daripada ia diberi makan dikawasan lapang, kelibat burung merpati sering menganggu orang ramai kerana ia berak merata-rata. Belum ramai dikalangan masyarakat kita yang terfikir untuk mereka menjadikan burung merpati sebagai satu perniagaan dengan menyembelih dan menjual dagingnya. Dinegara jiran ada beberapa aktiviti menjadikan 'merpati potong' sebagai satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana merpati potong atau merpati daging ini boleh menjadi bisnes yang menguntungkan. Ia kini dianggap sebagai satu alternatif menghasilkan daging unggas baru iaitu setelah industri ternakan ayam dan itik. Jika ayam pedaging yang sekarang diternak memerlukan masa pemeliharaan minima selama 42 hari kini burung merpati hanya perlukan 28 hari untuk jadi unggas yang boleh disembelih menjadi daging. Pernahkan anda makan daging burung merpati goreng?. Rasanya ramai rakyat Malaysia menjawabnya 'Tidak'. Saya sendiri pun rasanya baru dua kali makan burung merpati goreng tetapi saya lebih suka makan burung puyoh goreng berempah. Pada saya rasa keduanya hampir serupa. Artikel pada petang 24 Ramadan ini saya gembira menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi perusahaan daging burung merpati sebagai satu potensi seperti dilakukan dinegara jiran Indonesia.


Daging burung merpati yang telah siap disembelih dan dibersihkan disimpan dalam suhu sejuk (Sila and lihat foto disebelah). Kualiti daging burung merpati boleh dibezakan dengan tiga gred iaitu Gred Super (580 gram seekor), Gred I (470 gram seekor) dan Gred II (400 gram seekor). Kalau terus dipelihara lebih lanjut maka anak burung merpati boleh menguruskan dirinya sendiri setelah umur 6-7 minggu. Setelah itu anak tersebut mesti dipisahkan agar keluar sangkar atau reban agar tidak mengganggu kegiatan merpati induknya. Mengendalikan burung merpati untuk daging memang mudah iaitu lebih mudah dari mentarnak ayam daging. Apa yang penting adalah burung tersebut diberikan cukup makanan dan minumannya. Penting juga aspek kebersihan reban dan kawasan persekitaranya. Kajian mendapati keperluan makanan burung merpati dewasa sekitar 75 gram seekor sehari. Bagi merpti muda pula adalah sekitar 50 gram seekor sehari. Ini bermakna kalau kita hendak memelihara 100 pasang induk merpati dagin maka setiap hari diperlukan makanan sebanyak 15 kg. Bagi keperluan air minumnya tidak terbatas dengan menyediakan air pada setiap masa mesti tersedia.


Makanan burung merpati amat mudah disediakan dan dibeli.  Ini kerana burung merpati sangat menyukai biji-bijian seperti biji jagung, padi, sorghum, biji gandum, sekoi, kacang hijau, kacang soya, barli, kacang tanah dan kurang menyukai pellet (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun apa yang paling praktikal menggunakan makanan dari pellet makanan ayam kerana pelet ini mempunyai semua unsur keperluan zat makanan yang diperlukan. Burung merpati yang diberi makanan pellet lebih cepat besar dibandingkan yang diberi bahan makanan daripada biji-bijian.  Pemerhatian menunjukkan jika burung merpati diberikan makanan pellet ia akan dapat bertelur kembali setiap 45 hari. Jika ia diber makanan biji-bijian hanya akan bertelur setiap 50 hari (Kelewatan 5 hari). Seyerusnya jika menggunakan makanan dari biji-bijiansebaiknya disyorkan untuk mencampurkan bahan bijirin daripada 50% jagung, 35% beras, 10% biji gandum (jewawut), 5% kacang-kacangan dalam bentuk butiran pecah terutama menjelang bertelur. Jika menggunakan campuran biji-bijian dan pellet sebagai bahan makanan burung merpati ia sebaiknya terdiri daripada 50% biji jagung pecah, 48% pellet  ditambah dengan 2% tepung kulit kerang dan premix. Makanan burung merpati untuk daging sebaiknya mengandungi zat protein sebanyak 14-15%, karbohidrat 60-70%, lemak 2-5% dan serat kasar maksima sekitar 5%. Untuk menghasilkan 500 gram daging (carcas) burung merpati memerlukan 3.2 - 3/6 kg bahan makanan. Untuk menghasilkan sepasang induk burung merpati siap untuk bertelur diperlukan 26 kg bahan makanan yang dikira sejak burung masih anak lagi.

Ternakan burung merpati untuk daging lazimnya adalah mudah kerana ia tahan terhadap penyakit dibandingkan ayam daging. Ini disebabkan ia secara fizikal adalah lebih kuat keran sentiasa terbang. Beberapa penyakit menular yang mungkin menyerang merpati antara lain snot ( pilek), cacar (difteri), cocsidiosis dan cacing. Penyakit itu dapat dicegah melalui aktiviti sanitasi kandang dan perekitaranya serta selalu memberi makanan bermutu yang mencukupi dan sistem pengudaraan dalam sangkar yang mencukupi. Bagi mereka yang ingin memulakan bidang peternakan burung merpati daging sebagai bisnes yang menguntungkan sebaiknya dimulakan secara skala kecil dahulu dan apabila ada kemahiran dan luang pasaran maka ia boleh dikembangkan lebih besar. Agaknya untuk mulakan penternakan merpati daging berapa pasang yang harus dipelihara? Hal itu sangat tergantung pada kemampuan anda dalam menguasai teknologi penternakan dan kemampuan pengurusan dan peluang pasaranya. Penulis mancadangkan bagi mereka yang ingin menternak secara hobi mereka boleh mulakan sekitar dengan 5 -10 pasang (maknanya sekitar 1- - 20 ekor dahulu). Tujuan pemeliharaan untuk percubaan dan mengenal akan sifat-sifat burung merpati itu lebih mendalam. Kalau berjaya dengan permulaan ini baru dikembangkan pemeliharaanya sesuai permintaan pasaran. Rasa burung merpati goreng berempah memang enak dimana ia rangup dan tulangnya sekali kita boleh ratah (Sila lihat foto disebelah dan dibawah). Ia dihidangkan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan juga lain kuah yang disukai. Semuga selepas membaca artikel ini akan ada usahawan menternak burung merpati di Malaysia dan dapatlah saya membelinya nanti. Wasallam!.


BURUNG MERPATI... JINAKNYA...
DISEMBELIH... DIJADIKAN USAHA...
DIBERI MAKAN...28 HARI SEDIA...
GORENG BEREMPAH...ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(25 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...