Support My Blog

Thursday, July 23, 2015

KELAPA HIBRID INDONESIA (Part 2)

TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman penting dalam kawasan tropika terutama negara-negara yang berpulau (Islands).Tanaman kelapa merupakan aktiviti tanaman tradisional dimana ia merupakan jenis tanaman pelbagai guna atau juga digelar sebagai 'tree of life'. Ia juga merupakan sejenis tanaman ekonomi yang penting di Indonesia, Filipina dan juga negara kita Malaysia. Malaysia pada masa kini mempunyai seluas 87,500 hektar (2014) tanaman kelapa dimana ia mampu menghasulkan sebanyak 645 juta biji buah kelapa setahun (Sumber: Laporan Statistik Keluasan Tanaman, Jabatyan Pertanian Malaysia). Ini agak kecil jika dibandingkan dengan penanaman kelapa di Indonesia iaitu seluas 3.88 juta hektar dimana 97% adalah ditanam oleh pekebun-pekebun kecil. Di Filipina pula seluas 3.60 juta hektar kawasan tanaman kelapa menjadi negara kedua paling luas menanam kelapa dan menghasilkan produk kelapa. Negara-negara tersebut merupakan pengeluar utama buah kelapa dan ditanam diseluruh negara tersebut untuk kegunaan domestik dan pasaran eksport. Malaysia adalah antara pengimport utama biji kelapa tua daripada Indonesia sehingga mencecah 80 juta biji setahun untuk kegunaan segar dan pengilangan. Kalau di Malaysia kita kenal dengan varieti kelapa hibrid seperti MATAG dan MAWA, di negara Indonesia juga mempunyai beberapa varieti kelapa hibrid yang dikenali dengan nama KHINA (Singkatan kepada Kelapa Hibrid Indonesia). Saya memang terlibat dalam industri kelapa dimana dahagakan banyak info mengenai industri kelapa untuk dijadikan bahan rujukkan. Kini penulis amat ingin berkongsi info dan mengenal Kelapa Hibrida Indonesia daripada beberapa sumber dan rujukkan rasmi semasa menghadiri beberapa persidangan peringkat antarabangsa mengenai industri kelapa dan melawat kenegara tersebut. Artikel subuh hari ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti kelapa hibrid di Indonesia untuk menambah ilmu penulis dan pembaca.

Daripada beberapa rujukkan mengenai Kelapa Hibrida Indonesia terdapat beberapa pusat penyelidikan dinegar tersebut yang telah menjalankan kajian semanjak bertahun-tahun daripada 4 September 1984. Antara pusat yang menghasilkan benih kelapa hibrid seperti yang bertempat di Submi,Indonesia yang dinamakan sebagai Badan Benih Nasional. Kini setelah beberapa belas atau puloh tahun membuat kajian telah menghasilkan tiga jenis kelapa hibrid. Kelapa hibrid ini dikenal sebagai Kelapa Hibrida Indonesia (KHINA) 1, 2, 3, 4 dan 5 yang kini merupakan hasil kacukan atau perkawinan antara kelapa-kelapa unggul asli Indonesia. Usaha menghasilkan benih hibrid memerlukan masa yang agak lama untuk ianya dipastikan akan kualiti benih yang dihasilkan. Peringkat awal penyediaan adalah menanam pokok benih induk kedua-duanya untuk menghasilkan bunga (mayang) dan juga debunga (pollen). Menghasilkan benih kelapa hibrid adalah satu kerja yang rumit dan memerlukan kepakaran serta pengetahuan yang sesuai. Pengalaman penulis sendiri dalam meneliti industri penyediaan benih kelapa hibrid ini memerlukan masa lama, kos yan tinggi dan ketidaktentuan anak benih yang dihasilkan. Selalunya kurang daripada 40% kejayaan biji kelapa hibrid selepas kacukan dilakukan 1 tahun sebelum itu. Ini kerana buah kelapa (buah yang akan dijadikan benih) hanya dihasilkan diteliti dan dipilih yang mana yang betul-betul adalah kelapa hibrid yang dikehendakki. Lazimnya benih F1 sesuai ditanam tetapi F2 tidak boleh digunakan sebagai benih tanaman hibrid.


4. Kelapa Hibrida Indonesia-4 (KHINA-4)
Varieti Kelapa Hibrid Indonesia -4 (Sila lihat foto sebelah) juga merupakan hasil persilangan (kacukan) diantara kelapa Genjah Raja (GRA) dengan Kelapa Dalam Mapanget (DMT). Varieti kelapa Khina-4 sesuai ditanam di kawasan rendah sehingga paras ketinggian 450 meter dari paras laut di Indonesia. Kawasan yang mempunyai curahan hujan sebanyak 2,500 - 3,500 mm/tahun amat sesuai ditanam kelapa jenis ini. Varieti Kelapa Hibrid Indonesia 4 juga telah diistiharkan sebagai kelapa unggul Nasional pada tahun 2006. Kelapa Khina-4 mempunyai ciri dimana ia mula berbuah pada umur 4 tahun (sama seperti kelapa dwarf). Bentuk buah Khina 4 ini adalah bulat, ukuran buah sedang, warna kulit buah kelapa juga adalah hijau. Kapasiti pengeluaran tandan sekitar 15 buah sepokok dengan jumlah buah kelapa sebanyak 6 biji setandan atau diambil kadar sebanyak 84 biji sepokok setahun. Kalau sehektar boleh ditanam dengan 180 pokok kelapa jenis ini maka ia akan menghasikan sebangak 15,200 biji sehektar setahun. Kalau dijadikan kelapa kering atau kopra ia mampu menghasilkan secara optima sebanyak 4.38 tan/ ha/tahun. Kadar perahan minyak kelapa varieti ini sekitar 62.6%. Kelapa ini banyak ditanam dibeberapa lokasi diseluruh kawasan kelapa.


5. Kelapa Hibrida Indonesia -5 (KHINA-5)
Varieti Kelapa Hibrid Indonesia-5 (Sila lihat foto disebelah) merupakan hasil daripada proses kacukan (persilangan) diantara kelapa Genjah Kuning Bali(GKN) dan Kelapa Dalam Mapanget (DMT). Khina-5 sesuai ditanam dikawasan tanah dataran rendah sampai ketinggian 450 meter dari paras laut. Kawasan perlulah mempunyai taburan hujan sekitar lebih dari 2,500 - 3,500 mm/tahun. Varieti Kelapa Hibrid Indonesia-5 (Khina-5) telah diistiharkan sebagai Kelapa Unggul Nasional tahun 2006. Kelapa Khina-5 selalunya akan berbuah mulai berbuah pada umur 4 tahun. Bentuk buah adalah sama dengan varieti hibrid lain iaitu membulat. Varieti ini mempunyai jenis ukuran buah kecil, warna kulit buah hijau. Pengeluaran tandan sebanyak 15 buah tandan sepokok dimana terdapat sebanyak purata 6 biji setandan atau memberikam sebanyak 84 biji kelapa sepokok setahun. Kalau satu hektar mempunyai 180 pokok maka kapasiti potensi hasil sebanyak 15,200 biji shektar setahun. Kadar pengeluaran kopra optima 4.38 tan/ha/tahun. Kadar minyak 62.64%. Begitulah 5 varieti kelapa hibrid daripada Indonesia yang manaia teklah diistiharkan untuk ditanam oleh petani. Wasallam!.
Pakar kelapa membuat tinjauan.
BENIH KELAPA... HIBRID INDONESIA...
5 JENIS HIBRID... KHINA NAMANYA...
HASIL TINGGI... CEPAT BERBUAHNYA...
BOLEH DICUBA...KENA KESANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(24 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...