Support My Blog

Thursday, October 31, 2013

IKAN BILIS MATA BIRU

IKAN BILIS MATA BIRU merupakan satu jenama yang sangat popular bagi pelancong atau pengunjung yang berkunjung ke Pulau Pangkor, Manjung dan Bandar Lumut, Perak untuk membeli ikan bilis. Ikan bilis mata biru (foto diatas) atau ada yang kata 'ikan bilis mata hijau' ini dijual dibanyak lokasi yang menjual produk hasilan laut di kawasan pelancongan ini. Apa agaknya yang istimewa mengenai ikan bilis mata biru ini yang berharga sangat mahal?. Menurut beberapa penjual yang saya ditemubual, mereka menyatakan ikan bilis jenis ini merupakan produk tempatan dari Pulau Pangkor dan tidak terdapat ditempat lain. Ikan bilis ini adalah rangup, tidak masin dan tidak liat seperti ikan bilis yang lain. Ikan bilis mata biru juga tahan disimpan didalam peti sejuk selama lebih sebulan tanpa mengurangkan kualitinya. Harga yang ditawarkan berbeza-beza mengikut saiz, kesegarannya selain daripada kualiti. Harga runcit paling murah adalah sekitar RM20.00 sekliogram (Ikan bilis agak lama) dan lazimnya harga runcit ditawarkan diantara RM 35.000 hingga RM70.00 sekilogram. Memang mahal harga ikan bilis ini yang mana ia lazimnya dibeli oleh pelancong yang banyak duit serta 'enjoy' akan kualitinya. Saya sering membeli ikan bilis mata biru setiap kali berkunjung ke Lumut dengan belian sebanyak 1 - 2 kilogram. Ikan bilis ini enak digoreng begitu sahaja untuk dimakan dengan nasi lemak (tidak masin) atau dibuat sambal atau sebagai ramuan utama untuk buat nasi goreng kampong (Jenis yang kecil sedikit). Artikel lepas maghrib ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan jenama popular di Pangkor iaitu Ikan bilis mata biru yang kini semakin popular sebagai ikon kawasan tersebut untuk bacaan anda. 


LAPORAN AKHBAR  1 :
Ikan bilis mata biru - Istimewa




MANJUNG: Ikan bilis mata biru gred A dan paling bermutu di Asia Tenggara akan dijadikan daya tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara yang mengunjungi Perak. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya akan menjadikan ikan bilis jenis ini yang hanya boleh ditemui di Pulau Pangkor sebagai ikon baru. "Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, kita mahu pelancong mengenali Pulau Pangkor sebagai satu tempat pengeluar ikan bilis terbesar di Malaysia. "Sarawak terkenal dengan kek lapis dan keropok masin, selepas ini kita juga mahu jika pelancong yang datang ke Pulau Pangkor membawa pulang ikan bilis jenis ini. "Oleh itu, saya berharap pengusaha dapat membuka ruang kepada pelancong untuk melihat secara dekat pemprosesan ikan bilis ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis Pangkor di Dataran Hadhari, Teluk Batik, di sini, hari ini.


LAPORAN AKHBAR  2 :
Ikan bilis kering


LUMUT, 11 OKT - Berhadapan Terminal Jeti Lumut terdapat bazar yang menjual pelbagai produk hasil laut dan cenderamata yang melambangkan signatur Pulau Pangkor. Bagi yang sudah menghabiskan detik percutian mendamaikan di pulau, lokasi bazar itu wajib dikunjungi sebagai pelangkap sebelum bertolak pulang ke destinasi seterusnya. Antara bazar yang menjadi tarikan pelancong untuk mendapatkan ikan bilis, ikan masin, sate ikan dan sotong serta pelbagai lagi snek berasaskan hasil laut ialah Waterfront Promenede, Bazar Lumut, Bazar Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pusat Kraf Lumut. Setiap pengusaha kedai dan gerai di tapak bazar berkenaan berlumba-lumba menunjukkan barangan jualan mereka yang boleh dikatakan antara yang terbaik di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia. Pemilik premis D’Haliza yang telah berniaga hasil laut selama 12 tahun di pekan tersebut, Noorhaliza Daud, 34, memberitahu, produk istimewa yang dijual oleh puluhan premis di Lumut ialah ikan bilis mata biruMenurutnya, ikan bilis tersebut tidak terdapat di tempat lain di Malaysia dan ia hanya boleh didapati di perairan Pulau Pangkor. “Pada harga RM4.50 untuk 100 gram, ikan bilis ini sering menjadi perhatian pelancong. Rasanya lebih garing dan lebih enak jika dicampurkan dalam sebarang jenis masakan. “Permintaan terhadap hasil laut ini meningkat terutamanya menjelang musim cuti persekolahan. Pekan ini juga mula bertukar wajah apabila musim cuti, menjadikannya lebih sibuk,” ujar pemilik premis itu yang terletak di Jalan Pegawai, berdekatan dengan jeti. Dengan hanya berjalan kaki, pelancong yang singgah di Lumut tersebut tidak perlu risau mengenai cara untuk meneroka sekitar bandar tersebut.


LAPORAN AKHBAR  3 :
Legasi perusahaan mentua
Oleh LAUPA JUNUS
Beh Wong King menyelia kerja-kera menjemur ikan bilis di Pulau Pangkor.

Jika ramai mengatakan bandar Tawau di Sabah sinonim dengan ikan bilis kerana kepelbagaian saiz dan jenisnya, di Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor juga tidak kurang hebatnya. Malah ada yang menganggap ikan bilis di pulau itu terbaik di Asia Tenggara. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dibuktikan. Tetapi apabila berkongsi pengalaman seorang tauke ikan bilis di pulau tersebut baru-baru ini, dia ada sebab untuk berkata demikian. Tauke ikan bilis yang dimaksudkan itu merupakan sebahagian kecil daripada penduduk Pulau Pangkor, Perak yang menikmati limpahan ekonomi hasil daripada kekayaan perairan pulau berkenaan. Meskipun sekadar menyambung tradisi perniagaan keluarga yang diusahakan sejak lebih lima dekad lepas, Beh Wong King , 47, tetap bersyukur kerana projek ikan bilis kering itu kini telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Malah, dia bukan sahaja dikenali sebagai pembekal ikan bilis terbesar di pulau berkenaan tetapi juga pengeluar ikan bilis kering terbaik di Asia Tenggara. "Ini warisan perusahaan ibu dan bapa mentua saya yang datang dari China. Mereka memulakan perniagaan ini dengan tangan kosong," katanya pada satu pertemuan di Pulau Pangkor baru- baru ini. Perniagaan ikan bilis itu dimulakan pada 1950-an, di tapak asal sekarang di pekan Pangkor. Ketika itu bapa mertuanya bekerja sebagai buruh kasar dan hasil daripada itu, mereka menyimpan wang dan jimat berbelanja. Daripada berjimat-cermat itu mereka mampu membeli bot kecil dan menangkap ikan bilis secara kecil-kecilan serta menghasilkan sendiri produk kering berasaskan ikan berkenaan.

Usaha tanpa jemu dan dalam serba kekurangan, mereka berjaya membangunkan perusahaan keluarga secara perlahan-lahan. Bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah, kejayaan singkat dan paling manis yang dikecapi hanya sementara. Perusahaan tersebut tanpa disangka-sangka menghadapi masalah dan gagal dimajukan sehingga hampir bankrap. Antara masalahnya ialah susahnya mendapat bekalan mentah. Namun menurut Wong King, hasil kesabaran dan ketekunan, ia bukan sahaja dapat dipulihkan malah semakin maju. Dia dan suaminya berkahwin pada 1987. Mereka mengambil alih perniagaan tersebut daripada mertuanya pada 2001. Dengan 60 pekerja iaitu masing-masing 20 orang bertugas di setiap bot, 10 orang lagi untuk kerja-kerja mengurus ikan bilis di darat dan 10 lagi untuk menggredkan produk, perusahan mereka mampu menghasilkan minimum 10 tan ikan bilis kering sebulan. Ikan bilis berkenaan sangat istimewa kerana ia rangup, tanpa pengawet dan tidak terlalu masin. Dengan kualiti yang baik, ikan bilis tahan disimpan selama sebulan dalam peti sejuk. Harganya bergantung kepada saiz iaitu lebih besar lebih murah dan begitulah sebaliknya. "Ikan bilis paling mahal ialah jenis mata biru," ujarnya sambil memberitahu bahawa harga ikan bilis kering adalah antara RM12 sekilogram dengan RM70 sekilogram.

IKAN BILIS ... BERMATA BIRU....
PULAU PANGKOR... ASALMU...
HARGA MAHAL... IA DIBURU...
PELANCONG BELI.. ELAK DITIPU...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Room 202, Ritz Garden Hotel,
Jalan Lumut, Manjung,
Perak, Malaysia.
(22 Zulkaedah 1434H)






Wednesday, October 30, 2013

DURIAN BELANDA - TESTIMONI

DURIAN BELANDA (Annona muricata Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Anonaceae yang dipercayai berasal dari Afrika Sahara dan kini banyak ditanam di kawasan Tropika seperti Mexico, Caribean, Amerika Tengah dan tidak ketinggalan khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia serta Thailand. Nama lain tanaman ini ialah Durian Belanda (Malaysia) adalah seperti Sirsak (Indonesia), Soursop (English), Guanabana (Spanish), Graviola (Portugis) dan sebagainya. Keluasan tanaman buah Durian Belanda di Malaysia tidak direkodkan oleh Jabatan Pertanian kerana ia adalah sejenis buah 'minor' dan saya menganggarkan sebanyak 180-200 hektar CHE sahaja. Terdapat beberapa petani yang saya kenal dan membuat beberpa kali lawatan menanam Durian Belanda (DB) secara monocrop (Seperti di Pontian, Johor - 2.5 hektar) dan di Kulai, Johor (2.0 ha). Kebanyakkan tanaman durian Belanda ditanam bercampur dengan pokok buah2an jenis lain sebagai dusun campuran. Penulis beberapa kali menjalankan aktiviti pemindahan teknologi tanaman ini semasa melawat kebun Durian Belanda. Pokok Durian Belanda sesuai ditanam dikawasan Tropika seperti di Malaysia dimana kawasan mestikah mempunyai saliran yang baik dan tanah yang subur. Pokok DB mempu mencapai ketinggian sehingga 8-10 meter dengan batang yang menegak dan banyak dahan. Daunnya berwarna hijau gelap seolah berlilin dan agak tebal. Buah DB berwarna hijau dan mempunyai kulit seakan berduri. Durinya agak lembut dan isinya berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam yang agak besar. Kajian saintifik mendapati Buah Durian Belanda mengandungi 65,000 kcal tenaga, 1.00 gm Protein, 0.30 gm Lemak, 16.3 gm Karbohiderat, 14.0 mg Kalsium, 17.0 mg Posforus, 81.7 mg Vitamin C dan 0.07 mg Vitamin B1 dikategorikan sebagai buah berkhasiat (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Artikel kali ini saya menulis teknologi penanamn durian belanda dlam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama.


TESTIMONI 1 :
Durian belanda rawat kanser



Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan. Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik.  Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari. Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah. Durian belanda me­ngandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.  Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman.  Durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis. Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus. Jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.  Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.  

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat. Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin. Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik. 

Durian belanda yang disimpan pada suhu 15 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu. Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembung­kusan dan Pelabelan hasil keluaran pertanian) 2008 atau GPL oleh FAMA adalah untuk memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan. Objektif peraturan ialah untuk memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan. Dikelaskan kepada tiga gred bergantung kepada spesifikasi dan kelonggaran merangkumi Premium, Gred 1 dan Gred 2. Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam. Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan.  Gred 1 pula hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan.  Gred 2, ia hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan.


TESTIMONI 2 :
Durian belanda boleh dibuat jus




Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae. Pengeluaran buah durian belanda banyak bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempurna, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum. Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis. Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus. Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok. Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseksual. Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir. Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara lima hingga tujuh serta kawasan yang tidak mempunyai naungan. Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.


TESTIMONI 3 :
Penyelidikan perubatan yang dirahsiakan

Pokok Durian Belanda yang matang.
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? . Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'.
Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Fakta yang membingungkankan adalah seperti jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini mampu (i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. (ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. (iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.  Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.  Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah (1) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. (2) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!. (3) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? .


Jawabnya adalah begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! . Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.  Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini ada ciri kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.  Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !.Kenapa?.
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar.

Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.

Hasilnya sangat mengejutkan.
Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.  Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!. Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser pada Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.



TESTIMONI 4 :
Pasar produk kesihatan durian belanda

Nurhusni Mahad Nor menunjukkan jus Annona keluaran syarikatnya.
BUKIT MERTAJAM 14 Dis. - Pengeluar jus kesihatan dan kecantikan, MOS Nutraceutical Sdn. Bhd., (MOSN) mengorak langkah apabila memasarkan produk kesihatan berasaskan durian belanda. Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menjadikan buah durian belanda sebagai bahan utama dalam penghasilan produk minuman kesihatan. Menurut Pengarah MOSN, Nurhusni Mahad Nor berkata, setakat ini, pihaknya telah memperkenalkan dua produk tersebut dalam bentuk jus dan teh yang masing-masing dikenali Jus Annona dan Teh Annona. Katanya, Jus Annona menggunakan 100 peratus pati durian belanda dan campuran bahan sampingan seperti delima, kurma, dan madu yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit seperti kencing manis, gout, strok, serta boleh dijadikan alternatif penyembuhan untuk pesakit kanser. "Teh Annona pula menggunakan campuran daun durian belanda, teh hijau, halia, serbuk kulit kayu manis dan daun lidah buaya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurhusni yang juga ahli farmasi berkata, dua produk tersebut telah berada di pasaran Semenanjung sejak ia diperkenalkan pada September lalu. Jelasnya, penghasilan produk kesihatan keluaran syarikat dihasilkan mengikut standard Pengamalan Pengilangan Islam (IMP). "Berdasarkan kepada beberapa testimoni ke atas pesakit, jus dan teh Annona berkesan menyembuhkan luka pesakit yang menghidap kencing manis," ujarnya yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah. Jus Annona dilaporkan dijual dengan harga sebotol RM188 (Semenanjung) dan RM198 bagi Sabah dan Sarawak manakala Teh Annona pula dijual dengan harga RM59 (Semenanjung) dan RM65 bagi Sabah dan Sarawak.

Bunga durian belanda yang unik dan perlu dikaji.
SIRSAK SOURSOP... ITU DURIAN BELANDA...
AMAT KURANG DITANAM... DI NEGARA KITA...
ISU PENDEBUNGAAN .... MASAALAH UTAMA...
CARI TEKNOLOGI... UNTUK MENGATASINYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3097, Lotus Wing 3,
Mahkota Hotel, Melaka,
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1434H)


Tuesday, October 29, 2013

DURIAN BELANDA - BENTUK BUAH

DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Annonaceae sama seperti buah Nona Seri Kaya, Nona Kapri, Atemoya, Cherimoya dan beberapa lagi. Tanaman ini dipercayai natif dari kawasan di Amerika Tengah dimana tidak banyak yang ditanam secara komersil di Malaysia seperti buah-buahan lain (Sila klik disini - untuk artikel berkaitan durian belanda). Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kecerunan di antara 0-15 darjah, mempunyai saliran baik (kerana ia tidak tahan air banyak) dengan pH antara pH5.0 - pH5.5 dan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Dari segi hujan pula, saya dapati tahap keperluannya adalah SEDERHANA sepanjang tahun dan hujan berlebihan didapati menganggu dalam proses pendebungaan. Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau yang agak panjang. Di Malaysia terdapat 3 varieti durian belanda yang telah didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3. Kesemua varieti ini akan mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penanaman yang dijaga dengan baik dikebun. Antara isu penting dalam tanaman durian belanda adalah masaalah pendebungaan yang sering menjadi masaalah kepada ramai petani tempatan (Anda boleh baca artikel berkaitan - Sila Klik Disini dan Sila Klik Disini). Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu yang berkaitan bentuk buah durian belanda berasaskan kepada beberapa penelitian yang dibuat dikebun durian belanda untuk bahan bacaan dan rujukkan.


Adakah anda perasan bahawa buah durian belanda yang kita petik dikebun atau yang dijual mempunyai bentuk buah yang tidak seragam?. Foto disebelah yang saya ambil di Pasar Tani juga mendapati apa yang saya katakan itu benar tentang ketidakseragaman bentuk buah. Belum banyak saintis pertanian di Malaysia mahu pun petani atau peminat buah durian belanda ini memperkatakan perkara ini. Walau pun pokok durian belanda dikebun diberikan pengurusan agronomi sempurna dan seragam, hasil buahnya tetap tidak banyak yang seragam. Selain daripada beberapa faktur yang menyebabkan bentuk buah ini tidak seragam, penulis telah pun membuat penelitian sendiri dengan membuat pembacaan dan temubual dengan beberapa agronomist lain. Diantara kemungkinan yang mungkin berlaku adalah disebabkan oleh Proses Pendebungaan Tidak Sempurna semasa berlaku proses pollination tersebut. Saya cuba mengupas beberapa perkara mengenai perkara ini untuk dijadikan perbincangan sekadar idea penulis.


Sebenarnya daripada beberapa penyebab buah tidak seragam adalah akibat debunga (Pollen) yang tidak seragam taburannya pada stigma (Female flowers). Buah yang bengkok (Lihat foto sebelah) mungkin disebabkan bahagian yang bengkok tidak menerima debunga yang menyebabkan bahagian tersebut tidak menjadi daging isi buah. Bentuk tersebut tidak cantik atau kurang menarik untuk dipasarkan walau pun dari segi rasa buah mungkin tidak berapa signifikan. Ketika buah bengkok tersebut dipotong untuk dihidangkan juga tidak sekata dan kurang menarik ketika disusun diatas pinggan hidangan. Buah yang bengkok atau seperti botol berpinggang ini agak sukar untuk dibalut dengan pembalut standard bagi tujuan pasaran. Buah durian belanda yang sempurna lazimnya mempunyai bentuk seperti BENTUK JANTUNG (Heart) dengan bentuk yang seragam dan berisi (Lihat foto dibawah)


Bagi mendapatkan buah yang berbentuk jantung kita kena pastikan semasa proses pendebungaan adalah berlaku dengan lengkap. Buah yang berkualiti mempunyai bentuk sekata dan taburan 'duri' dan warna kulit yang seimbang (Lihat foto sebelah). Buah yang cantik bentuknya ini mudajh dikutip dan digredkan serta dibalut untuk dimasukkan kedalam kotak bagi tujuan pemasaran. Pengaruh kesuburan pokok, amalan agronomi dan Amalan Pertanian Baik (ABP) yang dilaksanakan mampu menghasilkan buah durian belanda yang cantik untuk dijual dengan harga lebih baik. Pendebungaan berbantu (assisted pollination) dikatakan mampu untuk mendapatkan buah yang elok (Sila bada artikel berkaitan - Sila klik disini). Agaknya berapa harga sekilogram buah durian belanda di premis yang berhampiran dengan anda?. Khasiat antii-kanser yang ujud pada buah durian belanda menyebabkan potensi tanaman ini amat tinggi berbanding beberapa jenis buah tempatan yang lain di negara kita untuk makanan kesihatan. Wasallam!
Buah yang segar dan berkhasiat.
BUAH BENGKOK... UNIK BENTUKNYA...
BERPINGANG ADA... BOTOL PUN ADA...
YANG SEMPURNA....JANTUNG AGAKNYA...
MASIH BERKHASIAT.... SAMA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 513, Hotel D Hotel,
Bandar Iskandar, Perak,
Malaysia.
(20 Zulhijjah 1434H)

Monday, October 28, 2013

LEBAH TUKANG

LEBAH TUKANG (Xylocopa spp) merupakan sejenis lebah dari keluarga Xylocopidae yang terdapat diseluruh dunia dengan mempunyai lebih daripada 500 spesis. Apa yang mnenarik tentang lebah ini atau lebih dikenali sebagai 'Carpenter bees' adalah kerana sifatnya yang suka mengorek lubang sama ada batang kayu, buloh, papan, beruti, pokok kering, tunggul kayu sehingga merosakan kekuatan struktur. Daripada pengalaman penulis sendiri, saya dapati Lebah boleh dibahagikan kepada 5 keluarga iaitu Keluarga Adrenidae (Lebah liar yang suka tinggal dalam tenah), Megachiledae (Lebah yang suka memotong daun), Bombidae (Bumblebees), Apidae (Lebah Madu) dan akhir sekali adalah dari Keluarga Xylocopidae (Lebah Tukang Kayu). Lebah mempunyai beberapa cara berkomunikasi iaitu melalui bau, getaran dan juga interaksi secara fizikal. Terdalat jenis lebah yang suka bersosial atau berkoloni sementara ada juga yang tidak bersosial. Bagaimana pun kebanyak serangga lebah adalah mengunjungi bunga untuk mendapatkan makanan dan secara tidak langsung merupakan agen pendebungaan kebanyakan tumbuhan. Lebah lazimnya hanya mengunjungi bunga-bunga yang bersih dan segar dimana terdapat nektar yang digunakan sebagai sumber makanan untuk membekalkan tenaga. Lebah madu pula mengumpulkan nektar atau gula untuk dibawa balik kesarangnya yang kemudia diproses menjadi madu lebah. Bagaimana pun lebah tukang atau dikampong saya lebih mudah dipanggil sebagai 'kumbang hitam pengorek kayu' ini mempunyai perangai mengorek kayu kering sebagai sarangnya. Artikel malam ini jam 12.50 pagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai lebah tukang yang boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.


Lebah Tukang mempunyai banyak spesis yang mempunyai banyak saiz, warna yang bergantung kepada habitatnya. Serangga ini lazimnya bersaiz besar daripada lebah madu dengan bahagian abdomen yang sering berwarna hitam pekat dan berbentuk bulat bujur. Di negara kita terdapat beberapa spesis lebah tukang ini iaitu yang berwarna hitam gelap seluruh badan dan hitam dengan warna kuning dibahagian belakang. Lebah tukang mempunyai 3 bahagian badan iaitu Kepala, Badan dan Abdomen. Ia mempunyai sepasang mata besar, anttenae dan gigi (mandible) yang terletak pada bahagian kepala. Kekuatan gigi lebah tukang digunakan untuk mengorek kayu kering yang akan digunakan sebagai sarangnya. Kepaknya agak kecil berbanding dengan keseluruhan saiz badan tetapi ia bergerak pantas untuk membolehkan terbang laju dalam pelbagai arah. Kakinya berbulu hitam tebal dimana ia juga kuat mencengkam untuk bergerak dan berjalan didalam lubang sarang dalam kayu kering. Jarang sekali lebah ini membuat sarang pada pokok masih hidup lembab atau basah.


Lebah Tukang Jantan lazimnya tidak menyengat (stingless) berbanding dengan yang betina mampu untuk menyengat walau pun bisa sengatan tidak seperti lebah madu atau lebah lain. Lebah Tukang jantan lazimnya akan lebih agressif terbang 'acah' musuhnya yang datang menghampiri tempat tinggalnya sebelum terbang pergi menjadikan musuhnya akan panik sekejap. Bagaimana pun yang betina kurang agresif mengacau musuhnya yang hampir sebelum ia nekat untuk menyengat jika terancam. Saya beberapa kali kena sengatan kumbang ini ketika menangkapnya dari lubang kayu dikawasan rumah dulu. Semasa kecil dahulu saya dan rakan-rakan akan ambil botol kicap dan diletakkan dimuka lubang sarang lebah tukang. Kemudian akan mengetuk dengan kayu sehingga lebah keluar dan terus masuk botol. Kemudian dengan benang kami akan ikat kaki kumbang dan dilepaskan untu dibiarkan terbang dimana ini menyeronokkan.


Seperti kebanyak jenis serangga lebah, Lebah Tukang juga sering mengunjungi bunga yang terdapat dikawasan keliling habitatnya (Sila lihat foto sebelah). Ia akan terbang mengunjungi bunga yang ada nektar dan debunga akan melekat pada bahagian kaki berbulu dan juga badannya. Nektar digunakan sebagai bahan makanan yang membekalkan tenaga untuk ia bergerak. Bagaimana pun ia suka mengunjungi bunga bersaiz sederhana besar dan besar tidak seperti lebah madu yang boleh masuk kedalam kelopak bunga. Tidak banyak penulis dan saintis di Malaysia yang membuat kajian mengenai serangga ini terhadap faedah dan kehebatannya. Ia sering dikaitkan dengan serangga perosak yang menebuk lubang-lubang dalam kayu pada tiang rumah, kuda-kuda rumah, dinding rumah yang akan menjejaskan kekuatan struktur rumah kita. Tidak banyak laporan rumah tradisional dikampong yang runtuk akibat serangan lebah tukang kerana lebah ini jumlahnya sedikit sahaja. Kawalan lazimnya dengan menggunakan racun serangga (Aerosol spray) terus disembur dalam lubang disarangnya. Kaedah lain dengan menggunakan racun serannga jenis sistemik yang disembur terus pada kayu dimana lebah tukang bersarang. Oleh kerana ia suka kayu yang tiada cat, kaedah mengecat kayu atau bubuh minyak kayu (Shellex atau minyak tanah atau minyak lain) akan menyebabkan kumbang tidak suka bersarang pada kayu terawat tersebut. 


Sebenarnya lebah tukang tidak makan kayu tetapi ia hanya membuat sarang untuk bertelur dan membesarkan larvanya dalam lubang tersebut. Menggunakan sepasang gigi (mandible) yang kuat ia akan mengigit dan mengeluarkan reja kayu melalui lubang yang ditebuk seberapa jauh yang boleh (Sila lihat foto sebelah). Selepas mengawan, lebah tukang betina akan bertelur didalam ruang dan menjaganya sehingga menetas dan dewasa. Lazimnya selepas dewasa ia akan bersarang dilokasi yang sama selagi kayu tersebut masih ada. Belum ada maklumat keopentingan ekonomi lebah tukang selain merosakkan struktur kayu pada rumah kediaman atau tunggul kayu kering atau sedang mereput. Bagaimana pun saya dapati terdapat satu laporan tidak rasmi (Kajian lanjut diperlukan) yang mengatakan lebah tukang adalah agen pendebunga yang baik untuk tanaman buah durian belanda yang menghadapi masaalah kecekapan pendebungaan. Semuga akan ada saintis dan agronomist yang akan membuat kajian berkaitan perkara tersebut. Wasallam!


Lebah tukang masuk lubang.
'CARPENTER BEE'...LEBAH TUKANG...
BERWARNA HITAM... KOREK BATANG...
TANDA KUNING...ADA DIBELAKANG...
AGEN PENDEBUNGA... HASIL KAJIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 632, Hotel Impiana,
Jalan Raja Nazrin, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(23 Zulhijjah 1434H)   

Sunday, October 27, 2013

DURIAN BELANDA - ISU PENDEBUNGAAN

DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Annonaceae sama seperti buah Nona SSeri Kaya, Nona Kapri, Atemoya, Cherimoya dan beberapa lagi. Tanaman ini dipercayai natif dari kawasan di Amerika Tengah dan tidak banyak yang ditanam secara komersil di Malaysia seperti buah-buahan lain (Sila klik disini - untuk artikel berkaitan durian belanda). Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kecruna antara 0-15 darjah, mempunyai saliran baik (ia tidak tahan air banyak) dan pH antara 5.0 - 5.5 dengan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Dari segi hujan pula saya dapati tahap keperluannya adalah SEDERHANA sepanjang tahun dan hujan berlebihan menganggu proses pendebungaan. Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau agak panjang. Di Malaysia terdapat 3 varieti durian belanda yang telah didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3. Kesemua varieti ini akan mengeluarkan hasil selepas  3 tahun penanaman yang dijaga dengan baik dikebun. Antara isu penting dalam tanaman durian belanda adalah masaalah pendebungaan yang sering menjadi masaalah kepada ramai petani tempatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu berkaitan teknologi pendebungaan bunga durian belanda berasaskan kepada kertas teknikal dalam Sminar Hortikultur baru-baru ini.

Proses pendebungaan (fertilization process) merupakan satu isu didalam penanaman pokok durian belanda selain daripada masaalah serangan penyakit seperti serangan Erwinia spp, Mati Pucuk, Masaalah buah tidak seragam dan sebagainya. Pemerhatian saya dibeberapa kebun tanaman durian belanda di tanah gambut yang mempunyai masaalah sistem saliran mendapati pokok mudah diserang Erwinia terutama pada musim hujan (Lihat foto sebelah). Pokok akan kelihatan tinggal ranting dimana daunnya telah gugur dan kalau tidak dikawal dengan baik ianya akan mati. Pada masa ini belum banyak laporan di Malaysia mengenai teknologi penanaman durian belanda ditulis oleh saintis pertanian. Bagaimana pun kali ini saya akan menumpukan mengenai isu pendebungaan dalam tanaman durian belanda untuk dijadikan bahan perbincangan dan rujukkan.


Laporan beberapa penyelidik menyatakan tidak ada serangga semulajadi yang efektif didalam proses pendebungaan bunga durian belanda. Bagaimana pun pemerhatian penulis mendapati terdapat sejenis semut hitam yang ada (Lihat foto sebelah) yang mungkin membantu proses pendebungaan. Marfologi dan bentuk bunga durian belanda agak unik juga dimana lazimnya saya lihat terdapat 3 fasa bunga iaitu Bunga Hermaprodit, Bunga Betina dan Bunga Jantan. Dalam pemerhatian yang dijalankan oleh Unit Hortikultur Johor, mereka juga ada mendapati bunga hermaprodit mempunyai bunga jantan dan betina pada bunga yang sama dimana bunga akan menjalani dua fasa berlainan. Kajian mendapati bunga betina dan bunga jantan akan matang dalam waktu sesuai yang berlainan dimana ini menjadikan proses pendebungaan agak terjejas kejayaannya.  Fasa matang bunga betina berlaku lazimnya pada jam 4 - 5 petang dimana kelopak akan terbuka dan stigma telah bersedia menerima debunga dimana permukaan stigma adalah lembab dan melekit. Selepas waktu tersebut iaitu petang dan malam didapati ia kurang reseptif menerima debunga lagi sehingga hari berikutnya. Ini dapat dilihat apabila permukaan stigma tersebut kering dan tidak mampu menerima debunga. Bergantung kepada varieti, masih ada stigma bunga betina yang masih menerima debunga pada masa lewat kerana faktur suhu, kelembapan dan kesuburan tanaman.

Bunga jantan pula akan matang pada jam 8 - 9 malam dimana debunga akan masak pada hujung anthers (Lihat foto sebelah). Debunga (Pollen) yang bersaiz kecil dengan warna kekuningan ini agak melekit apabila disentuh. Selepas beberapa jam didapati tahap kesuburan debunga ini akan berkurangan jika ia kering dengan sendiri dan gugur. Oleh kerana ia aktif pada malam hari dan amat kurang serangga pendebunga yang ada pada malam hari untuk mengambil debunga, maka hanya beberapa faktur semulajadi seperti angin yang akan menerbangkan debunga tersebut. Bagaimana pun apabila jatuh pada stigma, peluang pendebungaan akan menjadi rendah kerana stigma sudah kurang reseptif lagi. Hanya peratusan kecil proses pendebungaan yang berjaya dan manjadi putik buah (Lihat foto putik buah dibawah). Pemerhatian juga mendapati pengaruh kesuburan pokok, cuaca, suhu, varieti serta cantasan menentukan kejayaan dalam pendebungaan bunga durian belanda. Kajian lebih saintifik perlu dijalankan untuk mendapatkan teknologi yang lebih cekap. Saya fikir teknik pendebungaan berbantu atau penggunaan Lebah Tukang (Carpenter bees) mungkin antara jalan penyelesaian untuk meningkatkan produktiviti hasil durian belanda. Tunggu artikel lain yang akan ditulis. Wasallam!

Putik buah durian belanda yang dihasilkan.
BENTUK UNIK... ITU BUNGANYA...
ADA MASAALAH...MASA DEBUNGA....
PERATUS RENDAH...KAJI KENAPA...
ISU PENTING...DURIAN BELANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3097, Blok Lotus,
Mahkota Hotel,
Melaka, Malaysia.
(19 Zulhijjah 1434H)

Saturday, October 26, 2013

DURIAN BELANDA - PENDEBUGAAN BERBANTU

DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Annonaceae sama seperti buah Nona Seri Kaya, Nona Kapri, Atemoya, Cherimoya dan beberapa jenis lagi. Tanaman ini dipercayai natif dari kawasan di Amerika Tengah dan tidak banyak yang ditanam secara komersil di Malaysia seperti buah-buahan lain (Sila klik disini - untuk artikel berkaitan durian belanda). Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kadar kecerunan antara 0 - 15 darjah, mempunyai sistem saliran baik (ia tidak tahan air banyak) dan pH tanah diantara pH5.0 - 5.5 dengan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Dari segi hujan pula saya dapati tahap keperluannya adalah SEDERHANA sepanjang tahun dan hujan berlebihan akan menganggu proses pendebungaan. Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau agak panjang. Di Malaysia terdapat 3 varieti durian belanda yang telah lama didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3. Kesemua varieti ini akan mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penanaman pada pokok yang dijaga dengan baik dikebun. Antara isu penting dalam tanaman durian belanda adalah masaalah pendebungaan yang sering menjadi masaalah kepada ramai petani tempatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi pendebungaan berbantu (assisted pollination) tanaman buah durian belanda berasaskan kepada beberapa pemerhatian yaang dibuat dikebun durian belanda untuk bahan bacaan dan rujukkan.


Bunga durian belanda mempunyai masaalah pendebungaan yang agak serius terutama jika ditanam dikawasan yang sentiasa lembab, kurang tiupan angin, pokok kurang subur, jumlah pokok sedikit, jarak tanaman berjauhan atau pun kekurangan serangga agen pendebunga. Bunga durian belanda (Lihat foto sebelah) merupakan bunga yang mempunyai kelopak berwarna hijau muda dengan stigma dan anthers berada didalamnya. Dalam beberapa rujukkan yang saya buat, terdapat beberapa fasa kematangan bunga durian belanda yang berbeza-beza antara Bunga Betina (stigma) dan Bunga Jantan (menghasilkan debunga). Masa matang atau kesediaan stigma durian belanda beberapa varieti tempatan didapati terbuka untuk menerima debunga lazimnya pada waktu petang sekitar jam 3.00 - 5.00 petang (waktu paling reseptif). Waktu awal pagi atau lewat petang juga ada beberapa kuntuk bunga dalam pokok yang sama atau varieti lain terbuka dan sesuai menerima debunga. Bagaimana pun masa kematangan debunga (pollen) pada anthers didapati banyak berlaku pada lewat petang atau malam hari (sekitar jam 8.00 - 9.00 malam) dimana ianya boleh gugur dan jatuh kepada stigma. Umumnya semut, kerengga, rama-rama dan agen pendebunga lain adalah kurang aktif pada malam hari. 


Keratan rentas bunga.
Beberapa hipotesis kajian dijalankan bagaimana hendak meningkatkan kadar kejayaan pendebungaan durian belanda. Antara kemungkinan yang sesuai atau boleh dijalankan adalah dengan membuat aktiviti pendebungaan berbantu (assisted pollination). Melihat kepada foto sebelah yang dikerat dua, kita boleh lihat dengan jelas bagaimana kedudukan stigma dan anthers dalam bunga durian belanda. Stigma berada ditengah atas daripada anthers yang terletak dibawah dan pendek sahaja. Dengan kelopak bunga menutupi stigma dan anthers, agak tidak banyak agen pendebunga yang hadir untuk membantu didalam proses pendebungaan. Saya fikir ada kemungkinan untuk kita membuat pendebungaan berbantu kepada tanaman durian belanda untuk meningkatkan hasilnya. Pastikan tanaman berada dalam keadan subur dan tidak diserang penyakit.


Kutip debunga yang telah masak atau matang pada masa yang sesuai iaitu lazimnya pada waktu malam seperti dinyatakan diatas. Gunakan penyepit kecil atau 'scoop' yang sesuai untuk mengutip semua karung debunga dan kumpulkan dalam bekas berwarna hitam seperti bekas plastik. Bekas plastik hitam ini akan memudahkan kita melihat debunga yang berwarna kekuningan yang amat halus (Lihat foto sebelah). Simpan debunga tersebut didalam tempat sejuk seperti dalam peti ais tetapi elakkan daripada ianya kering (kalau telah kering tidak sesuai). Debunga ini perlu diperiksa dan digunakan secepat mungkin esok harinya mengikut kemampuan kita. Dalam kaeadaan penyimpanan yang baik, jangkahayat kesuburan debunga dapat dipanjangkan. Asingkan debunga mengikut varieti jika kita mempunyai beberapa varieti durian belanda di kawasan kebun.  


Pendebungaan berbantu untuk durian belanda sesuai dijalankan pada waktu petang hari dengan memeriksa setiap kuntum bunga yang sesuai. Ambil berus mewarna lukisan yang mempunyai bulu lembut dan letakkan pada bekas debunga yang diambil sebelumnya. Pastikan ada debunga melekat pada hujung berus (Lihat foto sebelah). Lalu disapukan berus yang ada debunga pada stigma bunga durian belanda yang sedang aktif dan reseptif. Semasa menyapu, pastikan disapu rata disekeliling stigma sehingga menyeluruh. Kegagalan kita untuk meletakkan debunga pada semua keliling stigma akan menyebabkan bentuk buah yang tidak seragam. Jika pokok agak tinggi, kita boleh menggunakan tangga aluminium yang sesuai untuk menjalankan proses pendebungaan. Tetapi berapa ramai yang ada kemahiran utnuk melakukannya?. Tidak mengapa kerana ia adalah satu teknologi yang boleh dijalankan untuk peningkatan hasil.


Pendebungaan yang berjaya akan dapat dilihat apabila PUTIK buah durian belanda terbentuk selepas beberapa minggu. Bagaimana pun jika pendebungaan gagal ia akan menjadi warna hitam dan akhirnya gugur selepas 2 -3 minggu. Sebaiknya ditandakan bunga yang telah disapu dengan debunga dengan menggunakan 'marker, cat atau mematahkan kelopak pada bunga sebagai tanda (Sila lihat foto dibawah). Apabila kita mencari bunga untuk didebungakan tidaklah akan berlaku proses berulang yang akan merosakkan bunga tersebut. Daripada pemerhatian penulis, teknologi ini memang memerlukan kemahiran khas dan boleh dipelajari daripada mereka yang berpengalaman. Oleh itu pokok durian belanda sebaiknya dikawal ketinggiannya untuk memudahkan proses pendebungaan dan pengurusan tanaman keseluruhannya. Putik buah yang dihasilkan perlu dijaga dengan baik dengan memberikan baja, air dan kawalan daripada serangan musuh dan penyakit. Buah durian belanda yang berkualiti dan berjaya dalam pendebungaan berbantu sepatutnya mempunyai bentuk buah seperti 'JANTUNG' dan bukannya mempunyai bentuk yang tidak sekata atau membengkok.  Kepada anda yang ingin mencuba teknologi ini dipersilakan. Wasallam!
Patahkan kelopak tanda telah didebungakan.
PENDEBUNGAAN BERBANTU.. CARANYA...
PERLU MAHIR... BAGAIMANA LAKUKANNYA...
DEBUNGA DIKUTIP..SIMPAN SEMPURNA...
KEMUDIAN ... IA DISAPU PADA STIGMA...  

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Room 513, D Hotel,
Bandar Seri Iskandar,
Perak, Malaysia.
(20 Zulkaedah 1434H)

Friday, October 25, 2013

SEMINAR TEKNIKAL HORTIKULTUR 2013

SEMINAR TEKNIKAL BAHAGIAN HORTIKULTUR telah diadakan pada 22 - 24 Oktober 2013 di Dewan Mahkota, Hotel Mahkota, Bandar Melaka, Melaka. Seminar yang dihadiri oleh Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian dan juga Pembantu Pertanian ini seramai 120 orang daripada seluruh negara dengan tema "Pertanian Berinovatif Menjana Produktiviti". Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan yang dihadiri sama oleh Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan Pegawai-pegawai Kananan Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian. Dalam ucapan perasmian, TKPP(P) menyatakan bahawa Bahagian Hortikultur adalah bahagian yang sangat penting dan relevan di Jabatan Pertanian kerana mempunyai ramai pegawai-pegawai teknikal yang dirujuk dalam teknologi pengeluaran bahan makanan negara terutama dalam tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Projek-projek utama Jabatan Pertanian yang paling banyak juga dibawah kelolaan Bahagian Hortikultur seperti Projek TKPM, EPP7, Pembangunan Indusri Buah-buahan dan Sayur-sayuran , Pembangunan Pusat-pusat Pertanian, Pengeluaran bahan tanaman dan sebagainya. Beliau merasmikan bahagian ini akan terus relevan pada masa akan datang selaras dengan tema seminar ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktivti seminar teknikal yang diadakan untuk dilaporkan bagi pengetahuan pembaca blog ini.


Pengarah Bahagian dalam Ucaptama Seminar menyatakan bertapa pegawai dalam Bahagian Hortikultur amat perlu untuk meningkatkan tahap kepakaran teknikal mengenai teknologi pertanian selaras dengan perkembangan semasa. Ini kerana disemua peringkat, mereka akan dirujuk berkaitan teknologi pengeluaran dan aspek lain didalam menyediakan khidmat kepakaran teknikal. Kepakaran teknikal ini boleh dijana daripada aktiviti petak pemerhatian (Observation plot) didalam kawasan ladang pusat-pusat pertanian dan juga menyediakan kajian kes teknikal dikawasan ladang sedia ada. Pengarah juga menjelaskan 12 program utama bahagian ini termasuk perlaksanaan dan pemantauan projek TKPM yang melibatkan sebanyak 68 projek dengan peruntukkan banyak. Pembangunan Pusat-pusat Pertanian sebanyak 19 buah diseluruh Semenanjung Malaysia perlu diperkukuhkan untuk dijadikan pusat sumber dan juga ladang contoh. Akhirnya beliau menyentuh tentang halatuju bahagian ini pada masa akan datang termasuk perlaksanaan tugas secara 'multi tasking' keranaa kekurangan pegawai, meningkatkan tahap kepakaran pegawai, menghasilkan buku informasi teknologi pertanian dan sebagainya.


Pembentangan Kertas dibahagikan kepada 4 sessi iaitu sessi Teknologi Sayuran, Teknologi Buah-buahan, Teknologi Pengeluaran Bahan Tanaman dan juga Teknologi Baru dalam bidang pertanian. Sessi pertama membentangkan 4 kertas berkaitan dengan Teknologi NFT, Teknologi Pembajaan Organik berbanding Kimia Terung Mini, Analisa Sisabaki Racun Negeri Johor dalam Sayur-sayuran dan Teknologi penggunaan batang jagung untuk gantikan kayu sokongan. Sessi buah-buahan pula membentangkan 4 kertas berkaitan dengan Teknologi Pengurusan Jambu Air E6, Teknologi meningkatkan produktiviti durian belanda,  Prestasi tanaman mangga harumanis dibawah struktur pelindung hujan dan Pengunnaan OPFF dalam tanaman melon. Sessi ke tiga pula telah berjaya membentangkan kertas teknikal berkaitan potensi penghasilan bahan tanaman asam gelugur di Perak, Teknologi dan analisis cantuman dewasa durian D197 (Nama lain varieti ini adalah Raja Kunyit atau kini lebih glamour dengan nama Musang King) di Pahang dan keberkesanan teknik cantuman dewasa rambutan. Sessi ke empat melibatkan kertas berkaitan penggunaan bebola mikrob dalam meningkatkan kualiti air, teknologi organik 'power booster' dalam meningkatkan hasil tanaman, produk terbaharu oleh Syarikat ACM (M) Sdn Bhd terta potensi penggunaan Teknologi NFT oleh Herbateks Sdn Bhd serta seorang pakar NFT iaitu pembentang antarabangsa daripada Singapura.  


Mendebunga bunga durian belanda.
Dalam ucapan penutup oleh Timbalan Pengerusi Seminar yang juga ketua penyelaras menyatakan bahawa seminar ini berjaya memberikan banyak pendedahan kepada peserta satu 'platform' dalam perkongsian teknologi pertanian. Banyak soaljawab selepas pembentangan untuk mendapatkan penjelasan dan pendapat mengenai teknologi yang diberikan. Paling menarik adalah kertas mengenai proses pendebungaan durian belanda yang menyataka banyak temuan yang amat jarang diketahui. Ini kerana potensi penanaman durian belanda kini sangat baik disebabkan khasiat tanaman tesebut yang baik untuk kesihatan. Beberapa teknologi yang dibentang dalam seminar ini akan saya kupas dalam penulisan artikel akan datang secara berperingkat digabungkan dengan kepakaran yang ada pada penulis. Sama-samalah kita tunggu artikel teknikal tersebut dalam blog pertanian "Anim Agro Technology". InsyAllah!


Penulis bersama Pembentang Syarikat ACM Sdn Bhd.
SEMINAR TEKNIKAL...TAMBAH ILMU...
KERTAS DIBENTANG...SEMUA TUMPU...
HASIL PEMERHATIAN... DIBERITAHU...
TAMBAH KEPAKARAN... KENA BERGURU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3097, Blok Lotus,
Hotel Mahkota,
Melaka, Malaysia.
(24 Oktober 2013)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...