Support My Blog

Saturday, May 4, 2013

ALMONDS


ALMONDS (Prunus amygdalus) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rosaceae yang ditanam bagi menghasilkan biji kacang almonds. Tumbuhan ini adalah natif dari kawasan Timur Tengah sekitar Mediterranean dan Asia Selatan dan kini ditanam dibeberapa negara didunia sebagai tanaman yang sederhana penting. Tumbuhan ini kini telah tersebuar ke Eropah dan USA untuk dikomersilkan. Laporan daripada FAO Statistic menunjukkan sebanyak 2.51 juta metrik tan biji almonds telah dihasilkan pada tahun 2010. Negara utama pengeluar biji almonds didunia adalah USA dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.45 juta mt setahun diikuti dengan Sepanyol (0.66 mt/tahun) dan Iran (0.22 juta mt/tahun). Negara pengeluar utama lain biji almonds adalah seperti Morocco, Itali, Syria, Tunisia, Turki, Algeria dan China. Kita di Malaysia selalu jumpa dan gunakan biji kacang almonds didalam kueh, kek dan aiskerim yang merupakan penyedap kepada sajian tersebut. Tumbuhan ini menyerupai pokok buah plums dan juga pokok buah peach. Rujukkan yang saya buat menyatakan terdapat dua jenis pokok almonds yang biasa iaitu Almonds Pahit dan Almonds Manis. almond pahit dihasilkan oleh pokok yang mana ia mengandungi bahan 'cyanide' dan tidak boleh dimakan. Cyanide adalah bahan yang dikategorikan sebagai jenis racun yang merbahaya kepada manusia. Malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman almonds berdasarkan kepada beberapa buku rujukkan, laman webs dan juga pengalaman penulis ketika berada diluar negara.


Pokok Almonds adalah pokok jenis desiduos yang tumbuh menegak dengan  ketinggian antara 4-20 meter bergantung kepada varieti, jenis tanah dan cara cantasan dijalankan (Lihat foto sebelah). Ukurlilit batang pokok mampu membesar sehingga 30 cm keliling pada pokok yang telah matang dengan kulit batang berwarna kelabu coklat. Pucuk daun almonds  berwarna hijau ketika muda akan bertukar kepada warna kelabu keunguan selepas daun menjadi matang yang terdedah terus dibawah cahay matahari. Saiz daun sekitar sekitar 4-5 inci panjang dengan panjang tangkai daun sepanjang 2.5 cm panjang dari dahan pokok. Pokok almonds mempunyai bunga yang mempunyai 5 kelopak dengan warna putih sehingga warna pink pucat yang berukuran 3-5 cm panjang. Bunganya keluar pada awal musim bunga sebelum daun pokok almond keluar.


Buah Almond dihasilkan dalam bentuk 'Drupe' dengan bentuk bersegi leper dan ia berwarna hijau ketika muda dengan kulit yang lembut. Buah tersebut keluar dihujung dahan dengan bertangkai dimana kulitnya akan menjadi keras berwarna coklat kehitaman apabila matang. Kukit keras ini (exocarp) akan terbuka apabila cukup kering dengan terdapat biji kekacang didalamnya yang kita panggil 'biji almonds' atau 'kacang almonds' yang berkhasiat. Lazimnya satu biji buah mengandungi satu kacang almonds sahaja dan jarang-jarang ada 2 biji. Penanaman pokok almonds dijalankan dikawasan tanah yang pelbagai dari yang berpasir sehingga tanah berliat. Tanah perlu dibajak dan disediakan saliran sempurna serta menerima sinaran cahaya matahari yang banyak. Penanaman menggunakan anakbenih yang disemai daripada biji almonds yang matang dari varieti almond manis. 



Jarak penanaman pokok almonds adalah 4m x 3 meter dengan susunan empat segi sama. Peringkat awal penanaman perlu disediakan sistem pengairan dan pembajaan mengikut amalan agronomi seperti mengusahakan ladang peach atau plums. Pokok almonds perlukan bantuan lebah untuk proses pendebungaan kerana ia tidak mampu memelaksanakan pendebungaan sendiri. Beribu-ribu koloni lebah terpaksa dibawa keladang almonds di USA dan Sepanyol setiap musim bunga untuk tujuan pendebungaan. Pokok almonds mula berbunga dan dikutip hasil mulai tahun ketiga selepas penanaman. Hasil maksima almonds pada pokok yang berumur 6 tahun keatas.  lazimnya buah almonds akan matang selepas 7-8 bulan selepas pendebungaan dan ia kan dituai dengan cara manuai (kawasan kecil) dan dengan kaedah jentera. Jentuai (Lihat foto sebelah) digunakan diladang komersil yang luas dengab mengegarkan pokok dan menyedut buah yang gugur kedalam bekas kontena sebelum dihantar ke pusat memproses.


Buah almonds dengan kulitnya.
KACANG ALMONDS... COKLAT WARNANYA....
POKOK TEGAP... TIMUR TENGAH ASALNYA...
PENGELUAR UTAMA...SEPANYOL RUPANYA...
PELBAGAI PRODUK...MAHAL HARGANYA...

By,
M Anem
Bilik 111, Hotel Sri Malaysia,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAkhir 2013) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...