Support My Blog

Thursday, May 9, 2013

CAKAR CIKRI

CAKAR CIKRI (Polysias fruticosa) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan herba dari keluarga Araliaceae yang tumbuh di negara kita. Tumbuhan ini dulu saya tidak kenal sehingga saya melawat beberapa taman herba yang diusahakan oleh pihak swasta di Pagoh dan Taman Herba Perak di Gopeng. Tumbuhan ini adalah natif di kawasan Polinesia dan India dalam kawasan tropika tetapi ada juga ditanam dikawasan temperate sebagai tanaman dalam bangunan sahaja. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama 'Ming Aralia' yang ditanam sebagai tanaman untuk hiasan (ornamental tree) oleh beberapa penggemar. Dinegara kita tumbuhan ini dianggap sebagai satu daripada pokok herba dimana bahagian oucuk daun muda dimakan sebagai ulam. Daun nya yang dimakan sebagai ulam adalah merupakan sejenis tonik yang baik untuk sistem penghadaman perut serta anti radang. Artikel petang ini sambil menonton TV 3 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan yang namanya unik iaitu "Cakra Cikri' untuk menambahkan ilmu pengetahuan berdasarkan beberapa buku rujukkan dan lamanweb.


Tumbuhan ini adalah tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 1-3 meter serta banyak cabang. Batangnya adalah jenis berkayu lembut yang mempunyai banyak cabang. Daun cakra cikri berwarna hijau gelap sehingga hijau muda dengan susunan daun iaitu 'tripinnate'. Daun juga bertekstur berketak-ketak dibahagian tepi laidaun seolah-olah ia terbahagi (Lihat foto daun dibawah). Dari segi klasifikasi, bentuk daun dalam kumpulan ovat sehingga lanceolate dengan panjang daun sekitar 8 - 10 cm panjang dan lebar 2 - 4 cm. Polyscias sebenarnya adalah bermakna sebagai 'pokok perlindungan' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'shaded trees' dimana kumpulan tumbuhan ini mempunyai lebih dari 30 spesis diseluruh dunia. Banyak spesis yang diambil untuk dijadikan tanaman hiasan yang popular dengan aktiviti penanaman dalam pasu. Kini tanaman ini telah dipilih sebagai tanaman yang sangat sesuai untuk dijadikan 'TANAMAN BONSAI'. Ini kerana pokok ini sesuai dijadikan pokok bonsai kepada mereka yang berminat terhadap seni ini (Lihat foto paling bawah untuk pokok bonsai).  


Penanaman tumbuhan ini mudah dijalankan dengan bahan tanaman daripada keratan batang. Pilih batang pokok cakar cikri yang subir dan potong sepanjang 15 - 30 cm panjang serta pacak pada tapak semaian pasir yang perlu disiram sehingga bertunas dan berakar. Bagi penanaman dalam pasu, gunakan pasu sederhana besar dan isi dengan tanah campuran atau media lain yang sesuai. Tanam anakbenih keratan tersebut diatas pasu dan ia kan tumbuh walau pun kadar pertumbuhannya agak perlahan. Bagi penanaman atas tanah, jarak penanaman sesuai sekitar 1 meter x 1.5 meter dengan empat segi sama. Di Eropah, tanaman ini paling banyak ditanam didalam pasu dimana ketika musim sejuk ianya akan dimasukkan kedalam bangunan untuk elakkan kemusnahan akibat suhu sejuk.


Daun cakar cikri boleh dipetik dan dimakan sebagai ulam. Mungkin ramai tidak biasa dengan rasa daun ini yang agak pahit sedikit. Petik daun yang masih segar terutama dari bahagian pucuk, bersihkan dan enak jika dimakan bersama sambal belacan dengan nasi putih. Daun pokok ini didapati mengenadungi bahan Asid Oleanolik serta Saponin yang boleh dimenafaatkan untuk kesihatan manusia. Akar pokok cakar cikri juga didakwa jika direbus dan airnya diminum mampu mengatasi masalah sakit tulang atau rheutism, melawaskan kencing, menghiangkan sakit dada atau sesak nafas dan sebagainya. Lebih banyak kajian perlu dijalankan oleh saintis kita terhadap tumbuhan ini dari segi khasiat dimasa akan datang. Wasallam!


Pokok Bonsai 'Cakar cikri'.
NAMANYA PELIK.... IAITU CAKAR CIKRI...
TUMBUHAN INI... AGAK JARANG DIKENALI...
DIJADIKAN ULAM ... SIAPA MENGERTI...
JADI POKOK BONSAI... CANTIK SEKALI...  

By,
M Anem
Taman Saujana
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 1434H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...