Support My Blog

Sunday, January 13, 2013

RATING BLOG 'ANIM AGRO TECHNOLOGY'

BLOG 'ANIM AGRO TECHNOLOGY' atau url address: www.animhosnan.blogspot.com telah mencapai satu tahap memuaskan setelah lamanweb www.webstatsdomain.com meletakan blog ini mendudukki rank ke 1,270,609 daripada 30 juta website didunia pada bulan Januari 2013 (Lihat alamat dibawah). Ini merupakan satu ranking yang agak baik dari bloggers Malaysia kerana web ini telah dibaca oleh lebih daripada 1.3 juta pembaca setakat ini. Walau pun purata pembaca pada bulan Disember 2012 agak menurun sedikit iaitu kurang daripada 100,000 sebulan, saya jangka ianya akan meningkat balik pada bulan Januari melebihi 100,000 viewers atau pembaca sebulan. Ini kerana bulan Disember ramai pembaca bercuti dari membaca blog berasaskan sains teknologi pertanian ini. Blog ini telah dinilaikan USD 2,638.00 sahaja atau dalam ringgit kita hampir RM 9,000.00. Saya pun tidak pasti bagaimana nilai blot ini dikira oleh wesite tersebut kerana memang tidak ada pendapatan kecuali iklan 'nuffnang' yang ramai orang Malaysia tidak 'click' pun kerana ianya ada dimana-mana website orang Malaysia... sentiasa ada!





 Ranking tersebut juga menunjukkan tahap keselamatan blog animhosnan.blogspot adalah pada tahap 'Selamat' iaitu markah dicapai 100/100. Antivirus yang saya beli masih digunakan dan ia berfungsi dengan baik walau pun ada sesetengah pembaca mengadu ada masaalah virus ketika membuka blog saya (jika menggunakan program antivirus download free). Saya juga gemar dengan kenyataan ranking ini yang mana saya dikatakan menggunakan perkataan organik (Organic keywords) sebanyak 181 perkataan seperti yang telah disenaraikan dengan panjang. Disemak mengenai perkataan-perkataan ini seperti  pendebungaan serangga, tanaman penutup bumi, makanan belalang kunyit, kesuburan tanah, stevia, tanaman petola segi dan beratus lagi. Dirujuk dari segi reputasi (Blog reputation) , blog ini juga masih mencapai tahap maksima iaitu pada kedudukkan 100/100 (markah penoh).



Setiap hari saya masih mampu membuat posting satu artikel walau pun kadang-kadang sampai 2 artikel dalam sehari. Sehingga artikel ini ditulis saya telah membuat posting sebanyak 1,130 artikel semenjak 4 tahun lalu dan tahun 2012 paling banyak dengan 385 artikel. Saya akan meneruskan penulisan mengenai teknologi pertanian dengan lebih banyak membaca buku-buku ilmiah dan membuat kajian persendirian atau permerhatian. Ramai rakan-rakan yang terus membaca blog ini dari pelbagao gulongan dan membuat banyak komen-komen. Komen tersebut saya akan cuba jawab dan perbaiki penulisan dari semasa kesemasa. Kini saya semakin berminat membaca pelbagai buku-buku ilmiah dan akan menulisnya bagi menafaat pembaca semua. 




Selamat tahun baru 2013! dan Bulan RabiulAwal 1434 hari in!

ARTIKEL DITULIS... TEKNOLOGI ASASNYA...
SKOP PERTANIAN... ADA BANYAK ISINYA...
MEMBERIKAN KHIDMAT... PAHALA DAPATNYA...
TERUSKANLAH USAHA... ITU MATLAMATNYA..

By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(1 Rabiul Awal 1434H)
(13 Januari 2013M)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...