REKOD LADANG (Farm Record Keeping) merupakan satu aktiviti yang perlu dibuat oleh petani bagi menyimpan maklumat aktiviti ladang. Pernahkah anda belajar atau diajar mengenai sistem penyimpanan rekod ladang yang mudah?. Mungkin jawapannya dikatakan 'Ada', mungkin menjawab 'Ada tetapi tidak mempraktikkan' dan ramai yang kata 'saya tidak tahu pun mengenai menyimpan rekod ladang'. Foto diatas merupakan kulit buku rekod ladang yang saya telah pernah mengajar kepada ramai pegawai pengembangan dan petani pada pertengahan tahun 1980'an dulu. Sehingga sekarang pun isi kandungan rekod ladang tetap sama sahaja. Apa yang berbeza masa sekarang ialah keujudan peralatan 'KOMPUTER' yang sangat berkesan digunakan sebagai sistem penyimpanan rekod ladang. Kalau dahulu kita kena tulis setiap kali ingin masukkan maklumat dengan pen atau pensil, kini kita boleh menyimpannya menggunakan alat Komputer Desktop, Laptop dan terkini menggunakan 'Smart phone' sahaja. Saya yang baru beli Nokia Lamia 920 semalam dan mendapati smartphone tersebut sangat praktikal untuk menyimpan rekod ladang seperti ini kerana mempunyai sistem yang canggih (Lihat model Nokia Lamia 920 dibawah). Artikel petang Jumaat ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti mengisi rekod ladang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Rekod Ladang adalah satu dokumen bertulis yang mengandungi catitan yang di rekodkan meliputi semua aktiviti ladang seperti buku simpanan kira-kira. Rekod ladang penting untuk mengetahui kekuatan kewangan dalam operasi ladang, rekod yang terurus bagi membantu petani agar berjaya dalam perladangannya. Selain itu rekod ladang membantu dalam usaha membayar cukai, diguna sebagai bukti untuk membuat pinjaman, memperbaiki kekuatan dan kekurangan pusingan lepas. Diantara faedah penyimpanan rekod ladang adalah seperti (1) Memberi maklumat tentang kegiatan-kegiatan di ladang pada masa itu. (2) Sebagai satu panduan dalam pengurusan diladang. (3) Maklumat dan data digunakan untuk membuat perancangan dan belanjawan ladang. (4) Menunjukkan keuntungan bersih yang sebenar bagi sesuatu projek. Petani yang menyimpan rekod ladang perlukan pengetahuan untuk mengisi rekod ladang dengan belajar atau latihan hands-on sebelum mengamalkannya.
REKOD LADANG ... PENTING DIISI...
REKOD TANAMAN...PENTING SEKALI...
MEMBELI INPUT ... DITULIS IKUT HARI...
REKOD JUALAN... UNTUNG DAH PASTI...
By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1434H)

1.Ramai petani di negara kita masih belum mengamalkan pengisian rekod ladang diatas beberapa sebab. Diantara punca yang saya boleh nyatakan adalah seperti (1) Tujuan petani bukan untuk maksimakan keuntungan tetapi sekadar meneruskan pertanian tradisional secara warisan. Petani masih tidak anggap pertanian sebagai perniagaan oleh itu tiada dorongan untuk membuat simpanan ladang.
(2) Penyimpanan Rekod ladang memakan masa dan tidak memberi menafaat nyata pada masa singkat. (3) Ada petani yang tidak faham Rekod Ladang, Buta Huruf, serta tidak menjalankan aktiviti pertanian komersil. (4) Kekurangan modal untuk membeli buku rekod ladang atau Komputer kerana saiz tanah yang kecil dan tidak ada apa yang hendak diatitkan. (5) Pendekatan Kerajaan kepada pengembangan Amalan Teknologi sahaja seperti Benih, Baja, Penyakit, Perosak dsb dan tidak menekankan kepentingan Pengurusan Ladang dan Penyimpanan Rekod Ladang. Banyak lagi perkara yang menyebabkan rekod ladang kurang dipraktikkan di kalangan petani terutama petani atau pekebun kecil.

Buku Rekod ladang mencatitkan rekod tanaman yang ditanam dalam kebun. Rekod ini mencatitkan jenis tanaman yang ditanam mengikut tarikh ditanam dalam petak dikhususkan. Jika banyak jenis yang ditanam, data boleh disatukan didalam rekod yang sama dan nyatakan keluasan serta bila hasil tanaman dijangka akan dituai. Penting juga dicatitkan jumlah tanaman yang dituai dicatitkan serta jumlah hasil dituai. Maklumat ini pelu dicatit dan digunakan untuk mengira untung rugi setiap jenis tanaman yang diusahakan. Rekod tanaman lazimnya akan dicatit pada awal musim penanaman dan akhir musim penanaman.
Rekod Belian mencatitkan semua maklumat mengenai pembelian input ladang (Baja , Benih, Bahan Kimia, Peralatan Ladang, Kompos) serta semua jenis perkhidmatan berbayar (membajak tanah, menggali parit, upah menanam dan sebagainya). Nyatakan nama jenis input/ perkhidmatan yang dibeli dan kuantiti atau unit serta harga belian (Rujuk Jadual diatas). Sebaiknya setiap input ditulis harga setiap unit belian (setiap kilogram, bag, botol, jam kerja) dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menentukan pengiraan setelah penutupan penggunaan input. Perlu dijumlahkan jumlah pembelian input ladang setiap kali ada pembelian input dan penggunaan input ladang. Jika boleh catitkan nama kedai atau kontraktor dimana kita membeli inout untuk rujukan jika ada masaalah berbangkit kemudian.
Bagi Rekod Jualan perlu diisikan jenis hasil yang dituai mengikut kawasan yang telah dituai hasilnya. Kuantiti hasil yang dikutip mestilah didasarkan kepada keluasan CHE bagi kawasan yang dituai bukannya keluasan fizikal kebun. Setelah dikumpulkan hasil asingkan diantara hasil yang boleh dijual dengan hasil rosak yang tidak boleh dijual. Nyatakan berapa banyak jumlah hasil dijual dan harga jualan setiap unti dalam ruangan tersebut (Lihat Jadual diatas). Tulis jumlah terimaan dari bayaran diruangan pendapatan kasar. Nilai ini mesti sama dengan sifir iaitu Jumlah Hasil dharab dengan Harga SeUnit kerana jika tidak ada pelarasan akan menyukarkan pengiraan. Selalunya dinyatakan juga saluran pemasaran dan sebarang catitan berkaitan dengan aktiviti jualan yang dijalankan. Jika ketiga-tiga rekod ladang paling mudah diatas (Jadual 1, 2 dan 3) dapat dibuat, setidak-tidaknya ramai petani di Malaysia akan mengetahui akan faedahnya kelak. Semuga artikel petang ini dapat memberikan cetusan idea kepada pembaca semua. Wasallam!
Buku Rekod Ladang paling simpel oleh Jabtan Pertanian. |
REKOD LADANG ... PENTING DIISI...
REKOD TANAMAN...PENTING SEKALI...
MEMBELI INPUT ... DITULIS IKUT HARI...
REKOD JUALAN... UNTUNG DAH PASTI...
By,
M Anem
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.