BEREMI (Bacopa monnieri) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Scrophulariaceae yang dimakan sebagai sayuran di Malaysia sejak zaman dulu. Ramai diantara kita yang tidak pasti sama ada tumbuhan ini sesuai dimakan kerana ada yang mengatakan ia adalah jenis Rumput, ada pula yang kata sebagai Herba, ada juga yang kata sebagai tanaman bunga sahaja. Adakah ia sejenis Sayuran?. Saya pernah melawat kebun yang menanam sayur beremi ini di Melaka dulu yang ditanam diatas batas dikawasan tanah sawah sekitar Alai dan Air Molek kemudian dipasarkan di Pasar Besar Melaka serta Pasar Malam Bukit Baru. Agak sukar kita untuk membeli sayur beremi kerana tidak banyak dijual dipasar besar tetapi kadang-kadang kita boleh jumpa di Pasar Tani, Pasar Malam dan paling mudah kita tanam sendiri dalam pasu di rumah. Spesis Portulaca ini atau beremi juga dikenali dengan nama sebagai Pursley, Purslane, Pigweed atau Little Hogweed di USA iaitu dikategorikan sebagai rumputrampai (Weeds). Pagi Ahad ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai tanaman beremi untuk dikongsi maklumat bersama you all.
Tumbuhan Beremi adalah jenis rumpai yang tumbuh menjalar dan mempunyai batang serta daun lembut berwarna hijau. Daun beremi mempunyai bentuk bulat lonjong dengan susunan bersilang dan berukuran 0.8 - 1.2 cm panjang. Batangnya lembut dan mudah di patahkan terutama di bahagian dengan pucuk. Bunga beremi berwarna kuning atau putih yang keluar dari bahagian pucuk. Beremi merupakan tanaman yang mudah ditanam sama ada didalam kebun atau didalam pasu. Kawasan tanah yang subur dengan banyak bahan organan sera agak lembab amat sesuai untuk kita buat penanaman beremi. Sediakan batas setinggi 80 - 120 cm tinggi dan 1 meter lebar dikawasan tanah sawah dan sediakan sistem perparitan sempurna dikawasan keliling penanaman. Tanah campuran yang mengandungi baja organan juga sesuai dimasukkan didalam pasu untuk penanaman beremi. Pasu dari bahan plastik, pasu ceramik atau pun bekas buangan terpakai boleh dijaikan pasu untuk penanaman beremi.
Bahan tanaman beremi adalah daripada keratan batang atau keratan pucuk. Ambil keratan daripada beremi yang dibeli dipasar dan potong sepangang 12 - 15 cm panjang dan tanam diatas batas atau didalam pasu. Pastikan kita menanam dengan mata tunas dibahagian atas dan jangan terbalik!. Siram dengan air dan beremi akan tumbuh dengan cepat. Kawalan rumpai dijalankan dengan mencabut menggunakan tangan dan elakkan dari menggunakan sebarang racun rumpai. Pembajaan disyorkan menggunakan baja organan seperti tahi ayam atau lain-lain jenis baja organan. Baja Sebatian NPK 15:15:15 juga boleh digunakan pada kadar yang sesuai. Apa yang saya periksa dikebun, tidak ada sebarang perosak atau penyakit serius yang menyerang tanaman beremi dikebun.
Pucuk Beremi boleh di tuai setelah rumpun membiak dengan banyak diatas batas dengan memotongnya dengan tangan atau pisau. Ada sesetengah pengusaha yang mencabut terus beremi hingga keakar sebelum dipotong bawahnya iaitu bahagian akar untuk dijual (Lihat foto sebelah). Elakkan dari kita memetik pucuk beremi pada pangkal pokok kerana bahagian batang dan daun akan menjadi sedikit keras. Aktiviti menuai akan menggalakkan pertumbuhan pucuk baru. Basuh keratan beremi sehingga bersih dan ikat dengan getah dan sering dijual di pasar malam seperti di asar Malam Bukit Baru, Melaka dengan purata RM 1.00 secekak. Sayur Beremi sesuai dimasak lemak cilu api atau masak pedas tumis atau lebih popular di buat 'Urap Beremi'. Makanan ini sering dimakan bersama nasii dan ikan kering atau lauk lain seperti asam pedas atau sebagainya. Kepada peminat sayur beremi boleh menanam sendiri dikawasan keliling rumah menggunakan sistem pasu untuk mendapatkan bekalan yang segar dan selamat di makan. Semuga anda mendapat info berguna daripada artikel ini. Wasallam!!...
SAYUR BEREMI .... SIAPA KENALNYA....
JUMPA DI MELAKA ... DIBATAS TANAMNYA...
DIJUAL SECEKAK... MURAH HARGANYA...
DIBUAT URAP BEREMI... AMBOI ENAKNYA...
By,
M Anem
Kg Kandang, Air Molek,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1434H)
Kemaskini pada 2 Jan 2019

Urap Beremi di Melaka. |
JUMPA DI MELAKA ... DIBATAS TANAMNYA...
DIJUAL SECEKAK... MURAH HARGANYA...
DIBUAT URAP BEREMI... AMBOI ENAKNYA...
By,
M Anem
Kg Kandang, Air Molek,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(2 Safar 1434H)
Kemaskini pada 2 Jan 2019
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.