Support My Blog

Saturday, January 26, 2013

BUKU TEKS BM TAHUN 3

ADA APA DALAM BUKU ITU?   Suspen sungguh!
BUKU TEKS BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 bagi Sekolah Kebangsaan di Malaysia telah menggunakan buku baru mulai tahun persekolahan 2013. Buku KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan mula digunakan mulai Januari 2013. Buku setebal 162 mukasurat atau halaman ini telah memasukkan kejayaan saya pada muka surat 158 dengan gambarnya sekali dan merupakan satu kebanggaan kepada saya sendiri. Ia mempaparkan Alat Pembalut Putik Buah-buahan iaitu satu Inovasi Rekacipta kumpulan kami daripada Pejabat Pertanian Daerah Mersing pada tahun 2000. Inovasi yang menang didalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam  ini (AIPA) telah berjaya di paparkan pada Akhbar Utusan Malaysia di Muka Hadapan pada 14 Mac 2000 dan telah pun dicetak didalam Buku Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia 2012 (Rujuk artikel tersebut - Klik disini). Kini buku ini telah dan akan digunakan oleh berjuta pembaca buku teks tersebut untuk beberapa tahun akan datang.  



Buku Teks Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 3 ini terbitan DBP mengandungi 10 Tema atau Tajuk iaitu Tema 1 - Sekolah, Tema 2 -Keselamatan, Tema 3 - Kesihatan dan Kebersihan, Tema 4 - Perpaduan, Tema 5 - Ekonomi kita, Tema 6 - Pertanian dan Penternakan, Tema 7 - Tradisi kita, Tema 8 - Negaraku tercinta, Tema 9 - Alam ceria hidup sejahtera dan Tema 10 - Sains, Teknologi dan Inovasi. Foto dan isi cerita kisah saya termasuk didalam Tema 10 iaitu Sains, Teknologi dan Inovasi sesuai dengan rekacipta yang kami jalankan. Ia dimulakan didalam Unit 10 - Inovasi dan Rekacipta pada mukasurat 157 dengan tajuk 'Stor Botol Plastik' dan bersambung pada mukasurat 158 iaitu bahagian 'Kata Sendi Nama'.   



Dalam mukasurat 158 dibawah tajuk 'Kata Sendi Nama' dipaparkan satu rekacipta bertajuk 'Alat Pemanjat Pokok Kelapa Serbaguna' dari ciptaan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Kuala Terengganu. Berikut dibahagian tengah mukasurat 158 terpampang wajah saya yang sedang memegang Alat Pembalut Putik Cempedak (Ringkasnya APC-2). Ditulis pada tajuk ialah 'Alat Pembalut Putik Buah-buahan'. Alat ini sebenarnya merupakan satu sistem terdiri daripada bahagian Kepala atau 'Hooper' dan galah mudahlaras (adjustable) yang boleh dipanjangkan sehingga 10 meter. Putik Cempedak dan buah-buahan lain yang sesuai dan tinggi diatas pokok boleh dibalut dengan mudah menggunakan alat ini. Putik cempedak yang dibalut peringkat awal menghalang dari serangan Lalat Buah (Bactocera umbrussa) dan buah tidak akan rosak akibat serangan serangga ini. Harga atau kos satu unit alat ini adalah RM 80.00 lengkap pada masa ia dicipta (Tahun 2000 - 12 tahun dahulu).  


Alat Pembalut Putik Cempedak (APC-2) ini telah pun lama digunakan di seluruh negara semanjak tahun 2000. Ia telah diterbitkan dan dimasukkan didalam akhbar Utusan Malaysia pada 14 Mac 2000 dimana ia ujud didalam ruangan 'Arkib Berita' website iaitu url: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000 &dt=0314 &pub=utusan_ malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=fp_02.htm. Penerbit buku ini telah menghubungi saya pada pertengahan tahun 2012 untuk memohon keizinan dari saya. Mereka memohon untuk menggunakan maklumat dan foto yang terdapat didalam lamanweb 'Utusan Online' ini yang mereka jumpa. Saya tiada keberatan untuk mereka menggunakan maklumat dan foto tanpa apa-apa imbuhan pun. Kemudian DPB menghantar satu e-mail secara rasmi untuk mendapatkan kebenaran tersebut dan saya jawab melalui email juga tanda bersetuju. Saya semalam membeli senaskah buku tersebut yang berharga RM 9.40 senaskah di kedai buku di Putrajaya.



Semasa melawat ke rumah adik saya dan bertanya sama ada ada anaknya ada belajar di tahun 3, dia ambilkan buku teks tersebut dan membuat semakan. Setelah kami memeriksa pada mukasurat 158 , sah memang ada foto saya telah diterbitkan. Mereka semua mengesahkan memang itu adalah wajah bapa saudara yang merupakan seorang perekacipta. Saya juga berterimakaseh kepada pasukan Penulis, Editor, Pereka Grafik dan Illustrator buku ini serta DPB dan rakan-rakan yang bersama-sama merekacipta alat ini dan telah menjadikan buku ini sebagai buku rujukan untuk sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia mulai tahun 2013. Wasallam!



BUKU TEKS ... BUKU BAHASA MALAYSIA....
TAHUN 3 ....DEWAN BAHASA & PUSTAKA...
MUKASURAT 158 ... INOVASI DICERITA...
MAKLUMAT DITULIS... ADA MUKA SAYA...

By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia
(14 Rabiul awal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...