HAZELNUTS (Corylus avellana) merupakan nama sejenis buah yang kita di Malaysia selalu dengar ujud dalam Coklat yang kita beli di Langkawi Pulau Bebas Cukai. Dalam bahasa Inggeris Hazelnuts ini juga dipanggil sebagai Filberts, Cobnuts dan Barcelona Nuts. Terdapat dua jenis hazelnut yang popular iaitu European Hazelnut (Corylus avellana), European filbert (Corylus maxima), American filbert (Corylus americana) dan Turkish Filbert (Corylus colurna). Banyak kultivar yang mengabungkan kedua-dua spesis tersebut dan beberapa spesis lain. Saya membaca beberapa buku termasuk buku bertajuk 'Temperate and subtropical fruit production" terbitan CABI (2011) untuk rujukan. Pokok hazelnut adalah pokok jenis deciduous dengan ketinggian pokok 4 - 5 meter dan lebar kanopi sekitar 4 -5 meter garispusat. Ia dikelaskan sebagai pokok yang Monoceous dan dichogamous maknanya bunga jantan terbuka dahulu baru diikuti dengan bunga betina. Proses pendebungaan oleh angin dimana bunga jantan terbuka dan keluarkan debunga pada awal musim sejuk dan bunga betina pada pertengahan musim sejuk hingga musim bunga. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sejenis tanaman temperate iaitu pokok hazelnut untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.
Pengeluaran hazelnut seluruh dunia dianggarkan sebanyak 816,500 metrik tan pada tahun 2010. Daripada 15 spesis yang ada, didapati spesis C. avellana dan C. maxima palin banyak di usahakan secara komersil. Negara Turki sahaja telah menghasilkan 70% daripada pengeluaran hazelnut dunia (itu negara Islam). Walau pun pengeluaran hazelnut daripada Turki telah menurun dengan banyaknya daripada sebanyak 434,000 (1996) kepada hanya 310,000 (2010) ianya telah ditampong dengan pengeluaran daripada negara-negara lain. USA, Sepanyol, Iran, Georgia, China dan Azerbaijan adalah antara negara yang menanam dan mengeluarkan hazelnut. Anggaran hasil di Turki sekitar 0.9 - 1.2 metrik tan sehektar. Hazelnut adalah kaya dengan lemak tidak tepu (80%), rendah minyak tepu (5%), Vitamin E (56 mg/100 g) dan Protein (16%). Saya memang suka makan aiskerim yang ada hazelnut didalamnya. Kacang hazelnut ini juga di buat kek, pie, coklat dan minyak patinya sangat bernilai.
Pokok hazelnut memerlukan iklim temperate dimana pokok ini tahan pada keadaan salji -5 darjah celsius. Tanaman ini perlukan banyak air untuk menghasilkan bunga dan buah. Keadaan tanah lembap pokok sederhana sesuai tetapi jika kemarau pokok tidak berapa toleran. Tanaman ini tidak tahan dengan iupan angin kencang dan sebaiknya ditanam dikawasan terlindung atau dibawah keadaan terlindung (Sheltered condition). Kawasan tanah rata atau sedikit beralun sesuai untuk tanaman ini bagi tujuan pengurusan dan juga aktiviti menuai hasil. Tumbuhan ini mempunyai sistem pengakaran cetek dan ianya boleh tumbuh subur dalam keadaan tanah cetek sama ada jenis tanah liat atau sebaiknya tanah liat berpasir. Tanah dengan pH 6.0 paling ideal untuk pokok hazelnut. Pembajaan dengan baja N,P dan K dijalankan mengikut syor dengan dibuat analisa daun setiap 2-3 tahun sekali. Kekurangan unsur Boron sering menjejaskan prestasi pertumbuhan pokok.
Pembiakan tanaman hazelnut idjalankan dengan cantuman dari biji benih kultivar terpilih. Pokok penanti boleh menggunakan jenis C. avellana atau C. maxima tetapi perlu dilihat kesesuaiannya dengan baka yang hendak dicantum. Kaedah bahan tanaman daripada keratan batang dan keratan akar didapati kurang berjaya diamalkan. jarak penanaman yang disyorkan adalah 4.5 meter x 4.5 meter. Terdapat juga petani yang menanam padat dengan jarak tanaman 3.6 meter x 2.4 meter dilokasi yang sesuai. Pokok yang ditanam rapat ini kemudian dibuang mengikut umur dan saiz pokok. Pertumbuhan pokok perlu dibuat cantasan pembentukkan agar ianya terbuka tengah (open centered). Cantasan ini merupakan aktiviti penting dibuat untuk memberikan pengedaran udara sempurna, memberikan cahaya matahari kebahagian bawah dan menggalakkan pengeluaran dahan yang aka berbunga. Penjarangan pokok tidak perlu dibuat apabila pokok dewasa.
Kawalan rumpai adalah perlu dilakukan untuk kawasan diantara barisan. Kawalan menggunakan racun rumpai atau jentera pemotong rumput. Kebersihan dibawah pokok daripada rumput , kayu , kekotoran dan daun yang gugur perlu dibuat jika aktiviti penuaian dijalankan menggunakan jentera (Lihat foto ebelah). Kegagalan kita membuat pembersihan akan menyusah aktiviti mengutip biji hazelnut dengan trekter. Pokok hazelnut mula menuai hasil 4 -5 bulan selepas menanam dimana ini bergantung kepada faktur pengurusan tanaman. Pengeluaran hasil optima paling banyak pada pokok berumur 4 - 5 tahun selepas ditanam. Jika ditanam menggunakan anak benih cantuman, pokok hazel mampu mengeluarkan hasil produktif selama 40. Kaedah mengutip hasil adlah secara manual dengan tangan (Turki), menggunakan jentera pengutip biji buah atau menggunakab mesin hampagas (USA). Kadar penghasilan hazelnut sebanyak 2 kg sepokok (5 tahun) meningkat kepada 4 kg /pokok (8 tahun) dan 3.5 metric ton apabila dewasa.
BUAH HAZELNUT ... POPULAR NAMANYA...
NEGARA SEJUK... TEMPAT KELUARNYA...
DIDALAM COKLAT ... LAZAT RASANYA...
AISKRIM DAN KEK ... AMBOI ENAKNYA..
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(24 Safar 1434H)

Kek enak dengan hazelnut diatasnya. |
BUAH HAZELNUT ... POPULAR NAMANYA...
NEGARA SEJUK... TEMPAT KELUARNYA...
DIDALAM COKLAT ... LAZAT RASANYA...
AISKRIM DAN KEK ... AMBOI ENAKNYA..
By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(24 Safar 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.