Support My Blog

Monday, November 6, 2023

BURUNG KELICAP - APA DIA?

BURUNG KELICAP merupakan sejenis burung yang kecil dimana maklumat mengenainya amat jarang dibincangkan di negara kita. Bagi penulis blog sudah kenal akan beberapa spesis burung kelicap kerana pernah tinggal dikampong zaman remaja dahulu dan pernah cuba untuk melastiknya. Bagaimana pun belum pernak kena kalau melastik burung ini kerana ia terbang sngat laju dan jarang dilihat hinggap pada dahan pokok. Salah satu spesis Burung Kelicap Bukit (Nectarinia jugularis) atau ia juga dikenali sebagai 'Burung Madu Sriganti' yang mana ia adalah salah satu daripada jenis burung kelicap yang boleh didapati di Malaysia. Dalam merujuk beberapa artikel dan jurnal dilaporkan dimana b
urung kelicap mempunyai cara penerbangan yang unik dimana ia boleh terbang dari pelbagai sudut dan arah (sama seperti pepatung atau dragonfly) seperti pergerakan kehadapan, ke belakang, ke sisi kini atau kanan, keatas, kebawah dan boleh kekal di udara dengan mudah dan tenang (static fly). Burung kelicap ini dikatakan sebagai sejenis burung 'Hummingbird Malaysia' dimana ia boleh mengibaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sewaktu terbang secara normal dan boleh mencecah 200 kali sesaat jika melakukan terjunan akrobatik. Dalam beberapa laporan dinyatakan ada terdapat banyak (kira-kira 330) spesis hummingbirds atau kelicap ini di seluruh dunia. Dilaporkan dimana kumpulan burung ini memang unik kerana ada yang sangat kecil ukurannya malahan ia lebih kecil seperti serangga dan ada yang agak daripada burung terbang laju. Sebagai contoh ada dilaporkan dimana ada burung kelicap yang kecil dengan ia hanya mempunyai berat 20 gram akan tetapi ia kurang tepat kerana akhirnya saintis kelaskan semula dimana spesies yang sangat kecil ini kemuidian dinamakan senagai 'hummingbird' dan ia boleh kecildengan berat hanya 2 gram sahaja. Dalam beberapa laporan dinyatakan ada beberapa fakta mengenai burung kelicap atau burung hummingbird yang unik. Pertama dimana dilaporkan yang burung kelicap tidak boleh menghidu bau seperti burung lain. Burung kelicap juga mempunyai cara penerbangan yang unik yang boleh terbang pelbagai arah dengan cepat dan mudah. Burung kelicap boleh mengibaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sewaktu terbang secara normal dan boleh mencecah 200 kali sesaat jika melakukan terjunan akrobatik. Apa pun fakta bagaimana kaki burung kelicap adalah lemah dan hanya digunakan untuk tujuan bagi mencengkam tempat ia bertenggek adalah unik. Burung kelicap didakwa ia memang comel dan unik. Banyak ada kebarangkalian teknologi zaman sekarang terutama dalam bidang penerbangana diilhamkan dari cara penerbangan burung kelicap. Mesti ramai yang mungkin tidak percaya yang idea helikopter itu datang dari burung kelicap atau pepatung dahulu agaknya. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai burung kelicap untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog kehadiran burung kelicap di kebun memnag sangat signifikan untuk sektor pertanian. Burung ini dilihat akan mengunjungi bunga yang mekar dimana ia menyedut nektar atau manisan sebagai makanannya dan membawa debunga untuk dilakukan proses pendebungaan juga (Sila lihat foto disebelah). 
Bermakna burung ini adlah sejenis haiwan yang berfaedah dalam sektor pertanian terutama dalam proses pendebungaan (pollination process). Walau pun begitu ada dikalangan peminat burung yang mungkin memeliharanya sebagai haiwan kesayangan (pet) dan ia memerlukan kepakaran dan kebenaran khusus agaknya. Ada banyak jenis burung kelicap yang sudah dikenalpasti di negara kita tetapi penulis blog percaya tidak mengenali akan sesis burung ini secara detail. Setelah merujuk artikel wikipedia ada dinyatakan dimana antaranya adalah spesis burung Kelicap (sunbird) yang memakan madu bunga. Antara spesis sepesies burung kelicap dimana ia dari famili ini yang mengandungi 133 spesies yang dipecahkan kepada 15 genera iaitu terdiri dari Burung Kelicap Pipi Delima (Chalcoparia), Famili Deleornis (2 spesies), Famili Anthreptes (14 spesies), Famili Hedydipna (4 spesies), Famili Anabathmis (3 spesies), Famili Dreptes (monotipik termasuk Kelicap besar), Famili Anthobaphes termasuk Kelicap dada oren), Famili Cyanomitra (7 spesies), Famili Chalcomitra (7 spesies), Famili Leptocoma (6 spesies), Famili Nectarinia (6 spesies), Famili Drepanorhynchus yang termasuk Kelicap sayap emas), Famili Cinnyris (56 spesies), Famili Aethopyga (23 spesies) dan juga Kelicap daripada Famili Kurochkinegramma iaitu termasuk Kelicap tengkuk ungu. Bagaimana pun daripada semua famili tersebut disenaraikan spesies yang boleh ditemui di Malaysia. Spesis tersebut adalah Burung Kelicap Bakau, Burung Kelicap Belukar, Burung Kelicap Bukit, Burung Kelicap Buluh, Burung Kelicap Bunga Kantan, Burung Kelicap Gunung, Burung Kelicap Kelabu, Burung Kelicap Kunyit, Burung Kelicap Mas, Burung Kelicap Mayang Kelapa, Burung Kelicap Merah, Burung Kelicap Nibung, Burung Kelicap Perepat, Burung Kelicap Pinang, Burung Kelicap Pucat Pisang, Burung Kelicap Ranting, Burung Kelicap Rimba dan juga Burung Kelicap Sepah Raja Kesumba. Apa yang penulis blog perasan dimana nama-nama burung ini banyak daripada 20 spesis ini yang mengikut nama pokok (mungkin sebab ia suka dengan pokok tersebut yang selelu dikunjunginya).


Menyentuh akan beberpa ciri atau fakta mengenai jenis burung kelicap atau pun burung hummingbird ini dilaporkan dimana warna badan burung ini memang ia selalu adalah ber
warna yang unik dengan bulunya terdiri warna sangat cantik dan mengingatkan permata. Apabila cahaya matahari langsung terkena pada bulunya yang terang berkilau dilihat seolah-olah menukar warna mereka. Itulah sebabnya burung ini sering diberikan nama-nama yang berkaitan dengan batu permata (sebagai contoh digelat 'topazny hummingbird' atau 'zamrud leher' atau 'topaz api' atau 'terbang amethyst' . Cili sosial burung ini dilaporkan sebagai 'Burung Berkeluarga' dimana burung ini bersarang dengan membuat sarang anyaman unik seperti sarang labah-labah dari bahan rambut dan keping kulit kayu. Bentuk akhir sarangnya bergantung kepada saiz burung itu sendiri dimana dilaporka ada spesis yang membuat sarang mencapai ukuran diameter saiz cawan. Apabila burung ini bertelur disarangnya memang saiz telurnya dengan saiz yang tidak lebih daripada kacang iaitu bergarispusat telur hanya 12 mm sahaj. Dikatakan yang burungini sangat berani dan jika sekiranya berlaku bahaya maka dia tanpa rasa takut berdiri untuk mempertahankan diri mereka dengan cepat terbang ke arah musuhnya secara menjunamkan paruh tajam kepada bahagian hidung atau mata musuhnya itu. Perlu diketahui jika burung ini tidak membentuk pasangan tetap. Burung kelicap selalunya menjadikan makanan utama adalah madu yang didapatkan daripada bunga tumbuh-tumbuhan terpilih yang diminati sesuai dengan bulu warna mereka. Burung ini akan mengunjung bunga dan menguhuurkan muncingnya untuk menyedut madu dengan terbang leibbaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sehingga ia kelihatan seakan-akan berhenti sahaja lagaknya. Memang burung ini menggunakan banyak tenaga untuk terbang dan bergerak dimana manisan nektar merupakan sejenis manisan sedia guna untuk burung ini. Burung ini sebenarnya 'tidak hinggap' atau 'duduk' diatas bunga sebaliknya ia adalah masih terbang lagi. Sebenarnya ada kajian menyatakan bukan hanya nektar yang digemari burung ini akan tetapi ia juga meminati memakan serangga kecil yang berterbangan dalam habitatnya. Oleh kerana ia banyak gunakan tenaga untuk terbang maka ia jug asering dan selalu mencari makan. Menarik fakta cara terbang burung ini dimana cirinya ia akan menggerakan punggung terlebih dahulu.
Keupayaan untuk bergerak ke atas dan ke bawah dan belakang memang ia satu reka bentuk khas sayapnya dimana ia bersambung hanya dengan bahu. Lazimnya burung ini juga dilaporkan mempunyai jantung yang besar dan kuat dengan kadar kecepatan denyutannya 1,000 - 1,200 bpm.


Penulis blog paling suka hobi kumpul setem semasa zaman sekolah dahulu tetapi kini sudah beralih hobi kepada aktiviti menulis blog pertanian, travlelling dan memberikan khidmat kepakaran teknikal sebagai konsultan juga. Kehebatan Burung Kelicap dijadikan simbol oleh Pejabat Pos Malaysia apabila Burung Kelicap Bukit atau juga dikenali sebagai burung Madu Sriganti adalah salah satu daripada
haiwan yang boleh didapati pada setem 75 sen tersebut (Sila lihat foto disebelah).  Burung Kelicap Bukit (Nectarinia jugularismerupakan spesies sunbird yang dijumpai dari Asia Selatan hingga Australia. Burung jenis sunbirds merupakan sekelompok burung passerine yang mana ukurannya amat kecil dimana ia kebanyakannya makan madu (nektar) sungguhpun dia juga ada memakan serangga khususnya bagi diberikan anak burung. Penerbangan mereka pantas dan cepat secara langsung kerana ia mempunyai jenis pendek dan laju. Kebanyakan spesies burung ini mamang ia boleh memakan madu dengan jumlah yang banyak kerana ia terus digunakan sebagai tenaga untuk terbang. Ia merupakan burung csntik yang bersaiz kecil dimana dilaporkan saiz paling besar hanya sepanjang 12 cm. Selalunya bulu burung ini iaitu di bahagian bawah kedua jantina jantan dan betina bewarna kuning terang sementar adi bahagian belakang bewarna perang malap. Warna pada bahagian dahi, lengkuk dan atas dada jantan dewasa adalah gelap serta pada bahagian dibelakangnya adalah warna biru metalik. di Malaysia apa yang penulis blog diberitahu peminat dan pemburu burung ini dimana ia adalah burung yang berasal dari habitat paya bakau dimana selalumya burung Kelicap Bukit dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama manusia, dan kini biasa terdapat malah dikawasan berpenghuni padat. Ada dilaporkan diman masa ini ada burung kelicap ini yang sudah membuat sarang di kediaman manusia. Burung Kelicap Bukit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah an memang paruh Burung Kelicap Bukit tidak bergigi. Dalam aspek pembiakan dimana ia akan mengawan antara bulan April dan Ogos. Kedua burung kelicap jantan dan betina membantu membina sarang yang berbentuk flaks iaitu dengan beranda tergantung di pintu masuk, dan bahan tergantung pada bahagian bawah. Selepas membina sarang kemudian maka burung ini akan seterusnya meninggalkan sarang selama seminggu sebelum burung betina kembali untuk bertelur satu iaitu ada dua telor biru kehijauan. Telornya akan mengambil masa selama seminggu sebelum menetas. Burung betina mungkin meninggalkan sarang bagi tempoh pendek pada siang hari semasa mengeram. Selepas anak burung menetas maka kedua-dua burung jantan dan betina membantu menjaga anak burung dimana mereka hanya akan meninggalkan sarang selepas dua atau tiga minggu berikutnya. Burung Kelicap Bukit membiak dengan bertelur yang mempunyak kuit cangkerang keras. Semuga artikel mengenai burung kelicap ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BURUNG KELICAP... HUMMINGBIRD IA SAMA....
KURANG DIKENALI... OLEH RAMAI ORANG KITA...
TERBANGNYA LAJU... PELBAGAI ARAH PULA...
MEMAKAN NEKTAR... JARANG DIPELIHARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Rabiulawal 1445H).
posted from,
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.

Sunday, November 5, 2023

IBARAT AYAM, TIADA MENGAIS TIADA MAKAN

Peribahasa lama yang menggunakan haiwan ayam disebut lagi dalam ungkapan 'IBARAT AYAM, TIADA MENGAIS TIADA MAKAN' yang dipilih kali ini untuk dikupas kaitannya dengan pertanian. Ayam kampong yang selalu berjalan-jalan dikawasan rumah dan kebun di kampong akan selalu dilihat mengais-gais tanah tanpa henti dan kemudian dia mematuk sesuatu dari tanah. Selalunya ibu ayam kampong ini akan terus mengais dan akan berbunyi memanggil anak-anaknya jika ada makanan dengan bunyi yang unik. Penulis blog yang tinggal dikampong dahulu amat faham dengan bunyi ibu ayam memanggil anaknya makan bak kata orang 'i
barat ayam, tiada mengais tiada makan' memang tepat peribahasanya. Apa pum kes ini berlainan dengan kehidupan bagi jenis Ayam Daging dan Ayam Telur dimana dia duduk dalam kandang dengan lantai keras yang tidak boleh di kais dimana makanan serta minuman akan diberikan oleh penjaganya mencukupi. Bagi ayam daging dimana biasanya ia mengambil masa kurang lebih sebulan setiap hari diberi makan (makan tanggung, berak cangkung) dan kemudian sudah sedia untuk di jual bagi jualan daging ayam. Sama juga dengan ayan telur yang duduk sendiri dalam ruangan kecil diberi makan minum dan kerjanya bertelur sahaja sehingga tua dan kemudian ia dijual sebagai 'ayam pencen', Bagaimana pun peribahasa mengenai ayam ini sebenarnya ia memberi makna 'Sangat miskin' dimana ia digunakan kepada seseorang atau keluarga dalam kumpulan sangat miskin sehingga susah hendak makan. Penulis blog dahulu sering mendengar istilah 'Miskin Tegar', Miskin dan Miskin Sementara semasa menjalankan tugas. Akan tetapi sekarang ini sudah banyak istilah yang digunakan iaitu Miskin Tegar, Miskin, B40, M40 dan T20. Istilah ini pada penulis blog dimana B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) yang bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.  Penulis blog merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dimana definasi miskin adalah 'tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya peribahasa kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Sumber - Kamus Dewan Edisi Keempat). Menarik juga jika dikongsikan apakah beberapa perkataan lain yang sinonim dengan miskin antaranya adalah fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara, azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit, makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apa pun lazimnya ada dua perkataan atau kata terbitan mengenai miskin yang digunakan iaitu 'memiskinkan' dan juga perkataan 'kemiskinan'. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maksud peribahasa diatas dengan pertanian dan meklumat kemiskinan yang lain untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


BAKA AYAM KAMPONG memang ada banyak jenis daripada yang selalu kita kenal kepada jenis ayam kacukan dan ayam import yang jarang kita dengar. Ayam kampong (Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan berkaki dua kategori burung (birds) yang mana ia mempunyai daging yang lebih enak daripada ayam daging biasa. Ia dipercayai berasal daripada kcukan ayam hutan dengan ayam biasa. Ayam hutan (Galus galus) masih ujud sehingga hari ini. Dipasaran tempatan sering dikatakan ada ayam kampong biasa dan juga ayam kampong organik. Keduanya mempunyai sistem menternak yang berlainan untuk pasaran yang juga berlainan. Ayam kampong adalah ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Sementara itu di Eropah ayam kampong ini diternak secara bebas (free range chicken) atau pun dinamakan sebagai Ayam Organik (Organic chicken). DAri segi sejarah penulis blog merujuk kepada risalah dari JPV Johor dengan menyatakan kedatanga pedagang-pedagang asing dari China berjaya melahirkan generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan daripada ayam kampong tempatan dengan ayam Canton daripada China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil daripada kacukan beberapa baka asli ayam tempatan dengan ayam yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan menjadi banyak spesies ayam kampong sehingga kini terdapat di Malaysia. Penulis blog dapat tahu dimana kini terdapat pelbagai jenis ayam kampog menjadi sebutan seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga, Ayam Katek, Ayam Serama, Ayam Sabung, Ayam Jepun, Ayam Saigon dan banyak lagi namanya. Pada penulis blog ayam kampong mempunyai banyak keistimewaan yang boleh dibincangkan. Antaranya adalah ayam kampong boleh dibiakkan sepanjang tahun dan ia juga boleh dipelihara sepanjang tahun secara bebeas pada waktu siang. Istimewanya ia boleh makan sisa makanan dri rumah dan dapur tanpa had dan aabila bertelur ibunya akan menetaskan telur tersebut dan menjaga anak-anaknya dengan baik. 


Memang haiwan ayam merupakan jenis unggas yang gemar hidup berkelompok dalam kawanan dan mengambil cara pendekatan gotong-royong untuk mengeram telur dan membesarkan anak. Setiap kawanan ayam dikuasai oleh beberapa ekor ayam dalam suatu sistem bertatatingkat (pecking order) di mana ayam yang berkuasa diberi keutamaan untuk peruntukan makanan dan tempat bersarang. Mengalihkan ayam jantan mahupun betina dari kawanan menyebabkan gangguan sementara dalam aturan sosial kawanan sehingga tatatingkat baharu ditubuhkan. Menambahkan ayam betina baharu ke dalam kawanan lama, lebih-lebih lagi yang muda-muda yang boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan. Apabila ayam jantan mencari makanan basanya ia boleh menyuruh ayam lain untuk makan dahulu dengan berkokok nyaring-nyaring sambil memungut lalu meletakkan makanan untuk dimakan ayam lain. 
Kelakuan ini boleh diperhatikan pada ayam betina yang menyuruh anak-anak makan dahulu apabila dilihat dimana untuk memulakan pengawanan ada sesetengah ayam jantan menari di keliling ayam betina sambil menurunkan kepak yang dekat sekali dengan si betina itu.Tarian ini juga akan menggesa ayam betina untuk menyahut pelawaan ayam jantan dan apabila ia menyahut maka ayam jantan boleh menunggang ayam betina dan terus mengawan. Selalunya ayam betina cuba bertelur dalam sarang yang sudah pun mengandungi telur, malah diketahui juga ia gemar memindahkan telur dari sarang jiran ke sarang sendiri. Kesan daripada perilaku ini ialah kawanan akan menggunakan beberapa lokasi yang diutamakan sahaja daripada merelakan setiap ekor bersarang sendiri. Ayam betina pun cenderung untuk bertelur di lokasi yang sama sahaja. Ada juga dua tiga ekor ayam berkongsi satu sarang sekali gus. Jika sarangnya kecil ataupun ada seekor ayam yang terlalu nekad, jadilah ayam cuba bertelur di atas satu sama lain. Terbukti bahawa setiap ekor ayam sama ada lebih gemar bersarang dengan bersendirian atau berkelompok. Ada penternak yang menggunakan telur tiruan daripada plastik, batu mahupun bola golf untuk menggalakkan ayam bertelur di lokasi tertentu. Ayam terdedah kepada jangkitan parasit seperti kutu, hama, sengkenit, pinjal dan cacing usus, di samping penyakit-penyakit lain. Sesetengah orang membela ayam sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan hiburan dan pendidikan. Ayam boleh dijinakkan dengan suap tangan akan tetapi ayam jantan kadangkala garang lagi bising dan perlu ditangani dengan cermat. Bahkan juga disaran agar dijauhkan ayam jantan daripada kanak-kanak. Sesetengah baka seperti ayam sutera dan ayam katik lazimnya jinak dan sering dijadikan saranan untuk haiwan kesayangan keluarga. Memang disebabkan kos pengeluaran yang rendah lazimnya daging ayam adalah antara daging yang paling digunakan di dunia. Hampir kesemua anggota badan ayam boleh digunakan untuk makanan, apatah lagi dagingnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara hidangan ayam yang terkenal ialah ayam panggang, ayam goreng, sup ayam, ayam tanduri, dan nasi ayam. Daging ayam juga lazim dihidangkan di kedai makanan segera.


Berbalik kepada maksud peribahasa menyentuh mengenai '
kemiskinan' dimana ia ialah satu keadaan apabila seseorang itu tidak mempunyai harta benda atau pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam masyarakat moden dimana kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang. Apa pun kemiskinan mempunyai dimensi seperti situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman. Menurut kriteria Bank Dunia dimana kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada USD2 sehari (RM9.54). Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada USD1 sehari (RM4.72) adalah mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang keterlaluan.  Fenomena kemiskinan dapat ianya berlaku didalam bentuk kitaran yang bermula apabila seseorang itu tidak mampu membuat sebarang simpanan untuk digunakan dalam pelaburan ekonomi termasuk kos untuk membiayai pendidikan dan juga pembelian bahan makanan. Akibat daripada ketiadaan kewangan mana orang ini tiada produktiviti dan pendapatan juga turut menurun. Keadaan ini menyukarkan simiskin yang berkenaan untuk membuat simpanan dimana ia akan berterusan miskin sehingga ia berlanjutan ke generasi akan datang. Apa pun kekurangan individu yang tertentu boleh mencetuskan kemiskinan. Kelemahan individu ini biasanya disebabkan oleh kelemahan yang ketara yang mana ia boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia berada dalam suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki. Kelemahan individu ini adalah disebebkan oleh faktur seperti Tabiat Berjudi. Ini kerana tabiat berjudi adalah satu amalan yang menyebabkan sesorang itu miskin. Ini adalah kerana orang yang berjudi, khususnya mereka yang ketagihan berjudi dimana dia akan banyak kehilangan harta dalam aktiviti berjudi, dan mereka seringnya hilang tumpuan dalam pekerjaan kerana leka dalam perjudian. Kedua disebabkan oleh aspek Ketagihan Dadah kerana orang yang ketagihan dadah sukar untuk melaksanakan suatu pekerjaan kerana badan mereka lemah. Mereka juga akan banyak kehilangan harta dalam membeli dadah. Kemisikinan yang dihadapi oleh mereka adalah berpanjangan kerana ketagihan dadah adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilepaskan. Ketiga adalah berpunca dari Masalah Kesihatan dan Masalah Personaliti yang mana pada umumnya ada personaliti asas dan masalah yang menyebabkan kemisikinan ialah sikap malas. Sikap malas itu dicerminkan dalam tingkah laku seperti suka untuk berkhayal, suka beromong kosong dan juga tidak mahu kerja. Orang yang malas adalah kekurangan produktiviti dan mereka akan hilang banyak peluang untuk mencari rezeki. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM MENGAIS... IA MENCARI MAKAN...
ADA AYAM DAGING... ADA AYAM HUTAN...
MALAS BEKERJA... PUNCA KEMISKINAN...
UNTUNG DI MALAYSIA... ADA BANTUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1445H).
Posted from
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.

Saturday, November 4, 2023

AYAM KAMPONG DAN ANCAMANNYA

AYAM KAMPONG (Gallus domesticus) merupakan sejenis haiwan vertebrata yang termasuk dalam kelas Aves dengan ordo Galliformes dan spesies Gallus domesticus. Ayam kampung telah pun berkembang pesat di Malaysia sejak dahulu terutama di kawasan kampong. Ayam kampong telah banyak dipelihara oleh masyarakat lokkal sebagai salah satu bidangusaha yang kini dilakukan secara komersial dimana harga ayam kampong dipasaran adalah stabil tinggi. Ayam kampong dengan kualiti dagingnya yang lebih enak dan lazat berbanding dengan ayam daging yang ada banyak dijual dipasaran memang menjadi pilihan kepada golongan mampu dan pentingkan kesihatan. Apa lagi kalau ayam kmpong tersebut mendapat persijilan organik dari pihak penguasa. Ayam kampung di Malaysia adalah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti Barred Plymouth Rock, New hamshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish, Canton. Baka ayam tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950'an sebagai usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus memelihara ayam sebagai sumber protin yang murah. Kajian dan pemerhatian dibuat oleh penulis blog sendiri mendapati terdapat 3 jenis ayam kampung yang lazim ditemui dinegara kita. Pertama adalah Jenis Ayam Kampung Tempatan (native village chicken) yang mana ia mempunyai tempoh sesuai untuk jualan 100-110 hari denganpurata berat 1.0 - 1.5kg. Kedua adalah Jenis Ayam Kampung Kacukan (kampung cross) dimana jenis ini lazimnya mempunyai tempoh jualan 60-80 hari dengan berat 1-1.5 kg. Ketiga adalah Jenis Ayam Daging Berwarna (coloured broiler) dimana ia mempunyai tempoh jualan 40 - 50 hari dengan purata berat 1-1.20 kg. Ketiga adalah jenis yang terkini iaitu Ayam Kampong Organik (Organic Local Poultry) dimana ia semakin mendapat tempat dikalangan pengguna kerana ia didakwa mempunyai kualiti yang baik untuk tujuan kesihatan. Walau pun belum ramai kalangan penternak yang menghasilkan ayam organik ini tetapi usaha kearah itu semakin popular. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai baagaimana teknologi penternakan ayam kampong dan beberapa ancaman didalam sistem penternakan ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Penulis blog kongsikan maklumat asas mengenai c
iri-ciri dan morfologi Ayam Kampung untuk rujukkan. Ayam kampung (Gallus domesticus) yang mana ia memiliki tubuh yang kecil, produktiviti telurnya yang sedikit (kurang) dan mempunyai kadar pertumbuhan atau tumbesaran yang lambat. Umumnya ayam kampung yang ada di Malaysia ini mempunyai saiz badan yang memang kompak dengan susunan otot-otot yang baik dimana ada yang tidak pandai terbang dan dilihat ia juga mempuyai kesukaan berjalan-jalan serta mengais tanah. Disebabkan ciri tersebut maka ayam kampong apa yang penulis blog teliti  dimana ia mempunyai kuku yang tajam dengan jari kaki yang tidak terlalu panjang tetapi cukup kuat untuk mengorek tanah serta kaki yang panjang dengan betis dan paha yang kukuh. Dalam pada itu memang ada banyak jenis ayam kampong yang boleh dikelaskan mengikut saiz badan, warna bulu, asal usul, kehebatan terbang dan bertarung serta kualiti dagingnya. Sejak lama dulu dimana ayam kampung merupakan aset yang sangat berharga dalam pembentukan baka ayam kampong yang unggul yang terbukti mampu beradaptasi pada persekitaran serta tahan daripada serangan penyakit dan cepat membesar. Perlu difahami dimana bentuk tubuh yang dimiliki ayam kampung adalah selalunya berukuran lebih kecil agak ramping berbanding ayam daging. Ayam kampung mempunyai warna bulu yang bervariasi daripada dilihat ia berwarna hitam, putih, coklat, kuning kemerahan atau kombinasi warna-warna tersebut. Warna-warna inilah yang selalu dijadikan satu cciri didalam menentukan harga ayam terutama jika digunakan untuk baka dan menjadi ayam laga. Ayam Kampong Jantan selalunya ia dilihat mempunyai saiz badan dan tubuh yang lebih besar daripada ayam kampong betina dengan balong (atas kepala) dan Gelambir atau Pial (di bahagian dagunya). Kebanyakan balung dna gelambir ini adalah berwarna kemerahan. Mungkin ramai pembaca blog tidak tahu apakah dia fungsi organ ini yang terletak dibahagian kepala ayam kampong. Fungsi yang pertama balung dan pial ini adalah sebagai Sistem Alat Penyejukkan ayam dimana ayam memang tidak berpeluh dan sistem darah akan mengalir kebahagian ini untuk proses penyejukkan. Organ ini juga menunjukkan kematangan dan jantina ayam dimana bagi ayam jantan ia keluar minggu ke 3 dan setelah berumur 5-6 minggu akan bertukar kepada warna merah (matang) sementara bagi ayam betina akan matang sebaik saha hendak bertelur. Fungsi ketiga adalah sebagai tanda tahap kesihatan ayam dimana warna merah garang sebagai sihat dan warna pucat kurang sihat. Keempat dimana ia sebagai pengenaian diri ayam. Kelima adalah bertujuan untuk menarik pasangan sebelum mengawan dimana szia besar serta warna kuat akan lebih menarik pasangannya.


Ayam kampong secara smulajadi selalu memakan apa juga yang ada dikawasan habitatnya daripada cacing, serangga, tumbuhan dan apa juga yang diberikan oleh tuannya seperti jagung, dedak ayam, ubi kayu, nasi sejuk lebihan tidak dimakan, buah-buahan overripe dan sebagainya. Apa pun ayam kampung memang aktif dan suka berjalan-jalan di kasawan rayauannya seambil mencari makan dengan mengais-gais tanah. Apa bila jumpa makanan (serangga, cacing dsb) maka ibu ayam akan memanggil anak-anaknya untuk mendapatkannya dengan bunyi yang khusus. Penternakan ayam kampong memang selalu diancam oleh pelbagai ancaman daripada haiwan pemangsa sehingga kepada hidupan organisma kecil seperti kutu, tungau dan sebagainya. Ancaman yang selelu ada bagi ayam kampong adalah oleh haiwan pemangsa antaranya adalah Ular (selalunya ular sawa), Biawak (khususnya telur dan anak ayam kecil), Musang (memangsa ayam dewasa), Harimau Kumbang, Helang, Gagak (ada berlaku disesetengah kawasan) dan yang paling dahsyat adalah Pencuri Ayam. Penulis blog pernah melihat seekor Ular Sawa didalam reban ayam di belakang rumah dikampong yang telah pun menelan ayam dan tidak boleh keluar lagi sebab perutnya sudah besar. Bayangkan ayam-ayam lain mengeluarkan bunyi ketakutan sepanjang masa ular sawa berada didalam reban pada malam hari. Serangan Musang selalu juga berlaku pada malam hari dimana ancamannya dengan dia akan menangkap ayam dan mebawa lari atau meakannya kemudian. Selalunya ayam-ayam akan berbunyi ketakutan apabila musang ini datang tetapi apabila orang tiada maka sukar dikesan masa untuk kedatangannya. Burung Helang juga memangsa ayam terutama bagi anak ayam dan ayam yang bersaiz kecil dengan menyambarnya dan membawa terbang jauh-jauh ke tempatnya. Biawak juga merupakan ancaman ayam kampong dimana ia adalah musuh nombor satu di rumah penulis blog dahulu dikampung di Muar, Johor kerana kedudukan reban ayam berhampiran dengan anak sungai yang menjadi habitat terbaik untuk biawak. Biawak ini akan datang merangkak ke tempat ayam bertelur dan habis semua telur di makannya dan kemudian biawak juga akan menangkap anak ayam dan di telah atau dibawa lari. Walau pun ayam-ayam ini sudah ada berbunyi kecemasan tetapi dia tidak boleh melawan sehingga tuan rumah dapang bawa senapang dan membedilnya. Paling unik sebagai ancaman ayam kampong adalah Pencuri Ayam. Pencuri ayaM ini selalunya manusia dari kumpulan tertentu (khususnya penagih dadah) yang akan mencuri ayam dan menjualnya atau memakannya tanpa mengira waktu. Mereka tahu dimana harga ayam kampung adalah jauh lebih tinggi daripada harga ayam daging dan jika kena dengan pembelinya kenapa dia tidak mencuri ayam kampong!.


Bagaimana pun ancaman dari haiwan kecil yang selalu menganggu ayam kampong adalah 
dikenali sebagai ektoparasit. Ektoparasit merupakan parasit yang hidup di luar ayam iait secara menumpang iaitu dari artropoda yang merupakan kelompok ektoparasit dari kelas Insecta dan Arachnida. Hidupan keci; tersebut adalah KUTU dan TUNGAU. Kutu adalah ektoparasit yang menyerang unggas dan ia merupakan ektoparasit obligat kerana seluruh hidupnya selalu berada pada dan bergantung di tubuh perumahnya. Secara morfologi dilihat kutu sudah beradaptasi dengan cara hidupnya seperti ia tidak bersayap, sebahagian besarnya juga tidak bermata dengan bentuk tubuh yang pipih dorsoventral. Ada pula organ di bahagian mulut disesuaikan untuk dapat  menusuk dan seterusnya dia mengisap atau pun mampu untuk mengunyah. Kutu mempunyai enam kaki yang kukuh dan kuat dan kuku berukuran besar pada hujung tarsus. Kuku tersebut bersama dengan tonjolan 'tibia' akan berfungsi untuk merayap dan memegang pada bulu atau rambut perumah. Kutu mengalami metamorfosis sederhana (paurometabola) dengan hanya melalui tiga instar nimfa. Kutu Ayam selalunya akan mengalami metamorfosis sederhana atau proses tidak sempurna. Ia bermula dari fasa telur, nimfa instar pertama sampai ketiga dan akhirnya tumbuh menjadi dewasa. Secara umum seluruh peringkat ini kutu berada pada perumahnya yang dipengaruhi oleh suhu badan perumah. Telur kutu akan menetas menjadi nimfa dalam waktu 5-18 hari tergantung dari jenis kutu dimana warna nimfa dan kutu dewasa keputih-putihan dimana semakin tua umurnya warnanya akan semakin gelap. Lazimnya kutu dewasa hanya dapat hidup 10 hari hingga beberapa bulan sahaja. Dalam pada itu tungau merupakan ektoparasit yang memiliki ukuran tubuh sangat kecil dan hampir tidak dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan tungau hidup di alam bebas dan hanya beberapa tungau saja yang hidup sebagai ektoparasit. Tubuh tungau terbahagi iaitu kepada 2 bahagian iaitu Gnathosoma (kepala dan thoraks) dan Idiosoma (abdomen). Pada bahagian gnathosoma ia mempunyai sepasang pedipalpus dan chelicerae. Pedipalpus terdiri atas tiga atau empat ruas yang berfungsi sebagai alat sensori sederhana untuk membantu proses makan tungau. Chelicerae 13 terdiri atas dua ruas dan dihujungnya dilengkapi dengan dua atau lebih organ pengait yang dapat digerak-gerakan. Idiosoma tidak mempunyai skutum atau perisai dorsal dan terbagi menjadi 2 bahagian iaitu podosoma terdapat empat pasang kaki opisthosoma terdapat alat kelamin, pernafasan dan anus. Mata yang dimiliki tungau hanya satu atau mata tunggal. Kaki pada tungau dewasa berjumlah empat pasang sedangkan larvanya hanya memiliki tiga pasang saja. Tungau bernafas dengan menggunakan stigmata atau lubang pernafasan. Letak stigmata pada tungau berbeza-beza dimana jenis tungau subordo Mesostigmata memiliki stigmata yang terletak di antara pasangan kaki ketiga dan keempat sementara bagi subordo Prostigmata memiliki stigmata yang terletak pada bagian depan tubuh. Telur tungau akan menetas menjadi larva dalam waktu 2-3 hari. Larva akan menjadi nimfa setelah 2-4 hari diteruskan stadium dewasa 2-3 hari. Setidaknya ada 4 spesies tungau yang hidup dengan cara menumpang (parasit) pada unggas termasuk ayam. Apa pun dilaporkan dimana tungau jenis Ornithonyssus bursa yang menyerang ayam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM KAMPONG... MAHAL HARGAYA...
DAGINGNYA ENAK...UNGKEP RESEPINYA...
BANYAK ANCAMAN...HAIWAN PEMANGSA...
ORGANISMA HALUS... KUTU TUNGAU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1445H).posted from
Room 235, Grand Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang.

Friday, November 3, 2023

KAWALAN RUMPAI DI KEBUN KOKO (Part 2)

KAWALAN RUMPAI
bagi tanaman koko adalah satu perkara yang penting bagi mempastikan tanaman koko memberikan hasil optima sejak dari mula penanaman. Tanaman Koko (Theobroma cacao) dan industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat serta akan memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Artikel tengahari Isnin dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana amalan agronomi mengenai kawalan rumpai didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kawalan rumpai di ladang koko dengan meracun merupakan paling popular dilakukan. Semburan racun sama ada didalam estate atau kepada pekebun kecil penting disesuaikan dengan 
Masa Meracun. Selalunya masa sesuai untuk meracun ialah pada awal pagi dan sebelah petang dnn disyorkan agat mengelakkan meracun semasa hujan atau dijangka akan hujan dan jangkaan 5 jam selepas meracun. Dari awal lagi dimana penting aktiviti kawalan rumpai untuk penyediaan kawasan untuk ditanam dengan koko. Kalau keberadaan rumpai terlalu tebal maka semestinya ia ditebas dahulu. Selepas itu gunakan racun jenis sentuhan dan selepas 2-3 minggu apabila rumput tumbuh semula barulah guna racun sistemik (meresap). Penggunaan jenis Racun Pracambah serta jenis racun sistematik akan ia mengambil masa 2-3 minggu untuk mematikan rumpai dan selepas ini racun pracambah boleh digunakan. Kaedah ini boleh mengawal rumpai selama 3 bulan di mana proses penanaman koko boleh dilakukan. Menyembur racun rumpai di kebun koko mempunyai pelbagai cara semburan. Petani boleh amalkan semburan Secara Keseluruhan (blanket spray) dimana dilakukan jika rumpai terlalu tebal gunakan racun sentuh diikuti dengan racun sistemik 2-3 minggu selepas racun sentuh. Sembura racun rumpai juga boleh dilakukan dengan Secara Jalor  dimana cara ini selalunya digunakan dalam lorong tanaman dan racun sentuh adalah digalakkan supaya ia tidak mencederakan tanaman. Untuk meningkat keberkesanan racun sentuh yang digunakan boleh dicampur dengan racun pracambah juga. Semburan boleh dilakukan juga iaitu dengan Secara Bulatan dibawah pokok koko atau dibawah naungan tumbuhan. Ia sesuai jika menggunakan jenis racun sentuh yang dicampurkan dengan pracambah. Seterusnya craa semburan dilakukan dengan kaedah Semburan Spot yang selalunya digunakan untuk mengawal lalang, rumput sambau dan menerong dimana jenis rcun digunakan adalah jenis racun sistemik.


Penting bagi penulis blog menjelaskan bagaimana c
ara racun bertindak terhadap rumai kerana ada dua cara iaitu RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Racun Sentuh adalah jenis racun yang mana penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. pa pun racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tmbuhan. Untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan. Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya untuk mengurangkan dan terus menghasbiskan simpanan makanan dalaman dalam tissue yang tidak terkena racun. Secara teorinya adalah jelas seperti gambarajah di bawah. Racun Sistemik sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai dimana antara jenama popular seperti Round-Up (Sila lihat foto disebelah). Sebagai contoh racun monoron menghalang proses photosynthesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, carbohydrate, lemak dan juga protein. Dengan mengganggu proses metabolism berkenaan, racun rumpai dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue mati pergerakan racun sistemik akan terganggu. Menggunakan kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. 


Sebaiknya dijelaskan juga beberapa jenis-jenis racun rumpai yang ada di Malaysia dan sering digunakan untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Pertama adalah Racun Paraquat dengan bahan 
aktif sebagai Paraquat dichloride 25% w/w. Antara jenama dipasaran masa itu adalah Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, CleanKegunaan racun ini iaitu sebagai racun sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek. Bagaimana pun penggunaan racun parqut di Malaysia telah di haramkan mulai 1 Januari 2020. Sila baca beberapa artikel tulisa saya mengenai ini dengan pauta berikut (Sila klik disini)Racun PARAQUAT ini mesti diharamkan mungkin ramai kurang tahu. Penulia akan bentangkan beberapa sebab berdasarkan kepada laporan teknikal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai perkara ini. Pertama sekali adalah dimana racun paraquat diklasifikasikan sebagai racun perosak berbisa iaitu kategor Kelas Ib. Ini bermakna ia jatuh nombor 2 selepas kelas 1a iaitu AMAT BERBISA yang mempunyai label warna hitam. Racun Paraquat mempunyai kod label warna MERAH dengan amaran "Jauhkan daripadan kanak-kanak dan makanan". Ia mempunyai foto tengkorak disebelah label bermakna ia boleh menyebabkan kematian (Sila lihat foto disebelah). Sebab ke 2 adalah kerana racun paraquat amat mudah diserap melalui kulit dan kesannya mengakibatkan iritasi kulit dan mata yang serius. Ini akan menyebabkan bahagian kulit dan mata yang terkena akan racun akan terjejas jika tiada kawalan penggunaan dengan baik. Ke 3 jika berlaku proses pendedahan jangka panjang (Pekerja Ladang) maka ia akan mengakibatkan kerosakan kepada bahagian kuku sehingga mengakibatkan kuku tercabut. Ini bermakna ia meresap kedalam bahagian kuku dan merosakkan sel-sel dibahagian tersebut yang amat teruk kesannya. Ke 4 adalah jika berlaku pendedahan kepada kabus paraquat (mist spraying) ia boleh mengakibatkan pendarahan pada hidung. Kes seperti ini mungkin kurang disedari petani kerana ia disangka perkara biasa sahaja. Ke 5 adalah dimana untuk kesan jangka sederhana ia akan berlaku kejadian sesak nafas, tekanan darah meningkat, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru dan hati. Ini menunjukkan kesan racun paraquat pada manusia amat merbahaya.


Jenis racun dengan nama 
Glyphosate mengandungi bahan aktif iaitu N-(Phosphonomethyl) glycine seperti beberapa jenama di jual adalah Roundup, Ecomax, Touch down dan beberapa lagi. Kegunaan racun Glyphosate adalah racun sistemik untuk rumpai saka dan juga daun lebar. Ia selalunya disembur pada daun rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar. Glyphosate setelah disembur pada daun dan boleh meresap keseluruh rumpai. Tanda-tanda toksiknya boleh dilihat 1-3 minggu setelah disembur. Ia sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar. Ancaman dan bahaya racun ini dimana racun ini tidak merbahaya pada mamalia LD50nya ialah 4320g/kg. Untuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur. Jenis racun lain adalah Jenis Organic Arsenicals dimana bahan aktif  terdiri dari garam dari cacodylic acid dan methanearsonic dengan jenama seperti  MSMA dan DSMA. Kegunaan racun jenis ini untuk meracun rumput saka. Ia bertindak secara sistemik. Racun ini mengandungi logam Arsenic yang boleh terkumpul dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam Arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang. Ia jarang digunakan pada masakini kerana sebab-sebab di atas. Jenama racun-racun lain termasuk Basta iaitu jenama yang menggunakan glufostinate-ammonium sebagai bahan aktifnya. Ia bertindak secara sistemik. Selain itu ada racun Garlon 250 iaitu jenis racun rumpai sistemik untuk daun lebar seperti kekacang, senduduk dan juga untuk membunuh pokok. Ada juga racun Ally iaitu jenis sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat (Sila lihat foto disebelah). Akhir sekali adalah Racun Pracambah iaitu Diuron digunakan sebagai pracambah untuk kawal rumput dan rumpai daun lebar. Biasanya digunakan dengan racun lain. Kegunaan Diuron akan lebih berkesan jika digunakan bersama surfactant. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOKO...MASIH ADA DI MALAYSIA...
KELUASAN MENURUN... ADALAH SEBABNYA...
POKOK DIBAJA.. RUMPAI KENA KAWALNYA...
RM6 BILLION SETAHUN.. NILAI EKSPORTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

Thursday, November 2, 2023

KAWALAN RUMPAI DI KEBUN KOKO (Part 1)

KAWALAN RUMPAI
bagi tanaman koko adalah satu perkara yang penting bagi mempastikan tanaman koko memberikan hasil optima sejak dari mula penanaman. Tanaman Koko (Theobroma cacao) dan industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat dimana akan memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Artikel tengahari Isnin dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana amalan agronomi mengenai kawalan rumpai didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Pada penulis blog yang pernah terlibat sama dalam industri penanaman koko pada awal tahun 1980'an dimana masa itu 
Lembaga Koko Malaysia (LKM) belum diwujudkan dan perlaksanaan tanaman koko adalah oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Penulis blog ada memberikan khidmat dalam program penanaman komersial koko di Melaka terutama di kawasan kelapa sebagai tanaman penting masa itu. Kemudian baru Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989). Memang amat signifikan aktiviti penanaman koko di Malaysia masa itu sebelum sehingga berlaku serangan teruk oleh pandemik Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) yang menjejaskan teruk industri tanaman koko di Malaysia. Salah satu amalan agronomi dalam tanaman koko adalah mengenai pengawalan rumpai dari sebelum menanam sehingga menuai hasil selain daripada aspek pembajaan dan juga kawalan perosak dan penyakit. Amalan kawalan rumpai perlu dilakukan sejak dari peringkat awal penyediaan kebun dimana dalam kebanyakan kes ia adalah amalan agronomi yang termahal dalam proses pengeluaran tumbuhan selain daripada kos pembajaan. Apa yang penulis blog tahu dimana bagi tanaman koko kawalan rumpai diperlukan terutama pada peringkat awal penanaman koko itu sendiri iaitu sebelum koko berumur 3 tahun. Setelah koko dewasa dan kanopi pokok koko sudah bercantum maka aktiviti kawalan rumpai menjadi lebih mudah dan murah.


Sama dengan penjagaan bagi tanaman lain dimana maksud rumpai dalam kebun koko adalah semua jenis t
umbuhan yang ada dan tumbuh di tempat yang tidak diperlukan antaranya seperti tumbuhan rumput, sendayan, anak-anak pokok, lalang, pokok ubi kayu, rusiga dan sebagainya. Selalunya kesan rumpai kepada tanaman akan mengurangkan hasil kerana berlaku persaingan dan meracun pula akan menambahkan kos pengeluaran serta keberadaan rumpai akan menjadikan ia tempat musuh berlindung dimana ia menganggu untuk sistem pengurusan air juga. Kehadiran rumpai didalam kebun koko lazimnya boleh dikelaskan sama ada ia dari jenis rumpai semusim dan saka. Rumpai semusim ialah rumpai yang akan mati setelah berbunga yang mana kebanyakannya ialah jenis rumpai berdaun lebar. Rumpai saka ialah rumpai yang kekal terus tumbuh beberapa lama dan sentiasa tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga untuk membiak. Ia juga boleh membiak secara tampang dimana selalunya rumpai jenis ini juga adalah berdaun lebar, rumput dan juga menerong. Apa pun sebagai amalan agronomi dimana ada dua strategi dalam mengawal pencemaran atau gangguan rumpai secara umum iaitu Kaedah Pencegahan dan Kaedah Kawalan. Pertama cara Pencegahan dilakukan dengan menghalang sesuatu species dari mencemarkan sesuatu kawasan ladang dimana cara ini selalunya boleh dilakukan dengan menentukan biji benih rumpai tidak masuk ke ladang melalui apa cara sekalipun. Kaedah menghalang rumpai dari mengeluarkan biji benih adalah bagi mengelakkan pembiakan rumpai melalui pembiakan tampang. Selalunya cara kawalan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah (6) antaranya adalah Secara Mekanikal, Secara Persaingan, Menanam Secara Bergilir (Cara ini tidak sesuai bagi koko), Kawalan Biologi (agak susah dilakukan), Cara Membakar dan Cara Kimia (Meracun).  


Kawalan rumpai Secara Mekanikal se
lalunya melibatkan dua kaedah mudah iaitu dengan Menebas, Membajak Tanah dan Merotor Tanah. Kaedah ini sesuai untuk kawasan penanaman baru dan tanam semul dimana ia perlu dikaji kesesuaiannya jika petani menanam koko dalam kawasan dusun atau kelapa. Apa pun bagi kawasan yang baru amalan biasa ialah setelah hutan dibersihkan maka kawasan itu akan dibajak 2 kali kemudian dirotor dan seterusnya akan di kapur yang sesuai  ditabur pada kadar 1-2 tan/ha dan dirotor sekali lagi. Dalam pengesyoran dimana bagi kawasan tanaman koko yang ditanam di Semananjung selalunya selepas dari proses pembajakan pokok pelindung sementara dan kekal perlu ditanam. Pada masa yang sama pokok penutup bumi perlu ditanam. Semasa koko hendak ditanam, slashing dibuat pada pokok penutup bumi diikuti dengan membajak dan merotor sekali. Seterusnya Kaedah Persaingan iaitu dengan cara menanam pokok penutup bumi juga merupakan satu kaedah persaingan. Penutup bumi tumbuh dengan cepat dan dengan itu ia memberi persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan air kepada rumpai-rumpai lain. Perlu juga untuk dapat menentukan kesuburan pokok koko supaya cepat bertemu di bahagian kanopi juga merupakan satu kaedah persaingan. Kaedah palong popular adalah Kaedah Kimia dimana racun rumpai akan disembur kepada rumpai dimana ia memang telah digunakan semanjak sejak tahun empat puluhan. Beberapa jenis racun rumpai sesuai boleh digunakan sebagai kawalan rumpai di kebun koko. Strategi menggunakan Racun Rumpai akan menentukan kaedah dan racun apa yang akan digunakan. Strategi utama ialah membunuh rumpai dengan matlamat pokok koko tumbuh subur dan memberikan hasil yang lumayan. Penentuan strategi juga bergantung kepada keadaan sebenar ladang dan juga kos yang hendak dilaburkan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOKO...MASIH ADA DI MALAYSIA...
KELUASAN MENURUN... ADALAH SEBABNYA...
POKOK DIBAJA.. RUMPAI KENA KAWALNYA...
RM6 BILLION SETAHUN.. NILAI EKSPORTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

Wednesday, November 1, 2023

KENALI TANAH YANG SUBUR BAGI TANAMAN

TANAH YANG SUBUR
atau KESUBURAN TANAH (Fertile Soil) adalah satu perkara asas dalam bidang sains tanah dan sektor pertanian. Tanah yang subur yang ada diseluruh dunia dan diusahakan dengan pelbagai tanaman lazimnya mempunyai kadar didiami atau penduduk yang padat. Kesuburan tanah berkaitan dengan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya dan ketersediaannya diserap oleh akar tumbuhan. Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya. Bagaimana pun pada jenis tanah yang selalu digunakan untuk tanaman dan pertanian atau aktiviti manusia yang lain biasanya menjadi tanah yang subur terhasil dengan amalan pemuliharaan tanah yang baik. Dalam menjaga kesuburan tanah kebolehan petani untuk mengamalkan pertanian baik bagi sesuatu tanah untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan menentukan tahap kesuburan tanah untuk jangkamasa lama. Secara umumnya tanah untuk pertanian boleh dikelaskan kepada dua iaitu TANAH SUBUR dan juga TANAH TIDAK SUBUR. Ini kerana pengurusan tanah amat penting dalam menentukan tahap kesuburan tanaman seterusnya memberikan hasil yang banyak, berkualiti dan selamat dimakan. Dalam bidang pertanian, peranan tanah sangatlah penting untuk petani dapat menentukan keberhasilan usaha tanaman. Perkara seperti ini berlaku kerana tanah digunakan sebagai media untuk akar tumbuhan, penyimpan zat atau nutrien, udara, air dan sebagai perrumah kepada banyak mikrob atau mikroorganisma lain yang berfungsi untuk menguraikan sisa tumbuhan menjadi baja. Banyak peranan mikrob dalam tanah yang menguraikan sisa tumbuhan yang telah mati untuk kembali menjadi unsur nutrien yang boleh diambil oleh akar tumbuhan. Dalam tanah selalunya berlaku proses kitaran semulajadi sehingga proses ini memberikan kesuburan tanah. Sisa tumbuhan seperti daun, ranting, akar yang membusuk terurai dengan bantuan mikroorganisma menjadi bahan organik yang akan diserap oleh tanaman untuk proses pertumbuhan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting bagi mengenali ciri tanah yang dikatakan tanah subur sekadar menjadi bahan rujukan anda semua.


Sebenarnya ada 8 ciri penting untuk mengetahui akan jenis tanah yang subur boleh dijadikan panduan untuk dapat mempastikan tanaman tumbuh dengan baik dan banyak mengeluarkan hasil. Pada penulis bog mengetahui ciri tanag yang subur adapah penting kerana aspek t
anah yang subur merupakan salah satu faktor penting dalam mendapatkan asas kualiti tanaman yang tumbuh di atasnya. bagaimana pun sebenarnya ada banyak faktur dan indikator yang mempengaruhi sesuatu tanah itu di katakan 'Tanah Subur'.  Antara beberapa indikator penting termasuk tagap kelembapan, intensiti cahaya, keseimbangan tingkat kemasaman tanah sehingga kepada kadar nutriennya. Dalam pertanian khususnya sektor tanaman dimana aspek kesuburan tanah juga mengalakkan kepada kemampuan tanah untuk mendorong kesuburan tanaman dan juga penghasilan tanaman yang leboh positif. Kesuburan tanah juga ada kaaotan dengan kandungan bahan organisme baik (bebeficial irganism() yang ujud di dalamnya. Perlu dipastikan bahawa  jenis tanah subur apabila terdapat komponen seperti kandungan butrien dan unsur lain yang seimbang. Misalnya kadar kandugan unsur air, mikrob, bahan organik sehingga kepada kandungan nutrisi yang boleh digunakan oleh akar tumbuhan atau diberikan melalui baja. Perkara yang tersebut juga sesuai diterapkan dengan mengetahui karakteristik atau ciri pada semua tanah yang subur. Asas tanah subur juga berkaitan dengan sifatnya seperti kandungan nutrien, tahap kelembapan serta jumlah kandungan air yang diperlukan. Suatu tanah yag subur boleh digunakan dengan baik setiap kali masa penanaman dan mampu di ulangkali aktiviti menanam dengan tanaman makanan atau pun jenis tumbuhan lain yang berfaedah. sas kepada 8 ciri tanah yang subur meliputi ia adalah pertama jenis tanah yang kaya dengan nutrisi didalamnya dari jenis kandungan nutrisi asas yang diperlukan oleh tumbuhan sebagai makanan tanaman seperti bahan Nitrogen (N), fosforan (P) dan juga Kalium (K). ia juga dikatakan subur apabila mempunyai unsur mikro (trace element) seperti unsur Boron (B), Klorin (Cl), Kobalt (Co), Tembaga (Cu), Besi (Fe), Manganese (Mn), Magnesium (Mg), Molybdenum (mb), Belerang atau Sulfur (Su) dan Zink (Zn). 


Memang penting dimana tanah subur dikaitkan dengan jenis tanah yang m
engandungi banyak bahan organik tanah yang berguna untuk memperbaiki strukturnya. Bahan organik atau bahan semula jadi merupakan asalnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mati seperti bangkai haiwan dan daun yang mereput sehingga sesuai menjadi kompos. Semakin lama bahan ini terkompos maka akhirnya bahan ini akan masuk ke dalam tanah. Bahan seperti ini boleh menghasilkan baja organik yang lebih baik daripada baja kimia kerana baja organik tidak mengancam hidupan yang lain. Tanah subur juga mempunyai ciri dengan ada ciri ketahanan dan kelembapan yang sesuai untuk pertumbuhan akar didalam tanah. Kandungan air yang berlebihan atau kekurangan air (kekeringan air) menjadikan akar tanaman tidak dapat berfungdi dengan baik. Selalu didengar dimana tanah subur selalau mempuntai nilai kemasaman ideal pada tahap pH6.0 sehingga pH6.8 kerana tanah asidik selalunya merencatkan proses pertumbuhn tanaman. Begitu kuga jika tanah terlelu alkaline kurang sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Pemberian baja kapor kepada tanam masam boleh meninglatkan kemasaman tanah atau meningkatkan nilai pH tanah. Tanah yang subur memang sangat signifikan jika ianya mempunyai sistem saliran (drainage yang baik). Ketiadaan sistem saliran menyebabkan air akan bertakung yang boleh menyebabkan tumbuhan lemas dan boleh mati juga. Tanaman durian (Durio zibethinus) antara jenis tanaman yang perlukan saliran baik tetapi pada masa sama ia memerlukan satu pemasangan sistem pengairan (irrigantion system)  sempurna untuk tumbuh dengan baik dan menghasilkan buah yang lumayan (Sila lihat foto disebelah). Tanah subur dinilai bagaimana jumah kandungan mikrob dan hidupan kecil berfaedah lain yang ada didalamnya. Ini kerana banyak mokrob baik (bebeficial organism) yang membantu pertumbuhan tanaman seperti bahan cacing tanah, rhizobium, bakteria baik, EM dan sebagainya. Paling asas dimana tanah yang subur seelunya daripada lapisan 'tanah atas' atau selelu dipanggil sebagai 'top soil'. Lapisan Tanah Atas dimaksudkan merupakan satu jenis lapisan yang berada kedalaman 30 cm (Top Soil) dimana dilapisan ini banyak sekali bahan bahan organik, humus dan juga menghasilkan lapisan yang paling subur sehingga sangat sesuai untuk tumbuhan tanaman akar pendek. Lapisan tanah bawah kurang subur seperti apabila tanah di potong untuk dibuat teres bagi tujuan penanaman yang kurang subur.


Banyak jenis tanah biasa yang boleh dijadikan kepada 'Tanah Subur' dengan memberikan rawatan atau aplikasi khas kepada tanah tersebut. Antaranya dengan menjadikan tanah tersebut mampu menyeimbangkan kandungan nutrisinya melalui pembajaan dan rawatan lain. Ini kerana k
eseimbangan nutrisi merupakan perkara dasar yang perlu diperhatikan semasa merawat tanaman. Penting diketahui keperluan nutrisi tumbuhan adalah berlkian mengikut umur pokok, jenis tanaman, keadaan cuaca, sistem penanaman, kesihatan tumbuhan dan sebagainya. Petani yang bijak mampu dalam mempastikan apakah jenis nutrien, jumlah diberikan serta masa sesuai diberikan atau yang diperlukan mengikut rekomendasi pakej amalan teknologi yang digunakan termasuk unsur makronutrien dan unsur mikronutrien. Aktiviti pembajaan merupakan kaedah rawatan paling popular digunakan untuk menyuburkan tanah. Petani boleh amalkan cara meningkatkan kesuburan tanah dengan meningkatkan kadar nutrisi tanaman dengan memberikan baja. Baja ini ada beberapa jenis daripada baja kimia, baja organik atau kombinasi diantara keduanya. Kini teknologi pemberian baja foliar (baja semburan) didapati lebih praktikal banyak kebanyakan jenis tanaman makanan. Ini kerana jika tanah subur dan pokok disembur dengan baja foliar pastinya akan pempastikan pokok subur dan gbanyak hasilnya. Penting bagi tanah subur diketahui akan intensiti cahaya dan air yang ada dimana ia berkait dengan kedapatan cahaya matahari dan air. Perkara ini penting bagi proses fotosintesis tumbuhan dimana pentin didlam tumbesaran tanaman. Amalan agronomi seperti Penggiliran Tanaman (crop rotation) iaitu cara menggiliran tanaman berlainan setip musim penamanan yang sesuai membolehkan tanah akan terus menjadi subur dalam masa lebih lama. Tanaman jenis kekacang (legume) mampu menambahkan kandungan Nitrigen (N) dalam tanah. Penting sebagai asas kesuburan tanah adalah sentiasa memberikan Baja Organik kepada tanah. Baja organik dilaporkan mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat. Proses pengkomposan (composting) merupakan ciri bagii tanah yang subur. Pengomposan merupakan satu proses menukan bahan organik kepada unsur atau bahan nutrien yang boleh diserap oleh akar tumbuhan. Kaedah ini selalunya amat berguna untuk menstabilkan nutrisi yang lebih mudah meruap dan larut serta pembentukan humus tanah. Keberadaan kompos dalam tanah membolehkan ia mampu meningkatkan retensi air (water retention) pada tanah yang membentu untuk mencegah penyakit pada tanaman. Terkini istilah yang agak jarang digunakan di Malaysia adalah istilah 'Gunakan Kekuatan Ayam' yang bermaksud penggunaan baja tahi ayam (baja organik) sebagai baja yang sesuai digunakan sepanjang masa. Najis tahi ayam kalau dahulu hanya digunakan terus kepada tanaman akan tetapi kini sudah banyak produk dari najis ayam diproses menjadi baja hibrid iaitu kombinasi bahan orgaik dengan baja kimia yang dikenali sebagai 'Baja Tahi Ayam Proses'. Walau pun harganya agak mahal akan tetapi dilaporkan tahap keberkesanannya terutama kepada tanaan makanan sangat signifikan.


Dalam pada itu penulis blog ingin kongsikan maklumat mengenai j
enis-jenis tanah untuk dirawat tanah agar lebih subur dimana tanaman akan sihat bagi memberikan hasil lebih banyak dan lebih berkualiti. Secara umumnya merujuk kepasa ilmu sains tanag dimana pentinh bagi semua mengetahui jenis dan karakteristiknya tanah. Pertama ada jenis Tanah Regosol iaitu jenis tanah yang bertekstur pasir halus hingga kasar. Namun ciri tanah jenis ini adalah ia mudah di perbaiki dengan cara khusus kerana daya tahan terhadap penyimpanan airnya relatif rendah seperti tanah bris dan tanah bekas lombong. Diketahui juga bahwa tanah ini merupakan salah satu jenis tanah entisol yang berasal dari proses iaitu pelapukan material letusan gunung berapi. Contoh lain seperti jenis tanah debu, pasir, lahar dan sebagainya. Petani perlukan kos lebih bagi merawat tanah jenis ini dimana masih ada banyak penambahbaikan perlu bagi menjadikan tanah ini menjadi subur dengan sempurna. Jenis Tanah Latosol pula dilihat ia mempunyai warna kuning hingga merah. Tanah ini cirinya ia bertekstur liat atau lempung dimana jenis ini ada banyak dimana sahaja. Tanah Latosol merupakan tanah vulkanik yang mengandungi bahan organik yang masam. Seterusnya jenis ketiga adalah Jenis Tanah Organosol atau mudahnya dari jeni Tanah Gambut. Gambut adalah jenis tanah yang terbentuk dari pengumpulan sisa-sisa tumbuhan yang separuh terurai dimana selalunya kandungan bagi bahan organiknya tinggi. Ia terbentuk dari bahan induk organik hutan atau rumput yang mengalami pereputan dimana unsur sat makanan atau nutrien didalamnya sangat sedikit. Ia dikelaskan sebagai jenis tanah kurang subur atau jenis tanah bermasaalah untuk digunakan dalam sektor pertanian. Akhir sekalai adalah jenis Tanah Laterit iaitu jenis tanah yang ada batu yang kaya dengan besi dan aluminium dan biasanya terbentuk di kawasan tropika panas dan basah warnanya kemerah-merahan. Perlu diketahui asasnya dimana tanah ini tidak subur dimana ia biasanya ditumbuhi rumput dimana ia selalu dikelaskan sebagai jenis tanah yang sudah berumur tua. Akhir sekali adalah jenis Tanah Humus iaitu jenis tanah yang mempunyai banyak kandungan humus dengan ciri ia bertekstur yang gembur. Jenis ini terbentuk dari pereputan tumbuhan-tumbuhan dalam jangkamasa lama. Di dalam tanah jenis ini ada terdapat unsur zat makanan seperti nutrien dan juga bahan mineral. Tanah jenis ini adalah jenis tanah yang paling direkomendasikan untuk bercucuk tanam terutamanya tanaman makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH SUBUR... APAKAH CIRINYA...
KANDUNGAN NUTRIEN...PERLU ADA....
SALIRAN BAIK... MUDAH DIBAJA JUGA...
HASIL TANAMAN BAIK... PETANI KAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rabiulakhir 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...