Support My Blog

Thursday, November 21, 2019

FAKTA TENTANG SERAI DAN PETUA

FAKTA TENTANG SERAI (Cymbopogon citratus) dalam  kehidupan harian orang Malaysia memang tidak asing. Serai atau Lemon Grass (English), Camel's Hay, Citronella, Geranium grass, herbe de citron (Perancis), intronegras (Germany), erba de limone (Italy), hierba de limon (Spanish), bushtrina (India), sera, layu, Sereh (indonesia), bai makk nao' (Laos)  dan Takrai (Thai). Serai adalah sejenis tumbuhan daripada famili Poaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Serai merupakan sejenis pokok herba berumpun dan tidak mempunyai batang sebenar sebaliknya mempunyai  seludang yang terbentuk sebagai batang palsu. Serai mudah tumbuh didalam rumpun membesar dimana ia mampu naik setinggi 1 meter dimana batang serai tumbuh menegak. Daunnya tumbuh menirus dengan berwarna hijau sepanjang 50 - 100 mm dengan lebar sekitar 0.5 - 1.5 cm dimana pada permukaan daunnya ada bulu-bulu halus yang mana ia boleh menyebabkan rasa miang atau gatal-gatal apabila kena bahagian yang sensitif.  Serai sebenarnya mampu berbunga apabila cukup matang dan keadaan sesuai walau pun dilihat biasanya serai yang ditanam dijaga dan dibaja jarang sekali berbunga. Batang serai yang dikupas selalunya berwarna putih kehijauan. Batang serai yang dituai akan membentuk pseudobulbil serta ia memberikan rasa dan aroma yang kuat. Biasanya penanaman serai menggunakan benih dari batang serai yang telah dewasa. Dari segi sejarah dilaporkan serai didakwa berasal dari Sri Lanka dan tersebar keseluruh dunia termasuk Asia Tenggara untuk dijadikan bahan penting didalam masakan. Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan SERAI WANGI (Cymbopogon nardua). Serai biasa digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Artikel malam Isnin ini saya mennulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta serai daripada pandangan Islam, perubatan dan juga fungsinya yang semakin besar.


Tanaman serai banyak di usahakan secara kecil-kecilan dan juga komersial. Keluasan tanaman serai di Malaysia seluas 1,822 hektar dengan penghasilan sebanyak 14,291 metrik tan (Sumber: Booklet Stattistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2018). Kawasan utama tanaman serai di Negeri Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Diluar negara pula serai banyak di tanam seperti di India, China, Guatamala dan Brazil untuk kegunaan domestik dan eksspot bagi penghasilan minyak pati serai. Laporan ststistik juga menunjukkan anggaran pengeluaran minyak pati serai dunia meningkat dari 310 mt setahun pada awal 1980'an kepada lebih 520 mt setahun pada tahun 2005. Minyak pati ini digunakan dalam pelbagai industri sampingan seperti Kosmetik, Makanan, Kimia dan juga minyak wangi. Penanaman serai di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk tujuan kegunaan segar sahaja sebagai perasa dalam masakkan. Terdapat beberapa usahawan IKS kecil-kecilan ada membuat minyak serai di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Secara marfologinya serai makan dengan serai wangi adalah sama bagaimana pun marfologi serai wangi daunnya lebih lebar dan panjang dimana aromanya minyak patinya lebih kuat. Serai wangi yang diproses mampu dalam menghasilkan minyak pati serai yang pelbagai kegunaannya.


Kegunaan utama serai di Malaysia adalah sebagai penambah perasa makanan khususnya masakan seperti Rendang, Tomyam, Nasi Goreng Serai, Sate dan banyak lagi. Ketiadaan serai didalam rendang seakan rendang tersebut tidak lengkap dan tidak enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Batang serai hanya dititik dan dimasukkan didalam rendang  dan mampu ia untuk menambahkan aroma dan rasa unik rendang tersebut. Dalam pada itu minyak serai juga digunakan didalam agen perisa makanan dan minuman, barang makanan bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu, gelatin dan puding. Dalam pada itu dilaporkan dimana daun serai juga menyingkirkan bau hanyir pada daging dan ikan. Bagi mengatasi masaalah bau didalam kereta anda juga boleh meletakkan daun serai atau daun pandan didalam kereta, Daun serai dalam kereta didakwa mampu menghalau lipas daripada ia ''menumpang' didalam kereta anda. Pelikik kereta juga boleh mengamalkan beberapa cara lain menghalau serangga didalam kereta dan juga menghilangkan bau didalam kereta. Serai yang mudah didapati bole dimasukkan didalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk untuk mendapatkan aromanya.


Serai juga merupakan tumbuhan yang ada khasiat perubatan.Bahagian daun, batang dan akarnya boleh digunakan didalam dunia perubatan sama ada ia didalam bentuk asal atau didalam bentuk serbuk serai. Serai wangi mempunyai kandungan nutrien yang hampir sama dengan serai makan walau pun komponen bahan pati serai wangi iaitu Geraniol 80-97% dan kandungan Sitronelal sebanyak 30-45%. Minyak yang dihasilkan oleh serai wangi boleh digunakan didalam rawatan Aromaterapi iaitu rawatan menenangkan fikiran. Akarnya boleh digunakan bagi rawatan diuretik dan berfungsi untuk mengalakkan pengeluaran peluh. Penulis blog suka dengan minyak pewangi didalam kereta yang ada bahan daripada serai atau pandan. Ia akan memberikan kesegaran semasa memandu keenderaan. Dalam pada iu serai mampu menghalau nyamuk dan semut dan juga air rebusan serai sesuai untuk mandian mereka yang demam panas. Penulis blog juga diberitahu dimana air rebusan daun serai wangi yang panas bersama dengan daun gandarusa dan dicampur dengan lada hitam sangat baik untuk mandian ibu selepas bersalin. Dalam pada itu khasiat serai dalam perubatan Melayu dan Islam didakwa mampu merawat demam kuning, merawat masaalah pencernaan, merawat sengugut, melebatkan rambut, mengelak gigitan nyamuk, menurunkan paras kolesterol dan juga melegakan sesak nafas. Serai juga didakwa mampu elakkan gusi berkarat dengan ambil batang serai dan ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan arang dan dijadikan ubat gigi digosok pada bahagian gigi sehingga bersih dan berkmur. Ia juga sesuai kurangkan masaalah sakit gigi berlubang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..
HARUM BAUNYA ...SERAI NAMANYA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA....
DALAM MAKANAN ...SELALU GUNA....
BANYAK  KHASIAT.. UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian,
Malaysia.
(21 Safar 1441H).
Posted From:
Languindingan Cagayan Airport,
Misamis Oriental, 
Philipines.
(Fly Philiine Airlines Cagayan-KLIA).

Wednesday, November 20, 2019

LORI KECIL KEBUN NANAS GAMBUT

LORI KECIL untuk kebun nanas mempunyai banyak jenis kegunaan daripada mengangkut bahan input, tong racun, pekerja sehingga kepada paling utama pengangkutan buah nanas. Sebenarnya sistem pengangkutan didalam kebun nanas ini ada berbagai jenis jentera, peralatan dan juga kenderaan komersil. Penanam nanas komersil ada yang menggunakan Ceketeng (Sila lihat foto paling bawah), Motorsikal, Motorsikal dengan Treler, Lori, Badang, Kereta Sorong, Basikal dan sebagainya diladang mereka. Tanaman nanas di tanah gambut (Peat Soil) ini mempunyai banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi didalam pekebun nanas menghasilkan buah nanas segar yang berkualiti dan mendapantkan keuntungan kepada pengusahanya. Dikalangan mereka ada menggunakan pelbagai jenis lori akan tetapi dalam tinjauan penulis blog dikawasan utama penanaman nanas seperti di Simpang Rengam, Parit Ghani, Parit Mandirono, Parit Sikom dan banyak lagi  kawasan tanah gambut mereka memilih jenis lori yang RINGAN, MUDAH MASUK LADANG, MUATAN SEDERHANA dan MUDAH DISELENGGARA. Pilihan salah satu usahawan muda di Parit Ghani adalah menggunakan kereta Daihatsu Model Hijet. Walau pun ada pekebun disekitar kampung ini yang membeli lori kecil model lain tetapi bagi Encik Jumaat ia amat sesuai membelu lori kecil 'secong hand' atau lori terpakai ini. Jika lori tersebut sudah tidak boleh diguna maka ia akan memperbaikinya sama ada menukar injin atau pun menukar 'spare part' lain yang sesuai. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan menulis bagaimana lori kecil Daihatsu Hijet ini beropersi dikebun nanas tanah gambut untuk dijadikan bahan rujukkan.


Kenderaan keluaran kilang Daihatsu kebanyakannya adalah jenis yang 'compact' dan ringan sehingga kepada yang canggih. Mereka mengeluarkan pelbagai jenis keenderaan daripada kereta, van, lori sehingga kepada jenis keenderaan SUV dan sebagainya. Kilang dari Jepun ini ada keluarjan Model Hijet untuk Lori, Lori Kecil dan juga Van yang dibawa masuk ke Malaysia semenjak awal 1980an lagi. Model Lori Kecil ini daripada 660 cc kepada 1600 cc mempunyai pelbagai variasi yang sesua untuk dijadikan kenderaan mengangkut barang dagangan (Sila lihat foto disebelah). Kalau dikawasan bandar lori jenis ini banyak digunakan dan disesuaikan dengan konsep 'Food Truck' kerana ia mempunyai strtitur body yang rendah dan sesuai untuk perniagaan makanan. Selain itu lori Daihatsu Hijet ini sering digunakan oleh penjaja ikan dan sayur untuk bergerak daripada satu taman perumahan kepada taman perumahan lain. Dalam industri IKS dan Kilang Kecil juga lori kecil ini sesuai digunakan kerana ia memerlukan space kecil untuk parking dan memasukki kawasan kilang IKS yang kecil dibeberapa kompleks tapak IKS yang disediakan. Pada tinjauan penulis blog memang ramai usahawan kecil yang membeli lori kecil seperti model ini untuk perusahaan mereka. Mengikut Model Hijet, harga keenderaan ini berbeza mengikut model, tahun dibuat, penggunaan, aksessori dan juga lokasi. Dalam tinjauan di lamaneb jualan kenderaan ia dijual semyrah RM2,500 (Model 1998) kepada RM28,000 (Model 2019) bagi yang second hand.


Lori ini kebanyakannya adalah berwarna putih (tidak pasti kenapa pengilang mengecat putih krim) adalah jenis lori yang rendah dan mudah digunakan ketikan membuat 'loading' dan tujuan menurunkan barang. Bagi En Jumaat beliau akan mencari lori Daihatsu Hijet buatan tahun 1990'an yang murah tetapi didalam keadaan baik dan kemudian diperbaiki bahagian injin dan badannya (yang karat akan di welding semula) agar ia kukuh dan sesuai digunakan. Perkara penting bagi kegunaan diladang nanas adalah semestinya dibahagian belakang lori yang akan dipasang dinding kayu untuk mengisi buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada keadaan lori tersebut biasanya kos membaiki semula lori second-hand ini sehingga mencecah lebih RM5,000. Apa yang penting adalah ia sesuai digunakan dikebun nanas seluas 60 ekar di Kg Parit Ghani, Pontian, Johor yang menanam nanas Moris dan Josapine serta N36. Sehingga kini beliau mempunyai 4 biji lori jenis ini dan sedang mencari beberapa lagi untuk kegunaan kebun nanas lain dikawasan yang baru dibuka.


Lori kecil Daihatsu Hijet diladang tanah gambut nanas ini mudah dikendalikan oleh dia sendiri dan pekerja upahan seramai 18 orang. Pekerja upahan ini terdiri dari penduduk kampung dan juga pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh. Mereka mampu memandu sendiri lori kecil ini dengan mudah dan membawa muatan kekebun nanas seperti baja sebelum menaburnya. Semasa aktiviti menuai buah nanas, pekerja akan memotong tangkai nanas dan membawanya dengan bakul nanas ketepi jalan. Bakul buah nanas ini selalu dipanggil sebagai 'Bakul Lajung' dikalangan pekebun nanas. Pekerja yang memandu lori ini akan menaikkan buah nanas keatas lori dengan menyusun mengikut gred. Ini memudahkan pemasaan dipusat pengumpulan (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada saiz buah biasanya ia mampu memuatkan diantara 150 - 450 biji nenas mengikut saiz dan varieti. Apa yang penting adalah ketia meletakkan lori hijet ini jangan berada ditepi jalan kerana ia membolehkan tayar terbenam dikawasan tanah gambut yang lembut. Uniknya menurut En Jumaat kalau lori Daihatsu Hijet ini masih kosong dan terbenam ia boleh ditolak keluar oleh 2 orang sahaja. kalau sudah berisi buah nanas dan terlalu berat masa buah nanas tersebut dikeluarkan dahulu dan kemudian ditolah secara manual sahaja. Artikel ini memberikan info bagaimana penggunaan lori sesuai untuk kegunaan ladang nanas ditanah gambut hasil tinjauan dan temubual dengan usahawan nanas di Johor untuk rujukkan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENUAI NANAS... GAMBUT TANAHNYA...
LORI KECIL... SESUAI RINGAN DIGUNA...
DAIHATSU HIJET ... ITULAH JENAMA... 
KEGUNNAN LADANG... PETANI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102, T5 Boutique Hotel, 
Bandar Pontian,
Johor, Malaysia.
(16 Rabiulawal 1441H).
Posted from:
Room 102, Xaviers Club House,
Materson Ave., Cagayan de Oro,
Misamis Oriental, Philipines.

Tuesday, November 19, 2019

IKAN GUPPY - KENALI DIA

IKAN GUPPY (Poecilia reticulata) adalah salah satu spesis ikan hiasan dalam air tawar yang paling popular di dunia kerana ia cantik dan amat mudah menyesuaikan diri. Ikan Guppy juga merupakan jenis ikan yang cepat membiak dan beranak-pinak dan tahan lasak. Di Malaysia kini ikan guppy (Gapi) telah menjadi ikan yang liar dimana ia telah banak didapati dalam parit-parit. Ikan ini telah menjadi komoditi ekspot yang penting bagi Malaysia dan Indonesia sebagai ikan dipanggil millionfish terutama di Negeri Johor untuk pasaran ke Eropah melalui Singapura, Amerika Syarikan dan Asia Timur. Pada tahun 2012 Malaysia telah mengekspot sebanyak lebih 775 juta ekor ikan hiasan yang bernilai RM192 juta terutama dari Negeri Johor. Malaysia menguasai 10% pasaran ikan hiasan didunia dibelakang Singapura. Ikan Guppy merupakan diantara jenis ikan yang diekspot dengan kuantiti yang banyak. Ikan gapi memang mudah dipelihara kerana ia mudah menyesuaikan dalam banyak keadaan dan kualiti air. Dari segi harga ia boleh di beli dengan harga agak murah berbanding dengan ikan jenis lain yang memang lebih tinggi harganya. Jenis ikan hiasan 'Guppy' memang amat banyak dan cantik. Ikan Gapi akan dikelompokkan mengikut bentuk atau ukuran ekornya (seperti short tail - untuk jenis ekor pendek, sword tail - untuk ekor panjang dan wide tail - untuk ekor lebar) dan warna serta coraknya. Dari pelbagai jenis-jenis inilah ikan gapi akan dibiakkan untuk tujuan mendapatkan varieti yang semakin menarik dengan warna lebih indah seperti jenis ribbon atau swallow. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi projek ikan hiasan jenis ikan Gapi untuk di kongsikan maklumat bersama.

Ikan Gupi merupakan adalah ikan dari keluarga Poecilidae yang berukuran kecil. Ikan jantan dan betina dewasa mudah dibezakan dari ukuran dan bentuk badannya dan juga dari warnanya (dimorfisme seksual). Panjang keseluruhan ikan betina di antara 4 - 6 cm dan bagi ikan jantan ia lebih kecil iaitu sekitar 2.5 - 3.5 cm. Ikan jantan lazimnya mempunyai warna-warni yang terang dan amat bermacam corak terutama pada ikan gapi jenis hibrid (Sila lihat foto sebelah). Ikan gupi liar selalu mempunyai warna yang sederhana walau pun jantannya tetap berwarna-warni dengan dua buah bintik hitam seperti mata di sisi badan. Bintik hitam ini satu berada di bawah sirip punggung dan yang lainnya di atas sirip dubur. Ikan Gupi liar betina pula mempunyai tubuh tambun dengan warna kekuningan dan kecoklatan dengan susunan sisik yang membentuk pola seperti jala dan perut buncit yang berwarna putih.

Ikan Gapi adalah ikan yang sangat produktif iaitu cepat membiak. Masa kehamilan ikan ini berkisar antara 21-30 hari sahaja (purata cuma 28 hari) dan ini bergantung pada suhu airnya. Suhu air yang paling sesuai untuk pembiakan adalah sekitar 27 °C (72 °F). Setelah bertelur, ikan gapi mengandungkan dan kemudian ia melahirkan anaknya (livebearers). Apabila ikan bertina tersenyawa, kawasan yang berwarna gelap di sekitar anus yang dikenali sebagai ‘tempat kehamilan’ (gravid spot) akan membesar dan bertambah gelap warnanya. Ketika hendak beranak, bintik-bintik mata anak-anak ikan dapat terlihat dari kulit perut induknya yang tipis dan seperti menonjol. Seekor induk gapi mampu melahirkan anak ikan antara 2 -100 ekor pada setiap kelahiran. Bagaimana pun kajian mendapati kebanyakan induk beranak diantara 5-30 ekor saja. Beberapa jam setelah bersalin maka ikan induk gapi telah siap untuk mengawan lagi. Setelah lahir, anak-anak gapi telah mampu hidup sendiri. Ia terus berenang dan mampu untuk mencari makanan serta menjauhi musuhnya. Anak-anak gapi ini umumnya akan terus bergabung dalam kumpulannya dan juga dengan ikan-ikan lain yang lebih besar. Ikan gapi yang telah dewasa sering makan anak ikan tersebut yang memang berukuran jauh lebih kecil. Ini sering berlaku jika kita letak dalam akuarium dan sebaiknya anak ikan tersebut perlu dipisahkan dari ikan-ikan dewasa. Anak ikan gapi cuma perlukan masa untuk dewasa dalam masa satu atau dua bulan sahaja. Ikan ini dengan cepat dapat melipat-gandakan jumlah populasi dalam masa singkat.

Dalam kita hendak mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pembiakan ikan gapi, perlu dilihat yang sirip dubur pada ikan jantan mengalami perubahan menjadi gonopodium. Ia berberfungsi untuk mengeluarkan sperma yang akan masuk pada tubuh ikan betina. Gapi betina memiliki kemampuan untuk untuk menyimpan sperma, sehingga dapat hamil berulang kali dengan hanya satu kali kawin. Antara faktor menentukan kadar pembiakan yang cepat adalah kemampuannya untuk menyesuaikan hidup dengan pelbagai keadaan perairan, dengan pelbagai sumber makanan yang beragam. Analisis terhadap isi perut gapi yang hidup liar menunjukkan bahwa ikan ini akan makan zooplankton yang melimpah. Ikan gapi dikatakan sesuai hidup pada kualiti air dengan saliniti tinggi (air masin) sehingga 150% saliniti seperti air laut. Ikan gapi merupakan spesis ikan hiasan yang semakin popular dikalangan peminat ikan hiasan. Kini ikan gapi hibrid dengan pelbagai warna dan corak terang didapati amat diminati dan mempunyai harga yang baik. Walau pun ikan hiasan jenis gapi ini mempunyai jangkahayat hidup yang sederhana, industri ikan hiasan ini akan terus laku dipasaran. Kata Mr Lim daripada Kota Tinggi yang menternak ikan hiasan, ikan guppy memang pasti akan mati dan peminat ikan hiasan pasti akan dibeli oleh mereka bagi menggantikan ikan yang mati. Kerajaan melalui pendekatan High Impact Projek (HIP) ada menggalakkan industri ikan hiasan ini dijadikan pemacu ekonomi dalam sektor pertanian negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN GUPPY...ADUH CANTIKNYA...
CEPAT MEMBIAK...BANYAKNYA...
JENIS HIBRID...BAIK CORAKNYA... 
ADA POTENSI...MENCEBURINYA...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,

Pusat Ternakan Ikan Lim Seng,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1435H).
Posted from:
Room 203, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro, 
Misamis Oriental,
Philipines.

Monday, November 18, 2019

RIZOM DAN AKAR LOTUS - APA KHASIATNYA

RIZOM DAN AKAR LOTUS (Nelumbium nelumbo Druce) merupakan satu produk tumbuhan terapung yang kini memang ada dijual dan dimakan terutamanya oleh masyarakat Cina dan ianya didakwa berkhasiat. Tanaman teratai atau lotus atau seroja adalah tanaman yang hidupnya di air dalam lokasi yang mempunyai berkelembapan tinggi,biasanya sering terdapat di kolam atau tasik. Tanaman teratai juga disukai kerana bunganya yang indah dengan warna yang cerah. Tanaman teratai berasal dari daratan Asia dan biasanya sering ditemui di kolam atau tumbuh liar di kawasan paya. Meskipun ada laporan dimana tanaman teratai seperti terapung di atas permukaan air akan sebenarnya akar teratai ini terletak di dalam air atau di dasar air itu sendiri. Daripada rujukkan FAO Statistic mendapati negara China merupakan paling luas menanam pokok lotus ini dengan keluasan menccah 300,000 hektar dimana penduduk China menggunakan lotus sebanyak 70% daripada penggunaan dunia. Semua bahagian tumbuhan ini daripada bahagian bunga, rizom, akar, daun dan bijinya boleh dimakan dan dianggap sebagai makanan berkhasiat. Antara yang ada dijual dipasar anda akan melihat rizom atau ada yang kata sebagai stolon teratai berwarna kuning putih ini dijual dimana ada yang sengaja disalut dengan tanah untuk kekelkan kesegarannya (Sila lihat foto paling atas). Ia dijual dalam bentuk segar dan lazimnya penggemar akan memasak sup dengan beberapa ingredient lain bagi menambah keenakan rasanya. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info bersama anda mengenai khasiat dan kegunaan rizom teratai sebagai satu sumber rujukkan ilmu.


Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan penulis blog dapati tumbuhan teratai juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun sehingga kepada bahagian bijinya. Tanaman teratai memiliki akar yang berongga dan juga bahagian akarnya yang kukuh dalam air. Tanaman teratai kurang berkembang dengan baik kerana mempunyai bulu akar atau tudung akar. Akar disini lebih berfungsi sebagai pemegang atau fingsi sebagai penggenggam tanaman supaya ia boleh berdiri tegak. Tanaman teratai memiliki batang yang berguna untuk mengekalkan daun agar terapung di atas air disebabkan oleh sebahagian besar batang teratai memang ia berada di bawah permukaan air. Selain itu, batang teratai juga berfungsi untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Batang teratai mempunyai ruang udara besar sebagaimana tanaman air akuatik yang lain. Daun teratai bersifat bulat, lebar, nipis dan bahagian tepi daunnya bergerigi. Berbeza dengan bahagian batang, daunnya terapung di atas air. Hal ini kerana tangkai daun teratai cenderung untuk tumbuh menjalar. Permukaan daun teratai bewarna hijau, sedangkan permukaan bahagian bawah bewarna keunguan dan memiliki tulang daun besar serta tulang daun kecil. Daun teratai juga mempunyai lapisan yang berungsi untuk membersihkan diri dari kekotoran.


Dalam pada iitu teratai yang ditanam secara komersil biasanya bertujuan untuk dapatkan bunganya atau rizomnya. Petani akan memetik rizom dengan cara memotong dan mengeluarkan dari kolam (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog juga mendapati dimana bunga teratai terletak pada tangkai yang merupakan hasil daripada pertumbuhan rizom. Tangkai bunga teratai ini tumbuhnya tegak sehingga bunga teratai boleh muncul keluar daripada permukaan air. Bunga teratai memiliki peringkat warna yang berbeza seperti warna merah muda kemudian memutih pada bahagian atasnya. Teratai juga mempunyai kelopak bunga yang banyak dan berlapis. Kini ada kalangan orang tempatan yang tidak tahu dimana akar teratai boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain. Ini kerana bagi kebanyakan masyarakat Cina, sup teratai adalah menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi teratai yang ia enak dinikmati ketika panas. Bagi kepercayaan Cina dimana kandungan serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Sementara didalam perubatan tradisional Cina lazimnya biji teratai yang rasanya manis dikatakan dan dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai dimana biji teratai yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini.


Tumbuhan Teratai merupakan tanaman akuatik yang tumbuh di lumpur pada kolam yang cetek dikolam, tasek atau kawasan paya. Di negara China teratai merupakan bahan makanan yang mana ia popular dipercayai memberikan khasiat baik untuk kesihatan. Salah satu bahagian teratai yang kaya akan kandungan zat berkhasiat adalah adalah akar teratai dan rizom teratai. Akar teratai mengandungi bahan SERAT (fiber) dimana dilaporkan akar teratai sangat tinggi akan kandungan serat di dalamnya. Nutrisi ini sangat membantu untuk mengurangkan kandungan gula, kolesterol dan ia didakwa mampu mencegah sembelit atau buasir. Kandungan bahan Vitamin C dalam akar teratai juga tinggi  vitamin C dimana vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan bahan kolagen yang menjaga kesihatan pembuluh darah dan tulang. Selain itu didakwa vitamin C mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, melindungi dari serangan infeksi virus serta mencegah kanser. Bahan lain iaitu Vitamin B kompleks yang terkandung di dalam akar teratai memiliki beberapa manfaat kesihatan. Antaranya adalah seperti mengurangkan risiko serangan jantung, meningkatkan gairah, mencegah stres dan merawat sakit kepala. Akar teratai juga menganndungi bahan mineral seperti Tembaga (Cu), Besi (Fe), Kalium (K), Zink (Zn), Magnesium (Mg)dan Manganese (Mn). Semua mineral ini sangat penting dalam menghasilkan sel darah merah, meningkatkan fungsi otot dan saraf serta keluarkan enzim dan membantu dalam sistem pencernaan.


Mungkin ramai dikalangan pembaca tidak pernah pun makan komponen dari tumbuhan teratai ini termasuk penulis blog. Bagaimana pun sebelum menulis blog ini sudah membeli dan makan sup rizam teratai buatan sendiri dirumah (Sila lihat foto disebelah). Memang rasanya biasa sahaja tetapi jika diambil semasa panas dengan nasi memang enak juga. Akar taratai atau rizom ini didakwa juga mempunyai keseimbangan elektrolit antara Sodium (Na) dan Potasium (P) dengan perbandingan iaitu kadar 1:4. Sodium bermanfaat untuk memberikan rasa pada akar teratai sementara potasium bermanfaat untuk mengatur tekanan darah dan degupan jantung. Akar teratai ini juga sering digunakan oleh perubatan tradisional China untuk tujuan merawat beberapa penyakit seperti bengok, cirit birit, pendarahan dan sebagainya. Memang bagi kebanyakan masyarakat Cina makanan sup akar teratai akan menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Apa pun memang cara hidangan sup ubi teratai adalah enak dinikmati ketika panas. Pada penulsi blog tumbuhan teratai merupakan tumbuhan akuatik yang unik. Kuntuman bunganya mekar dan ia akan mempesonakan jika berada diatas kolam. Dari segi mitos dilaporkan bunga ini dikatakan menghidupkan suasana romantik khususnya kepada pasangan bercinta atau pun ia didakwa melambangkan kesucian dua jiwa. Dalam perubatan tradisional Cina didakwa dimana biji teratai yang rasanya manis dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf.


Dipercayai air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Biji teratai yang mengandungi enzim fungsi antipenuaan dan kini saintis mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini. Memang sajian ini mudah disediakan serta enak dan paling penting melambangkan kerinduan terhadap keluarga. Selain tidak memerlukan banyak bahan didakwa sajian kaya dengan khasiat. Sup ubi teratai melambangkan kerinduan kepada keluarga, kemesraan dan kasih sayang dan menyajikan hidangan sihat untuk seisi keluarga orang di China. Mengikut kepercayaan Cina hidangan serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Bagi memasak makanan sihat sebaiknya ia disediakan dengan  tidak mengandungi perasa. Didakwa dimana suo teratai ini memang kaya dengan khasiat, menyejukkan badan dan mudah disediakan tanpa bahan yang rumit. 


Bagi menyediakan sup teratai bahan diprlukan adalah 200gram (g) ayam, 10g kurma merah perlu direndam, 100g Ji zi (herba Cina) mesti direndam, 5g gula perang dan juga sedikit garam. Cara memasak atau menyediakannya dimulakan dengan menghiris buah teratai dan juga menghiris nipis ubi teratai. Pada masa sama sebaiknya ayam dipotong bersaiz sederhana dengan anggaran untuk empat orang makan. Kemdian dimasukkan teratai yang dihiris ke dalam double boiler yang sudah dipanaskan. Langkah seterusnya dengan memasukkan ayam yang dihiris ke dalam double boiler dan perlu ditutup penutup double boiler). Kemudian ditambahkan empat mangkuk kecil air hingga melepasi bahan-bahan yang ingin dikukus. Tetapkan masa untuk mengukus bahan untuk sup teratai dimana dicadangkan adalah dua jam 30 minit. Selepas hampir masak sebaiknya ditambahkan kurma dan ji zi untuk memberikan rasa herba semulajadi dimana kemudian ia tambah gula perang. Sebaiknya buah kurma tidak tidak dimasukkan terlalu awal bagi mengelakkan kuah sup menjadi masam. Sup ini sudah sedia dihidangkan untuk dimakan ketika masih panas suam lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Wasallam!!!...
AKAR TERATAI... DIJADIKAN MAKANAN...
SUP TERATAI... PANAS DIHIDANGKAN...
AMAT BERKHASIAT... BAGI RAWATAN...
ANDA MENCUBA... UNTUK KESIHATAN...

By,
M Anem,
Senior Agronoommist,
Room 1016, Junior Suite Room,
Hotel Bayview, Georgetown,
Pulau Pinang, 
Malaysia.
(25 Muharam 1441H).
 Posted from:
Room 103, A1Express Hotel,
Cagavan de Oro,  M. Oriental,
Mindanao, Philipiines.

FAKTA TENTANG TIMUN DAN KHASIATNYA

FAKTA TENTANG TIMUN (Cucumis sativus) ada disebut dalam Islam dari hadis riwayat Abdullah Jaafar yang ianya bermaksud "Nabi saw sering makan mentimun dengan ruthab (tamar masak /kurma basah)." dimana sayur buah ini memang makanan yang memang berkhasiat. Sayur timun merupakan sejenis sayur buah dari keluarga Cucurbitaceae dimana dalam bahasa Inggersi dipanggil Cucumber. Saya ada tuis artikel mengenai timun dalam blog ini lebih daripada 10 artikel untuk dibuat rujukkan (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Didunia tanamana timun memang popular dimana pada tahun 2016 FAOSTAT melaporkan pengeluaran buah timunn dunia (banyak jenis) adalah sebanyak 80.6 juta metrik tan dengan negara China merpakan pengeluar utama timun dunia sebanak 61.9 juta mt atau 77% pengeluaran dunia diikuti dengan EU (2.9 juta mt), Rusia (2.0 juta mt), Turki (1.8 juta mt), Iran (1.7 mt) dan Ukraine (0.9 juta mt). Mentimun atau Timun merupakan sayuran daripada keluarga Cucurbitaceae paling luas ditanam diseluruh dunia dann dijual dipasar-pasar sebagai sayuran segar sesuai dimakan terus atau dimasak. Kalau anda perasan ada sesekali ujud rasa pahit terutama pada pangkal buah dalam timun yang berpubca dari bahan fitokimia dikenani dengan Cucurbitacin C dimana rasa ini berbeza-beza diantara spesis dan varieti timun tersebut. Apa yang unik mengenai pokok timun adalah dimana ia jenis tumbuhan memannjat dengan panjang batangnya mencapai 5 meter menggunakan tendril atau sulur paut yang melilit kayu sokongan. Panjang sukur paut ini berbeza sehingga 30 cm panjang untuk spesis tertentu. Buahnya akan bergayutan dan mudah dipetik apabila matang. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info dengan anda mengenaii beberapa fakta tentang timun darii segi khasiat permakanan dan kegunaannya dalam perubatan untuk bahan rujukkan anda.


Penanaman timun memerlukan sistem para atau kerja penyediaan junjung. Timun adalah tanaman yang memerlukan junjung atau penyokong untuk batangnya dibolehkan pokok memanjat dan ianya akan memudahkan proses penuaian. Bagimana pun kini petani yang menanam timun dengan cara fertigasi gantung semakin popular dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Menanam timun dengan cara fertigasi gantung lebih menguntungkan petani yang mempunyai kawasan tanah rendah sering banjir. Sistem memacang para secara tradisional dilakukan dengan memacakkan kayu berukuran 5 cm x 5 cm x 6.5 meter panjang setiap jarak tiga meter dimana ia kemudian perlu diregangkan dawai kasar. Dawai ini diikat antara puncak kayu beruti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas. Sebaiknya menggunakan paku untuk memasang dawai. Tali sistem diguna bagi membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu. Tanaman timun merupakan tanaman yang memerlukan sistem pengairan samaada menanam diatas tanah atau sistem fertigasi. Pokok timun memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup untuk pertumbuhan yang lebih subur, Penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sistem memungut hasil.

Tanaman Timun memang termasuk dari sayuran jenis buah yang kedua terpopular selepas cili. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dimana ada juga timunyang dimasak atau dibuat acar atau jeruk. Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan atau masakan asam ikan patin tempoyak. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1,vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.


Fakta tentang timun yang agak jerang didengar dimana dilaporkan Biji Timun mengandungi racul alkoloid hipoxanti yang yang berkesan untuk merawat kanak-kanakyang kecacingan serta sesuai untuk merawat sakit tekak apabila diserang batuk. Fakta lain dimana bunga timun adalah bersifat uniseks dimana ia ada lima kelopak berwarna kuning dan berbunga tunggal. Fakta yang ke 3 dimana daun timun yang kasar berukuran 7-20 cm lebar seakan bentuk tigasegi bujur dan ramping. Daun timun muda ada yang mengutipnya djadikan sayuran. Fakta ke 4 dimana apabila buah timun tidak dipetik dan dibiarkan menjadi 'Timun Tua' warna kulitnya bertukar kepada coklat keperangan dan isinya menjadi kekuningan dimana ia mendapat permintaan amat baik dibuat sup dikalangan masyarakat Cina di Malaysia. Harga timun tua kadang-kadang lebih baik diladang daripada harga timun biasa. Buah timun yang matang dan sesuai dipetik mempunyai isi yang warna putih kehijauan dengan keras dan berjus serta berjus dan rangup. Ada petani yang memasang casing khas bagi membentuk buah timun tersebut apabila dipotong seperti bentuk bintang (star), Cinta (Love) atau Empat segi (square) yang menarik dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Buah timun di Malaysia boleh ditanam dari jenis Timun Biasa, Timun Jepun dan Timun Mini


Dalam dunia perubatan penggunaan timun amat signifikan dimana ia mampu untuk mengekalkan kandungan alkali didalam badan. Ia juga ada digunakan didlam merawat kulit uka yang berminyak dan berjerawat,  Buah timun jika dimakan dengan kuantiti tertentu mampu merawat demam, disenteri, sellulit, mengatasi masaalah pencernaan, sakit tekak, batuk, panas badan, masallah tekanan darah tinggi, badan terlalu gemuk atau terlalu kurus, badan bertoksik, gout, sakit sendi, batu karang, mengatasi masaalah sembelit, kurang selera makan, hilamgkan bau badan, rengsa pada kulit dan banyak lagi. Bagi menghilangkan bau badan disyorkan agar ambil buah timun muda dan dikupas kulitnya dan dibasuh bersih. Gosokan timun tersebut pada bahagian berpeluh yang menyebabkan bau badan sehingga hilang baunya dan amalkan selslu. Menyejukkan badan dengan makan buah timun segar atau dijadikan jus amat berkesan sama juga amalannya untuk mendapat sistem pencernaan yang baik. Bagi mengatasi masaalah kulit muka yang kasar maka adalah dicadangkan agar ambil abuah timun dan diparut kemudian dicamput sedikit tepung jagung disapukan pada muka sebelumtidur dan cuci selepas bangun menjadikan kulit muka licin. Selalu kita lihat wanita cantik meletakkan hirisan timun pada kedua belah matanya untuk pelbagai menafaat tersendiri. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anin agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKAN TIMUN... SEGAR SAHAJA...
WARNA HIJAU...BANYAK JENISNYA...
BERKHASIAT...BADAN DISEJUKNYA...
SEDAP...BAIKI SISTEM MENCERNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Suite Executive,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(25 Safar 1441H).
Published from,
Room 203, A1 Express Hotel,
Cagayan de Oro, Philipines.

Sunday, November 17, 2019

SUSU 'FARM FRESH' DARI HOLSTEIN

SUSU FARM FRESH telah dihasilkan di kilang The Holstein Milk Company Sdn Bhd. di Muadzam Shah yang telah pun dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dimana penulis blog juga turut hadir. Susu segar berjenama Farm Fresh yang mereka hasilkan kini adalah merupakan antara jenama susu yang menjadi pilihan ramai di negara kita. Ucapan syabas dan tahniah dari YB Menteri kepada syarika ini yang bermula dengan sekitar 20 ekor lembu yang diternak secara terpisah sejal lama dulu. Kini syarikat ini telah berjaya menjadi 'anchor company' dan melahirkan lebih 600 usahawan dari perniagaan ini yang rata-ratanya anak muda diseluruh negara dalam pengedaran susu segar berjenama ini. Pelancaran dan lawatan YB Menteri ini  juga dilancarkan beberapa insentif yang akan diberikan kepada penternak kecil dan beberapa syarikat untuk meningkatkan lagi kapasiti mereka dan merancakkan lagi industri ini. Industri tenusu dinegara ini akan terus berkembang maju dimana pihak MOA akan terus memberi bantuan untuk semua pengusaha susu tempatan ini agar dapat mengecap kejayaan yang gemilang. Tinjauan lawatan ke ladang Tenusu terbesar milik Holstein Milk Sdn Bhd di Muadzam Shah, Rompin, Pahang amat bermakna kepada industri tenusu negara ini. Keperluan susu segar negara pada masa ini adalah sebanyak 67.1 juta liter dimana sebanyak 40.36 juta liter adalah susu segar keluaran dalam negara. Tahap SSL bagi susu segar negara sebanyak 61.44% pada tahun 2018. Ladang ini mempunyai sebanyak 3,019 ekor lembu dengan 1,082 ekor adalah sedang diperah susunya dengan teknologi moden. Syarikat ini juga sudah mewujudkan seramai 32 stokis dan 620 ‘home dealers’ bagi tujuan pemasaran susu keluaran mereka di mana mampu menjana pendapatan antara RM10,000 dan RM25,000 sebulan untuk stokis dan RM700 hingga RM5,000 sebulan bagi ‘home dealers’. Minum susu segar jenama 'Farm Fresh berkhasiat dan enak. Artikel malam ini didalam blog ''Anim Agro technology'' dipaparkan bebeberapa info mengenai susu segar dari ladang Holstein di muadam ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Kerajaan kini telah menyasarkan 100 peratus kadar sara diri (SSL) pengeluaran susu segar negara dalam tempoh lima tahun. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, SSL bagi susu segar di negara ini berada pada 61.44 peratus berdasarkan perangkaan ternakan 2018. Kini kadar permintaan susu segar di negara ini pada 2018 sebanyak 67.1 juta liter dan daripada jumlah itu hanya 40.36 juta liter adalah susu segar tempatan manakala selebihnya 26.74 juta liter diimport dari beberapa negara pengeluar termasuk Australia dan New Zealand. Kii daripada unjuran 100 peratus SSL susu segar mampu dicapai dalam tempoh sasaran berdasarkan usaha komprehensif kementerian iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pemain industri. Wujud keyakinan ini turut disandarkan kepada usaha kementerian mewujudkan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara (projek rintis) iaitu inisiatif di bawah Sumber Kekayaan Baharu (SKB) yang sedang dilaksanakan bagi memperkasa dan meningkatkan industri tenusu negara. Beliau berkata demikian pada sidang medianya sempena lawatan kerja dan Majlis Perasmian Kilang Memproses Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd.

Kadar insentif tersebut berjaya untuk disampaikan kepada semua penerima bantuan pada majlis tersebut. Kerajaan sebenarnya ingin melihat industri tenusu negara mampu berkembang berdasarkan prestasi ditunjukkan Syarikat The Holstein Milk Company di mana syarikat ini telah berjaya menghasilkan enam juta liter susu setahun melalui kilangnya di Lembah Tenusu Muadzam ini. Pada masa sama dilaporkan syarikat ini turut mewujudkan 32 stokis dan 620 home dealers bagi tujuan pemasaran sekali gus memberi peluang kepada usahawan menceburi bidang penjualan susu dengan meraih pendapatan lumayan dari RM10,000 hingga RM25,000 sebulan (stokis) dan RM700 hingga RM5,000 (home dealers). Sebenarnya pihak kementerian juga mengalu-alukan syarikat termasuk koperasi melabur dalam industri tenusu ini kerana potensinya cukup besar dan mampu berkembang. Selain itu pihak kementerian juga mencadangkan supaya susu segar keluaran tempatan dibekalkan ke sekolah-sekolah di bawah program bantuan makanan berkhasiat seperti mana dirancangkan berama dengan Kementerian Pendidikan.


Dimaklumkan dimana dengan adanya lima lembah tenusu di negara ini, ia dapat meningkatkan kemampuan proses pengeluaran daripada huluan, hiliran dan ‘midstream’. Kerajaan yakin dengan pelbagai perancangan yang kementerian lakukan seperti penjenamaan semula sistem lembu pawah dapat meningkatkan lagi pengeluaran produk tempatan. Kini selain Lembah Tenusu Muadzam terdapat beberapa lembah tenusu yang sedang dan akan dibangunkan berdasarkan peruntukan yang diluluskan kerajaan adalah, Lembah Tenusu Muallim dan Lembah Tenusu Larut-Matang-Selama (LMS) di Perak, Lembah Tenusu Ulu Bernam (Selangor) dan Lembah Tenusu Borneo (Sabah & Sarawak). Selain itu kementeriannya turut mencadangkan supaya kerajaan memilih susu sebagai minuman percuma dalam rancangan pemberian makanan dan minuman berkhasiat untuk murid. Dakwanya dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Tindakan Ekonomi Negara minggu lalu, Kementerian Pendidikan merancang untuk memberikan produk makanan dan minuman berkhasiat kepada murid dan kita mencadangkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya memilih susu segar tempatan. Bagaimanapun dimaklumkan idea terbabit masih belum diputuskan lagi. Kita akan memberi fokus kepada susu segar tempatan dan memastikan produk yang dibekalkan itu dijamin kesegarannya serta memenuhi kriteria supaya tidak timbul isu susu basi.


Menyentuh mengenai pengeluaran susu segar keluaran syarikat The Holstein Sdn Bhd, YB Menteri juga memaklumkan dimana syarikat terbabit mampu dalam menghasilkan kira-kira enam juta liter susu setahun membabitkan pengeluaran di Lembah Tenusu Muadzam. Syarikat ini sudah mewujudkan seramai 32 stokis dan 620 ‘home dealers’bagi tujuan pemasaran susu keluaran mereka di mana mampu menjana pendapatan antara RM10,000 dan RM25,000 sebulan untuk stokis dan RM700 hingga RM5,000 sebulan bagi ‘home dealers’,”. Dalam majlis terbabit juga, seramai 41 penternak di Lembah Tenusu Muadzam menerima insentif berupa lembu tenusu bunting serta peralatan berkaitan tenusu yang dianggarkan berjumlah RM119,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4.879 juta melalui kaedah pembiayaan nisbah 70:30 antara kerajaan dan penternak. Dari keterangan kini terdapat kira-kira 2,600 ekor lembu yang dipelihara di situ melibatkan pelbagai peringkat umur dengan kesemuanya adalah baka Australian Ferisian Sahiwal (AFS) iaitu kacukan baka Ferisian dan baka lembu tenusu Sahiwal dari Pakistan. Kompleks tenusu MSCRIC yang berkeluasan kira-kira 248 hektar itu menempatkan 12 buah kandang selain padang ragut dan sebuah kilang memproses produk tenusu di bawah jenama Farm Fresh yang merupakan anak syarikat Hosltein. Ladang berkenaan mampu menghasilkan kira-kira 18,000 liter susu segar yang diperah daripada 1,000 ekor lembu menerusi dua sesi perahan iaitu 5.50 pagi dan 5.30 petang. Pada satu-satu masa, sebanyak 72 ekor lembu akan dimasukkan ke kandang bagi tujuan perahan susu dan setiap seekor lembu akan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja menggunakan bantuan mesin sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi info bergun kpad pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SUSU SEGAR... FARM FRESH JENAMA...
DIMUADZM SHAH... LETAK KILANGNYA...
BANYAK PERASA...RAMAI YANG SUKA..
PALING ENAK... SUSU PERASA KURMA...

By,
M Anem,
Senior Agonomist,
Room 208, Villian Tong Hotel,
Bndar mMuadzam Shah, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(8 Zulhijjah 1440H).
Posted from:
Gate 13 KLIA
Flight PR530 to Manila and Cagavan

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...