Support My Blog

Wednesday, July 3, 2024

KENTANG DAN KEGUNAANNYA

TANAMAN KENTANG
(Solanum tuberosum L.) memang agak kurang diketahui dikalangan petani di Malaysia akan tetapi merupakan tanaman popular di beberapa negara ASEAN lain termasuk di Indonesia terutama di Pulau Jawa yang pernah penulis blog membuat tinjauan teknology. Kentang atau 'Potato' dalam bahasa Inggeris memang antara produk makanan pertanian yang banyak diimpor oleh Malaysia terutama daripada beberapa negara pengeluar kentang duia sama ada dalam bentuk kentang segar atau kentang siap proses. Kentang tumbuh di lebih dari 100 negara didunia dan tanaman kentang juga boleh ditanam di kawasan tropika dan sub-tropika dimana faktur suhu memainkan peranan penting. Suhu menentukan kadar pertumbuhan umbisi kentang dimana pada suhu di bawah 10°C dan di atas 30°C ia jejaskan hasil. Suhu paling optima untuk penanaman kentang diantara 18 - 20 ° C dari beberapa laporan kajian. Bagaimana pun orang Malaysia di antara orang yang banyak makan kentang kerana ia digunakan dalam banyak jenis masakkan daripada jenis masakan tradisional sehingga makanan moden dan makanan segera. Kalau pembaca blog pergi ke Restoren KFC atau pun McDonald atau lain-lain rangkaian restoren makanan segera menu makanan berasaskan kentang memang manjadi satu menu utama dan kebiasaannya disukai terutama produk 'Kentang Goreng'. Tanaman kentang tidak menjadi pilihan petani di Malaysia kecuali dibeberapa lokasi tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan beberapa lokasi tanah rendah yang lain. Difahamkan dimana sejarah tanaman kentang di negara Indonesia antara yang banyak dalam usaha menghasilkan kentang bermula semenjak abad ke 17 hingga abad ke 18 daripada benih yang didatangkan daripada kawasan iklim subtropika iaitu dari Eropah. Kawasan utama penanaman tanaman kentang di Indonesia yang penulis blog pernah pergi adalah terletak di Lembang dan Pangalengan (Jawa Barat), Magelang (Jawa Timur) dan juga ada di Bali. Pengeluran kentang Indonesia pada tahun 2022 mencapai 1.42 juta tan dan sekarang telah bertambah jumlahnya. Dalam pada itu tanaman kentang adalah ia termasuk jenis tanaman sayuran semusim yang berumur pendek dan mempunyai perdu dan tumbuh seakan semak. Kentang termasuk tanaman semusim sebab ia hanya satu kali untuk mengeluarkan hasil kemudian pokok mati. Biasanya jangkamasa umur tanaman kentang antara 90 -180 hari bergantung kepada varieti, sistem pengurusan agronomi tanaman, umur tuaian, jenis tanah dan juga cuaca. Dalam pengkelasan tumbuhan dilaporkan kentang diklasifikasikan sebagai dari keluarga Solanaceae. Kumpulan tanaman ini ada juga spesies-spesies lain yang merupakan spesies liar di antaranya Solanum andigenum Linn, Solanum anglgenum Linn, Solanum demissum Linn dan lain-lain lagi. Varieti kentang yang banyak ditanam di Indonesia adalah kentang isi kuning seperti Granola, Atlantis, Cipanas dan juga Segunung. Artikel subuh ini pada 29 Ramadan 1445H dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai info akan kegunaan kentang dan laporan media untuk menjadi bahan rujukkan dan bacaan semua.


Kentang adalah salah satu sumber bahan karbohidrat yang cukup digemari ramai penduduk dunia sebagai pengganti nasi bagi rakyat beberapa negara. Jenis umbi-umbian ini mudah diolah sehingga ia akan menjadi menu pembuka di meja makan (apetizer) dan juga dijadikan sebagai makanan penutup yang tentu saja enak dihidangkan dalam pelbagai cara. Makanan berasaskan kentang dilihat oleh penulis blog buan sahaja ia lazat akan tetapi lazimnya ia memberikan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan. Apa lagi kalau kentang yang diambil terus dari ladang dan masih segar. Bekalan kentang di Malaysia memang kebanyakannya diimort dimana tahap kesegarannya sudah kurang berbanding dengan kentang yang baru dituai d beberapa negara yang menanam dengan meluas. Selalunya dengang teknologi lepas-tuai yang baik membolehkan kentang mamu bertahan lama di pasaran sehingga ia merupakas sejenis komoditi penting di seluruh dunia. Beberapa negara menjadikan eksport kentang sebagai salah satu komoditi yang di perdagangkan dengan nilai yang amat tinggi. Mengetahui akan apakah kandungan nutrisi dalam kentang juga penting kerana kentang adalah diantara komoditi yang popular di makan manusia. Ia adalah sejenis tanaman umbi-umbian atau jenis umbisi yang awalnya berasal dari kawasan Amerika Selatan dimana ia kini menyebar hampir ke seluruh dunia. Seperti dijelaskan dimana di Indonesia dilaorkan tanaman  kentang umumnya tumbuh subur terutama di kawasan dataran tanah tinggi dengan iklim yang sejuk. Kini kentang menjadi salah satu sumber karbohidrat yang umumnya dijadikan pengganti makanan ruji utama seperti nasi selain daripada hasil tuaian seperti Gandum, Ubi Kayu, Ubi Keledek, Jagung dan beberapa lagi. Kajian saintis menyatan dimana selain dari kandungan karbohidrat tentunya tinggi dilaporkan dimana ubi kentang juga kaya akan berbagai vitamin dan mineral penting bagi kesihatan tubuh. Bagi setiap 100 gram kentang dianalisa dimana ia selalunya mengandungi bahan Air (83.4 gram), Tenaga (62 kcal), Protein (2.1 g), Lemak (0.2 g), Karbohidrat (13.5 g), Serat (0.5 g), Kalsium (63mg), Fosforus (58 mg), Zat besi atau Ferum (0.7 mg), Natrium (7.0 mg), Kalium (396 mg),  Tembaga (0.4 microgram), Zink (0.3 microgram), Thiamin (Vit. B1 iaitu 0.09 mg), Riboflavin (Vit. B2 sebanyak 0.10 mg),  Niacin (Vit. B3 iaitu 1.0 mg) dan juga Vitamin C (21 mg).


Banyak rujukan paparkan mengenai akan manfaat kentang dalam pelbagai bahasa, kajian dan penulisan. Ini kerana boleh dikatakan makanan berasaskan kentang amat meluas yang ada dimana sahaja sehinggakan ia antara jenis bahan makanan yang paling meluas diambil dan di komersialkan. Penulis blog lebih tertarik membincangkan diama dari berbagai kandungan zat yang di punyai kentang memang ada banyak kebaiknyannya untuk kesihatan (Jika dimakan mengikut kadar di syorkan dan tidak berlebihan). Kehebatan yang pertama adalah kentang mampu menurunkan risiko penyakit kronik. Ini kerana dilaporkan dimana kentang sangat kaya akan zat flavonoid, karotenoid, dan asid fenolik. Unsur-unsur ini berperanan sebagai bahan antioksidan di dalam tubuh yang akan mencegah radikal bebas yang muncul dan kesannya ia boleh merosakkan sel tubuhbadan. DInyatakan pakar dimana radikal bebas adalah satu faktor pemicu kepada berbagai jenis penyakit kronik diantaranya seperti penyakit jantung, diabetes sehingga kepada penyakit kanser. Kasil penyelidikan yang dijalankan dan ditulis dalam journal Nutrition and Cancer pada tahun 2011 dilaporkan bahwa antioksidan dalam kentang dapat menekan pertumbuhan kanser hati dan kanser usus besar. Kehebatan kedua adalah dimana kentang membantu mengendalikan kadar gula dalam darah. Kehebatan ini apa pun berkait dengan kehadiran gula (karbohidrat) didakwa ia adalah selamat bagi pesakit diabetes. DIlaporkan dimana makanan dari kentang yang banyak mengandung pati resisten yang tidak boleh diserap sepenuhnya oleh tubuhbadan.  HAsil kajian mendapati bahawa pati resisten dapat mengoptimakan kerja bahan insulin iaitu hormon pengawl kandungan gula dalam darah. Merujuk jurnal dari Medicine pada tahun 2015 yang melaporkan dimana individu yang telah mengambil makanan dengan pati resisten diilihat kandungan gula dalam darahnya menjadi lebih stabil pada penderita diabetes jenis 2. Kehebatan yang ke 3 mengenai kentang dilaporkan ia akan dapat m
enjaga kesihatan sistem pencernaanKandungan pati resisten dalam kentang ternyata juga boleh ia membantu memperbaiki sistem pencernaan. Kentang yang di makan akan masuk bahagian usus dimana pati resisten ini akan dimakan oleh bakteria baik yang kemudian akan menukar pati menjadi asid lemak rantai pendek dimana bentuk rantaian ini dilaporkan dalam ia mengurangkan risiko peradangan teruttama pada bahgian usus besar seterusnya ia akan juga memperkuatkan akan sistem pertahanan usus besar. Ada laporan dimana dengan memakan kentang makan akhirnya ia akan membantu memulihkan pesakit yang terkena infeksi usus (penyakit Crohn atau divertikulitis). Cara terbaik memakan kentang adalah mengambil Kentang Rebus atau Kentang Kukus di sejukkan dahulu sebelum dimakan pada esok harinya.


Kentang adalah bahan makanan yang b
ebas kandungan gluten (gluten free). Dilaporkan dimana bagi orang yang mengalami masalah dalam mengambil jenis makanan yang mengandung gluten seperti pesakit celiac adalah disyorkan agarr dia menjadikan kentang sebagai makanan alternatif yang tepat. Walau pun dilaporkan yang kentang sendiri bebas gluten akan tetapi ada beberapa jenis hidangan dari olahan kentang boleh ia mengandungi bahan gluten seperti bahan makanan didalam sos atau roti kentang. Pesakit Celiac atau keaddan yang sensitif dengan bahan gluten perlulah dipastikan membaca apakah yang terkandung didalam jenis makanan yang diambil terlebih dahulu. Perlu mpesakit ini juga awas dengan beberapa produk sudah mempunyai label gluten free yang perlu di pastikan kebenarannya. Kentang jug adilaporkan mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati dimana banyak sumber kalium yang mana kajian mendpati kalium akan bekerja dengan merangsang pembuluh darah untuk melebarkan ukuran pembuluhnya. Kentang juga bahan yang mengandungi tinggi kalsium dan magnesium yang berperanan penting dalam mengawal tekanan darah agar ia menjadi lebih normal. Laporan kajian oleh Institute for Food Research juga mendapati dimana kentang mengandungi bahan dikelali sebagai 'kukoamines' yang berikan kesan terhadap penurunan tekanan darah. Kentang dilaporkan dapat meningkatkan fungsi saraf dan otak dengan adanya bahan  Vitamin B6 dalam kentang yang sangat penting untuk menjaga kesihatan neuron atau sel-sel pembawa singnal dari dan ke dalam otak. Vitamin B6 berperanan dalam pembentukan bahan kimia otak iaitu serotonin, dopamin dan noreprinefrin. Memang kentang adalah baik untuk kesihatan saraf dan otak. Keadaan otak yang sihat selalunya akan dapat membantu mengurangi stress, tekanan (depression) sehingga kurangkan lagi kes-kes gangguan kecemasan. Bahan Kalium dalam kentang yang akan mendorong melebarkan pembuluh darah yang mana inidapat  membantu memastikan otak akan cukup dalam mendapatkan darah. Siapa sangka kalau memakan kentang akan dapat menjaga kesihatan jantung kerana adanya bahan karotenoid dalam kentang yang dapat membantu menjaga fungsi jantung dengan baik. Zat ini didakwa mempunyai fungsi sebagai agen antiradang untuk mencegah aterosklerosis atau kes-kes penyumbatan dinding dalam arteri jantung (penyebab serangan jantung mengejut). Apa pun kandungan vitamin C dan vitamin B6 juga membantu mengurangkan kes radikal bebas pada sel jantung dan sel-sel tubuh yang lainnya. Vitamin B6 juga memiliki peranan penting dalam proses perubahan homosistein menjadi metionin atau ia adalah juga sejenis protein. Kadar homosistein yang tinggi dapat merosakkan dinding pembuluh darah. Bagaimana oun bagi penulis blog perlu tahu akan beberapa petua baik semasa makan kentang. Kentang boleh menjadi bahaya dimakan jika cara menyimpannya tidak betul. Ini kerana hasil kajian mendpati dimana biji kentang yang terkena terus kepada sinaran matahari boleh menghasilkan zat Solanine. Solanine menimbulkan rasa pahit dan beracun apabila ia diambil untuk dimakan terutama dengan jumlah banyak. Sebaiknya teknik terbaik semasa menyiman kentang adalah diletakkan di tempat yang sejuk, kering dan ada siste pengudaraan baik. Jika kentang sudah dikupas maka ia sebaiknya di rendam dalam mangkuk berisi air bersih untuk mencegah timbulnya perubahan warna. Langkah penyediaan makanan dari kentang juga harus diperhatikan. Ini kerana jika seseorang iru terlalu banyak makan kentang goreng maka kesannya ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti kes-kes serangan jantung, diabetes atau gangguan ginjal. Ini keran dalam kentang goreng dilaporkan ia mengandungi lebih banyak lemak trans dan lemak teou serta kalori tinggi iaitu ia sama seperti nasi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca  blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
MAKANAN KENTANG.... RAMAI SUKA...
IA ADA DI MAKAN...DISELURUH DUNIA...
BANYAK MANAFAAT... HEBAT FAKTANYA...
MAKAN IKUT ATURAN... SIHAT JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pintu 5 (departure Hall), Airport Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1445H).

Tuesday, July 2, 2024

DAGING KATAK - FAKTA DI MEDIA

KATAK (Frogs)
merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Penulis blog ada beberapa kali semasa bertugas dahulu membuat tinjauan teknologi iaitu ia berkaitan industri ternakan katak di Johor, Perak dan di Melaka. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu beberapa fakta dan laporan di media mengenai isu daging katak yang sesuai dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Menarik laporan dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Daging katak perlu diasing daripada makanan halal oleh Ustad Mohd Izhar' untuk di kongsikan. Apa pun sebenarnya tindakan pihak peniaga yang mencampurkan daging katak dengan makanan halal di pasar disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati prinsip makanan halal umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sebagaimana daging babi, makanan tidak halal lain seperti katak dan lain-lain wajib dipisahkan dengan makanan halal. Dakwanya daging katak haram dimakan berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bahawa nabi melarang membunuh katak. Dalam Mazhab Shafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk bahawa orang Islam tidak boleh makan katak. Oleh kerana Malaysia berpegang dengan Mazhab Shafie, maka umat Islam di Malaysia berpegang bahawa daging katak adalah haram dimakan memberitahu kepada Sinar Harian. Dilaorkan sebelumya portal Sinar Harian melaporkan gambar tular memaparkan isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang. Kejadian ini didakwa berlaku pada pagi Selasa apabila salah seorang pelanggan pasar raya berkenaan mengesan terdapat isi daging katak diletakkan dalam pinggan bercampur dengan bahagian ikan. Apa pun situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang pengguna terutama dalam kalangan pelanggan muslim yang turut membeli keperluan asas di pasar raya berkenaan. Pinggan yang digunakan bagi mengisi katak itu perlu dibasuh bersih sebelum digunakan untuk makanan halal lain. Dia juga menasihatlan kalangan para pengusaha dan peniaga untuk peka aspek pengasingan makanan halal dan haram bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna. Memberitahu wartawan dimana dia juga memberitahu peniaga agar menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia supaya tidak menimbulkan perbalahan dan khilafan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Media sama laporkan kemudian dimana 'Isu 
Daging katak: NSK mohon maaf secara terbuka' berkait dengan lapornan sebelumnya. Kisah di petik dari Kuala Lumpur dimana Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak. Pihak NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Syarikat ini memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober 2023. Syarikat sudah memahami akan tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta dimana sudah diberikan amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat. Apa pun isu ini jugs adalah mula tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang. Difahamkan dilakukan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah. Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak. Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu dimana ia kemudiannya dialihkan dari meja jualan. Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang. Syarikat sudah memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut.


Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana isu '
Jual hidangan Daging Katak Demam, restoran diserbu Perhilitan' sesuai d kongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur menyatakan dimana selera pelik terhadap sajian katak goreng antara punca spesies katak demam yang juga hidupan liar dilindungi menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi restoran di Malaysia masa ini. Apa pun spesies katak gergasi yang boleh mencapai berat satu kilogram itu dikesan dijual mencecah ratusan ringgit di restoran yang menyajikan hidangan eksotik. Merujuk kepada kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, walaupun menyedari aktiviti memburu dan menjualnya dilarang namun haiwan amfibia itu masih dipasarkan secara haram. Dilaporkan dimana ada isu apabila pihak Perhilitan bertindak melakukan operasi dan rampasan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 6/2023 Zon Tengah di Bentong, Pahang baru-baru ini. Sebelumbya ia libatkan 9 orang pegawai Perhilitan bertindak melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Bentong, Pahang setelah aktiviti risikan dan susulan risikan dilakukan. Dilporkan ada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an disoal siasat sebelum pegawai Perhilitan menemui 16 ekor spesies katak demam disimpan di dalam bakul plastik. Aktiviti pemeriksaan lanjut di dapur premis menemui 16 ekor lagi katak demam serta seekor labi-labi diletakkan di dalam baldi plastik. Dilaporkan bagi Abdul Kadir percaya, katak demam dan labi-labi itu dijual sebagai salah satu hidangan eksotik di restoran makanan laut berkenaan. Aktiviti pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk menyimpan kesemua hidupan liar itu. Di nyatakan dimana semua haiwan liar dilindungi itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dimana kesalahan akan didenda mahkamah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KATAK... DUA ALAM DIA...
ADA DI TERNAK... DALAM MALAYSIA...
DAGINGNYA ENAK... SIAPA YANG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHU FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pytrajaya,
Malaysia.
(16 Dzulhijjah 1445H).
Posted from
Apartment 12A-12B,
3rd Floor, D' wharf Hotel & Service,
Port Dickson, NS.

Monday, July 1, 2024

POKOK RESAM DAN FAKTA MENARIK

POKOK RESAM
(Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae dn ia adalah tumbuhan invasif yang banyak tumbuh di negara kita. Tumbuhan ini hidup subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain yang cepat membiak. Bagaimana pun resam ini amat gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak. bagi penulis blog yang memang sudah kenal akan tumbuhan resam kerana memang banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan jenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas. Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan pokok resam dalam ''Anim Agro Technology'' yang mempunyai beberapa fakta manarik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis bog dimana a
pa yang 'kurang menarik' dan fakta mengenai rumput jenis resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap jika boleh ia dimakan memang puaslah orang Malaysia dapat makan kerana ia mudah tumbuh dan banyak boleh didapati disekeliling kawasan lapang. Struktur dan tekstur daun dan batangnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak apabila di ramas dimana ujud bau kuat dimana ramai yang tidak mahu untuk memakannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur adalah lembut dan cantik bentuknya seakan pucuk pakis gajah yang enak dimakan. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai apakah dia dan bagaimana untuk menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat dalam bentuk proses dan sebagainya. Pucuk rumput resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru terutama semasa musim hujan. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan cara menebas pokok tersebut atau pun kemudian ia disembur demham jenis racun rumpai sistemik dan kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan yang ada rimbuhan resam tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuk bercucuk tanam setelah ia menjadi gembur. Bagaimana pun selalunya kaedah kawalan pokok resam perlu dijalankan secara berterusan didalam menjadikan yang di kawasan kebun akan bebas dari pokok resam yang merupakan tumbuhan yang invasif serta sukar dikawal jika ia sudah merebak luas. Cara mengawal resam perlu dilakukan kerana ia bersaing dengan tanaman sayuran dan buah-buahan dalam mengguna ruang, makanan dan juga menjadi perumah kepada serangga perosak dan patogen. Sifat pokok resam seakan menyamai lalang dimana apabila ia sudah 'established' disuatu kawasan perlukan ilmu dan cara yang tepat untuk proses mengawalnya. 


Penulis blog merujuk kepada kompas.com dengan fakta bertajuk 'Kopiah dari resam, produk asal Bangka' yang menarik dikongsikan. Menarik dimana u
saha atau pun kerajinan topi atau kopiah resam Ermi Belit di Desa Belit, Kecamatan Kelapa, Bangka Barat, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia yang telah berjalan selama 20 tahun. Usaha ini mampu bertahan walau pun ada isu pamdemik Covid-19 do sini apabila ramai kalangan usahawan lokal lebih konsisten dan sabar dalam usaha mnereka menghasilkan bahan dari resam ini. Kemudian melalui kegiatan promosi di media sosial dan berbagai usaha pameran kini dilaporkan produk dari resam dengan nama 'Ermi Belit' sduah pun semakin terkenal luas oleh masyarakatliar. Produk jenama 'Ermi Belit' iddakwa ia berasal dari nama 'Ermi' sebagai pengusaha dan 'Belit' yang merujuk pada Desa Belit dimana usaha ini dimulakan. Produk ini yang dilihat halus dan kasarnya adalah ia  bergantung kepada bagaimana bahan asas membuat tpi ini dan ketelitin pengusha menganyam produk tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana produk anyman topi atau pun ia juga di panggil sebagai 'kopiah resam' selalunya akan ia menggunakan bahan asas utama dari tanaman pokok resam. Tanaman resam ini merupakan jenis tumbuhan paku pakis liar yang biasanya tumbuh di belukar atau tei hutan ataupun ada dikawan lembah kawasan perbukitan. Ciri tanaman ini dimana ia mempunyai jenis daun yang menirus dan berjajar dengan dua dengan batang atau tangkai kecil yang bercabangan. Apa pun diteliti dimana batang resam yang digunakan untuk bahan asas dimana batang yang sudah tua berwarna cokelt ataupun cokelt kehitaman. Serat bahagian dalam batang lembut dan ia juga mudah untuk dilenturkan sehingga mudah dibentuk semasa mengamyam menjadi kopiah atau topi. Pengusaha produk ini akan menjalankan aktiviti mereka dengan saling berkolaborasi diantara kalangan kaki membuay anyaman dan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran atau jualan.  Apa pun nilai dan kualiti kopiah yang dihasilkan mestikan sangat kemas mengikut piawaian yang di kawal. Dilaporkan di kalwngan Kpulauan Riau khususnya dikalangan masyarakat Melayu Bangka sendiri sudah pun mereka mengenali kopiah resam sebagai budaya asli yang merupakan sebahagian pakaian khas semasa ada majlsi rasmi adat istiadat Melayu.  Pembuatan kopiah resam selalunya dimulakan dengan proses pengambilan tanaman resam dari hutan dan kemudian dipisahkan serat resam dari batangnya dengan diserut sesuai keperluan dari serat halus maupun serat kasar. Pengusaha hanya perlu masa selama tiga hari untuk merendam serat resam di dalam air. Kemudian ia mesti dikeringkan dan ia akan dihaluskan menggunakan alat penarik dari tutup tin susu. Proses penganyaman baru boleh ia dimulakan setelah proses-proses persiapan bahan menganyam ini selesai. Ermi Belit dilaporkna masih kekal bertahan hingga zaman ini oleh masyarakat lokal sebagai produk kebangaan mereka. Apa pun dilaporkan dimana di Kepulauan Bangka Belitung sendiri dimana usaha kerajinan kraf dari resam banyak dilakukan oleh kalanga masyarakat Bangka. Kerajinan dari pokok resam umumnya dilakukan dalam skala kecil-kecilan rumah tangga. Ada dakwaan dimana produk kopiah resam dari Pulau bangka ini didakwa paling halus kualitinya. Terdapay banyak saiz dan ukuran topi atau kopiah resam yang sesuai dijadikan pakaian bikepala bila-bila masa sahaja. Penulis blog baru sekali dapat melihat bagaimana kopian resam ini semasa mereka ada mempuat kunjung  hurmat ke Johor Bahru dalam program mesyuarat kerjasama BIMP-EAGA lama dahulu. 


Di Malaysia pula akhbar tempatan hmetro.com laporkan fakta dimana '
'Sentuhan emas dari kayu resam" sesua dikongsikan. Menurut kenyataan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu, Mohd Zulfikri yang melakukan kerja penulisan khat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam dimana pokok kayu resam yang tumbuh meliar dalam hutan di negara ini adalah kalam utama untuk penulisan kaligrafi ayat al-Quran. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu trsebut yang juga penulis al-Quran di yayasan berkenaan sejak 19 tahun lalu. Dilaporkan diantara k kelebihan kayu resam ini adalah ia mampu memberikan 'sentuhan emas' yang menghasilkan tulisan khat al-Quran sangat cantik, halus dan unik. Setiap kayu ini dipotong sepanjang 15 sentimeter (cm) untuk dijadikan pensel khat, dengan bahagian hujungnya dibentukkan mata pena khat (mata serong). Apa pun kayu akan dicelup dengan dakwat hitam akrilik yang diimport dari Jerman untuk menulis setiap perkataan khat di atas kertas muqahar (kertas khas untuk tulisan khat). Bagi peringkat pertama, lakaran akan dibuat bagi menghasilkan al-Quran. DIlaporkan juga kertas muqahar adalah kertas tradisi yang digunakan sejak zaman Uthmaniah dimana walaupun kini ramai penulis menggunakan pen khat besi akan tetapi di Yayasan Restu masih mengekalkan kaedah penulisan tradisional iaitu tulisan tangan menggunakan kayu pokok resam kerana hasil penulisannya sangat baik.   Sebatang pensil khat pokok kayu resam ini boleh bertahan hingga ratusan tahun. Satu lagi kelebihan pensil khat pokok kayu resam ini ialah, ia boleh menulis khat di atas batu atau cengkerang siput. Dilaporkan dimana setakat ini dia sudah menulis lima naskah al-Quran mushaf Malaysia. Setiap naskah al-Quran mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya, termasuk membuat zukhuf (hiasan). Seorang jurukhat boleh menyiapkan dua hingga tiga muka surat al-Quran sehari. Ini adalah masa standard yang ditetapkan. Kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dilakukan secara terlalu laju atau perlahan kerana ia boleh menjejaskan ketelitian hasilnya. Bagaimana pun apa yang lebih istimewanya di Malaysia dimana semua kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran dilakukan beramai-ramai (lima orang) yang mengetengahkan konsep kerjasama dan berjemaah. Ini berbeza di negara Arab apabila hanya seorang jurukhat yang menulis senaskah al-Quran. Di yayasan ini sudah ada lima penulis al-Quran tetap dan dibantu penuntut Restu International College yang mengikuti pengajian seni khat dan kaligrafi serta dilatih sebagai pelapis. Dilaporkan meskipun sudah 19 tahun dalam bidang berkenaan, dia masih meneroka ilmu seni khat dan kaligrafi kerana ianya sangat meluas. Ia satu ilmu yang sangat menarik dan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang menguasainya. Dia dakwa sudah mempunyai hasrat mahu menyebarkan ilmu ini dengan cara mengajar kepada masyarakat terutama generasi muda dimana Malaysia perlu mempunyai ramai pelapis agar kesenian ini kekal terpelihara. Semuga artikel i\ni memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RESAM... APA GUNANYA...
TU,BUH MELIAR.. DI BIAR SAHAJA...
DI ANYAM VANTIK.. KOPIAH JADINYA...
TULISAN QURAN... MENARIK JUGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1445H).
Posted from
Room 445, Le Grande Resort,
Senai, Johor.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...