Support My Blog

Sunday, January 14, 2024

ANTIBIOTIK DAN FAKTA PERLU TAHU

ANTIBIOTIK (Antibiotics)
 adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Selalu pembaca blog akan mendengar bagaimana p
enggunaan antibiotik dalam rawatan sebagai pesakit di klinik atau dalam pengeluaran ternakan haiwan semakin meningkat disebabkan oleh kos antibiotik yang rendah dan peningkatan permintaan terhadap protein haiwan di negara membangun. Antibiotik selalu ia digunakan dalam pengeluaran ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan haiwan dan pencegahan penyakit. Dos antibiotik yang rendah diberikan dalam ternakan sebagai penggalak pertumbuhan untuk tempoh yang lebih lama antara mingguan hingga bulanan. Jumlah antibiotik yang digunakan sebagai penggalak pertumbuhan dalam ternakan haiwan telah dianggarkan sehingga 80% daripada jumlah kuantiti antibiotik yang diberikan setiap tahun sebagai makanan. Akibatnya, amalan ini menyumbang kepada kemunculan, penyebaran, dan kerintangan antibiotik terhadap bakteria pada manusia dan ternakan. Antara bakteria yang biasa menjangkiti manusia dan haiwan menurut WHO dimana ia termasuk bakteris jenis Escherichia coli, Klebsiella pneumonia, Salmonella spp., Streptococcus pneumonia dan termasuklah Staphylococcus aureus. Banyak negara telah pun mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik sebagai penggalak pertumbuhan. Sebagai contoh adalah dimana bagi Kesatuan Eropah telah melarangkan penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan sejak 2006. Apa pun di Malaysia tindakan larangan antibiotik masih belum dilaksanakan dalam pengeluaran ternakan kerana masih ramai penternak yang mengamalkan sistem pengurusan ternakan terbuka. Pengurusan sistem ternakan terbuka meningkatkan risiko jangkitan dalam ternakan. Kos untuk melaksanakan sistem pengurusan ternakan tertutup adalah mahal dan tidak mampu milk terutamanya bagi petani berskala sederhana dan kecil. Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dalam pengurusan ternakan haiwan termasuk meningkatkan kebersihan ladang, reka bentuk perumahan yang sesuai untuk ternakan, prosedur pembasmian kuman, penggunaan vaksinasi, dan pengasingan haiwan yang sakit. Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta perlu di ketahui berkaitan antibiotik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Rakyat Malaysia di laporkan antara yang paling banyak mengkomsumsi daging ayam dan telur ayam. Dilaporkan dimana dalam i
ndustri pengeluaran haiwan dan ayam mengalami perubahan dramatik bermula sekitar tahun 1950. Industri ini apa yang penulis blog tahu berkembang pesat disebabkan oleh keupayaan dalam meningkatkan pengeluaran haiwan secara bilangan dan berat fizikalnya. Penggunaan bahan antibiotik tambahan memberi tindak balas yang baik dalam meningkatkan pertumbuhan dan kecekapan pengeluaran makanan lantas memesatkan lagi industri ternakan. Dikatakan bahawa penggunaan antibiotik tambahan yang berasaskan makanan adalah sebahagian daripada revolusi dalam ujudnya teknologi pengeluaran haiwan ini. Dianggarkan dimana pada masa tersebut sekitar 40% daripada antibiotik yang dihasilkan digunakan untuk bahan tambahan makanan. Daripada jumlah tersebut sekitar 0.5 juta kg digunakan dalam industri lembu, 1.0 juta kg dalam industri ayam, 1.4 juta kg industri khinzir dan 0.4 juta kg kepada haiwan lain seperti haiwan peliharaan. Banyak pihak yang menyuarakan akan amaran dan ancaman yang membimbangkan mengenai rintangan antibiotik. Pernah dinyatakan dalam artikel World Economic Forum dimana salah satu bank terbesar di dunia telah mengeluarkan amaran mengerikan mengenai masa depan keselamatan makanan. Menurut pasukan penyelidik global di HSBC tersebut dimana akibat penggunaan antibiotik dalam pengeluaran daging boleh menyebabkan akibat yang dashyat terhadap manusia. Apa pun bila penternak memberikan antibiotik kepada haiwan ternakannya maka ia akan mencipta rintangan antibiotik bakteria yang mana boleh menyebabkan rintangan antibiotik “superbugs” terhadap manusia. Dari semasa ke semasa dilaporkan kemudian ia boleh mengakibatkan kesukaran bagi merawat jangkitan biasa seperti strep throat. Ahli sains mendapati dimana mereka meramalkan bahawa rintangan antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setiap tahun menjelang 2050 iaitu ini melebihi kematian akibat kanser sebagai salah satu bentuk kematian yang paling biasa terjadi di seluruh dunia.


Menarik fakta dalam portan hmetro.com bertajuk '
Gesa haram guna antibiotik dalam makanan ternakan' memberika infoo yang perlu semua tahu. Foto sebelah menunjukkan Mohd. Idris memegang serbuk dan pil antibiotik diberi kepada haiwan ternakan di bangunan CAP Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang. Dilaporkan bagaimana Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebaiknya mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan kerana boleh mengancam kesihatan manusia. CAP dakwa dimana bagi negara Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan selain berkaitan perubatan untuk membendung krisis yang berpunca daripada kekebalan antibiotik. Ada pelbagai jenis antibiotik termasuk yang paling beracun semakin kurang berkesan dalam melawan penyakit hingga menimbulkan krisis kesihatan awam seluruh dunia. Apa pun dalam tinjauan CAP di Kedah dan Perlis mendapati antibiotik jenis erythromycin mudah ditemui di kedai menjual makanan haiwan ternakan dan antibiotik ini diberikan kepada haiwan secara rutin untuk mempercepatkan pembesarannya. Dilaporkan bahan Erythromycin digunakan untuk mengubati penyakit manusia dan ia mudah dibeli di farmasi tanpa memerlukan preskripsi. CAP turut menggesa kedua-dua kementerian terbabit supaya membentuk satu sistem kebangsaan untuk memantau penggunaan dan bagaimana penyalahgunaan antibiotik dalam makanan haiwan serta mendidik penternak mengenai penggunaan antibiotik yang betul. CAP turut berharap rangkaian restoran makanan segera berhenti menghidangkan daging yang diperoleh daripada haiwan ladang yang diberikan antibiotik.


Fakta yang dipaparkan dalan portal Public Health Malaysia bertajuk 'Benarkah ayam yang diberi 
Antibiotik Secara berleluasa punca kuman semakin kebal?' menarik di kongsikan. 
Dilaporkan dimana bahan antibiotik merupakan sejenis rawatan yang berfungsi untuk membunuh kuman seperti bakteria dan kulat. Penggunaan antibiotik dilaporkan telah berjaya menyelamatkan berbiliion nyawa masyarakat di seluruh dunia sejak pertama kali di temui oleh Alexander Fleming pada tahun 1927. Namun begitu didakwa apa yang membimbangkan adalah kesan dari penggunaan antibiotik secara berleluasa dan penyalahgunaan antibiotik telah menyebabkan kuman semakin KEBAL. Kesan kerintangan antibiotik akan menyebabkan antibiotik yang digunakan tidak lagi dapat membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria. Masalah kerintangan antibiotik ini merupakan satu masalah global yang sangat MERBAHAYA. Apa pun mimpi ngeri masyarakat dunia boleh berlaku sekiranya SEMUA antibiotic TIDAK lagi berkesan untuk merawat jangkitan penyakit. Kesan penggunaan Antibiotik secara berleluasa kepada ternakan kesnya sama dengan cara penggunaan antibiotik kepada manusia iaitu antibiotik turut digunakan di ladang ternakan untuk mencegah jangkitan penyakit. Ini kerana faktanya selain berfungsi untuk mencegah penyakit dikalangan haiwan ternakan dimana ia juga sesuai digunakan sebagai perangsang untuk pembesaran haiwan itu. Apa pun antibiotik yang di gunakan untuk haiwan ternakan seperti ayam dan babi itu adalah antibiotic yang SERUPA seperti mana yang di berikan kepada manusia. Hasil kajian Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2012 dimana separuh ayam tempatan KEBAL kepada beberapa antibiotik seperti ampicillin, sulphonamide dan tetracycline. Bagi ayam import pula dilaporkan 80% daripadanya kebal ampicillin, 75% kebal asid nalidixis dan 50% kebal streptomycin dan sulphonamide. Selalunya tindakan penggunaan antibiotik secara berleluasa ini ternyata bakal menyebabkan fenomena yang menakutkan. Perlu di ketahui bagaimana punca berlaku kerintangan antibiotik ini. Apa pun sifat semulajadi microorganism untuk terus hidup dan ia berevolusi untuk menjadi lebih kuat. Akibat dari penyalahgunaan antibiotik oleh pengamal perubatan dan juga masyarakat umum. Pemilihan antibiotik yang kurang sesuai, dos dan durasi yang tidak mencukupi, tidak patuh pada arahan pemakanan ubat dan kualiti ubat yang tidak baik. Dilaporkan penggunaan antibiotik yang tidak terkawal di dalam industri penternakan dan pertanian memang perlu di kawal. Tahap kebersihan dan sanitasi yang rendah di buat oleh kalangan masyarakat memberi ruang kepada kuman untuk berevolusi. menyentuh mengenai apakah dia kesan kerintangan kepada antibiotik dimana rawatan yang biasa digunakan tidak lagi berkesan dan pesakit gagal dirawat dan boleh mendatangkan kematian atau komplikasi lain. Ia juga dilihat akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan kepada orang lain dimana ini akan meningkatkan kos rawatan. Kesan lain adalah ia akan menjejaskan kualiti hidup pesakit serta keluarga atau penjaga. Merujuk kepada data statistik dimana ia menunjukkan kerintangan antibiotik di Malaysia meningkat dan kajian terhadap superbug baru menunjukkan bilangan jangkitan meningkat daripada 150 kes pada 2013 kepada 181 kes pada 2014. Kadar kematian juga bertambah daripada 25 peratus pada 2013 kepada 37 peratus pada 2014. Jadinya apa yang masyarakat perlu lakukan atau ketahui mengenai isu ini. Sebaiknya mereka memahami penggunaan dan fungsi antibiotik yang hanya di gunakan untuk merawat jangkitan patogen bakteria dan sesetengah kulat. Apa pun pada ramai dimana kebiasaannya penyakit selsema dan batuk atau flu berpunca dari Virus dan tidak memerlukan rawatan dengan antibiotik. Di syorkan oleh doktor di klinik agar pesakit mesti menghabiskan dan melengkapkan pengambilan antibiotik yang diberi walaupun anda merasa telah sihat. Oleh itu perlu di elakkan amalan berkongsi antibiotik antara anak-anak atau mengguna semula antibiotik untuk penyakit yang baru. Perlu juga dielakkan meminta doktor untuk memberi antibiotik dengan anggapan doktor yang baik memberi antibiotik. Apa pun bagi penulis blog jika masih keliru atau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi perkhidmatan Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam.....
BAHAN ANTIBIOTIK... SERING DIGUNA...
KEPADA HAIWAN... ANCAMAN BAHAYA....
BANYAK PIHAK... SEMAKIN WASPADA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
47, Jalan Kebun Nanas, 
Bandar Putera  2,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(1 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...