Support My Blog

Sunday, February 13, 2022

SUPERFOOD DARI MADU KELULUT

SUPERFOOD
atau dalam bahasa Malaysia dipanggil sebagai 'Makanan super' adalah makanan yang berasaskan daripada tumbuhan, madu dan juga ikan serta tenusu. Makanan ini juga dianggap padat dari segi gizi dan baik untuk kesihatan. Antara contoh makanan super atau superfood termasuk madu lebah kelulut, sayuran kobis bunga, timun, blueberry, salmon, kale dan kekacang. Penulis blog merujuk kepada  American Heart Association dimana mereka nyatakan 'superfood' memang tidak mempunyai kumpulan makanan mereka yang tersendiri. Jenis makanan ini lebih kepada istilah pemasaran khusus untuk makanan yang mempunyai kebaikan kesihatan. Sudah beberapa kali dilaporkan dalam seminar dan media tempatan apabila puhak 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kini bertukar kepada MAFI berusaha untuk cuba membangunkan produk ‘super food’ madu kelulut yang telah melalui proses di pelbagai peringkat penyelidikan dan juga pembangunan (R&D). Super food ialah makanan kaya nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Ia merujuk kepada sumber segar atau makanan yang sudah diproses. Dalam keadaan semasa prngguna akan mengatahui produk super food di pasaran mempunyai nilai dan harga tinggi berbanding sumber super food segar seperti buah raspberri, ceri, teh hijau dan sebagainya. Beberapa agensi penyelidikan seperti MARDI, NUKLEAR Malaysia. Universiti dan swasta berkaitan menjalankan penyelidikan bagi membuktikan madu kelulut yang mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik. Dilaporkan dimana madu kelulut antara komoditi yang diberi perhatian kerajaan melalui MAFI dimana mahu madu kelulut dijenamakan sebagai 'super food pertama Malaysia'  untuk pasaran domestik dan eksport. Apa pun perlu ada aktiviti penyelidikan termasuk melakukan usaha pemilihan madu yang tinggi khasiat antioksidan (mengikut kawasan penternakan), pembangunan teknologi pemprosesan dan pembangunan produk madu kelulut. Produk super food madu kelulut diuji aspek keselamatan dan keberkesanan. Ujian terhadap tahap haemoglobin dalam darah dan ujian penurunan kadar gula dan kolesterol dalam darah juga perlu ada kajian klinikal. Kajian mengenai hebatnya madu kelukut dalam pe­nyerapan bahan antioksidan dan perencatan sel barah perlu dikaji dengan terperinci. Dilapangan dimana ramai pengusaha kelulut menghasilkan madu lebah kelulut iaitu sejenis lebah yang bersaiz kecil. Biasanya kelulut akan membina sarangnya di akar atau tunggul pokok di permukaan tanah. Artikel pada subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai potensi madu keluut tempatan diangkat menjadi makanan superfood yang baik sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Mungkin ramai kalangan umum yang masih belum tahu mengenai perbezaan diantara madu lebah dengan madu kelulut. Bagi mereka yang kali pertama ujirasa madu kelulut mungkin akan terkejut dengan rasa unik (seakan masam) dan manis serta aroma yang tidak sama dengan madu lebah. 
Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam manis. Kuantiti madu yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang kelulut memang biasanya sedikit atau jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan madu dari sarang lebah madu biasa. Madu kelulut disimpan didalam kantung kecil berbentuk bulat yang mana ia nerada daialm kotak super diatasnya jika diternak secara komerisial. Penutup kotak koloni kelulu perlu dibuka untuk disedut madu kelulut (Sila lihat foto disebelah).  Hasil kajian makmal dilaporkan dimana secara umumnya bahan utama dalam madu termasuk madu lebah adalah karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral dan juga bahan antioksidan serta bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural. Bagaimana pun bagi madu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa. Penulis blog diberitahu kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan dalam madu kelulut pula rendah (kira-kira 1.0 mg/kg). Kandungan bahan seperti asid fenolik iaitu sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Diantara ciri asid fenolik yang dijumpai dalam madu kelulut ialah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilic, asid protokatechuik dan asid p-koumarik. Kajian awal menunjukkan dimana bahan ini mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik. Dalam pada itu saintis mendapati dimana Asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko barah perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen). Bagi Asid fenilpropionik pula iaitu sejenis bahan utama madu kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan barah usus besar. Didakwa dimana bahan ini juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam plasma dan hati serta trigliserida dalam darah.

Pada peringkat awal madu kelulut memasukki pasaran sekitar 5 - 8 tahun dahulu penulis blog dapati masih r
amai kurang mengetaui akan kehebatan madu ini. Kebanyakkan pengguna mungkin sudah faham dan hanya mengetahui khasiat madu lebah iaitu ia baik daripada lebah madu yang  dipelihara (Apis mellifera atau Apis cerana) atau lebah madu liar (Lebah Tualang - Apis dorsata). Projek-projek penternakkan kelulut kelolaan Jabatan Pertanian dilaporkan berjaya untuk melahirkan ramai usahawan dimana bakan usahawan ini diberikan latihan dan bantuan input serta peralatan menternak keluut. Di beberapa negeri pula seperti di Terengganu mereka berjaya menubuhkan persatuan penternak kelukut dan ini membolehkan aktiviti penghasilan madu, kawalan kualiti dan aktiviti pemasaran dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Pihak FAMA juga sudah memasarkan madu lebah kelulut ini yang dibotolkan di bawah jenama Agromas untuk pasaran dalam dan luar negara. Madu kelulut yang diternak didalam hutan (seperti di Hutan Simpan Akasia di Sedeli, Kota Tinggi) yang penulis blog membuat tinjauan didapati ia mengandungi lima kali ganda lebih khasiat daripada madu keluut yang dipelihata di dusun. Ini disebabkan kepelbagaian sumber nektar yang diambil adalah dari pelbagai sumber tumbuhan. Kelulut memang akan mengambil sumber nektar daripada pelbagai flora di hutan yang mengandungi khasiat tinggi. Terkini pihak MAFI (Dulu MOA) dengan MARDI, Jabatan Pertanian dan pihak MOSTI melalui Jabatan Standards Malaysia telah membangunkan Malaysian Standards (MS 2683) Kelulut Honey Bee - Specification yang dilancarkan sempena HPPNK 2017 di MAEPS, Serdang pada 29 Oktober 2017. Piawaian ini akan menjadikan industri penternakan kelulut dan penghasilan madu kelulut sedang berkembang pesat di Malaysia dengan penglibatan ramai usahawan terutama kumpulan golongan muda.

Dilaporkan dimana m
adu kelulut terhasil oleh lebah kelulut iaitu sejenis lebah tanpa sengat yang boleh ditemui di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Dikatakan juga bahawa terdapat kira-kira 500 spesies lebah kelulut di seluruh dunia. Lebah lelulut yang juga dipanggil 'stingless bee' adalah berfungsi sebagai ejen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesies buah-buahan, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan tanaman lain (Sila lihat foto disebelah). Lebah kelulut ini menyimpan madu yang terhasil dalam tempayan-tempayan kecil. Madu yang terhasil adalah berwarna putih dan rasa lebih masam berbanding madu yang dihasil oleh lebah lain. Walaupun masam madu ini merupakan madu yang mahal dan didakwa mempunyai permintaan yang tinggi kerana madu yang terhasil adalah sedikit dan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dikempen sebagai produk superfood Malaysia. Antara khasiat dari madu kelulut dimana madu ini mengandungi asik fenolik yang bermanfaat kepada manusia dan kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu biasa. Madu kelulut ialah salah satu jenis superfood yang paling berkesan dalam pencegahan jangkitan penyakit dan mempunyai komponen komposisi flavanoid dan finolik yang bersifat alkali dan menurunkan kadar keasidan dalam badan. Dilaporkan diantara kelebihan jenis madu yang unik ini dari aspek kesihatan ialah kemampuannya membunuh sel kanser kerana mengandungi asid p-coumaric iaitu sejenis bahan antikoksidan yang dipercai mampu mengurangkan pembentukan karsinogen nitrosamin yang selalunya dikaitkan sebagai punca penyakit kanser perut berlaku. Selain itu, madu ini juga mengandungi asi fenilproponik yang dapat mengurang keradangan kanser usus besar akibat pembentukan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2). Madu kelulut juga akan dapat mengurangkan kepedihan gastrik disebabkan komponen komposisi flavanoid dan finolik dalam madu kelulut dapat mengurangkan rasa pedih akibat kandungan asid tinggi dalam perut yang menghakis dinding perut bagi penghidap gastrik. Paling menarik juga didakwa dimana madu keluut mampu menghilangkan kepenatan disebabkan adanya komposisi gula semula jadi, mineral, vitamin, enzim dan asid amino dalam gula ini memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisma badan. Ia didakwa dapat mengawal kadar kolestrol kerana kandungan Asid fenilproponik dalam madu juga dapat membantu dalam pengawalan kadar kolestrol dalam plasma darah di samping trigliserida di dalam hati. Pembaca semua perlu dapatkan madu kelulut yang asi disahkan dengan piawaian MS 2683 bagi mendapatkan kepuasan khasiat yang sebenar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
MADU KELULUT... SUERFOOD MALAYSIA...
RASA MANIS... MASAM PUN BERGUNA...
PIAWAIAN MS 2683... MENJAMIN KUALITI...
WALAU PUN MAHAL...SEMUA MESTI BELI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...