Support My Blog

Wednesday, January 19, 2022

ROTI CANAI - KISAH MENARIK (Part 2)

ROTI CANAI
atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Terdapat beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenamam jenis dan laukpauk yang berbeza. Bagaimana pun pagi ini penulis blog sebelum menulis artikel ini sudah pekena (makan) roti canai Awang yang popular dengan harga dikenakan sebanyak RM75 untuk du orang (termahal pernah makan roti canai). Apa tidaknya sekeping roti kosong dijual dengan harga RM1.50 sekeping dan kari kepala ikan Jenahak RM60.00 sepinggan dan juga dua gelas minuman panas. Kedai ini merupakan antara kedai roti canai yang popular di Melaka semenjak penulis blog bujang lagi pada tahun 1980'an dan sudah 2 generasi dalam perniagaan. Makanan roti canai digemari oleh semua golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini sebagai "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usunya dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' iaitu artikel ke 6,829 saya kongsikan beberapa info dan kisah menarik mengenai roti canai untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Dalam media tempatan lain bertajuk 'Roti canai Shah Rukh Khan laku' dan menarik dikongsikan dalam artikel ini. Bagi Syaiful Afenddi menebar roti canai. dimana dilaporkan wajahnya agak mirip dengan aktor Bollywood Shah Rukh Khan agak menarik (Sila lihat foto disebelah). Kini dia sudah  mampu jual 400 hingga 500 keping roti canai berbanding sekitar 200 keping saja sehari sebelum kisah ini menjadi viral dalam sosmed dan media lain. Dia sebenarnya tidak menyangka roti canainaya mendapat sambutan hangat hingga tak menang tangan dibuatnya yang kini berusia mencecah 44 tahun. Sejak kisahnya sudah tular dengan gelaran Shah Rukh Khan (SRK) Temerloh kini dilaporkan dimana roti canai yang dihasilkannya laris bagai pisang goreng panas. Itu merupakan penangan populariti yang diterima oleh peniaga roti canai itu sejak foto yang diubahsuai mirip selebriti Bollywood itu tular di laman sosial iaitu lebih seminggu sebelumnya. Dakwanya memang lain macam penangan dan kini pelanggan siap cakap, roti SRK yang berniaga di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Malah pelanggannya bukan saja penduduk sekitar Temerloh akan tetapi ada juga yang datang dari jauh, semata mata nak merasa roti canai SRK. Dia lebih teruja apabila ada pelanggan dari dalam kereta lagi dah menjerit memanggil nama SRK kepadanya. Ada juga pelanggan yang datang dari luar Temerloh semata-mata mahu berswafoto dengannya. Dia berniaga di lokasi itu sejak 10 tahun lalu namun hasil dari berpengalaman menebar dan berniaga roti canai hampir 20 tahun. Dia menjual roti canai ini dengan harga RM 1 sekeping, selain menghasilkan roti telur dan bom di gerai yang hanya menawarkan jualan secara bawa pulang dan beroperasi setiap hari bermula 7 hingga 11 pagi. Sebenarnya ramai pelanggan yang mencadangkan supaya menukar nama gerai ini kepada Gerai SRK tetapi masih belum terfikir nak ubah, lagipun saya rasa macam tak layak pula. Wajah Syaiful Afenddi tular di media sosial selepas diubahsuai menggunakan aplikasi suntingan menjadi mirip Shah Rukh Khan dikongsi netizen. Dia kini sudah menerima ribuan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook termasuk dari Indonesia sehingga dia meminta maaf kerana gurauan bersama rakan-rakannya itu menjadi sensasi.

Dalam laporan kain di Cerating, Kuantan, Pahang dimana kisah 'Hebatnya awek roti canai beraksi!' juga menarik dikongsikan.  
Cherating: Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai golongan wanita terutama golongan 'gadis roti canai'. Jika dilihat fizikal dan usianya yang masih muda mungkin tiada siapa menjangka roti canai yang dihasilkan itu hasil air tangan Siti Nur Syakila Mohd Razali (18 tahun). Di sebalik wajah cantik dan ayu, remaja yang mesra dipanggil 'Isya' itu mampu menebar roti canai menggunakan hanya sebelah tangan (Sila lihat foto disebelah). Anak ketiga dari lima beradik itu berkata, dia mula belajar menguli dan menebar roti canai sejak berada di tingkatan dua. Sebelum ini dia hanya memerhati umi (ibu) menebar roti canai seterusnya mula mencuba sendiri dan saya tak sangka terus menjadi. Dia juga selalu menolong umi di kedai makan kami (Warung Asnaf Kak Lah Cherating) setiap pagi untuk menebar roti canai. Jadi secara tidak langsung dia mula mahir dan mampu menebar roti canai menggunakan sebelah tangan yang mana hanya mengambil masa 30 saat untuk menyiapkan tebaran roti canai itu. Kisah Isya itu mendapat perhatian selepas perkongsian video di TikTok yang menunjukkan kemahiran menebar roti canai dengan hanya sebelah tangan. Dia tidak menyangka video yang dikongsi itu menerima sambutan orang ramai dan rata-rata meninggalkan komen positif terhadap kelebihannya itu. Dia asalnya saja-saja kongsi video itu dan tidak sangka maklum balas diterima begitu banyak dan syukur semuanya memberi pujian. Dalam keluarga sebenarnya bukan saya sahaja yang mahir menebar roti canai, malah umi dan keluarga sebelah umi semua pandai tebar roti canai. Mungkin bakat saya ada ini datang daripada umi dan tebar dengan menggunakan sebelah tangan ini pula saya baru saja mahir sebenarnya, lebih kurang dalam tiga minggu ini. Sebaiknya untuk mahir saya sering berlatih menebar sebelah tangan dengan menggunakan kain kemudian baru saya cuba pada roti canai. Dia akan terus meningkatkan kemahiran menebar roti canai dan pada masa ini dia sedang berlatih untuk menebar roti canai 'terbang'. Dia kini masih belajar untuk buat roti 'terbang' dan saya juga akan berkongsi lebih banyak video menebar roti canai selepas ini dan bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya.

Kisah berlainan ddari Alor Setar, Kedah bertajuk 'KPDNHEP harap pembeli roti canai RM4 tampil bersama resit' boleh dijadikan tauladan. Dilaporkan dimana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah meminta pelanggan roti canai kosong RM4 sekeping yang didakwa di Langkawi tampil membuat aduan secara rasmi berserta resit untuk memudahkan siasatan dilakukan. Pengarahnya, Rae Morn Verak laporkan dimana pihaknya sudah menghantar pegawai KPDNHEP Langkawi untuk membuat pemeriksaan namun hasil siasatan mendapati tiada premis yang menjual roti canai dengan harga RM4 sekeping seperti yang ditularkan itu. KPDNHEP kini sudah menghubungi pihak Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu yang dibangkitkan mereka. KPDNHEP juga juga sudah menggerakkan seramai 172 pegawai penguat kuasa di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan ke atas harga makanan dan barangan di Kedah dan melakukan pemeriksaan Op Menu di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar.  Mereka turut menasihatkan peniaga makanan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi dan mengambil keuntungan secara tidak munasabah bagi mengelak pengguna terbeban. Penguatkuasaan akan jalankan siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya didapati ada peniaga yang menaikkan harga yang tinggi ketika pemeriksaan dilakukan. Terdahulu beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima 100 aduan berkaitan makanan mahal di Kedah. Menurut Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff diman ada aduan termasuk harga sekeping roti canai RM4 yang dijual di Langkawi kira-kira dua minggu (Disember 2021). Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca bersama. Semuga artikel bersiri ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
ROTI CANAI... SAMA ROTI PRATA....
PELBAGAI GELARAN... IKUT NAMA...
ROTI CANAI KOSONG... ASASNYA....
KISAH MENARIK... DI ARTIKEL SAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAkhir 1443H).
Peminat makanan roti canai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...