Support My Blog

Saturday, November 2, 2019

KG NAHABA - AGRO ECO-TOURSIM

KAMPUNG NAHABA di Daerah Kota Belud Sabah adalah satu lokasi yang menggbungkan antara aktiviti pertsnisn dengan agrotourism dan ecotourism sesuai untuk dikunjungi. Penulis blog berkesempatan ke lokasi ini dimana ia adalah sebahagian daripada lawatan teknikal J/kuasa Penyiasatan Padi Kebangsaan melibatkan aktiviti berkaitan dengan penghasilan padi negara termasuk tanaman padi jenis beras warna di Sabah. Penanaman padi sama ada padi sawah atau padi bukit di Sabah memang telah dilakukan semenjak lama dahulu sebagai aktiviti  pertanian untuk sara diri. Sawak di kampong ini ditanam sekali setahun menggunakan varieti padi jenis lama yang berhasil dalam tempoh masa 6 bulan penanaman. Jenis padi ini lebih tahan daripada serangan serangga perosak dan penyakit walau pun hasilnya rendah iaitu sekitar purata 2.5 metrik tan sehektar berbanding dengan purata penghasilan padi negara sebanyak 4.9 metrik tan sehektar pada luar musim 2019. Disabah terdapat lebih daripada 850 varieti padi unik (speciality rice) atau beras warna atau beras aromatik yang telah direkodkan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI dimana kebanyakan varieti ini adalah daripada jenis padi yang ditanam untuk jangkamasa sehingga 6 bulan penanaman. Kampung Nahaba ini dihuni oleh kaum Kadazan Dusun yang memang mempunyai banyak kelebihan dan ilmu didalam penanaman padi. Mereka mengamalkan amalan pengurusan agronomis sejak turun temurun dimana penanaman padi merupakan aktiviti utama penduduk kampung selain daripada aktiviti menternak ikan, memelihara lembu atau kuda dan juga menanam tanaman makanan lain seperti tanaman umbisi dan sayuran. Artikel malam ini dari hotel klagan saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai kunjungan penulis ke kampung Nahaba sebagi kampung pertanian dan agrotourism yang menarik untuk bacaan anda semua. 


Kedudukan sawah padi di kampung ini berada dikiri dan kanan sungai utama membolehkan sawah mendapat air yang sentiasa mengalir disepanjang masa. Petak-petak sawah dibentuk mengikut kontour daripada yang tinggi kepada yang rendah dimana batas dibuat secara manual menggunakan cangkul. Walau pun kini telah ada perkhidmatan trektor pembaja disgunakan akan tetapi teknik membajak menggunakan bajak ditarik kerbau masih juga dilakukan dikawasan terpencil yang bajak sawah tidak boleh masuk. Trekter ini akan hanya menyerebangi sungai apabila air surut untuk ke plot sawah diseberang sungai. Ban atau batas sawah akan diperbaiki setiap kali kerja-kerja asas penyediaan sawah dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Keluasasn satu petak sawah berbeza daripada yang saiz amat kecil, sederhana atau pun besar sedikit tetapi biasanya kurang dari setengah ekar satu petak. Sempada  sawah lazimnya ditanda dengan adanya sigai (pondok) ditengah sawah pengusahanya atau pun pemiliknya. Sawah disini bagaimana pun mampu menanam padi warna sua kali setahun apabila kemudahan taliair dan pembajakan trekter ini sudah disediakan.


Penanaman padi warna organik di kampumg Nahaba ini merupakan satu rutin tahunan bagi masyarakat tempatan. Mereka yang menanam padi mengikut jadual penanaman yang disediakan dimana semasa lawatan mereka sedang membuat kerja-kerja iaitu penyediaan tanah seperti membajak tanah, menyediakan ban dan juga membuat tapak semaian padi. Penanaman menggunakan teknik mencedong dimana anak benih padi akan ditanam dengan jarak 60 cm antara barisan menggunakan teknik tradisional penanaman. Mereka ada yang melalukan penanam secara individu atau pun secara gotong royong bersama keluarga atau penduduk kampong yang lain. Penulis blog dapati kerja menyediakan tanah disusun mengikut jadual penanaman padi sehingga kerja penanaman dapat dilakukan. Teknik menanam padi dengan mencedong merupakan pendekatan terbaik terutama bagi padi jenis ini dimana kerja-kerja mengawal rumpai dengan melandak mudah dilakuan diantara barisan padi. Apabila tanaman padi tumbuh maka pembajaan dibuat dengan menggunakan baja organik buatan sendiri. Padi organik ini akan dituai dalam masa 6 bulan dimana hasil tuaian padi ini akan dikeringkan dann kemudian disimpan dalam bekas khas untuk digunakan atau ada petani yang menjualnya. Terdapat sebuah kilang memproses padi di Kampung Nahaba yang mengambil upah memproses beras warna dan seterusnya memasarkannya.


Kampung Nahaba mempunyai sebuah sungai yang lebar sungainya diantara 100 - 150 kaki dimana air jernih mengalir dicelah-celah batu yang sangat jernih. Didalam air ini terdapat banyak ikan kelah yang ditagal dan beberapa jenis ikan lain yang pantas bergerak dan dapat dilihat dari tebing dan jambatan gantung dengan jelas. Memang amat seronok memberi makan ikan apabila banyak ikan ini datang berhanpiran pengunjung dan  mengigit kaki. Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan beberapa buah pondok dan chalet serta serai makanan dan minuman. Biasanya pada hujung minggu dan cuti sekolah ramai pengunjung datang ke lokasi ini dengan sedikit bayaran masuk dikenakan. Mereka akan mandi sungai dimana biasanya ia adalah cetek dan airnya sejuk dan amat menyeronokkan (Sila lihat foto disebelah). Pengunjung akan mandi dan berenang serta bermain bola air selama mereka mahu sehingga puas. Faktur keselamatan amat penting dimana semua pengunjung dimestikan menggunakan pelampong jika mereka tidak pandai berenang. Walau pun pernah dilaporkan ada kanak-kanak dan murid politeknik lemas di kawasan ini akan tetapi ia tidak menjauhkan ramai pengunjung datang ke kg ini untuk beriadah.


Kampung Nahaba merupakan satu tapak perkelahan dan perkhemahan yang popular selain daripada banyak tapak-tapak lain disepanjang sungai ini. Ia memang antara lokasi perkelahan yang semakin popular dan sering mendapat tarikan pelancong pada hujung minggu di Kota Belud ini. Kampung Nahaba ini terletaK hanya lebih kurang 13km dari Bandar Kota Belud dimana sebenarnya penulis blog dibawa balik melalui sebuah kem tentera iaitu Kem Paradise.  Kem ini mempunyai kawasan latihan tentera yang luas dan juga sebuah lapangan terbang kecil. Disekeliling kem dilaporkan majoriti penduduk di sini beragama Islam. Bagaimana pun antara kemudahan disediakan di kampung  Nahaba adalah ada beberapa struktur merupakan pondok atau surau yang dibina khusus buat muslim menunaikan solat ketika berkelah. Kedudukan bangunan untuk solat ini dilihat dibahagian hujung selepas kaunter pendaftaran dan sesuai bagi kaum lelaki dan wanita dalam rumah pondok yang berbeza. Selain itu telah disediakan juga banyak pondok-pondok kayu beratapkan nipah dibina untuk mereka yang datang berkeluarga dan membawa makanan . Kebersihan adalah menjadi faktur penting dijaga di tapak perkhemahan ini dimana tong-tong sampah di beberapa lokasi. Kebanyakkan lokasi pelancongan yang wujud disepanjang sungai dan juga umumnya di negeri Sabah ini akan diusahakan oleh koperasi penduduk kampung bagi meningkatkan sumber ekonomi selain pertanian.  Memang keindahan sungai, air, sawah padi, ikan dan kesegaran udara disini amat bermakna dimana kita perlu menghargai alam ciptaan Allah. Memang mudah untuk berkunjung kesini dimana bila keenderaan sampai kesini bertujuan untuk mandi dan main air kena parking kereta di atas dan turun berjalan kaki ketepi sungai dengan mudah. Pada hari minggu banyak buah-buahan seperti nanas, pisang dan sebagai nya dijual selain daripada makanan ringan untuk mengisi perut. Memang berbaloi dapat berkunjung ke Kampung Nahaba kali ini. Semuga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!... 
JAUH DI KOTA BELUD...KE KG NAHABA...
KAWASAN RIADAH... BERMANDI MANDA...
SAWAHNYA LUAS... TANAM PADI WARNA...
PRODUK ORGANIK... KUALITINYA DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 906, Klagan Hotel,
Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.
(28 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...