Support My Blog

Sunday, March 10, 2019

KELAPA MATAG - TULEN DAN ADA TERTIPU

KELAPA MATAG (Cocos nucifera L) merupakan satu varieti kelapa hibrid yang sangat populat di Malaysia kerana potensi hasilnya yang sangat baik. Rata-rata apabila ada yang ingin menanam kelapa meraka hanya hendak menanam kelapa Matag sahaja sedangkan ada sebahagian mereka ini tidak berapa tahu bagaimana status benih kelapa Matag ini sama ada ia benih tulin atau benih kelapa matag F2 atau kelapa jenis lain yang didakwa sebagai kelapa Matag. Ramai petani dan dikalangan orang awam yang cuba mendapatkan benih kelapa matag daripada pembekal nurseri atau semasa ada pameran pertanian dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab. Benih Kelapa Matag adalah Kacukan daripada induk betina Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) atau Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan debunga dari pokok Kelapa Tinggi Tagnanan dengan kaedah sistematik. Proses ini mengambil masa 18 bulan untuk menghasilkan sebiji kelapa hibrid dimana 12 bulan untuk pendebungaan dan buah matang dan 6 bulan ditapak semaian. Peratus kejayaan untuk menjadi benih kelapa Matag F1 tulin bergantung kepada banyak faktur seperti cuaca, kemahiran pendebunga dan sebagainya. Ramai petani termasuk penduduk kampung dan pinggir bandar tertarik dengan kelapa MATAG kerana walaupun pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Apa pun anda jangan terkejut jika pokok kelapa MATAG yang ditanam tidak berbuah malahan jika berbuah pun  hasilnya tidak mempunyai ciri sebagai Kelapa Matag. Ini kerana ia  mungkin disebabkan pokok kelapa itu ditanam menggunakan anak benih diambil daripada buah pokok kelapa MATAG yang dicambahkan dan ini sebenarnya anda telah membeli dan menanam benih kelapa Matag tidak tulen atau dalam istilah saintifiknya dipanggil Generasi Matag F2. Generasi F2 tidak mempunyai ciri-ciri kualiti dan kelebihan seperti kelapa MATAG jika dijadikan anak benih. Ini kerana kelapa MATAG sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan melalui kacukan dua induk kelapa berbeza iaitu Tagnanan sebagai induk jantan dengan Malayan Red Dwaft (MRD) atau Malayan Yellow Dwaft (MYD) sebagai induk betina. Nama ‘MATAG’ pula singkatan gabungan antara ‘MA’ (Malayan) dan ‘TAG’ (Tagnanan) bagi menggambarkan kelapa hibrid hasil kacukan dua varieti berbeza. Kelapa hibrid MATAG mempunyai gabungan ciri baik dan kelebihan yang diwarisi kedua-dua induknya iaitu buah yang besar daripada Tagnanan dan pokok rendah, cepat berbuah serta lebat daripada MRD atau MYD. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1. Artikel  subuh ini dari Labuan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai benih kelapa Matag Tulis dan kes-kes pembeli tertipu dengan benih matag yang dijual dipasaran untuk rujukkan anda.

Apabila dilakukan pendedahan berikutan Jabatan Pertanian menerima banyak laporan daripada petani yang membeli dan menanam kelapa MATAG menggunakan benih Generasi F2 yang dijual pembekal benih sama ada nurseri atau jualan secara dalam talian (online) maka kempen kesedaran (awareness) perlu dilakukan. Keadaan ini berlaku akibat kekurangan pengetahuan mengenai benih hibrid dalam kalangan orang ramai menyebabkan mereka mudah ditipu. Apa yang lebih malang apabila segelintir penjual mengambil kesempatan terhadap kekurangan pengetahuan petani dengan mendakwa anak benih kelapa MATAG Generasi F2 sebagai anak benih MATAG tulen atau Generasi F1. Dalan perkara ini penulis blog yang pakar dalan tanaman kelapa dapati kerajaan melalui Jabatan Pertanian memang tidak mahu masyarakat ‘tertipu’ dengan anak benih pokok MATAG tidak tulen. Anak benih kelapa MATAG tulen hanya dikawal dan dikeluarkan Jabatan Pertanian melalui ladang benih kelapa di Pusat Pertanian Pagoh, Johor dan Pusat Pertanian Lekir, Perak. Selain itu Jabatan Pertanian Sabah dan juga Jabatan Pertanian Sarawak juga mengeluarkan benih kelapa hibrid MATAG iaitu masing-masing di Stesen Kelapa Menumbok dan Pusat Pertanian Tarat. Prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG disediakan bertujuan menyeragamkan proses pengeluaran anak benih kelapa di setiap ladang benih dan tapak semaian. Ia bagi menjamin ketulenan benih kelapa hibrid MATAG yang dikeluarkan Jabatan Pertanian mampu memberikan kesan hasil kelapa dengan optima. Pengeluaran anak benih kelapa hibrid MATAG antara aktiviti di bawah Projek Pengeluaran Benih Tanaman dalam rancangan lima tahun sejak Rancangan Malaysia. 

Aktiviti pengeluaran anak benih MATAG bertujuan membekalkan benih berhasil tinggi kepada peserta projek penanaman semula dan pemulihan kelapa. Aktiviti pengeluaran benih membabitkan kerja penanaman pokok induk baru, kerja pendebungaan untuk pengeluaran kelapa hibrid serta penyemaian benih hibrid MATAG di tapak semaian. Kebun benih yang dipilih hendaklah berdekatan sumber air untuk pengairan kerana ia antara faktor penting dalam menjayakan kebun benih kelapa. Apa yang penting adalah pemilihan pokok induk yang baik penting kerana ia menentukan penghasilan benih berkualiti. Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam. Pokok induk mestilah daripada pokok berhasil tinggi dan mengeluarkan buah seragam sepanjang tahun. Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti. Kerja-kerja pendebungaan bermula dengan pemilihan bunga betina matang dan boleh dikenalpasti apabila hujung stigmanya terbuka dan mengeluarkan cairan jernih. Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang. Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam. Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia empat hingga 12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman. Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan). Sebenarnya proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya satu tahun empat bulan. Setiap proses memerlukan penelitian rapi bagi menepati ciri-ciri pokok, buah dan anak benih berkualiti dapat dihasilkan.  Prosedur yang ditetapkan ini boleh menjamin pengeluaran benih yang boleh menghasilkan pokok kelapa hibrid MATAG yang produktif bagi memenuhi permintaan pasaran sama ada untuk kegunaan segar atau produk hiliran berasaskan kelapa. Pokok kelapa MATAG daripada anak benih yang dikeluarkan mengikut prosedur ini berpotensi menghasilkan buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun. Kelapa hibrid MATAG boleh memberikan hasil buah kelapa yang banyak dalam jangka panjang dengan saiz lebih besar dan popular dalam kalangan pengguna domestik selain dapat menghasilkan kelapa muda, jeli kelapa, dijual muda untuk air dan tua untuk santan. Orang ramai perlu mendapatkan bekalan anak benih hibrid MATAG tulen daripada pembekal sah seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak serta pihak swasta iaitu United Plantation Berhad (UPB) dan National Land Finance Cooperatives Society (NLFCS) sahaja.

Dalam laporan akhbar tempatan bertajuk "Pekebun tertipu beli benih kelapa Matag" dari Kuantan sesuai dijadikan bahan perbincangan. Terdapat penjual yang menawarkan  harga murah benih kelapa Matag yang didakwa tulen iaitu dijual di antara RM25 - RM30 sepokok, menyebabkan ramai pekebun kelapa di negeri ini tertipu apabila mendapat bekalan benih kelapa mataq yang tidak tulin. Kenyataan dari jabatan Pertanian Pahang nyatakan harga runcit semasa benih kelapa Matag ialah antara RM65 - RM70 sepokok dan bekalannya tidak mencukupi. Kini dimaklumkan hanya ada beberapa ladang di negara ini mampu membekalkan benih kelapa mataq tulin dan tempahan terpaksa dibuat yang mengambil mangsa menunggu dua hingga lima tahun. jabatan Pertanian belum dapat membekalkan benih kelapa Matag walaupun tanaman pokok Matag Dewasa F1 ada diusahakan di Pusat Pertanian Bukit Goh. bagaimana pun buahnya tidak boleh digunakan sebagai benih Matag kerana ia adalah Generasi F2. Pusat ini hanta bertanggungjawab untuk menghasilkan benih pokok buah-buahan terutamanya Nangka J33 atau Nangka Tekam Yellow. Jabatan Pertanian nasihatkan individu atau petani yang bercadang untuk mereka mengusahakan tanaman kelapa Matag secara komersial supaya mendapatkan nasihat daripada pegawai jabatan sebelum memulakannya. Selain harga benih yang agak mahal, bekalan yang terhad juga perlu diberi perhatian oleh pihak terbabit. Pusat Pembiakan Kelapa di Kompleks Pertanian Inderapura seluas 35 hektar apabila siap kelak, mampu menghasilkan 40,000 benih kelapa Matag setahun. Dijangka projek terbesar itu hanya akan mengeluarkan hasil pertama selepas lapan tahun kerana proses pembiakan kelapa mataq di situ, menggunakan kaedah pendebungaan yang dilakukan manusia. Bagi menghasilkan benih kelapa mataq yang tulin, proses pendebungaan perlu dibuat terhadap pokok oleh mereka yang mahir. Bagaimanapun tidak semua proses itu berjaya 100 peratus. Dipercayai pusat pembiakan kelapa Matag ini mampu memenuhi permintaan benihnya kelapa matag yang kini terlalu sedikit hingga tidak dapat memenuhi permintaan. Kadar permintaan terhadap kelapa mataq di negara ini begitu menggalakkan bagi penghasilan pelbagai produk makanan selain air yang manis sesuai di minum. Semuga artikel mengenai isu benih kelapa Matag dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
KELAPA MATAG... DIMANA BENIHNYA...
BENIH HIBRID F1... PENTING KENALNYA...
JABATAN PERTANIAN... PEMBEKAL UTAMA...
ELAK MEMBELI... DARI PENJUAL SWASTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 544, Suite Room,
Hotel Lazenda, Lazenda Centre,
Jalan OKK Abdullah,
WP Labuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...