Support My Blog

Saturday, March 2, 2019

NILAI PERMAKANAN SIPUT GONDANG EMAS

ADAKAH SIPUT GONDANG EMAS (SGE) mempunyai nilai permakanan yang boleh di komersilkan?. Pada penulis blog mendapati dimana Siput Gondang (Pomacea spp.) adalah merupakan sejenis makhluk perosak invasif yang kini telah mendatangkan kerosakan serius kepada penanam padi di Malaysia. Siput yang berasal dari Amerika Selatan ini telah dibawa masuk ke negara ini sekitar awal tahun 1990-an yang mana diluluskan oleh Jabatan Perikanan oleh pengusaha untuk dijadikan satu jenis makanan eksotik di restoren. Apa pun ia telah terlepas kekawasan tanaman padi dimana siput gondang menyerang tsnsmsn psdi dengan teruk kesannya. Siput ini yang mampu membiak dengan capat merupakan ancaman serius kepada industri tanaman padi di negara kita. SGE lazimnya akan menyerang anak padi yang baru sahaja bercambah sehingga anak padi berumur lebih kurang 40 hari (Sila lihat foto diatas). Selepas tempoh kritikal ini, siput gondang tidak lagi memudaratkan tanaman padi. Aras kerosakan bergantung kepada bilangan dan saiz siput yang menyerang. Kehadiran seekor siput bagi setiap meter persegi akan mengakibatkan 20% kerosakan sementara pada kepadatan lima ekor siput setiap meter persegi akan mengakibatkan 90% kerosakan. Kos kawalan yang terpaksa ditanggung oleh petani dianggarkan sekitar RM560/ha dan ia meningkat mengikut kadar serangan dan tahun berlaku mendatang. Analisa penulis blog berdasarkan kepada harga padi semasa iaitu RM1,500/mt dan purata hasil 4 mt/ha, maka kerugian ekonomi yang ditanggung oleh petani jika kawalan tidak dilaksanakan ialah RM1,200 dan RM5,400 sehektar masing-masing pada kepadatan siput gondang seekor dan lima ekor per meter persegi. Siput gondang telah dapat menyesuaikan diri di Malaysia kerana terdapatnya persekitaran yang dapat menampung kehidupannya dengan mampu membiak sepanjang tahun, tiada musuh semula jadi selain berupaya membiak dengan banyak dan cepat. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi berkaitan khasiat dan nutrisi siput gondang hasil kajian dimana apakah sebenarnya kandungan pemakanan siput gondang (Nutritional composition of the apple snail). 


Siput ini boleh bertelur sehingga 8,000 biji telur setahun. Lebih daripada 90% telur yang dihasilkan akan menetas dan membesar dengan kadar cepat. Siput gondang boleh hidup lebih daripada 3 tahun dan mula bertelur 2 bulan selepas telur menetas. Dalam keadaan kering atau basah (Sila lihat foto disebelah). Siput gondang merosakan tanaman padi akibat serangan dengan memakan tumbuhan tersebut sebagai puncanya. Telur siput gondang walau pun keluar dalam musim kemarau dapat berlindung di dalam tanah untuk jangka masa lebih daripada 5 bulan dan akan kembali aktif apabila terdedah kepada air semula. Terdapat 4 kaedah utama bagi kawalan bergantung kepada populasi, musim tanaman, modal, kesesuaian masa dan faktor lain. Biasanya antara kaedah digunakan untuk mengawal siput gondang seperti menggunakan racun perosak (sama ada bahan yang berasaskan kepada bahan kimia atau biologi), mengumpan, memasang perangkap atau jaring, pelepasan itik ke sawah dan modifikasi habitat dengan menyediakan parit di keliling sawah. Penggunaan racun perosak adalah tidak digalakkan terutamanya racun tidak berdaftar kerana tidak bersifat mesra alam dan boleh memberi impak negatif kepada alam persekitaran dan organisma bukan sasaran. Penggunaannya kadangkala tidak dapat dielakkan bagi menjamin kerosakan tanaman padi dapat diminimumkan. Namun begitu ada pesawah yang memilih racun yang berdaftar sahaja dan menggunakannya secara wajar. Bagi mendapatkan kawalan yang berkesan dan menyeluruh aplikasi kesemua kaedah pengurusan perosak yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara bersepadu. 

Apakan dia potensi siput gondang untuk dijadikan sebagai makanan berkhasiat?. Bolehkah siput gondang ini dijadikan sumber makanan?. Di Malaysia memang ada terdapat sejenis siput gondang tempatan (Pila ampulacea) yang dimakan sebagai ubat untuk merawat penyakit tulang patah, sakit belakang dan najis berdarah. Besar kemungkinan spesies siput gondang eksotik seperti Pomacea spp. ini juga ada mempunyai khasiat yang sama. Penternakan siput gondang secara kormersial pernah dicadangkan akan tetapi tidak mendapat kelulusan Jabatan Pertanian kerana dikhuatiri terlepas ke kawasan sawah. Selain Malaysia dilaporan di beberapa negara lain turut berusaha memanfaatkan haiwan perosak ini. Petani di Laos contohnya menggunakan SGE sebagai makanan (85%), makanan ternakan (14%) atau baja bio cecair (1%) manakala campuran siput gondang, dedak padi dan ”molasses” dijadikan silaj untuk makanan babi. Di Filipina pula spesis siput gondang digunakan sebagai sumber makanan manusia. Manakala di Indonesia digunakan sebagai makanan ikan keli dan itik. Bahkan penduduk di Kawasan Banyuasin, Sumatera Selatan telah menjadikan cangkerang siput ini sebagai bahan kraftangan untuk jualan. Di Thailand pula siput ini popular sebagai makanan itik dan dijadikan baja cairan untuk pelbagai jenis tanaman. Siput gondang turut didapati sesuai dijadikan makanan udang, selain berpotensi digunakan sebagai pengganti mil ikan untuk makanan akuakultur. Di Malaysia penggunaan siput gondang sebagai makanan tambahan ayam kampung menyumbang kepada sumber protein dan kalsium. Kajian menunjukkan ayam kampung yang diberi makan siput gondang berupaya menghasilkan telur dengan telur merah yang berkualiti di samping kulit telur yang lebih cantik dan bentuk yang seragam. Kajian tersebut juga mendapati pengeluaran telur ayam kampung lebih konsisten dan berterusan. 

Jadual 3 diatas menunjukkan kandungan Asid Amino bagi setiap 100 gram bahan yang boleh dimakan Siput Gondang (Pomacea caniculata)Kandungan pemakanan untuk siput gondang ini telah ditentukan melalui analisis proksimat. Siput gondang mempunyai kandungan protein kasar yang tinggi iaitu sekitar 15 - 26 g/100 g berasaskan berat basah. Data dapati kandungan protein siput gondang yang dikutip di kawasan tali air pula didapati lebih rendah berbanding siput dari segi kandungan protein yang terdapat di sawah. Ini juga menunjukkan bahawa habitat siput ini telah mempengaruhi kandungan proteinnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh perbezaan kualiti diet antara kedua-dua habitat tersebut. Walau bagaimanapun analisa menunjukkan dimana tahap kandungan protein siput ini lebih tinggi daripada yang terkandung dalam jagung dan kacang tanah. Kandungan lemak siput gondang didapati rendah iaitu antara 0.89 - 1.71 g/100 g berasaskan berat basah. Kandungan lemak yang rendah merupakan satu kebaikan apabila dijadikan makanan ternakan kerana lebih stabil dan adalah tidak mudah tengik. Kandungan abunya melebihi 60 g/100 g berasaskan berat basah yang menunjukkan ia kaya dengan mineral. Siput gondang juga mempunyai nilai kalori antara 1.129 - 1.582 kcal/kg. Kandungan kalsium dan fosforusnya didapati tinggi dan berpotensi untuk menjadi sumber makanan ternakan termasuk akuakultur. Haiwan ternakan memerlukan asid amino khususnya arginina, histidina, treonina, valina, lisina, isoleusina, leusina, fenilalanina dan triptofan. 

Kandungan nutrien untuk siput gondang yang dikaji dari beberapa lokasi berbeza ada ditunjukkan dalam Jadual 1 diatas. Siput gondang daripada 10 populasi terpilih telah dikutip daripada beberapa lokasi di Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah di daerah Kemubu (bawah pengurusan KADA) di Kelantan, Mukim Labu Kubong di Perak, daerah Kuala Muda (bawah pengurusan MADA) di Kedah dan di MARDI Seberang Perai  yang mengandungi kandungan pemakanan secara umum dan kandungan mineral. Penghasilan protein daripada siput gondang akan memberi peluang penggantian sumber protein yang diimport khususnya dari ikan dan dari kacang soya untuk makanan poultry dan akuakultur. Walaupun kandungan proteinnya lebih rendah daripada mil ikan (antara 57 - 77%). Sekurang-kurangnya siput gondang boleh menggantikan sebahagian daripada keperluan untuk sumber protein. Ketinggian kandungan kalsium, fosforus dan magnesium dalam siput gondang sekali gus dapat meningkatkan nilai pemakanan yang baik bagi keperluan ternakan dan juga untuk akuakultur. Dianggarkan kira-kira 120,000 tan makanan ikan diperlukan setiap tahun untuk makanan penternakan di Malaysia. Hampir 100,000 tan daripada keperluan ini terpaksa diimport. Penggunaan protein untuk akuakultur pada umumnya lebih tinggi daripada keperluan untuk ayam. Kadar penggunaannya dalam makanan bagi akuakultur adalah antara 10 - 45% jika dibandingkan dengan 5% dalam makanan ayami. Perkara ini bermakna siput gondang mempunyai potensi yang sangat cerah untuk digunakan dalam industri akuakultur tempatan. Sebelum perusahaan ini dapat dikembangkan secara komersial maka beberapa isu perlu diberi perhatian. 


Perkara ini termasuklah bagaimana untuk melaksanakan kaedah terbaik dalam cara mengumpul siput di sawah dan bagaimana untuk memastikan siput ini tidak dicemari dengan racun perosak yang boleh ianya memudaratkan hidupan lain. Sebagai satu langkah alternatif, penternakan siput gondang secara komersial mungkin boleh dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran bahan yang selamat dan dalam jumlah yang mencukupi bagi menampung keperluan pengeluaran proses (Sila lihat foto disebelah). Penternakan siput sebaiknya dilaksanakan di luar kawasan jelapang padi bagi mengelak pencemaran oleh racun perosak yang sering digunakan petani. Isu lain yang perlu diberi perhatian adalah kaedah pengeringan yang praktikal dan kos efektif. Kemudahan sistem pengeringan harus diwujudkan seandainya siput gondang hendak diproses menjadi makanan ayami atau akuakultur. Akhirnya sebagai kesimpulan Siput gondang (Pomacea spp.) adalah merupakan sejenis siput air tawar yang hidup di kawasan sawah padi di negara tropika. Ia adalah sejenis makhluk perosak yang kerap memberi masalah dalam sektor penanaman padi di negara ini. Serangan siput gondang terhadap anak padi telah menyebabkan kerugian yang serius dalam kalangan penanam padi. Walaupun begitu, siput ini sebenarnya turut mempunyai potensi untuk dijadikan makanan ternakan. Kandungan protein dan mineral yang tinggi menjadikan siput ini berpotensi untuk diproses menjadi sumber makanan kepada pelbagai jenis ternakan. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
SIPUT GONDANG.... CEPAT BIAKNYA...
MEROSAKKAN PADI... IA MERBAHAYA....
POTENSI MAKANAN... AYAM DICUBA...
KAJIAN LANJUT ... SEHINGGA BERJAYA...

By,
MA Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1440H). 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...