KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, March 29, 2010

Udang Galah Endau


Udang galah yang saya dapat di Sg Endau....jadilah daripada tak ada lesen...


Memancing udang galah di Sungai Endau,Mersing, Johor merupakan satu aktiviti riadah yang menjanjikan satu keseronokkan kepada peminat-peminat udang galah semulajadi. Penulis baru-baru ini mempunyai peluang untuk pergi memancing udang galah di Sungai Endau bersama rakan-rakan pejabat Negeri Johor diketuai oleh Sanusi. Kami telah mudik Sungai Endau yang bersempadan dengan Negeri Pahang kira-kira 25 minit dari jeti Kg Orang Asli Labong. Saya telah diberitahu oleh Hasan bahawa air laut mulai pasang dan kurang sesuai untuk memancing udang galah. Saya mengemudi bot kecil 5 kuasa kuda dengan Aris dan Rosdin dimana pengemudi bot adalah saya sendiri dibahagian belakang. Apabila tiba dikawasan tebing sungai terus mengikat tali bot kepohon. Kami terus melabohkan 3 pancing udang setelah memasang umpan cacing tanah. Joran dan kekili untuk memancing udang memang berlainan dengan peralatan untuk memancing ikan di sungai atau memancing dilaut. Saya membeli 3 set joran dan kekili memancing udang dari kedai pancing di Pekan Kahang dengan mata kail udang yang khas. Bagaimana pun mata pancing udang yang dibuat sendiri oleh Pak Abu didapati lebih sesuai dan mudah sangkut ketika dimakan udang galah. Artikel malam ini saya kemaskini entry lama dalam "Anim Agro Technology" aktiviti memancing udang galah di Sungai Endau, Mersing, Johor untuk dikongsi bersama.


Menurut jurupandu dan ketua penyelaras memancing kami iaitu Encik Hassan, waktu puncak untuk memancing udang galah sudah berlalu iaitu pada minggu kedua bulan Febuari (Musim Raya Cina). Kami hanya dapat ikut program memancing udang pada bulan April dimana 'Pesta memancing Udang Galah Sungai Endau' ia sudah pun berakhir tetapi tidak bermakna tidak boleh dapat udang galah. Katanya peluang untuk kami dapat kerseronokan memancing udang galah telah berlalu. Bagaimanapun kami terus mencuba menghulur joran udang ke sungai. Setelah hampir 1 jam menghulur joran, akhirnya saya hanya dapat 2 ekor udang galah sahaja manakala rakan satu sampan Rosdin dan Aris tidak dapat udang galah langsung (cuma dapat anak ikan sahaja). Rakan saya Sanusi bagaimana pun memang hebat 'mendremnya' dimana beliau dapat lebih daripada 15 ekor udang galah termasuk 1 ekor yang dikatakan 'Sepit Biru'.  

Setelah air masin dari laut pasang penuh tiada reaksi langsung daripada joran yang dihulurkan kedalam sungai. Memancing udang pada waktu begini memang memerlikan kesabaran dan penoh minat. Dalam aktiviti memancing udang galah pada bulan Januari lalu, saya mampu menaikan hampir 1.2 kilogram udang galah selapas 3 jam memancing udang di lokasi sama termasuk 3 ekor udang galah sepit biru. Akhirnya saya cuma dapat 2 ekor udang galah dan 5 ekor ikan baung ( 1 Okey juga dan 4 ekor anak ikan). Kumpulan Yusof dan Mazlan cuma dapat ikan sahaja iaitu 5 ekor anak baung (sila lihat foto sebelah). Ini merupakan pengalaman paling kurang baik kerana biasanya saya boleh mendapat antara 50 - 70 ekor udang galah pada tahun lepas kerana memang ada musim. Aktiviti memencing kali ini akan dicuba lagi lain kali...InsyAllah... 


Kini setelah menetap di Putrajaya, saya sudah lama tidak dapat untuk menjalankan aktiviti memencing udang galah seperti ketika bertugas di Johor dahulu. Semuanya tinggal kenangan dan yang tinggal adalah kepakaran atau skill untuk memancing udang galah yang melekat di dalam kepala. saya dapati aktiviti memancing udang galah, memburu ayam hutan, memancing di laut sekitar pulau-pulau di Mersing dahulu amat enjoy... ramai rakan-rakan telah pun pun bersara dari buat aktiviti dan bersara sebagai penjawat awam. Wasalam! 


Hasil udang galah Endau musim lepas...Lumayan!
UDANG GALAH...MUSIM TAK SALAH...
DAPAT 2 EKOR ...ALLAMDULLILAH...
TAHUN DEPAN ...DATANG MENCELAH...
SUNGAI ENDAU..... AKAN DI TELAAH..

By
M Anem

Senior Agronomist
Sungai Endau, Endau,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 15 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...