KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, August 11, 2009

PROJEK KHAS PAGOH,MUAR,JOHOR

Bangsal Cendawan di Kg Sg Raya, Pagoh yang di biayai Projek Pagoh.

Projek Khas Pertanian Pagoh, Muar

Projek Khas (PK) Pertanian Pagoh merupakan satu dari Lima Projek Khas di bawah Kementerian Pertanian Malaysia selain daripada PK Jeli, PK P. Pinang, PK Luar MADA dan PK Sik. Projek ini menjalankan aktiviti pertanian seperti Tanaman, Ternakan, Ternakair, Pengembangan, Industri AsasTani dan Pemasaran Produk. Kos Projek dari 2005 hingga 2009 bagi PK Pagoh bernilai RM 20 juta melibatkan Jabatan Pertanian, Jab. Perkhidmatan Verterinar, Jab Perikanan, FAMA, LPP, MARDI dan LPNM serta agensi sokongan lain. Peruntukkan dari Kementerian Pertanian ini di uruskan oleh satu Jawatankuasa Pemandu yang di pengerusikan oleh Menteri Pertanian Malaysia.
Urusetia JKuasa Teknikal memeriksa semua permohonan projek sebelum di sokong unt uk kelulusan. Skop Projek ditentukan oleh Kementerian termasuk kos untuk bahan input projek, Kos Infrastruktur, Kos Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Projek Cendawan Tiram antara kejayaan ketara dengan 20 projek dan kapasiti pengeluaran sebanyak 320 mt setahun selain daripada Projek IAT dengan pengeluaran RM 1.2 juta setahun. Projek Cendawan yang dihasilkan mendapat sokongan daripada satu Syaikat 'Anchor Company' iaitu C&C Mushroom iaitu yang membeli secara kontrak dengan harga RM4.00/kg. Ternakan Lembu Daging dan kambing bebiri di Padang ragut Lubok bakul dan Estet2 Sawit mempu mengeluarkan daging sekitar 102 mt sebulan. bagi prodk IAT telah di jenamakan "JAJAN"dan bagi produk segar telah dijenamakan "PAGOH FRESH" dimana banyak dipasarkan di sekitar Muar dan R & R Pagoh.



AO Muar beri taklimat
semasa pelancaran
PBU Pagoh oleh Menteri Pertanian


Pembinaan Kompleks PBU Pagoh bernilai RM 21 juta seluas 25 ekar mampu memberikan peluang untuk para Usahawan menjalani Latihan Keusahawanan pada tahun 2010. Kompleks ini juga mempunyai Bazaar Pemasaran FAMA serta Pusat pembungkusan FAMA dan Pusat Makmal IAT dan Makmal Cendawan, Rumah Kaca dan makmal Nenas. Komponen lain dalam PBU ialah Projek TKPM Fertigasi Pagoh (RM 1.5 juta) serta Projek 'Fishprotech" ikan burundi oleh LKIM bernilai RM 10 juta.

By
AO Muar
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...