Support My Blog

Thursday, January 6, 2022

BAGAIMANA KESAN BETIK DIMAKAN

BUAH BETIK (Carica papaya) atau juga dipanggil sebagai 'Papaya' atau 'gandul' merupakan salah satu jenis buah tropika dari keluarga Caricaceae yang popular ditanam dan dimakan. Tanaman betik pada tahun 2020 dilaporkan seluas 2,567 hektar dengan hasil sebanyak 61,782 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (984 ha) diikuti dengan Negeri Pahang (427 ha) dan Sabah (287 ha).  Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu ia juga merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4 bulan selepas ditanam. Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga bentuk dan saiz buah yang seragam. Selepas lebih kurang 8 - 9 bulan ditanam dimana pokok betik jenis ini sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok, hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di ladang. Tanaman betik dijalankan secara komersil oleh beberapa usahawantani untuk asaran domestik dan eksport semnata ada ramai yang menanam secara suka-suka dikawasan rumah untuk kegunaan sendiri. Pokok betik boleh menghasilkan bahagian yang boleh dimakan atau digunakan iaitu Buah Betik, Pucuk Betik, Papain (lateks betik) dan juga bahagian lainnya. Buah betik boleh dimakan segar apabila ia masak dan buah betik muda selalunya dibuat sayur. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bagaimana hasilan daripada tanaman betik dimakan atau digunakan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Buah betik merupakan salah satu buah kegemaran penulis blog terutama dari varieti Betik Eksotika dan Betik Subang. Ini kerana betik memberikan kepuasan memakannya dan memberikan kesan pencernaan yang terbaik. Buah betik juga ada yang dimakan masak dan ada yang dipetik muda untuk pelbagai kegunaan lain. Betih yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas dikenali sebagai 'Rojak Petis'. Buah betik yang cukup masak perlu dibuang kulitnya sebelum dibelah dua dan dihiris panjang sebelum dihidangkan dan dimakan. Pada penulis blog selalunya akan meletakannya didalam peti sejuk sebelum dimakan untuk menambahkan keenakannya. Betik muda juga sesuai dijadikan sayuran yang enak selain daripada ia diproses menjadi halwa betik (jeruk manis). Selain rasanya yang sedap dikalangan masyarakat tradisional Melayu dimana betik juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk. Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu seperti dijadikan bahan untik dipacakkan bunga manggar dicacak diatas buluh semasa perarakkan pengantin. Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas dan dipotong dengan menggunakan pisau tajam. Walau pun memang sehingga kini Betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu yang dimasukkan korek isis betik tersebut dengan mudah dan amat manis. Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa aiskrim dan puding. Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur yang sangat lazat seperti masakan arwah ibu penulis dhulu. Dalam pada itu lazimnya pucuk daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan. Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam dan mereka yang ada menghidapi malaria. Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat dengan bahan papain dilaporkan membentu melembutkan dging tersebut. Satu jenis keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari getah buch yang hijau muda. Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum. Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang (tanning hides) juga dilaporkan ada yang masin mereka menggunakan papain.

Beberapa cara makan b
etik sangat berkait dengan semasa pembaca memilih atau memakan betik dimana disyorkan membeli atau mencari buah betik yang segar dengan kulit oren yang berwarna merah yang sentuhan lembut. Proses menyediakan hidangan betik hanya perlu dipotong seperti melon, buangkan bijinya serta kulitnya dan siap untuk nikmatinya. Buah ini sebenarnya boleh diproses untuk menjadi banyak resepi. Selain dimakan segar apa yang penulis bloh tahu dimana betik boleh juga dipertimbangkan bagi menyediakan hidangan Salad buah tropika dengan bahan capuran seperti betik, nanas, dan mangga segar. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mencampurkan betik ke dalam segelas lemon, teh ais, atau air untuk pecahan rasa buah segar. Bara membuat Salsa untuk terus segar dengan betik, mangga sebaiknya bahan seperti Jalapeno, lada merah, dan lada cipotle sesuai untuk digunakan juga sebagai topping untuk ikan taco. Boleh juga ditambah beberapa keping betik beku untuk smoothies. Dalam pada itu betik boleh digabungkan dengan jus nanas, pisang beku dan yoghurt. Nilai nutrisi yang terdapat dalam buah ini dianggap mempunyai pelbagai faedah kesihatan. Ia boleh membantu melindungi daripada beberapa keadaan kesihatan. Antaranya termasuk betik akan menggalakkan pencernaan yang betul disebabkan sebatian enzim tertentu buah ini boleh membantu tubuh memecah dan menggunakan protein dengan betul. Bahan papain pula dilaporkan membantu memecahkan ikatan antara asid amino. Asid amino adalah blok bangunan protein. Papain adalah sama dengan jenis enzim lain yang dibuat di pankreas yang membantu tubuh mencerna daging, tetapi tidak seperti enzim lain dimana ia boleh berfungsi walaupun tanpa kehadiran asid. Disebabkan  kemampuannya untuk memecahkan asid amino maka enzim betik ini dapat membantu orang yang bergelut dengan asid perut yang rendah yang mungkin tidak dapat bertoleransi untuk memakan daging jenis tertentu. Ia juga boleh menggalakkan penyerapan protein kepada mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang lain. Memakan buah betik juga boleh membantu dalam mencegah sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat menambah cecair ke dalam najis dan memudahkan perkumuhan keluar dari tubuh. Sebenarnya terdapat beberapa kajian ditahun 2012 yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology mendapati bahawa peningkatan didalam pengambilan serat adalah berkesan meningkatkan kekerapan tisu pada orang yang mengalami sembelit.

Amalan memakan buah betik didakwa memberikan kesan kelegaan kepada kes keradangan. Secara ilmiahnya dimana kejadian k
eradangan adalah tindak balas imuniti semula jadi yang direka untuk menangkis penceroboh asing dan melindungi daripada penyakit dan jangkitan kuman atau virus. Walau bagaimanapun lazimnya kes keradangan kronik adalah punca kebanyakan penyakit. Ia dipercayai menyumbang kepada keadaan yang serius seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan banyak lagi. Dalam satu laporan kajian pada tahun 2011 yang telah diterbitkan dalam jurnal Molecular Nutrition and Food Research mendapati penanda keradangan menurun apabila subjek ujian diberikan betik. Saintis mendapati makan betik didakwa boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan simptom bagi orang yang mempunyai keadaan tertentu seperti kes artritis reumatoid. Walau bagaimanapun kajian ini perlu diulanglagi secara klinikal dan kajian lanjut diperlukan. Bahan papain juga telah ditunjukkan untuk membantu mengurangkan keradangan pada orang yang mempunyai penyakit seperti asma atau artritis. Perkara ini bukan sahaja dapat menurunkan tahap keradangan dan memperlambat perkembangan penyakit kronik akan tetapi juga dapat membantu mengatasi tanda-tanda penuaan secara semula jadi. Makan buah betik kesannya adalah sesuatu yang baik sebagai penguat darah untuk membantu orang yang mempunyai keadaan perubatan yang disebut trombositopenia atau platelet darah yang rendah. Perkara ini adalah keadaan perubatan yang agak berbahaya yang boleh mengurangkan keupayaan tubuh untuk membentuk bekuan darah dan berpotensi membawa kepada pendarahan dalaman. Dalam laporan kajian haiwan dari Malaysia yang dijalankan pada tikus mendapati bahawa ekstrak daun betik yang diberikan mempunyai platelet yang jauh lebih tinggi dan bilangan sel darah merah selepas 72 jam berbanding dengan kumpulan kawalan. Walaupun lebih banyak kajian masih diperlukan, penyelidik percaya bahawa ekstrak pepaya akhirnya boleh digunakan sebagai rawatan bagi orang-orang yang mengalami masalah darah dan gangguan pembekuan darah. Siapa sangka kesan makan betik mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung manusia. Buah betik dimuatkan dengan vitamin C adalah mikronutrien penting yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga melindungi daripada kesan pengoksidaan kolesterol dengan mengurangkan keupayaan kolesterol untuk membentuk plak di sepanjang dinding arteri. Ramai yang akan suka makan buah betik apabila dilaporkan buah betik adalah buah antikanser. Beberapa sebatian yang terdapat pada betik telah ditunjukkan mempunyai kesan anti-kanser yang kuat. Papain, sebagai contoh, telah terbukti menghalang pertumbuhan dan penyebaran tumor dalam kajian haiwan. Sementara itu kandungan vitamin C dan beta-karoten, yang kedua-duanya terdapat dalam betik, dikaitkan dengan risiko penurunan beberapa jenis kanser. Terdapat kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan serat pemakanan anda mungkin juga dikaitkan dengan risiko kanser kolorektal yang lebih rendah. Akhirnya kesan makan buah betik adalah didakwa ia mampu mencegah keradangan makular. Setiap hidangan pek betik mengandungi unsur beta karotena iaitu salah satu nutrien utama yang terlibat dalam memelihara penglihatan dan melindungi kesihatan mata. Ia juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua flavonoid yang dapat membantu mencegah degenerasi makula atau kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia. Bahan seperti zeaxanthin secara khusus membantu menyaring (filter) cahaya biru yang boleh membahayakan retina untuk ianya mengoptimumkan penglihatan walaupun anda semakin berusia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MAKAN BETIK... HEBAT KESANNYA...
RASA ENAK... MANIS PULA RASA...
BUAH MASAK... MENTAH PUN GUNA...
BERIKAN KESIHATAN... KEPADA ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulawal 1443H).

Wednesday, January 5, 2022

TANAMAN KELEDEK MENGUNTUNGKAN

TANAMAN KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,623 hektar keledek ditanam pada 2020 dengan penghasilan sebanyak 58,034 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,846 hektar dan menghasilkan sebanyak 36,007 metrik tan diikuti dengan Kelantan (596 ha), Selangor (267 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Kkeledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk  memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama.  Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan beberapa kisah mengenai tanaman keledek dari media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Testimoni daripada media HM bertajuk '
Tanaman keledek menguntungkan' wajar dijadikan bahan rujukan dalam artikel kali ini. Kawasan tanah yang berpasir biasanya agak sesuai untuk tanaman ubi keledek. Media ini melaporkan dimana ketika penanaman jagung (Zea mays) kurang memberikan pulangan memberangsangkan didakwa penanaman pelbagai jenis ubi keledek pula mampu memberikan lebih keuntungan jika diusahakan. Itu yang dikongsi Nur Suria Aisyah Mohd Wahid berkenaan kisah kegigihan bapa saudaranya, Encik Osman yang menjadi inspirasi kepadanya untuk turut membantu. Penanaman ubi keledek dengan teknik yang betul mampu memberi pulangan tiga hingga empat kali ganda berbanding kos mengusahakan tanaman semusim. Selepas bersara dinyatakan dimana ibu saudaranya mengusahakan pelbagai tanaman dan menternak kambing dalam ladang di Batu Gajah, Perak. Sebelum ubi keledek dimana beliau telah mengusahakan tanaman jagung tetapi tidak begitu menguntungkan. Mereka kini beralih kepada ubi keledek atas nasihat seorang kenalan yang juga pembekal baja dan racun tanaman. Mereka disarankan menanam ubi keledek sebagai ganti kerana harganya lebih stabil selain kos tidak terlalu tinggi. Tanaman keledek dimulakan terlebih dahulu dengan satu lot iaitu kira-kira 0.135 hektar. Selepas lihat hasil tanaman ubi keledek makin memberangsangkan, kemuidan ia di kembangkan kepada plot lain. Tanaman kemudian dilakukan secara berperingkat supaya dapat keluarkan hasil dan jana pendapatan konsisten setiap bulan. Sebaiknya tanaman keledek perlu diangkat selain kerja merumput bagi memastikan ubi keledek membesar dengan baik pada batas tanah. Didakwa dimana secara kasar keuntungan penanaman ubi keledek libatkan kos menanam dengan kawasan seluas 0.404 hektar (1 ekar) adalah kira-kira RM4,000. Dimaklumkan dimana benih dibeli daripada pembekal iaitu keratan batang pucuk keledek. Selain itu dalam penanaman, keledek juga memerlukan racun perosak dan baja supaya tumbuh dengan baik. Anggaran kos ialah RM4,000 dan bahagian paling banyak menelan belanja ialah baja iaitu kira-kira RM2,000. Dari pengalaman dinyatakan biasanya pengeluaran bagi 0.404 hektar dikebunnya berjaya menghasilkan sekitar  8 - 9 ,etrik tan ubi keledek sebulan. Pada kadar harga pasaran semasa semasa harga ubi keledek yang dibeli secara borong antara RM1.80 -  RM2.20 sekilogram. Paling tinggi hasil jualan ubi keledek dari ladang ini ialah RM19,000. Itu apabila ubi keledek terjual semuanya kategori gred A. Dalam penjualan ubi keledek, gred terbahagi kepada A, B dan C. Ia dibezakan mengikut kerosakan ubi keledek menerusi bilangan lubang dihasilkan serangga pengorek.

Tanaman keledek amat berkait dengan keadaan tekstur tanah yang memainkan peranan penting dalam kesuburan dan hasil keledek. Kini kebun keledek berkeluasan kira-kira 4.86 hektar itu adalah tanah berpasir dimana tanah berkenaan antara terbaik bagi tanaman ubi keledek dari pengalaman mereka. Bagi penanaman ubi keledek lazimnya tempoh matang adalah kira-kira empat hingga empat bulan setengah selain turut mengambil kira tekstur pada kulit atau permukaan ubi sama ada masih berkedut atau licin. Didakwa jika kulit keledek itu berkedut lagi ketika masuk empat bulan maka ia belum cukup matang dan perlukan seminggu dua lagi sebelum dituai. Kebun kedek disini adalah sebahagian daripada kawasan lombong dimana tekstur tanahnya berpasir yang keledek amat sesuai sekali. Tanaman ubi keledek tidak boleh ada takungan air kerana 'ibu keledek' akan lembik dan mudah rosak. Ada laporan dimana terdapat juga penanam keledek yang mana menanam keledek pada tanah gambut menyebabkan permukaan ubi seperti 'bermisai' disebabkan akar halus tumbuh pada kulit dan tidak licin seperti keledek yang ditanam pada tanah berpasir. Teknik menanam keledek memerlukan siraman air mencukupi dengan rutin baja setiap 15 hari sekali amat penting memastikan hasil iaitu saiz ubi keledek memuaskan. Dalam semusim biasanya baja diberikan sebanyak lapan kali dan bulan pertama biasanya baja daun, bagi bulan berikutnya ialah baja buah. Racun pula penting kerana ancaman perosak seperti ulat pengorek dan tikus boleh mempengaruhi kualiti jualan gred ubi. Kalau terdapat tiga lubang saja dimana hasil keledek boleh jatuh kepada gred C atau 'direject' akan tetapi hasilnya masih boleh dijual untuk makanan ternakan seperti penternak landak raya atau mereka yang memiliki taman haiwan (Sila lihat foto disebelah). Selain ubi keledek biasanya bahagian batang dan daunnya juga boleh dijual sebagai sayuran, keratan benih dan juga untuk dijadikan makanan ternakan haiwan seperti kambing dan arnab peliharaan. Ubi keledek memang menguntungkan akan tetapi ia ada tempoh atau had tanaman. Dikebun ini mereka sebenarnya sudah masuk tiga tahun mengusahakan tanaman ubi keledek dan perlu beralih kepada tanaman lain bagi pulihkan kembali kesuburan tanah dan mencegah ancaman perosak. Mereka bercadang untuk mengusahakan projek sayur-sayuran termasuk kacang tanah dan kacang botol yang boleh mendatangkan keuntungan seperti keledek dan menyuburkan tanah untuk pusingan tanaman keledek berikutnya. 

Berita dari BH mengenai tanaman ubi keledek 'Kutip hasil ubi keledek 1,500 kg sehari' di Kampung Pak Mayong, Tok Bali, Pasir Puteh wajar dijadikan panduan petani lain. Berkat berbudi kepada tanah dilaporkan seorang petani mampu dan memperoleh hasil tanaman ubi keledek sebanyak 1,500 kilogram (kg) sehari untuk dijual kepada pemborong di seluruh negara. Beliau adalah Shamsudin Md Nor berumur 52 tahun yang sudah lapan tahun lamanya untuk mengusahakan ubi keledek dimana dia kini mampu tersenyum lebar apabila hasil tanamannya itu bukan saja dipasarkan di seluruh Kelantan, malah menjadi pilihan pemborong dari Terengganu, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Dia yang sudah lebih 30 tahun menjadi petani, berkata ubi keledek memberi hasil lumayan memandangkan harga pasaran yang agak tinggi iaitu RM2.50 sekilogram. Dia yang mengusahakan tanaman ini di atas tanah milik sendiri seluas empat hektar dengan dibantu 10 pekerja yang juga saudara mara terdekat. Biasanya dalam setahun kami dapat mengutip hasil sebanyak tiga kali memandangkan ubi keledek ini mengambil masa selama tiga bulan untuk ia betul-betul matang dan boleh dijual. Kini dengan kecanggihan teknologi semasa proses mengutip lebih banyak kuantiti dikeluarkan dan cepat kerana menggunakan traktor berbanding dulu secara manual dengan kutipan hanya 400 - 500 kg sehari.Hasil ubi keledek yang ditanamnya menjadi pilihan kerana saiz yang besar selain memiliki rasa yang manis. Dia hanya ada menggunakan baja padi selain sentiasa memastikan sumber air mencukupi kerana ia sangat penting bagi memastikan hasil berkualiti. Dalam pertanian juga sebenarnya ada pasang surut dimana dia sendiri pernah mengalami kerugian hampir RM10,000 kerana musim kemarau yang panjang di samping menghadapi kekangan sumber air. Tanamannya sekarang sudah kembali baik seperti biasa apabila ubi keledek ini sebenarnya akan rosak jika berlaku musim kemarau berpanjangan dan juga musim tengkujuh. Dakwanya sektor pertanian adalah satu cara terbaik untuk anak muda hari ini mengubah hidup mereka, cuma perlu ada kerajinan untuk mendapatkan info tentang pelbagai peluang bantuan yang disediakan kerajaan dalam bidang pertanian mahupun perladangan. Semuga tulisan ini memberikan innfo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENANAM KELEDEK... SATU USAHA...
DITANAH BERPASIR... SESUAI DIA...
LEPAS 3-4 BULAN... SESYAI TUAINYA...
HARGA BORONG....STABIL SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Muharam 1443H).

Tuesday, January 4, 2022

IKAN KERING DAN IKAN MASIN - KISAHNYA

IKAN KERING ATAU IKAN MASIN
merupakan satu produk yang sering diambil dikalangan masyarakat di Malaysia kerana ia adalah sejensi makanan asas ikan yang diminati ramai. pa pun sebenarnya ada sedikit perbezaan diantara Ikan Kering dan ikan masin dari segi teknikalnya. Ikan kering (dried fish) adalah merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan mana merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan. Ada juga jenis ikan kering yang tidak masih semasa diproses dan ikan masin (salted fish) yang pastinya masin. Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh dimana apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Biasanya ikan kering juga dimakan bersama nasi putih atau ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi. Dari segi teknologinya dimana ikan 
segar memang cepat merosot kesegarannya setelah disimpan melainkan perlu diawetkan. Cara pengeringan adalah kaedah pengawetan makanan yang berfungsi dengan membuang air dari makanan dimana ini akan seterysnya menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan angin telah diamalkan sejak zaman kuno untuk mengawet makanan. Air biasanya dikeluarkan oleh penyejatan (pengeringan udara, pengeringan matahari, merokok atau pengeringan angin) akan tetapi pemberian garam yang masin akan lebih sesuai dilakukan didalam proses pengawetan ikan dimana kemudian ia dijadikan ikan kering yang masin. Kadar pemberian garam ini pula akan menentukan kemasinan ikan tersebut untuk ia bertahan lama apabila disimpan. Produk ikan lazimnya akan tahan lama diawet melalui kaedah tradisional seperti pengeringan, disalai dan dimasinkan. Cara tradisional dalam mengawet ikan yang tertua adalah membiarkan angin dan matahari mengeringkannya. Mengeringkan makanan adalah kaedah pengawetan tertua yang terkenal di dunia dimana  ikan kering mempunyai jangka hayat simpanan sehingga beberapa tahun. Kaedahnya juga murah dan berkesan di negara beriklim panas yang sesuai dimana kerja itu dapat dilakukan oleh nelayan dan keluarga. Kalangan pengusaha ikan kering ini melakukannya secara tradisional atau komersil sehingga produk yang dihasilkan mudah dibawa ke pasar.  Apa pun penulis blog yang minat juga makan ikan kering ini mengetahui bahawa makan ikan kering yang masin boleh mendatangkan masaalah kesihatan. Beberapa petua untuk mengurangkan kadar kemasinan ikan ini boleh dilakukan. Walau puu memang ramai kata lauk ikan masin adalah jadi pembuka selera akan tetapi bila terlalu masin ia bahaya untuk kesihatan. Petua pertama adalah dengan merendam dengan air biasa selama 12 - 24 jam dimana cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya pula dimana sekurang-kurangnya perlu kena tukar air rendaman sebanyak 3 - 4 kali sepanjang proses rendaman dimana walau pun ia dianggap leceh sebab ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi.  Anda juga boleh merendam dengan air garam iaitu kadar 2 liter air tambah 1 sudu garam. Biarkan selama 5 -10 minit kerana memang cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir didalam air masin. Jika masih lagi masin maka pembaca blog boleh ulang sekali lagi proses rendaman dan pastikan selepas direndam toskan. Petua seterusnya adlah dengan merendam dengan air panas kerrana cara ini paling mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun lelemahannya adalah dimana tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Sebaiknya  jangan rendam lebih dari 10 minit dan mesti ditoskan betul-betul kering sebelum disimpan atau untuk dimasak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis dari Bandar Melaka mengenai beberapa kisah ikan kering untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Memang di bulan ramadan bersahur adalah satu amalan yang baik dilakukan umat islam. Bagaimana pun bukan mudah untuk mengambil makanan pada masa tersebut dan dilaporkan dimana 'Ikan masin penambat selera bersahur' adalah salah satu caranya. Portal berita astroawani.com.my menyatakan dimana seorang peniaga ikan kering iaitu Azmi Hussin menyatakan dimana ikan masin jualannya yang biasanya akan mendapat sambutan luar biasa menjelang sambutan Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Kisah yang diambil dari Alor Setar, Kedah ini dimana seperti kelazimannya apabila menjelang bulan Ramadan maka orang ramai akan mula membuat persiapan dan memikirkan apakah juadah yang akan disediakan untuk keluarga semasa berbuka dan bersahur. Kebiasaannya juga diKedah dimana memilih makanan kering, masin dan masam sentiasa menjadi pilihan untuk santapan semasa bersahur sekeluarga. Berikutan itu maka makanan kering sering dianggap pembuka selera untuk orang ramai menikmatinya pada waktu sahur dimana ia sekali gus meningkatkan jualan peniaga sekali ganda berbanding hari biasa. Antaranya adalah termasuk ikan talang, senangin masam, gelama masin, ikan bilis dan udang kering. Beliau yang berniaga ikan kering di Pasar Kubang Rotan menyatakan antara jenis ikan kering yang sering menjadi pilihan pelanggan di bulan Ramadan ialah ikan talang dan ikan tenggiri juga ikan gelama dan ikan senangin. Memang diakui dimana permintaan barangan jualannya itu sangat luar biasa berbanding hari biasa kerana rata-rata pengguna mahu menukar selera pada bulan Ramadan. Pelanggan yang dikenali sebagai Siti Rashidah mendakwa dimana selera makan di bulan Ramadan agak berlainan dan pengambilan makanan berunsur kering menjadi pilihan bagi keluarganya setiap kali bulan Ramadan tiba. Katanya apabila ada makanan ikan masin dan telur masin memang bangkitkan selera untuk bersahur. Ikan masin pula boleh masak macam-macam resepi dan ini menjadikan ia amat sesuai sangat untuk juadah di bulan puasa juga. Kebanyakan ahli keluarganya gemar memakan ikan masin memandangkan hidangan yang berdaging seperti ayam kurang mendapat tempat di bulan Ramadan. Kalau waktu sahur tidak ada ikan masin tidak seronok dan tidak sempurnalah dirasakan dan memang ikan masin wajib ada dan disimpan stok untuk makan sepanjang sebulan berpuasa.

Teknologi baru diperkenalkanbagi '
Hasilkan ikan masin lebih mudah, pantas' memang menarik dikongsikan.  Portal berita Sinarharian.com melaporkan dimana Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang boleh menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat adalah kejayaan inovasi di Johor. Dilaporkan dari Batu Pahat dimana Jabatan Perikanan Negeri Johor menghasilkan Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar yang dapat menghasilkan produk ikan masin dengan lebih mudah dan cepat. Pengarahnya iaitu Noraishah Hashim mendakwa mesin itu dibangunkan oleh pihak Kejuruteraan Jabatan Perikanan melibatkan kos sekitar RM45,000 bagi satu unit. Menerusi mesin ini tempoh masa pengeringan ikan masin dapat disingkatkan. Kalau sebelum ini menggunakan kaedah lama masa untuk mengeringkan ikan memakan tempoh dua hingga tiga hari namun apabila nelayan menggunakan mesin ini maka tempoh pemprosesan dapat disingkatkan kepada satu hari setengah bergantung kepada ketebalan ikan yang diproses. Majlis perasmian projek berkenaan diadakan melibatkan Komuniti Perikanan (myKP) di Pangkalan Sungai Ayam yang diserahkan sebuah Mesin Mini Pengering Jenis Kubah Berkuasa Solar di Pangkalan Sungai Ayam, Batu Pahat. Didakwa dimana mesin itu juga dapat memastikan tahap kebersihan produk terjamin kerana tidak perlu terdedah dengan persekitaran seperti habuk dan debu termasuk hujan. Diantara ikan yang boleh dikeringkan dengan menggunakan mesin itu termasuk ikan pari, ikan gelama dan ikan duri. Dilaporkan setakat ini penerima mesin berkenaan hanya melibatkan komuniti tersebut yang terdiri daripada 47 ahli. Projek ini masih dalam proses percubaan dan sekiranya berjaya, jabatan berhasrat untuk mengembangkan teknologi ini kepada industri pemprosesan ikan kering di seluruh Johor. Jabatan Perikanan memperkenalkan inisiatif ini kerana mahu memastikan komuniti perikanan di Johor agar tidak ketinggalan dengan teknologi terkini yang dapat menjamin penghasilan ikan kering yang lebih berkualiti dan menjimatkan masa.

Kisah dan berita mengenai 'Permintaan ikan kering, bekok turun mendadak' memang menyebabkan nelayan dan pengusaha ikan kering tempatan terancam pendapatannya. Di Pasir Putih, Kelantan dilaporkan Bernama dimana walaupun wabak Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun bagi seorang pengusaha ikan kering dikenali Siti Khadijah tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil (Sila lihat foto disebelah). Perusahaan mereka memproses ikan kering dan ikan bekok di sekitar Kampung Pachakan kini sukar memasarkan berdepan produk mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 dahulu berlanjutan  sehingga menuju akhir tahun 2021. Dia mendakwa permintaan ikan kering dan ikan bekok yang diusahakannya itu turun mendadak apabila peraih tidak datang untuk mendapatkan bekalan. Menurutnya kini stok ikan kering yang banyak untuk dipasarkan ke seluruh negara disimpan di dalam peti sejuk bagi mengelakkan berlaku kerosakan. Sekarang dia hanya menjual secara runcit kepada penduduk setempat serta peraih di sekitar Pasir Puteh sahaja dengan kuantiti sedikit. Apa pun dia tidak patah semangat dan boleh bersyukur kerana masih dapat meneruskan perusahaan dalam skala kecil walaupun Covid-19 dan PKP meninggalkan kesan mendalam namun dia tetap bersyukur dapat meneruskan perusahaan dalam skala yang kecil. Dia yang  sudah tujuh tahun terlibat dalam jalankan perusahaan itu dakwa usahanya itu mampu membantu bagi meringankan beban pekerjanya yang terjejas kesan penularan Covid-19 dan PKP. Jika sebelum ini mereka bekerja setiap hari namun kini hanya dua hari dalam seminggu kerana permintaan memang berkurangan dan peraih dari luar Kelantan tidak dapat datang mengambil bekalan ikan keringnya. Sekatan Jalan Raya (SJR) serta larangan merentas daerah dan negeri menghalang pergerakan produk ikan keringnya seperti yang berlaku sebelumnya. Biasanya pada setiap kali menjelang Ramadan beliau dan pekerja tidak menang tangan kerana permintaan meningkat berbanding hari biasa. Bukan itu sahaja dimana kebanyakan pembeli menjadikan ikan kering sebagai stok untuk majlis kenduri selepas sambutan Aidilfitri selain dibawa pulang ke luar Kelantan. Dia memproses banyak jenis ikan kering seperti gelama, talam, cencaru dan tambang.

Portal berita
bharian.com.my melaporkan 'Pakatan 2 IPTA hasilkan pengering makanan laut' dimana sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bekerjasama membangunkan prototaip alat pengering makanan laut yang dilengkapi ciri termaju hasil kajian mereka. Mengambil kira kebergantungan industri makanan laut kering di negara ini pada faktor lokasi dan komuniti nelayan, inovasi itu mampu membantu mengatasi masalah dihadapi pengusaha terbabit. Penyelidik utama dari UMK, Dr Hafiz Jamaludin, berkata prototaip alat pengering yang menelan kos RM10,000 itu juga boleh digunakan pada waktu malam. Kini dengan adanya elemen pemanas yang dikuasai sepenuh tenaga solar, alat ini dilengkapi penderia kelembapan bagi mengawal tahap proses pengeringan secara automatik dan konsisten. Teknik pengeringan terbuka yang diamalkan ketika ini ada beberapa kelemahan ekoran dari kebergantungan pada cahaya matahari, selain risiko kebersihan proses itu secara keseluruhan yang terdedah kepada habuk, debu dan ancaman penyakit bawaan serangga serta haiwan perosak. Inovasi dibangunkan dalam saiz kompak itu juga membuka peluang bagi pengusaha di luar kawasan pantai menghasilkan makanan kering berkenaan yang secara tradisi memerlukan tempat lapang dan luas untuk mengeringkan produk terbabit. Ia didakwa boleh menampung kapasiti 50 kilogram (kg) makanan laut pada satu-satu masa dan mampu memendekkan tempoh pengeringan kepada 24 jam sahaja. Keberkesanan prototaip itu sedang diuji di lapangan dimana ia sudah digunakan oleh komuniti nelayan di kawasan pendaratan ikan di Kampung Nelayan Pantai Sri Tujoh, Kelantan bagi mengeringkan hasil makanan laut untuk pasaran tempatan. Hasil kajian lanjut itu memungkinkan iaitu peningkatan kualiti produk tempatan berkaitan sehingga mampu menembusi pasaran luar negara dengan nilai lebih tinggi. Inovasi ini bertujuan membantu pengusaha keropok tempatan asalnya untuk menghasilkan produk keropok lebih konsisten kualitinya tetapi akhirnya inisiatif terbabit berjaya menghasilkan alat pengering ideal serba guna. Alatan ini mampu menyebarkan haba sekata terhadap keseluruhan permukaan produk yang dikeringkan sepanjang hari. Info penting Alat Pengering Makanan Laut bermula kajian sejak tahun 2015 dengan dana geran penyelidikan daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ia dilengkapi rak bertingkat dimana ini sekali gus menjimatkan ruang kerana tidak memerlukan kawasan luas untuk mengeringkan produk. Memang ia mampu mengekalkan haba cahaya matahari untuk kegunaan pada waktu malam menggunakan elemen untuk pemanas. Juga disediakan sistem pelaras suhu berpenderia yang mampu mengawal secara automatik kadar kehilangan kelembapan bahan makanan ingin dikeringkan. Kegunaannya tidak terhad untuk makanan laut sahaja malahan ia boleh turut mengeringkan produk lain. Kebersihan produk lebih terjamin dengan adanya pintu kedap udara dan sistem pengudaraan yang menghindari pertumbuhan mikroorganisma dengan penggunalan alatan ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN KERING...RASA MASIN BIASANYA...
KURANGKAN MASIN...ADA BANYAK CARA...
MASA RAMADAN...BERSAHUR SELERA...
AKIBAT COVID19... USAHAWAN MERANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(20 Rabiulawal 1443H).

Monday, January 3, 2022

KAMBING BEBIRI - KISAH MENARIK

PENTERNAKAN KAMBING BEBIRI
(Sheep) di Malaysia merupakan merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan di Malaysia. Pada peringkat awal dimana penternakan bebiri kebanyakannya hanya dilakukan sebagai aktiviti sampingan untuk mengawal rumpai atau pun sebagai satu hobi dan juga untuk sumber makanan tambahan. Kini dilaporkan perusahaan penternakan bebiri banyak yang mula dijalankan secara intensif memandangkan permintaan yang semakin bertambah terhadap bulu dan dagingnya. Di Malaysia ada 3 kumpulan bebiri yang disyorkan untuk diternak iaitu Biri-biri Tempatan (MALIN), Jenis Exotik (berasal dari luar negeri) iaitu seperti  Dorset,  Wiltshire,  Romney,  Suffolk,  Corriedale dan juga Border Leicester atau Baka Kacukan-kacukan dari semua baka di atas. Ada 3 kaedah pengurusan penternakan bebiri boleh dilakukan di Malaysia iaitu Sistem Meragur Bebas, Sistem Separa Berkurung dan Sistem Berkurung. Bagi Sistem Meragut Bebas biasanya sistem ini ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa. Biasanya tiada kandang khas dibina. Ternakan akan berlindung dengan penjagaan penternak atau tinggal di bawah pokok tempat meragut pada malam hari atau semasa hujan/ panas. Walaupun sistem ini tidak memakan belanja yang banyak tetapi ianya tidak digalakan. Selain bebiri merayau dan boleh merosakkan tanaman orang, risiko kehilangan agak tinggi. Pengawasan terhadap ternakan agak rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakan setiap masa. Kedua iaitu bagi Sistem Separa Berkurung dimana pemeliharaan bebiri secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungkannya di dalam kandang pada waktu malam. Biasanya ternakan akan dilepaskan dari kandang selepas penternak balik bekerja (12.00tgh atau 1.00 petang atau selepas rumput agak kering sekitar 9.00pagi. Bebiri akan meragut di bawah pokok getah atau kelapa sawit hingga lewat petang, Biasanya bbiri akan pulang sendiri dan masuk kandang bila cuaca buruk atau waktu malam. Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepaskan ternakan untuk meragut atau ketika mengurung ternakan kembali. Pengurusan Sistem Berkurung adalah dimana sistem ini tidakdigalakan kerana tujuan kita memelihara adalah untuk di integrasikan dengan tanaman kekal agar semua bahan makanan yang terdapat disekeliling dapat digunakan sepenuhnya. Biasanya sistem ini diamalkan oleh penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan dan selalunya dipelihara bersama ternakan kambing. Walaubagaimanapun sistem ini boleh digunakan untuk projek pengemukan, menggunakan rumput potong dan dedak PKC sebagai makanan harian. Selain itu pengurusan ternakan yang sakit dan bebiri baru lahir 2 minggu hingga 2 bulan elok dibuat secara berkurung agar pembesaran dan kesihatan lebih terjamin. Pemasaran bagi bebiri adalah aspek yang paling  penting dikaji sebelum operasi penternakan bebiri dijalankan. Biasanya bebiri dijual dengan cara timbangan hidup sebagai cara diguna sebagai asas jualan atau pemasaran. Ada yang menjual bebiri kepada peraih (orang tengah) dan biasanya amat popular untuk jualan aqiqah dan kurban. Artikel petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa kisah menrik mengenai bebiri didalam media untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Memanng menternak bebiri ini memberikan pulangan yang baik kepada pengusahanya. Perkara ini dilaporkan dalam portal berita hmetro.com bertajuk '
Peguam seronok ternak kambing biri-biri' yang wajar untuk dikongsikan dengan pembaca. Bagi Mohamad Yahya memberi makan kepada kambing dan biri-biri diternaknya di FELDA Pasoh Dua, Jelebu adalah aktiviti yang mengembirakannya. Walau pun status sebagai peguam tetapi ia bukan halangan buatnyauntuk menternak kambing dan biri-biri kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW (Sila lihat foto disebelah). Dia berkhidmat di Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 2002 tetapi masih berkesempatan menternak 70 ekor kambing dan biri-biri jenis Dorper bersama lima rakan di Felda Pasoh Dua, Jelebu. Amalan itu dilakukan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, selain faktor permintaan tinggi terhadap haiwan ternakan berkenaan. Dia adalah generasi kedua Felda yang berkongsi modal bersama lima rakannya  untuk menternak tiga kambing pada 2016 sebelum membiak 28 ekor. Mereka berkongsi RM45,000 untuk membeli 21 biri-biri jenis Dorper dari Australia. Walaupun nampak ‘simple’ (mudah) dengan penternakan tetapi ia menyeronokkan kerana menghidupkan sunnah Rasulullah. Pada masa sama ia menjana pendapatan kerana mendapat permintaan. Kini mereka sudah memiliki 70 kambing dan biri-biri sudah membelanjakan hampir RM500,000 termasuk membina kandang dan pagar selain membeli mesin memproses makanan haiwan ternakan. Penternakan itu boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga termasuk memberi makan kepada haiwan terbabit. Apa yang lebih menyeronokkan ketika memandikan biri-biri dua hari sekali. Haiwan itu jinak bersama manusia dan tidak menakutkan kanak-kanak dimana mereka kan bergilir-gilir menjaga haiwan ternakan itu bagi mengelak kecurian berlaku. Dakwanya jika sebelum ini hanya dari hasil pengeluaran kelapa sawit menjadi fokus utama, namun kini penternakan diberi perhatian atas faktor permintaan.

Portal berita nstp.com pula melaporkan berita mengenai 'Sekat eksport' yang dikaitakan dengan industri bebiri. Berita dari Seremban ini nyatakan Kerajaan Australia menggantung eksport ternakan kambing dan biri-biri ke Malaysia selama enam minggu ketika umat Islam di negara ini membuat persediaan menyambut Aidiladha. Dalam satu notis yang dimuat naik di laman web Jabatan Pertanian dan Sumber Air negara itu, tarikh penggantungan semua aktiviti eksport yang ditetapkan adalah dari 7 Julai lalu sehingga 25 Ogos 2021. Dakwa Pengarah Cawangan Pengeksportan Haiwan Hidup, Bahagian Pengeksportan jabatan berkenaan, Erin Payne dalam notis bertarikh 3 Julai 2021 dimana eksport ternakan terbabit disambung semula seperti biasa bermula 26 Ogos 2021. Ini kerana selepas Aidiladha tahun 2020 dimana jabatan nya di Australia menerima banyak laporan mengenai tahap kebajikan haiwan yang rendah selain ternakan yang dieksport ke Malaysia tidak dapat dikawal dan dikesan. Dalam pada itu Majlis Pengeksport Ternakan Australia (ALEC) memaklumkan ahlinya bersetuju tidak mengeksport biri-biri dan kambing ke Malaysia menjelang Aidiladha kali ini berikutan kebimbangan Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (ESCAS) tidak dipatuhi. Penggantungan itu ditetapkan selepas jabatan mempertimbangkan maklumat diterima termasuk risiko peningkatan ketidakpatuhan ketika aktiviti korban, kekurangan maklum balas daripada pengeksport susulan pelanggaran ESCAS tahun lalu dan bukti sistem kawalan pengeksport dan pengesanan ternakan kurang berkesan. Sementara itu telah dilaporkan dimana Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (DVS) yang pihaknya dimaklumkan oleh ibu pejabat selain kambing dan biri-biri, pengeksportan lembu ke Malaysia turut dibekukan Australia. Ibu pejabat DVS sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk tujuan menampung permintaan sepanjang tempoh itu termasuk memberi kebenaran pembekal tempatan mengimport lebih banyak lembu, kambing dan biri-biri dari negara sumber lain terutama Thailand. Kemudian beberapa kelonggaran turut diberi untuk membawa masuk ternakan bagi tujuan sembelihan itu, termasuk mengecualikan ujian saringan darah dan suntikan vaksin yang diwajibkan jika haiwan itu untuk dibela atau dijadikan baka.

Kisah bebiri yang menarik seterusnya adalah apabila dilaporkan 'Ramai nak beli biri-biri Black Metal' dilaporkan kepada umum. Kisah dari Pasir Mas, Kelantan ini menyatakan gara-gara berwajah bengis, seekor biri-biri malin di Kampung Atas Pinggir, di sini, menjadi rebutan ramai sehingga ditawar pada harga tidak masuk akal.
Biri-biri yang berwarna hitam keseluruhan badan itu diternak Ahmad Baihaqi Mohamad (31 tahun) sejak dua tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Ternakan yang dipanggil Mafia itu pernah ditawarkan dengan harga sehingga RM3,500 seekor berbanding harga pasaran semasa RM1,000 hingga RM1,500 seekor. Dakwanya biri-biri malin itu diternak secara turun-temurun daripada zaman datuknya sebelum diwarisi bapa. Apa pun memandang ayah sudah berusia  maka dia dan keluarganya mengambil alih menternak biri-biri malin itu. Apa pun faktur kecantikan dan keunikan yang ada pada biri-biri ini menyebabkan ia dipertandingkan dalam pertandingan biri-biri di negeri ini. Mereka kini menternak biri-biri itu bukan sebagai pedaging tetapi sebagai ternakan hiasan dipertandingkan. Kini dia mempunyai 39 ekor biri-biri malin dan memperuntukkan kos makanan sehingga RM300 sebulan selain pemberian rumput. Memang seronok ternak biri-biri itu kerana ia cantik dan bergaya seterusnya menghilangkan tekanan selepas pulang daripada kerja. Sebenarnya ramai yang tawarkan harga tinggi untuk membeli biri-biri itu tetapi saya sayang untuk menjualnya. Paling kerap ditanya dan mendapat tawaran tinggi ialah Mafia kerana rupanya memang sukar ditemui selain dikaitkan dengan Black Metal. Biasanya tujuan penternakan biri-biri malin itu untuk menyertai pertandingan biri-biri janguk di negeri ini. Setakat ini aktiviti penternakan biri-biri malin itu hanya meluas di negeri ini kerana ia ialah hobi tradisi sejak turun-menurun.

Kisah bebiri mati bergelimpangan dilaporkan di Georgia, USA dimana 'Biri-biri bergelimpangan dipanah petir' juga menarik untuk dikongsikan. Portal berita agensi melaporkan dimana sebanyak 500 ekor kambing biri-biri mati di padang Gunung Abul, Ninotsminda dekat selatan Georgia. Sebuah media dari USA menyiarkan rakaman video menunjukkan lebih 500 kambing biri-biri ditemukan mati akibat dipanah petir. Insiden itu berlaku ketika kumpulan kambing berkenaan meragut rumput di padang Gunung Abul, Ninotsminda dekat selatan Georgia. Pemilik kambing biri-biri iaitu Nikolay Levanov dari kampung Tambovka ada menerima panggilan telefon menyedihkan daripada penjaga mengenai kematian lebih seratus haiwan ternakannya. Didapatu awalnya sebanyak 400 kambing biri-biri lagi turut mati dipanah petir dan penjaganya bernasib baik kerana tidak maut dalam kejadian itu. Rakaman video yang tular di tempat kejadian menunjukkan ratusan bangkai kambing biri-biri bergelimpangan di padang rumput.  Berikutan insiden itu Levanov dan pemilik kambing biri-biri lain meminta bantuan kewangan pihak berkuasa Georgia untuk mengurangkan beban kerugian mereka. Bagaimanapun, pihak berkuasa harus menentukan punca sebenar kematian kambing biri-biri itu. Ini adalah kes pertama dimana mereka memang belum mendengar bahawa akibat ribut petir boleh membunuh begitu banyak kambing biri-biri. Pejabat datuk bandar memberikan sokongan dengan cara pemilik haiwan itu mesti menyampaikan pendapat pakar untuk menentukan secara tepat penyebab kematian ternakan mereka. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TERNAK BEBIRI... SATU USAHA...
MENGUNTUNGKAN... MUDAH JAGA...
BANYAK SISTEM... PILIH YANG MANA...
KISAH MENARIK... DIKONGSI SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).

Sunday, January 2, 2022

IKAN JELAWAT DAN KISAH MENARIK

 IKAN JELAWAT (Leptobarbus hoevenii) atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar yang sukar ada dijual dipasar-pasar kerana dari segi namanya sahaja penulis blog dapat tahu ia hanya untuk hidangan Sultan atau Raja sahaja zaman dahulu. Penulis blog beberapa kali dapat jumpa ikan jelawat ini di Mersing, Johor iaitu kawasan Taman Negara Endau-Rompin semasa membuat tinjauan ke kawasan pekampungan Orang Asli, Kg Peta untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing dahulu. Memang ada banyak ikan jelawat dibeberapa buah lubuk didalam kawasan konservasi di taman tersebut dapat dilihat. Sebenarnya ikan jelawat ini ada dianak sungai disebelah rumah di Kampong saya di Muar, Johor walau pun spesisnya agak berlainan dengan yang ada di Mersing. Ikan ini mempunyai bentuk badan agak panjang yang menarik dengan mempunyai sisik berkilat. Melihat kepada warna sisiknya dilihat ia seakan berwarna kehijauan dari bahagian atas dan bahagian abdomennya berwarna keputihan bercampur seakan warna perak. Jika diteliti dengan lebih dekat dilihat dibahagian sirip ikan ini akan dilihat warna merah cerah (Sila lihat foto diatas). Dilaporkan bagi ikan jelawat juvenile (anakan) akan dapat dilihat satu garian berwarna hitam melintasi bahagian tengah badannya. Ia mampu bergerak dengan pantas didalam air tawar. Biasanya ikan jelawat ini boleh membesar sehingga 160 cm dan merupakan ikan oviparous, maserba, gregarious dimana ia juga biasanya berenang pada pertengahan sehingga dasar air. Taburan ikan jelawat ini dipercayai  berada dalam sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand. Seperti dilaporkan walau pun ikan ini dildakwa suatu masa dahulu hanya menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan ia sudah ada dipasaran bagi hidangan ramai walau pun harganya agal lumayan tinggi. Setakat ini hanya ada beberapa kali dapat ujirasa ikan jelawat liar yang mana ia dihidangkan oleh kelompok petani di sebuah kampong yang juga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sebuah kampung dekat Sungai Pahang dengan membakarnya semasa bertugas di Pahang dahulu. Memang ikan ini istimewa kerana sungguh enak dimakan. Artikel pagi ini dalam blog  "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa kisah berkaitan ikan jelawat dalam media tempatan dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Portal berita tempatan bertajuk 'Putih mata bila ikan kolam terlepas' berlaku di Alor Gajah, Melaka akibat banjir besar yang melanda. Dilaporkan beribu-ribu ikan tilapia dan jelawat dari kira-kira 60 kolam terlepas dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Buloh merugikan ramai penternak ikan air tawar. Hujan lebat di hulu sungai di Tampin, Negeri Sembilan sejak jam 5.30 petang telah pun mengakibatkan air melimpah masuk ke dalam banyak kolam ikan air tawar dimapong ini. Kolam ikan dikampung ini telah dibina semenjak tahun 1980'an lagi dan diselenggara sehingga tahun 2021 ini. Kejadian banjir itu menyebabkan kira-kira 20 pemilik kolam yang keseluruhannya anak jati kampung berkenaan mengalami kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit. Bagi Muhammad Ramli Abdul Hamid (69 tahun) amat terkejut apabila mendapati dua kolam ikan tilapia dan jelawat di hadapan rumahnya dipenuhi air sungai yang melimpah. Dia yang baru balik dari masjid jam 9 malam akan tetapi tidak dapat ke rumah kerana jalan antara dua kolam dinaiki air dan saya terpaksa menunggu hingga air surut pada jam 10.30 malam (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya masih ada kira-kira 3,000 ikan tilapia merah dan jelawat dalam kolam pertama dan 2,000 ekor lagi dalam kolam kedua dihanyutkan arus sungai yang deras. Rakannya Hairuddin Bakar (47 tahun) pula berkata dimana dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila kolam yang dipenuhi 3,000 ikan tilapia merah dan jelawat dimasuki air yang melimpah dari sungai yang hanya kira-kira satu meter dari kolam. Hujan lebat mulai menyebabkan kolam ikannya dimasuki air sungai dan kira-kira jam 8 malam, air sudah penuh dan ikan terlepas keluar. Kejadian itu juga telah menyebabkannya mengalami kerugian beribu-ribu ringgit berdasarkan ikan tilapia merah yang dijualnya pada harga RM9 sekilogram dan anak jelawat RM10 sekilogram.


Berlainan pula kisah di Pekan, Pahang dimana 'Air Hitam Paya bawa petaka' kepada penternak ikan air tawar disini. Dilaporkan akibat f
enomena air paya gambut berwarna hitam masuk ke Sungai Pahang selepas banjir surut menjadi punca banyak ikan dalam sangkar mati hingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000 kepada penternak. Ikan pelbagai saiz jenis patin, kerai, tilapia dan jelawat mati setiap hari sejak dua minggu selepas fenomena ini dengan jumlah yang banyak. Bagi penternak Ahmad Abdullah (70) dan isterinya mendakwa dalam tempoh dua minggu ini dia kerugian lebih RM300,000 apabila ikan dalam 80 sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Medang didapati teah pun mati setiap hari. Beliau dakwa dimana air paya gambut berwarna hitam yang bertakung dan agak masam serta berbau ini dalam beberapa minggu ketika banjir kemudian mengalir masuk ke dalam Sungai Pahang apabila banjir surut adalah merupakan dan menjadi punca utama ikan sangkar miliknya mati dengan jumlah banyak. Dia dakwa setiap hari lebih 500 kilogram (kg) ikan patin buah, kerai dan jelawat pelbagai saiz mati seperti berlaku keracunan apabila badan ikan berwarna putih dan mengeluarkan bau busuk. Sebagai usaha beliau akan mengutip ikan-ikan tersebut da dibawa pulang untuk disiang dan kemudian diproses menjadi ikan perkasam (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun tidak semua spesis ikan akan dijadikan pekasam kerana ia sudah tidak sesuai diproses. Membuat perkasam ini setidak-tidaknya boleh menjana sedikit pendapatan.

Seorang usahawan penternak ikan kecewa apabila beliau yang juga '
Penternak ikan sangkar rugi RM7 juta angkara khianat' dilaporkan dalam portal utusan.com pada April 2021. Kisah dipetik dari Ipoh, Perak dimana seorang penternak ikan sangkar kerugian hampir RM7 juta selepas sebanyak 280 sangkar ternakannya pecah dan dihanyut­kan arus deras Sungai Perak dipercayai angkara perbuatan khianat dalam kejadian di sini pada Isnin lalu. Bagi Heng See Yong (33 tahun) mendakwa akibat kejadian pada kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan hampir kesemua ikan ternakannya kira-kira 500 tan terlepas ke dalam sungai manakala sebahagian besar daripada 280 buah sangkar ternakannya pecah. Dia laporkan telah  menternak ikan tilapia, patin, jelawat, jelai dan baung serta termasuk sangkar yang musnah dan menganggarkan rugi RM7 juta akibat kejadian itu. Sangkarnya hanyut dan pecah disebabkan tali pengikat sangkar terputus. Dia rasa ta­linya dipotong sebab dia guna 10 tali untuk mengikat sangkar daripada dihanyutkan arus deras. Katanya mana mungkin semua tali putus sekali gus, lagipun dia guna tali yang besar dimana kalau terputus pun mungkin satu atau dua sahaja tak mungkin semua sekali terputus. Kejadian ini pertama kali berlaku sejak 11 tahun dia mengusahakan ternakan ini. Dia yang kemudian membuat laporan polis dan menunggu polis menjalankan siasatan. Di menambah ketika kejadian, arus sungai deras dan dia yang dibantu 13 bot rakan-rakannya yang lain cuba menyelamatkan sangkar yang ha­nyut, namun usaha mereka gagal kerana sangkar terlalu besar. Mungkin hanya lima peratus sahaja ikan dan sangkar yang hanyut dapat diselamatkan.Dia yang kesal terhadap mereka yang mengambil kesempatan mengambil ikan daripada sangkarnya yang pe­cah ketika kejadian. Kini ada di antara mereka yang menyauk ikan dari sangkarnya sehingga meme­nuhi sampan.
Dakwanya orang kutip ikan, kita tak boleh buat apa-apa pada masa itu walaupun ikan belum terlepas ke sungai tetapi mereka naik atas sangkar dan sauk ikan. Jumlah kehilangan sebanyak 300 kilogram dari sangkarnya malah semakin ramai yang datang menyauk ikan dalam sangkar . Inilah risiko dalam pertanian terutama sektor akuakuktur yang perlu dihadapi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!
IKAN JELAWAT... MAHAL HARGANYA....
AKIBAT BANJIR... HANYUT SEMUA...
IKAN MATI... AIR PAYA SEBABNYA...
ADA YANG KHIANAT... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Outrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1443H).

Saturday, January 1, 2022

KEPENTINGAN AIR DAN PERTANIAN

AIR DAN PERTANIAN
adalah dua benda yang tidak boleh dipisahkan  kerana kewujudan keduanya adalah saling melengkapi. Dalam kehidupan di bumi ini air (water) adalah merupakan salah satu unsur yang sangat diperlukan oleh mahluk hidup disebabkN air merupakan regulator pelarut yang universal dimana hampir berbagai macam zat Lin larut di dalamnya dan berinteraksi langsung dengan sistem yang terdapat dalam setiap organisme hidup. Oleh karena itu pula kualiti air merupakan salah satu aspek yang semakin banyak mendapat perhatian dalam pengedalian sumber daya air. Untuk lebih memahami tentang kualiti air ini ada baiknya penulis blog dan pembaca mengetahui terlehih dahulu tentang sifat air. Secara kimiawi struktur molekul air merupakan ikatan antara 2 atom hidrogen (H) dan 1 atom oksigen (O) yang lebih dikenal dengan rumusan sebagai H2O pada suhu biasa akan tetapi dalam bentuk Padat (ais atau air batu) ia akan berubah menjadi ikatan 4 atom hirogen dan  berada 1 atom oksigen (tetrahidral). Secara fisikal air mempunyai beberapa sifat yang unik antara lain adalah air tidak berbau, tidak berasa dan tidak berwarna dengan mempunyai titik beku pada suhu 0°Celcius dan titik didih pada suhu 100°Celcius.  Air yang mempunyai sifat-sifat di atas adalah air suling (air murni) sehingga di alam air yang mempunyai sifat-sifat seperti di atas selalunya hampir tidak terjadi disebabkan dibimu ini tidak ada yang benar-benar murni kerana di dalamnya selalu terkandung berbagai bahan lain sama ada bahan organik mahu pun anorganik. Bahan ini juga terdiri daripada unsur yang ringan, terampai sehingga kepada bahan yang terlarut. Sebagai contoh dengan adanya unsur garam terlarut (residu terlarut) dalam air maka nilai konduktiviti spesifiknya adalah lebih tinggi dari air suling. Demikian pula dengan adanya bahan organik terlarut maupun yang tersuspensi dalam air, maka selain air akan berwarna juga akan meningkatkan kelajuan pengambilan oksigen dan selanjutnya akan berpengaruh terhadap perubahan dalam beberapa parameter lainnya. Ini bermakna kemasaman air (pH) yang merupakan parameter yang sangat berperanan penting dalam metabolisme perairan dan pertanian. Jika berlaku sebarng nilai pH maka ia mempengaruhi kegunaan tanah dan pertumbuhan tanaman. Kualiti air pertanian memang berkait rapat dengan pH air dan juga bagaimana cara pengurusannya. Air untuk pertanian ini ada dua sumber iaitu Air Permukaan (Surface  water) dan Air Tanah (Ground Water). Air Permukaan adalah air yang berada diatas permukaan tanah terdiri daripada air lariandan jasad air (Seperti air sungai, tasek, kolam dan sebagainya). Air Tanah pula merupakan sumber air bawah tanah yang berada dalam tanah yang berada dalam retakan dan ruangan dalam tanah, pasir dan batu (seperti telaga tiub). Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menukis mengenai kepentingan air dan sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan pembac semua.

Air sebagai sumber kehidupan kepada manusia, tumbuhan dan organisma dibumi. Air juga m
erupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya. Ramai yang tahu dimana hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.  Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya kegunaan air dalam kehidupan kita. Negara kita juga telah mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius. Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Kelang di mana kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas. Apa pun sebagai pengguna kita haruslah mengambil iktibar dan juga pengajaran daripada peristiwa ini dengan menyediakan satu pelan tindakan agar krisis seperti ini dapat dielakkan daripada berulang atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya. Diantara tugas dan tanggungjawab pengguna yang paling utama ialah menjimatkan air. Kita sememangnya berhak untuk mendapatkan bekalan air yang terjamin keselamatannya serta menggunakan sebanyak mana yang kita ingini berdasarkan harga yang telah dibayar. Adalah pembaca tahu dan sedar  bahawa sebenarnya manusia perlu berurusniaga dengan alam. Ini kerana setiap liter air yang digunakan akan melalui proses kitaran semulajadi. Hari demi hari manusia harus menyaksikan betapa pencemaran terhadap sumber alam ini masih berlaku. Adakah suatu hari nanti ada yang sanggup membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih? Jawapannya pada diri kita sendiri. Oleh itu sebaiknya ada langkah yang paling mudah boleh diambil oleh setiap pengguna ialah dengan menjimatkan penggunaan air. Apabila kita menyentuh isu penjimatan air, ia tidak akan lengkap tanpa kita melihat dan membincangkan tentang cabaran dan kesan jika terdapat masalah kepada bekalan air bersih kerana tiada sesiapa pun yang menjimatkannya. Sehingga kini, pencemaran air terutamanya sumber utama air bagi kehidupan harian dan kegunaan industri iaitu sungai sudah terlalu kritikal kecederaannya. Di manakah punca dan siapa pula yang harus dipersalahkan. Pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan tetapi hasilnya masih mendukacitakan.

Lazimnya didalam setiap persidangan sedunia atau di peringkat kebangsaan dan serantau mengenai alam sekitar mahupun bekalan air isu pencemaran pastinya akan menjadi isu pokok. Namun sedemikian seserius mana pun dalam perbincangan dan persidangan itu diadakan akan tetapi tanpa tindakan dan susulan yang sewajarnya tidak berkesan dimana kes-kes pencemaran sungai-sungai ini akan bertambah parah. Oleh itu peranan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam Air usaha memelihara dan memulihara sungai-sungai dan sumber air yang lain sewajarnya diberi pujian. Tetapi tanpa kesedaran pengguna, sebagai pengguna utama alam sekitar yang mendagangkan air ini, semua usaha akan sia-sia umpama mencurahkan air ke daun keladi. Kesedaran pengguna sebenarnya merupakan aset terpenting untuk terus memastikan bahawa sumber ini akan terus wujud, bersih dan selamat serta dapat meneruskan khidmatnya kepada tahap kehidupan sejagat. Apa yang pasti peranan ibu bapa harus memainkan peranan untuk mendidik anak-anak yang bakal menjadi pengguna alam ini agar sedar akan tanggungjawab mereka dan bersama-sama menjaga khazanah ini. Kesedaran pengguna di peringkat awal akan menjadi pemangkin kepada jaminan bahawa sumber alam ini akan terus selamat dan berdekatan. Ibu bapa pastinya akan tersenyum lega kerana warisan anak cucu mereka akan terus menikmati kehebatan sumber air ini dan meneruskan kemandiran tamadun dan kehidupan. Pengguna harus sedar bahawa mereka juga mempunyai hak mengenai kualiti pembekalan air agar kita sentiasa mendapat perkhidmatan air yang benar-benar berkualiti, bersih dan selamat. Saban tahun, pelbagai isu mengenai kualiti pembekalan air yang semakin menurun dilaporkan. Pengguna seringkali menghadapi pelbagai masalah seperti mendapat bekalan air yang kotor, gangguan perkhidmatan yang terlalu kerap dan kadar bayaran perkhidmatan yang kadangkala terlalu tinggi dan tidak masuk akal. Malah ramai pengguna terpaksa berbelanja lebih dengan memasang sendiri penapis air berteknologi tinggi di premis masingmasing lantaran kualiti air yang begitu teruk.  Antaranya setiap rumah dibandar sudah menggunakan sistem penapis air seperti alatan COWAY yang mahal (Sila lihat foto disebelah) sebgaai air minuman berkualiti. Ada beberapa tempat di Semenanjung Malaysia pula turut juga mengalami masalah catuan bekalan air kerana hujan yang tidak menentu dan mempengaruhi kadar takungan air serta masalah penyaluran bekalan. Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian mendalam oleh semua pihak terutamanya pengguna ialah keselamatan dan keupayaan kawasan tadahan hujan serta alam sekitar yang bersih untuk memastikan sumber ini akan terus kekal dan berupaya menampung penambahan bilangan penduduk. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana sumber ini adalah asas utama kemandirian tamadun dan kehidupan. Tanpa usaha yang berterusan dan berkesan, suatu hari nanti pasti tiada lagi sumber air yang benar-benar bersih untuk kehidupan sejagat. Mungkin suatu hari nanti air untuk kegunaan harian terpaksa melalui satu proses kompleks untuk dijadikan air yang benar-benar bersih dan selamat. Pengguna haruslah memainkan peranan utama dengan memupuk kesedaran agar kawasan tadahan hujan dan alam sekitar kita akan terus sesuai untuk kehidupan sejagat. Semua pihak harus sedar tentang tanggungjawab dan tugas mereka mengenai penggunaan air. Pengguna terutamanya sebagai pengguna utama alam sekitar harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk terus memastikan bahawa generasi masa depan akan terus menikmati alam sekitar yang bersih seterusnya bekalan air yang selamat.

 
Keperluan air oleh tanaman berbeza mengikut jenis tanaman. Terdapat tanaman yang memerlukan air yang sangat banyak seperti tanaman padi dan ada yang perlukan air dengan sederhana banyak seperti sayur-sayuran daun serta banyak tanaman yang perlukan air yang sedikit seperti pokok buah-buahan dan pokok getah. Air yang tersedia kepada tanaman banyak dipengaruhi oleh faktur seperti Jenis Tanah, Suhu, Kanopi Tumbuhan, Kadar Evapotranspirasi dan sebagainya. Tanah berpasir didapati tidak mampu menyimpan air dengan lama kerana partikel yang kasar dan poros berbanding dengan tanah jenis liat yang mampu menyimpan air. Akar tumbuhan lazimnya akan menyerap air yang terdapat pada tanah kemudian dihantar keseluruhan bahagian pokok terutamanya dibahagian daun untuk proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis ini akan menukarkan air, nutrien dan karbon dioksida bagi menghasilkan tenaga, gula dan oksijan  dibahagian daun dengan bantuan cahaya matahari. Dalam satu laporan kajian menunjukkan sebanyak 25,710 juta meter padu air diperlukan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia dalam tahun 2019 (Jangkamasa selama satu tahun). Berapa banyakkah air dalam angka tersebut?.. Angka ini belum ramai pihak yang mengeluarkannya secara rasmi kerana maklumat tersebut hanya boleh kita dikira daripada pelbagai sumber dengan kaedah pengiraan yang agak komplikated. Daripada jumlah tersebut sebanyak 2,708 juta meter padu air adalah untuk keperluan buah-buahan dan sebanyak 22,593 juta meter padu air adalah untuk kegunaan sayur-sayuran. Malaysia mempunyai kawasan penanaman buah-buahan seluas 264,099 hektar dan kawasan sayur-sayuran seluas 192,297 hektar pada tahun 2019. Anggaran pengeluaran hasil bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula sebanyak 1.8 juta metrik tan pada tahun tersebut. Peranan air sangat signifikan dalam pengeluaran hasil tanaman khususnya tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran dan tanaman kontan. Nilai tersebut diatas tidak mengambil kita tanaman penting lain seperti tanaman padi, tanaman kelapa sawit dan lain-lain lagi. Jumlah air yang diperlukan untuk tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya sedikit sahaja berbanding dengan jumlah taburan hujan tahunan. Kajian tersebut juga menunjukkan jumlah air sebanyak 25,302 juta tersebut sebenarnya kurang dari 10% daripada jumlah taburan hujan di Malaysia. Pengurusan air yang baik untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan membolehkan program pengeluaran buah dan sayur dalam negara dijalankan sepanjang tahun. Penggunaan teknologi sistem pengairan moden seperti penggunaan Sistem Pengairan Sprinkler, Sistem Pengairan Titis, Sistem Pengairan Micro-jet dan Sistem Penanaman Fertigasi membantu dalam aktiviti pengurusan air dengan cekap dan berkesan. Pada masa ini sistem pertanian secara fertigasi didapati paling ekonomik dan produktif terutama untuk jenis tanaman bernilai tinggi yang ditanam dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Pihak kementerian pertanian dan agensi pelaksana perlu menyediakan dasar-dasar pertanian yang sesuai untuk mempastikan bekalan air untuk keperluan sayur-sayuran dan buah-buahan dijamin. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
AIR ITU PENTING... UNTUK KEHIDUPAN....
AIR DIPERLUKAN... DALAM PERTANIAN....
AIR TERCEMAR... ANCAM KESIHATAN....
AIR PERLU DIHAGA.... KELESTARIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulawal 1443H)
Happy New Year 2022!!!

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...